Jumaat, 29 Januari 2010

Yahudi = Umno



Kalau Pakatan Rakyat datang bantu calon Pro Mahasiswa sudah tentu kena tibai macam apa entah lagi. Bagi bantuan kewangan secara terang - terangan pasti aku ulang sekali lagi...PASTI kena hentam macam buat dosa berzina.

TAPI

Kalau Umno buat tak mengapa. Umno macam malaikat. Tak buat salah apa pun. Umno tak berkempen pun tak bagi bantuan kewangan pun.

Bukankah ini perangai macam Yahudi. Belakang bunuh habis rakyat Palestin tapi bila depan amboi lembut gigi dari lidah.

Inilah Umno pengikut setia ajaran Zionis Yahudi!!

LAGI MAU SOKONG UMNO!!

Baling Kepala Babi..Tau Dah Kerja Sapa



Kalau semua pembaca tengok gambar ini tentulah ini bukan kerja orang PAS sebab kepala babi tu atas bendera PAS..sudah pasti musuh - musuh politik PAS. Siapa musuh politik PAS...iaitu Umno!!

Jadi apa yang aku cuba nak kaitkan adalah kerja - kerja keji dan bodoh dan bangang macam ini di dua masjid Jalan Kelang Lama dah tentu datang dari pihak yang lagi satu yang gemar sangat buat kerja - kerja bangang macam ini.

Siapa? Pakat kita ramai - ramai fikir. Aku dah ada jawapan. Harap korang semua pun ada jawapannya.

Persoalan terakhir aku nak tanya..

LAGI MAU SOKONG UMNO!!

Khamis, 28 Januari 2010

Satu Dunia Dah Tau La Mangkuk!!

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dibidas kerana dikatakan memberi gambaran tidak tepat mengenai isu kalimah "Allah" dalam tulisannya dalam akhbar luar bagi tujuan politik.

Setiausaha Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan Datuk Wira Syed Ali Alhabsee yang juga Ketua Umno Bahagian Cheras, berkata Anwar juga sedang giat melobi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) luar negara untuk memburukkan imej kerajaan berhubung isu kalimah Allah.

Sumber : Malaysiakini

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Satu dunia tahu yang hangpa semua yang bagi panaskan isu ini.

Sapa yang bagi greenlight untuk buat demo mengenai isu ini? Siapa? Hishamuddin kan? Siapa Hishamuddin? Orang PAS atau PKR? Umno!!

Siapa yang kata hak rakyat untuk menyuarakan marah mereka tidak boleh dihalang? Siapa? Najib kan? Siapa yang Najib? Perdana Menteri (puppet sahaja) Malaysia merangkap Presiden Umno!!

Dunia luar semua tahu. Umno penipu macam Yahudi. Bila rakyat berdemo mengenai isu rakyat ditangkapnya rakyat. Dibelasahnya rakyat. Tapi atas nama kepentingan mereka. Semua senyap. Tiada tangkapan dibuat!!

Semua dunia tahu. Umno penipu macam Israel. Isu nama Allah sengaja dibesarkan. Bagi rakyat bergaduh. Kenapa hingga sekarang tiada kawalan ketat keatas semua rumah ibadat dalam negara kita? Sebab sengaja nak provoke rakyat yang berbilang agama dan bangsa ini.

Tak perlu Anwar pergi luar negara. TAK PERLU!!

Hanya si bodoh sahaja lambat mengetahui bahawa isu sudah lama mencemarkan nama Malaysia.

INI SEMUA PERSEDIAAN UNTUK MEMBANTAI DAN MENANGKAP SEMUA PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT DIBAWAH ISA!!

Selasa, 26 Januari 2010

Pakat Doa Parasit Ni Berambuih Keluaq

Mengenai desas-desus yang beliau mungkin dipecat daripada parti, Zulkifli berkata: "Cakap-cakap yang mengatakan saya akan dipecat hanyalah spekulasi tetapi jika betul-betul dipecat saya akan bertindak. Saya telah bersedia."

Sumber : Malaysiakini

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Mamat poyo ni patut dari dulu keluar dari Pakatan Rakyat.

Aku dah tulis mengenai kebodohan dan ketaatan menjadi talibarut Umno dan meminta DSAI dan sesiapa sahaja menuntut dia letak jawatan.

Sekarang dia dah kata dia bersedia...bersedia apa? Bersedia masuk Umno? Bersedia nak burukkan DSAI?

Silakan...kalau mu buat macam tu Zul oi...mu kena ingat..sampai mati rakyat Kedah dan Malaysia meluat kat mu..

Aku minta mu keluaq cepat dari PKR. Senang kerja. Parasit macam mu ni tak layak dok dalam PR.

Buang masa...patut PAS tamau kat mu...busuk perangai mu.

Yeah Baby..1Malaysia



Ini contoh wanita "SOLEHAH" 1Malaysia.

Dia nak peluk sapa dia punya sukalah.

Wanita ini memang hebat dalam melakukan aksi ngeri. Dari C4 sampai la nak belasah adik kandungnya sendiri.

Kali ini dipeluknya pemain badminton nombor satu negara kita.

Memanglah, sapa tak suka Malaysia menang. Tapi masalahnya kak oi...jagalah perbuatan itu sikit.

Bertenang sikit.

Harap sapa yang tengok gambar ini cuba renung dan fikirkan balik. Sesuai ke dia ni jadi wanita ikutan?

Isnin, 25 Januari 2010

Zionis = Umno


Sumber Gambar : Media Rakyat


Kenapa rakyat harus dihalang dari mendengar dari pihak yang satu lagi?

Apa salahnya untuk rakyat terus menjadi cerdik?

Mereka Bn sememangnya kejam dan zalim. Terus - terang saya katakan mereka ini adik - beradik Zionis Israel.

Mulut kata 1Malaysia namun 1Malaysia hanya untuk Umno bukan untuk rakyat kesemuanya.

Apa lagi yang tinggal untuk kita? Duit? Dah dikebas oleh Umno secara paksa dengan kenaikkan menggila harga barang.

Kebebasan bersuara? Tengok gambar sudah tau!!

Apa lagi...apa lagi.

LAGI MAU SOKONG UMNO?

Ahad, 24 Januari 2010

Anak Muda Aksi Perlawanan Harus Bertambah Keras

Keadaan semakin meruncing. Harga petrol dijangka naik pada bulan Mei. Harga gula telah naik. Harga minyak masak dijangka naik. Kini kemungkinan besar harga beras juga dijangka naik.

Kita rakyat Malaysia semakin tertekan. Gaji tidak naik - naik namun harga melambung naik dengan dahsyat. Kerajaan BN sudah tidak punya duit kerana semua ini adalah kesilapan mereka. Mereka rasakan membangunkan bangunan itu lebih ekonomi walhal itulah perbuatan maha membazir.

Apa yang tinggal untuk kita? Kita semakin tertekan. Hutang terpaksa dibuat hanya semata - mata untuk hidup didalam dunia gila ini yang direka oleh Bn. Sudahlah ibubapa kita bakal menanggung kos tinggi kerana setiap minggu anak - anak mereka dipaksa balik ke rumah. Bayangkan jika keluarga di Johor anak bersekolah di Kedah. Bayangkan kos yang terpaksa mereka hadapi. Sudahlah yuran semakin mahal.

Anak muda Malaysia. Nasib Malaysia ditangan anda semua. Berusahalah kita untuk terus melawan. Allah bersama orang - orang yang tidak putus asa.

Politik Malaysia semakin menggila.

Kita tidak lagi boleh berpeluk tubuh untuk menunggu siapa yang bakal memimpin kita.

Jika kita tidak bangkit dari sekarang, maka selagi itulah Bn akan terus - menerus menindas rakyat.

Pandang wajah - wajah pakcik - pakcik dan makcik - makcik di kampung yang hidupnya susah.

Pandang wajah - wajah ibubapa yang semakin berkerut wajah mereka.

Apa lagi yang Bn mahu korek secara paksa dari poket kita.

Siap - sedialah!!

Jika semboyan ditiupkan.....kita mara.

Keluar dari celah - celah kota, daerah untuk mara kejalan raya. Mereka si penzalim Bn cukup takut melihat aksi anak muda kerana mereka dapat membayangkan kerajaan mereka akan tumbang kelak.

Satu persoalan anak muda Malaysia..adakah anda semua telah bersedia?

HIDUP RAKYAT!!

Sabtu, 16 Januari 2010

Lepas Harga Petrol, Harga Gula, Broadband..Ni MInyak Masak Pulak??!!

UALA LUMPUR : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berkemungkinan akan menurunkan atau memansuhkan subsidi minyak masak selepas perbincangan kementerian itu bersama Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi sejak akhir tahun lalu.

Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Mohd Zain Mohd Dom, berkata kerajaan sedang menyemak kadar subsidi minyak masak yang dianggarkan menelan belanja kira-kira RM1 bilion setahun.

Sumber : EraPakatan

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ya Allah Tuhan Sekalian Alam,

Apa lagi nasib sahabat - sahabatku di negara Malaysia ini.

Kita sekarang diera pemimpin merampas duit dalam poket kita secara paksa.

Kita dipaksa kerana untuk membangunkan negara dan membayar hutang negara kerana keborosan mereka ketika berbelanja.

Kita menjadi mangsa.

Kenapa masih ada yang tidak mahu membukakan mata?

Kenapa?

Apakah mereka masih sanggup diperbodohkan atau sememangnya mereka itu bodoh?

Rakyat Malaysia...kita wajib bangkit.

Jangan biarkan mereka mempermainkan kita lagi.

Kita sudah pun menghukum mereka pada Mac 2008. Pastikan pada Pilihanraya yang akan datang kita hukum mereka semahu - mahunya.

Buat anak muda...satu pertanyaan buat kalian semua.

Jika semboyan ditiupkan...apakah kalian semua akan turun ke jalanraya?

Buat makcik - makcik dan kepada siapa sahaja yang masih tetap menyokong Umno. Jangan merungut kalau esok makan di kedai harga nasi goreng kampung mencecah RM 5.00.

Rakyat Harus Bangkit...

LAGI MAU SOKONG UMNO?