Memaparkan catatan dengan label Penakut. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Penakut. Papar semua catatan

Ahad, 7 Mac 2010

Tingkatkan Serangan




Sekarang si pondan Najib dan Hishamuddin Hussein yang telah menjadi keldai Najib, telah menjadi begitu penakut.

Mereka sudah tahu, rakyat sebenarnya sudah menyampah dengan mereka. Rakyat sememangnya sudah berazam mahu membenam mereka pada PRU 13 kelak.

Maka dirancangnya kes Fitnah ke-2 Anwar Ibrahim.

Dirancangnya pembelian sampah - sampah yang ada dalam Pakatan Rakyat.

Dan selama 50 tahun lebih kita merdeka, alat tunggangan yang paling taat setia menjadi keldai Umno adalah POLIS.

Mereka cukup seronok dan berbangga menjadi keldai Umno.

Tapi kita rakyat ingat!! Perhatikan. Najib benar - benar dalam keadaan tertekan. Kuasa ditangannya semakin terhakis.

Apa tugas kita sebagai rakyat? Tugas kita menyerang setiap penjuru yang ada. Serang Umno habis - habisan!!

Sabtu, 6 Mac 2010

Surat Kepada Mereka Yang Suka Menuding Jari

Aku insan biasa. Menyokong gerakan reformasi sewaktu umur aku 15 tahun (1998). Hari ini aku sudah berumur 26 tahun. Tahun demi tahun aku melalui dan memerhati gerakan reformasi dari saat ianya berkembang dengan hebat hinggalah tahun merudumnya gerakan tersebut pada tahun 2004 dan melihat ia kembali gagah pada tahun 2008.

Tapi adakah aku pernah LARI DARI PERJUANGAN. Tidak!! Aku bukannya seperti Ezam dan budak - budak hingusan GERAK yang lari dari medan perjuangan kerana DSAI tidak membelai pipi mereka. Bak kata TukarTiub aka Hishamuddin Rais, mereka ini semua sudah kena penyakit KURANG KASIH SAYANG.

Kita memang masih ada budaya orang Melayu Umno. Ketika musibah datang dengan pantas kita menunding jari. Dengan pantas kita menyalahkan orang itu orang ini. Apa yang lebih utama? Menyalahkan orang atau kita cepat - cepat rapatkan barisan dan menyerang kembali Umno dan Barisan Nasional?

Ya benar DSAI cepat sungguh mempercayai orang. Ya benar DSAI lupa pada mereka yang telah berjuang bermati - matian sewaktu tahun 1998 hingga sekarang. Ya DSAI cukup suka mengambil sahabat beliau di kalangan orang Umno. Tapi kenapa MEREKA yang dipanggil pejuang tulen tidak menyatakan bantahan kepada Tuan Guru Haji Hadi, Tuan Guru Nik Aziz kerana mengambil Kamaruddin Jaafar dan sesiapa sahaja di kalangan bekas orang Umno menjadi pemimpin mee segera macam PKR buat?

Teguran buat mereka yang suka menyerang sana - sini. Ingat DSAI bukan Rasulullah s.a.w yang sentiasa dikawal penuh oleh Allah s.w.t. Beliau pasti akan membuat kesilapan. Mereka yang ada dalam PKN dahulu macam tidak pernah membuat kesilapan. Cium bontot Ezam tapi akhirnya Ezam keluar masuk Umno. Patut atau tidak aku memanggil kalian semua bebal kerana percayakan Ezam? Ohh pasti kalian semua ada jawapan. Begitu juga dengan DSAI. Dia bukan Tuhan untuk kenal hati budi mereka yang sudah keluar parti. Mungkin mereka yang datang kepada DSAI dahulu benar - benar melutut menyatakan kesetiaan yang tidak berbelah - bagi sewaktu dulu dan kerana wang mereka lupa daratan.

Ingat perjuangan ini bukan waktu tempoh sekejap. Tanyalah veteran - veteran PAS. Berapa kali ketua - ketua mereka digoda oleh Umno sewaktu PAS mula - mula ditubuhkan. Nakhaei, Asri Muda, Hashim Gera dan ramai lagi telah keluar PAS kerana cintakan dunia. Tapi patutkah kita menyalahkan pucuk pimpinan PAS waktu itu. Tuan Guru Nik Aziz ada sewaktu Nakhaei keluar PAS, sewaktu Asri Muda keluar PAS. ADA TUAN GURU MERAJUK MACAM KALIAN YANG MENGAKU PEJUANG TULEN?!!!! KELUAR PAS DAN MASUK SEMANGAT 46 atau sebagainya!!!

Ini adalah waktu kita memperkuatkan jentera parti. Bukannya sekali lagi keluarkan surat terbuka apa kejadah.

Umno suka melihat wujud karektor sebegini kerana individu sebeginilah yang akan menyebabkan mereka yang lemah terpengaruh dengan tulisan jijik seperti itu dan keluar dari medan Pakatan Rakyat.

Apa pun kepada mereka diluar sana, kuatkan pertahanan. Tingkatkan serangan. Hancurkan Umno habis - habisan!!

Selasa, 26 Januari 2010

Pakat Doa Parasit Ni Berambuih Keluaq

Mengenai desas-desus yang beliau mungkin dipecat daripada parti, Zulkifli berkata: "Cakap-cakap yang mengatakan saya akan dipecat hanyalah spekulasi tetapi jika betul-betul dipecat saya akan bertindak. Saya telah bersedia."

Sumber : Malaysiakini

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Mamat poyo ni patut dari dulu keluar dari Pakatan Rakyat.

Aku dah tulis mengenai kebodohan dan ketaatan menjadi talibarut Umno dan meminta DSAI dan sesiapa sahaja menuntut dia letak jawatan.

Sekarang dia dah kata dia bersedia...bersedia apa? Bersedia masuk Umno? Bersedia nak burukkan DSAI?

Silakan...kalau mu buat macam tu Zul oi...mu kena ingat..sampai mati rakyat Kedah dan Malaysia meluat kat mu..

Aku minta mu keluaq cepat dari PKR. Senang kerja. Parasit macam mu ni tak layak dok dalam PR.

Buang masa...patut PAS tamau kat mu...busuk perangai mu.

Khamis, 14 Januari 2010

Lepas Ini Anwar Kena ISA

KUALA LUMPUR 12 Jan. - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menjelaskan dakwaan pertemuannya dengan dua tokoh media tempatan, Datuk Nazri Abdullah dan Datuk Kalimullah Hassan di London baru-baru ini.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, jika dakwaan itu benar, Anwar mungkin mempunyai peranan dalam kejayaan pengendali portal berita Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin meloloskan diri secara haram dari negara ini dan berlindung di London.

Sumber : Utusan Meloyakan Tekakku

______________________________________

PUTRAJAYA 12 Jan. - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengambil tindakan ke atas Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim jika beliau sengaja menggunakan isu agama dan perkauman berhubung insiden serangan ke atas gereja.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, jika terdapat bukti dan laporan bahawa Anwar atau pihak-pihak tertentu sengaja menggunakan isu tersebut, mereka akan dikenakan tindakan tegas.


Sumber : Utusan Meloyakan Tekakku

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ini penting untuk semua orang. Memang benarlah kata - kata Mahfuz Omar. Kemungkinan Operasi Lalang 2 akan dilaksanakan.

Kalau kita lenggok dan gaya tuduhan yang dilemparkan kepada DSAI kita dah boleh agak jika benarlah Operasi Lalang 2 dilaksanakan maka orang pertama yang bakal ditahan adalah DSAI.

Mereka iaitu Zionis Umno sedang tertekan. Sokongan semakin menurun kerana keghairahan Hishamuddin Hussien yang mengapikan agar rakyat turun berdemo. Malangnya yang turun tak sampai 1000. Lalu marahlah si lidah kontot ini. Maka untuk memastikan sokongan terhadap Pakatan Rakyat tidak melonjak naik maka terpaksalah mengalihkan perhatian rakyat dengan mengatakan Anwarlah dalangnya.

WOI MONYET (maaf kasar sikit).....ini dunia IT....dunia IT....dunia BLOG!!

Dengan sekali klik satu dunia tahu. Dengan hanya mengklik PUBLISH POST satu Malaysia tahu kebangsatan Umno.

Tangkaplah DSAI...tangkaplah seberapa ramai kau nak tahan.

Lagi kau tangkap...lagi cepatlah Umno mampus...

Tak percaya buatlah!!

Tolonglah buat!!!!

Bila Masa Media Perdana Jadi Media Pakatan?

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa pihak media supaya berhati-hati ketika berdepan dengan kenyataan parti-parti pembangkang, terutama PAS, ekoran kontroversi berhubung penggunaan kalimah Allah oleh mingguan Katholik, Herald

Sumber : Malaysiakini

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Aku tak nampak keperluan kenapa media perdana yang sememangnya 95% hanya melaporkan mengenai Umno dan BN sahaja perlu dengar perintah isteri Rosmah iaitu Najib untuk tidak melaporkan apa - apa sahaja berita daripada pihak Pakatan Rakyat.

Bukan selalu macam itu ke?

Aku faham kenapa Najib tak bagi media perdana memsensasikan kenyataan konon - konon negatif daripada pihak Pakatan Rakyat. Sebab setiap kali kenyataan yang KONON - KONON negatif itu diambil dan dilaporkan, rakyat pasti menderu - deru membaca blog yang majoritinya menentang Umno dan Bn.

Macam isu kes liwat DSAI. Media perdana senyapkan isu ini. Sebabnya tak bagi blog - blog aktif menulis cerita liwat dan bila mula menerbitkan tulisan mengenai kes fitnah ini maka lagi kuatlah ingatan rakyat kepada DSAI dan lagi cepatlah Umno mampus!!

Sama sahaja dengan kes nama Allah ini. Lagi banyak media perdana mainkan isu ini lagi cepatlah Umno mampus.

Senang saja nak faham permainan Najib dan Umno.

Lagi Mau Sokong Umno?

Isnin, 16 November 2009

KJ..Kalau Ada Telor Pi Bela Pak Mentua Hang

Hari ini, sekali lagi Najib mencabar kejantanan KJ. Sekali lagi insan yang membantu KJ naik ke persada politik dengan cara mee segera telah dihina seteruk - teruknya. Terbaru Najib telah menarik semua peruntukan kepada parlimen Kepala Batas.

Siapa yang mewakili kerusi Parlimen tersebut? Tidak lain tidak bukan Abdullah Ahmad Badawi. Siapa Abdullah Ahmad Badawi? Bekas Perdana Menteri Malaysia dan ayah kandung kepada isteri Khairy Jamaluddin. Maka ini bererti Abdullah Ahmad Badawi adalah bapar mertua KJ.

Penghinaan yang maha dahsyat. Namun KJ masih mendiamkan diri. Jika dahulu Mahathir pernah diaibkan oleh beliau, Mukhriz bangkit untuk membela ayahnya. Namun sekarang, apabila Pak Lah dimalukan berkali - kali, KJ mendiamkan diri.

Kenapa KJ? Takut hilang kuasa? Takut semua kerosakan yang pernah kau lakukan akan dibongkar? Takut segala kekayaan kau hilang?

Bagi aku dan semua anak muda Malaysia..Khairy takde telor!!

Penakut!!

Bacul!!

Bapa mertua yang pernah membantu kau naik keatas sekarang dihina seteruk - teruknya namun kau masih menikus takut.

Kalau macam ini perangai kau....jangan harap dapat jadi inspirasi anak muda Malaysia.

Anwar, Hishamuddin Rais, Dr. Asri, Nizar semuanya berani melakukan aksi perlawanan. Maka mereka wajib dan berhak mendapat pengiktirafan oleh anak muda Malaysia.

Kata kunci hati anak muda hanyalah satu...LAWAN dan TERUS LAWAN!!

KJ...simpan telor dalam rumah...

Sekian

Rabu, 12 Ogos 2009

Khairy Jamaluddin : Ku Sangkakan Gagah Rupanya KAHKAHKAH

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Hrkh) - Bukan sahaja tidak memberi respons bahkan forum yang dianjurkan oleh Gerakan Anti Korupsi Malaysia (Gerak), minggu ini telah ditolak jemputannya oleh Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin seolah-olah dilihat gentar untuk berhadapan dengan hujah-hujah dan fakta yang bakal dipersembahkan oleh panel yang turut diundang iaitu Ketua Pemuda PAS Ustaz Nasruddin Tantawi.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Khairy oohh Khairy..

Sekali kau dah kena dengan Husam Musa, terus kau tak berani dah.

Kau cabar PAS berdemo isu Arak, tapi kena bantai balik sebab dah 52 tahun perintah Selangor apa umno buat? Terus kau diam..

Kau kata macam - macam kat PAS.

Bila PAS ajak debat kau diam je...apa ni bai??

Takut ke?

Kato berani sangat...kato apo sajo bondo menghalang...den langgar yo..

hahahahha....

Tu lah...buat pandai lagi. Cabar orang sana - sini lagi...hamik kau!!!

Meh aku yang tak belajar sampai oxford nie nak bgtau kau.

Sebelum nak ambil sesuatu isu, tengok dulu. Umno pernah bela tak isu nie...kalau tak jangan sibuk - sibuk kata Umno pernah bantah jualan arak kat Selangor.