Aku insan biasa. Menyokong gerakan reformasi sewaktu umur aku 15 tahun (1998). Hari ini aku sudah berumur 26 tahun. Tahun demi tahun aku melalui dan memerhati gerakan reformasi dari saat ianya berkembang dengan hebat hinggalah tahun merudumnya gerakan tersebut pada tahun 2004 dan melihat ia kembali gagah pada tahun 2008.
Tapi adakah aku pernah LARI DARI PERJUANGAN. Tidak!! Aku bukannya seperti Ezam dan budak - budak hingusan GERAK yang lari dari medan perjuangan kerana DSAI tidak membelai pipi mereka. Bak kata TukarTiub aka Hishamuddin Rais, mereka ini semua sudah kena penyakit KURANG KASIH SAYANG.
Kita memang masih ada budaya orang Melayu Umno. Ketika musibah datang dengan pantas kita menunding jari. Dengan pantas kita menyalahkan orang itu orang ini. Apa yang lebih utama? Menyalahkan orang atau kita cepat - cepat rapatkan barisan dan menyerang kembali Umno dan Barisan Nasional?
Ya benar DSAI cepat sungguh mempercayai orang. Ya benar DSAI lupa pada mereka yang telah berjuang bermati - matian sewaktu tahun 1998 hingga sekarang. Ya DSAI cukup suka mengambil sahabat beliau di kalangan orang Umno. Tapi kenapa MEREKA yang dipanggil pejuang tulen tidak menyatakan bantahan kepada Tuan Guru Haji Hadi, Tuan Guru Nik Aziz kerana mengambil Kamaruddin Jaafar dan sesiapa sahaja di kalangan bekas orang Umno menjadi pemimpin mee segera macam PKR buat?
Teguran buat mereka yang suka menyerang sana - sini. Ingat DSAI bukan Rasulullah s.a.w yang sentiasa dikawal penuh oleh Allah s.w.t. Beliau pasti akan membuat kesilapan. Mereka yang ada dalam PKN dahulu macam tidak pernah membuat kesilapan. Cium bontot Ezam tapi akhirnya Ezam keluar masuk Umno. Patut atau tidak aku memanggil kalian semua bebal kerana percayakan Ezam? Ohh pasti kalian semua ada jawapan. Begitu juga dengan DSAI. Dia bukan Tuhan untuk kenal hati budi mereka yang sudah keluar parti. Mungkin mereka yang datang kepada DSAI dahulu benar - benar melutut menyatakan kesetiaan yang tidak berbelah - bagi sewaktu dulu dan kerana wang mereka lupa daratan.
Ingat perjuangan ini bukan waktu tempoh sekejap. Tanyalah veteran - veteran PAS. Berapa kali ketua - ketua mereka digoda oleh Umno sewaktu PAS mula - mula ditubuhkan. Nakhaei, Asri Muda, Hashim Gera dan ramai lagi telah keluar PAS kerana cintakan dunia. Tapi patutkah kita menyalahkan pucuk pimpinan PAS waktu itu. Tuan Guru Nik Aziz ada sewaktu Nakhaei keluar PAS, sewaktu Asri Muda keluar PAS. ADA TUAN GURU MERAJUK MACAM KALIAN YANG MENGAKU PEJUANG TULEN?!!!! KELUAR PAS DAN MASUK SEMANGAT 46 atau sebagainya!!!
Ini adalah waktu kita memperkuatkan jentera parti. Bukannya sekali lagi keluarkan surat terbuka apa kejadah.
Umno suka melihat wujud karektor sebegini kerana individu sebeginilah yang akan menyebabkan mereka yang lemah terpengaruh dengan tulisan jijik seperti itu dan keluar dari medan Pakatan Rakyat.
Apa pun kepada mereka diluar sana, kuatkan pertahanan. Tingkatkan serangan. Hancurkan Umno habis - habisan!!
Project 964: The RWB Transformation
21 jam yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
JANGAN JADI BACUL DENGAN TAK MELETAKKAN NAMA SENDIRI ATAU SAMARAN KETIKA HENDAK MENINGGALKAN KOMEN DI BLOG INI..ORANG YANG BERSELINDUNG DENGAN TANPA NAMA ORANG YANG TIDAK BERANI MEREMPUH KEBENARAN. JADI BLOG INI AKAN MENYIARKAN KOMEN - KOMEN ORANG YANG BERDAFTAR SAHAJA.