Isnin, 31 Ogos 2009

Mari Mengundi Bn Lagi..Yihaa!!!

KUALA LUMPUR 31 Ogos - Harga bagi minyak jenis RON95 dan RON97 dijangka naik berkuat kuasa tengah malam ini.

Minyak jenis RON95 dijangka dinaikkan 5 sen iaitu daripada RM1.75 seliter kepada RM1.80 seliter.

Sementara itu, RON97 pula akan dinaikkan daripada RM1.80 kini kepada RM2.00.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka mengumumkan kenaikan itu pada petang ini.

Sumber : Utusan Meloya

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Terima kasih kepada pengundi TOTOK Bn,

Terima kasih telah berjaya menaikkan harga minyak dengan megahnya.

Wow..

Terima kasih kerana seronok tengok rakyat hidup susah demi slogan penipu HIDUP MELAYU!!

Selamat menikmati keseronokkan melihat rakyat kampung hidup susah dengan harga minyak naik.

NAJIB, kau memang hebat...selamba badak kau kelentong rakyat...tahniah!!!

UNDILAH LAGI BARISAN NASIONAL..untuk menjamin harga minyak terus naik!!

Jumaat, 28 Ogos 2009

Selamat Menyambut Hari Merdeka

Kenali wajah - wajah sebenar pejuang kemerdekaan Malaysia.

Mereka ini yang telah berjuang menuntut kemerdekaan sebenarnya.

Mereka menentang Perlembagaan Malaysia yang dibentuk oleh British.

Mereka mahu Perlembagaan Malaysia yang didraf oleh rakyatnya sendiri.

Ingati sebahagian daripada wajah - wajah klasik ini.





Dr.Burhanuddin Al-Helmy


Ahmad Boestamam


Lim Kean Chye


Yahya Nasim


Shamsiah Fakeh


Abdul Salleh Majid


Khatijah Sidek


Pak Sako aka Ishak Muhammad


Hashim Said

Moga - moga perjuangan mereka selama ini yang telah cuba dilupakan akan diingati dan diiktiraf oleh kerajaan kelak..

Amin....

Khamis, 27 Ogos 2009

Ciri - Ciri Anak Muda Malaysia Baru (5)

Macam aku selalu cakap tahun 2004 merupakan tahun yang paling buat Barisan Alternatif. Kalah teruk, Terengganu hilang, undi jatuh dan macam – macam lagi. Kita rakyat yang memperjuangkan kebenaran hanya mampu melihat dari jauh. Melihat dengan penuh rasa kecewa. Kecewa kerana kita yang mampu mengulangi sejarah 1999 tapi gagal kerana ego, ketaksuban oleh parti – parti tua ini.

Aku mendiamkan diri semenjak tahun itu. Mana taknya, dengan kewafatan ayahanda tercinta benar – benar mengubah kehidupan peribadi aku. Rakan – rakan seperjuangan juga sudah mula senyap kerana sibuk dengan tugasan masing – masing. Ada yang sudah berkahwin, pergi Korea, ada di Felda, sambung belajar dan lain – lain. Tapi semangat perjuangan tetap utuh. Semangat mahu melihat Umno dan Bn tumbang tetap berkobar – kobar.

Anak muda Malaysia pada hari ini tidak mengharapkan pelukan mesra daripada parti pembangkang atau Pakatan Rakyat, anak muda hari ini tidak mengharapkan pujian, tidak mengharapkan mereka yang mempunyai nama besar menegur mereka, tidak langsung mengharapkan apa – apa pangkat daripada orang – orang politik. Kami tetap manusia biasa yang ada teman wanita, kereta, kerja, tanggungjawap kepada keluarga (yang paling penting) dan sebagainya. Tapi apabila semboyan perjuangan ditiupkan kami datang, kami hadir, kami berada di barisan hadapan. Kami tidak gentar dengan gas pemedih mata, kami tidak gentar dengan air kimia FRU, kami tidak gugur semangat apabila melihat keberangkatan anggota FRU yang lengkap bersenjata. Sumpah atas nama Tuhan Kaabah, kami tidak takut. Tapi kami tetap manusia yang biasa. Walaupun aku secara peribadi pernah diperli oleh seorang sahabat dalam perjuangan, “Hey, kau ni asyik demo ja, cuba jadi organizer”. Tapi aku tetap aku. Aku tetap anak muda biasa yang ada di jalanan. Tidak pernah mengharapkan muka aku masuk suratkhabar HARAKAH, Suara Keadilan, Malaysiakini, dan lain – lain. Semua anak muda begitu.

Ketika demo anti – kenaikkan minyak di KLCC, ribuan anak muda yang tidak pernah ditegur oleh Husam Musa, Cikgu Bad, Dr. Dzulkifli Ahmad, Anwar Ibrahim, dan lain – lain berada di barisan hadapan. Tapi niat kami hanya satu. Di mana ada syaitan, di situ mata petir kami rejamkan. Di mana ada Bn di situ ratusan ribu anak muda akan ada. Ketika demo BERSIH 2 tahun lepas yang bertempur dengan FRU di Masjid Jamek adalah anak – anak muda yang datang dari seluruh negara (anak muda bererti bawah 40 tahun kalau ikut definisi yang aku faham). Ketika demo anti PPSMI, anak – muda yang bertempur dengan FRU, yang memegang cota FRU, yang merempuh halangan FRU. Sila tanya mereka, pernahkah ahli politik Pakatan Rakyat menegur mereka? Pernahkah mereka menjadi organizer sesuatu demo? TIDAK..niat mereka hanyalah satu. Perjuangan yang ikhlas, perjuangan yang tidak perlu diberi perhatian, perjuangan yang tidak perlu dibalas dengan belaian mesra Anwar Ibrahim. Cukup hanya Tuhan yang Maha Mencipta membalasnya. Anak muda Malaysia tetap menjalani kehidupan biasa. Melepak di KLCC, melepak di Hartamas, melepak di SS15 Subang dan sebagainya. Tapi niat mereka tetap seperti mana yang aku beritahu tadi, PERJUANGAN SUCI MENENTANG BN.

Anak muda Malaysia cukup pantang apabila kegiatan di sebalik tabir mereka dihendap. Sebagai contoh artikel aku mengenai anak muda yang cool, aku ditegur dengan mengatakan “kalau solat tak tinggal lagi COOL”. Benar nasihat itu baik. Teramat baik, tapi aku berani cakap kerana tempat yang aku tunjuk itu menjurus kepada persepsi negatif oleh mereka yang konon baik sangat terus ditajinya aku. Itu yang berlaku di luar sana juga. Apabila melihat mereka yang berambut panjang, berseluar jeans, minum – minum di kafe – kafe terus dilihat tidak baik. Tidak solat, tidak Islamik. Walhal belum tentu yang berkata sedemikian apabila berhujah dengan mereka yang kononnya tidak baik ini mampu menangani kepetahan mereka. Kadang – kala aku tergelak seorang diri, apabila melihat mereka yang mudah menilai mereka yang berpakaian tidak seperti mereka. Ya benar, anak muda sekarang ini ramai yang dah tonggang – langgang, rosak moralnya tapi jangan dipukul rata sehingga membabitkan mereka yang tidak berdosa ini. Aku teringin nak tanya, kalau hangpa boleh lepak dekat kedai mamak minum teh tarik lepas itu sembang politik sampai pukul 12 malam itu, kira bagus sangat ke?? Dont Judge A Book By Its Cover...tu pepatah orang putih.

Ketika pilihanraya 2008, mereka yang dilihat yang tidak islamik, tidak bermoral, tak solat kononnya dan sebagainya, mereka inilah yang memberi undi kepada Pakatan Rakyat. Mereka inilah yang membenam Sharizat Jalil, mereka inilah menggodam KJ di Rembau, mereka inilah yang meranapkan kerajaan angkuh peroboh kampung Melayu di Selangor, mereka inilah yang meruntuhkan kerajaan Kedah, mereka inilah yang telah merampas Perak. Kenapa ketika pilihanraya baru mereka ini yang KONON dilihat macam tak Islamik diburu untuk memberi untuk tapi apabila sudah kami di kutuk dengan kata – kata yang tak masuk? Sebab itu rata – rata anak muda Malaysia mengangkat DSAI, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, TG Nik Aziz, dan seangkatan dengan mereka kerana mereka ini meraikan anak muda. Mereka yang ini yang mendidik anak muda supaya berfikiran kritis, tidak jumud, tidak taksub dengan mana – mana pendapat. Anak muda Malaysia bukannya bodoh. Bukan taksub kepartian tak tentu pasal. Kami mahu yang terbaik buat Malaysia.

Inilah ciri – ciri anak muda Malaysia. Mereka tidak sesekali mahu menonjol dalam seni tempur ahli politik Malaysia. Mereka sudah boleh berfikir. Siapa yang jahanam, perangai macam musibat dan siapa yang baik di mata mereka. Mereka tetap meneruskan kehidupan normal. Macam aku dan kawan – kawan yang lain, sebulan sekali (kecuali Ramadhan) mesti ke Sepang tengak perlumbaan DRAG. Ada yang melilau di The Curve, melepak di OU Shopping Complex beli baju baru dan macam – macam lagi. Tapi jangan diselongkar peribadi mereka. Jangan sesekali cuba mengatakan mereka ini tidak Islamik. Macam aku habaq kat hangpa semua, bila semboyan berbunyi, mereka inilah berlari ke hadapan. Mereka inilah yang akan menjadi TENTERA RAKYAT yang berada di barisan yang paling hadapan bersama – sama Unit Amal PAS.

Kami berbeza pendapat sesama sendiri. Dari muzik hingga ke politik. Tapi niat tetap satu. Zionis BN mesti dihapuskan. Hapus sama sekali. Kami tidak taksub dengan pegangan politik kami. Aku ada teman yang tebal dengan perjuangan Islamnya, ada yang tebal dengan sosialisnya. Tapi apabila saat berdepan dengan musuh iaitu teman yang TOTOK Umno, kami tutup segala bibit – bibit perdebatan yang mampu memberi ruang sahabat yang lagi seorang itu membelasah kami. Kami tidak BODOH untuk memberi ruang walaupun seinci kepada pihak musuh untuk membelasah kami. PAS dan DAP harus ambil pendekatan sebegini. Kedua – dua parti tua di Malaysia. Pengalaman yang banyak. Keperitan ketika berjuang teramat tinggi. Tapi jangan lupa EGO antara mereka juga amat tinggi. Ambil contoh isu arak, kenapa Hassan Ali tidak bawa berbincang dulu. Kenapa harus mengambil tindakan yang cukup drastik dan kelam – kabut sehinggakan orang luar menganggap Islam agama yang tidak boleh dibawa berbincang. Ambil lagi satu contoh, DAP ketika isu ladang ternakan babi haram di Kedah. Mereka menjunjung undang – undang. Suruh kita patuh pada undang – undang tapi apabila isu ini terjadi, lihatlah kebodohan yang ditunjukkan. Ya benar, MB Kedah melakukan kesilapan juga kerana tidak menyediakan tempat sebelum kawasan itu dirobohkan. Anak muda benci dengan perkara – perkara sengal macam nie. Kami menaruh harapan tinggi agar Pakatan Rakyat dapat menumbangkan BN. Dapat membuang mereka di laut dan benam mereka ke dalam lubang TAIK. Tapi apabila melihat kegopohan sesetengah ahli politik dalam PR..aduhaiii...kenapa bodoh sangat nie.

Penutup untuk episod ini, aku, engkau, hang, semua anak muda Malaysia sentiasa bersatu menentang kezaliman. Kami tidak perlu rakan yang mengaku rakan tapi hanya digunakan untuk berdemo sahaja atau kegiatan politik mereka. Kami tidak perlu kepura – puraan yang jijik macam itu. Kami secara tidak sengaja akan menjadi satu pasukan yang mantap apabila sesuatu demo terjadi. Medan kami di jalanraya. Kami percaya jalanraya mampu menumbangkan BN. Pilihanraya hanya sebahagian alat kosmetik dalam dunia demokrasi yang boleh dimanipulasi oleh Zionis Bn. Ingat kepada semua ahli politik Malaysia khasnya PR, kami anak muda tidak perlu menjadi ahli parti kalian semua, kami tidak perlu menjadi organizer demo. Tidak perlu!!

SEBAB ANAK MUDA MALAYSIA BERSATU DI JALANRAYA

ANAK MUDA MAHU MENUMBANGKAN BN

ANAK MUDA TIDAK BERPARTI TAPI TAHU YANG MANA BENAR YANG MANA ZALIM

ANAK MUDA MALAYSIA BERSATU..MENENTANG UMNO DAN ZIONIS BN!!

Rabu, 26 Ogos 2009

PKR : Parti Korban Untuk Rakyat

Kenapa aku pilih tajuk macam nie? Bunyi macam pelik ja?

Sedarkah kalian semua, ketika isu Perak tercetus, yang melompat parti adalah orang dari PKR.

Ya benar, ada orang marah pada parti tersebut.

Tapi apa kata kalau kita lihat dari sudut positif.

Bila ahli PKR yang melompat disebabkan diugut oleh NAJIB dan diculik oleh NAJIB, pasti sokongan terhadap PAKATAN RAKYAT meningkat secara mendadak.

Simpati terhadap PR meningkat. Bencinya orang ramai kepada NAJIB juga turut meningkat.

Hasilnya, Bukit Gantang menang besar, Bukit Selambau menang besar dan terbaru Permatang Pasir pun menang dalam peratus undi kurang.

PKR kena la sikit makian dan cacian daripada penyokong PAS ataupun DAP.

Tapi bila ada sahaja Pilihanraya Kecil pasti Pakatan Rakyat yang dapat hasil lumayan.

Jika culik - menculik, ugut - mengugut dan rasuah - merasuah dibuat oleh NAJIB kepada orang PKR yang lemah iman dan perjuangannya (tak semua macam tu), pasti, CONFIRM, aku yakin Pakatan Rakyat dapat memerintah Malaysia.

Percayalah, jika NAJIB terus - menerus buat macam itu, PR dapat memerintah Malaysia.

PKR masa PRU-13 kenalah cari calon yang kualiti. Tak mau lompat - lompat macam ini lagi.

Masa ni takpa, untung kat Pakatan. Bn yang nampak BODOH dan zalim.

p/s buat yang tak faham, maknanya nak bagitau kat Najib hang buat benda macam ini, rakyat lagi meluat kat hang. Ha tunggu apa lagi, kasi Kedah tergolek pastu Selangor pulak..PRU-13 satu semenanjung hang takda power....BODOHHH punya olang

Zulkifli Noordin..Letak Jawatan MP Kalau Jadi Agen Umno

Zulkifli gagal tunaikan janji dalam satu majlis hari raya tahun lalu dengan mengelak dari membayar RM1000 kepada jawatankuasa penganjur. Dua tiga orang pemimpin pertengahan lain PKR turut ditipu Zul dalam kaedah yang sama. Dah la duit berkira, janji untuk menghadiri majlis bersama rakyat dan pegawai kerajaan hat yang percuma pun dia culas. Cuba selak apa yang ditulih Mi Itik dan Mat Salleh dulu.

Sumber : marhaen

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ini sebahagian keluhan daripada pengundi Parlimen Kulim Bandar Baharu.

Tapi bagi kami rakyat Malaysia dan pencinta kebenaran agak tersinggung dengan kata - kata Zulkifli Noordin.

Kalau benar radhzi tidak suka tindak - tanduk DSAI, beliau sepatutnya keluar PKR masuk PAS. Bukannya menyokong Najib. Bukan menyokong kezaliman.

Sudah banyak kali YB Zul buat hal. Namun mereka tetap menyokong YB Zul atas nama mereka yang menentang Zionis BN.

YB Zul orang PAS yang bertanding atas tiket PKR. Jika benar YB menyayangi PAS, keluar dari PKR masuklah PAS.

Namun tetap akan membawa barah kepada PAS dan Pakatan Rakyat. Benar Radhzi membuat banyak program di Langkawi seperti halal tourism dan sebagainya.

Tapi Mahathir juga bercadang menubuhkan Dinar Islam tapi adakan itu cukup untuk menutup jenayah yang telah beliau lakukan?

Rosmah membela nasib wanita - wanita (kononnya), tapi adakah cukup menutup jenayahnya itu.

Najib buat macam - macam program, adakah cukup menutup jenayahnya?

Hendak mengharamkan arak Islam juga melalui proses yang lama. Dari satu surah kepada surah yang lain hinggalah ianya haram sepenuhnya. Arak di Malaysia sudah lama. 52 tahun lamanya. Pakatan Rakyat Selangor kurang - kurangnya sudah mahu kearah itu. Kenapa tidak disokong tindakan itu? Kenapa harus ditentang seolah - olah kerajaan Pakatan Rakyat tidak mahu haramkannya?

YB Zul harus sedar, mereka yang mengundi YB Zul adalah mereka yang menyokong Pakatan bukannya YB Zul.

Sedarlah, kami bukannya membenci YB Zul tapi kami benci tindakan Yb Zul selama ini.

Sudah lama YB Zul menyakiti hati kami!!

Cukup!!

Mereka yang berada di kawasan Kulim semuanya sudah nampak YB Zul jarang melawat kawasan.

Tahniah kerana telah menjadi agen Umno.

Depan DSAI bukan main melutut tapi belakang beliau macam ULAR kepala 8.

Selasa, 25 Ogos 2009

Bersiap - sedia Dengan Durjana Yang Najib Akan Buat

Sekali saya ucapkan tahniah kepada seluruh jentera Pakatan Rakyat. Terima kasih yang tidak terhingga kepada pengundi kepada Permatang Pasir, anda telah memberi signal jelas kepada Umno, bahawa merekalah pengkhianat sebenar.

Tapi AWAS!!

Najib tidak akan duduk dengan tenang. Ingat selepas kita menang Kuala Terengganu, kita kehilangan Perak. Tidak mustahil untuk kita kehilangan Kedah atau Selangor. Semua itu tidak mustahil.

Pakatan Rakyat harus berjaga - jaga. Rakyat Kedah dan Selangor harus bersiap - sedia. Pejuang Rakyat harus kobarkan semangat anda. Jalanraya mungkin akan menjadi medan kita kelak jika Najib teruskan kerja bangsatnya itu.

Kita harus tentang kerja JAHAT Najib. Aturlah ratusan samseng bodoh kamu itu. Tapi kamu tetap tidak dapat menghalang kemaraan ratusan ribu rakyat yang datang dengan perasaan marah.

Najib, INGAT!!

Rakyat Kedah bukan sebarangan rakyat. Ingat MEMALI!!

Rakyat Selangor bukan sebarangan...ingat perhimpunan - perhimpunan besar di Selangor.

INGAT!!

Ini sumpah RAKYAT!!

Padan Muka Muhyiddin dan Najib!!

Padan muka hangpa!!

Tuduh lagi Anwar pengkhianat...lupa kot tu tempat dia.

Padan muka Najib dok curi lagi mangkak Lunas tu

Aku cadangkan...culik la lagi..tolonglah culik lagi...minta sangat - sangat

hahahahaha

TAHNIAH PAKATAN RAKYAT!!


apa ni Din kau ni..lupe ke Kawasan ni kawasan Anwar

Wei JIB, yang kau culik mangkuk Lunas tu sapa suruh..

hahahahahahaha

hahahahahahahha

Alhamdulillah

Keputusan Tidak Rasmi (4)

No.NamaPartiJumlah Undi Semasa
1Mohd Salleh ManParti Islam Semalaysia9712
2Rohaizat OthmanUnited Malay National Organisation5050

Total Majoriti:

4662


No.NamaPartiJumlah Undi Semasa
1Mohd Salleh ManParti Islam Semalaysia9616
2Rohaizat OthmanUnited Malay National Organisation4941

Total Majoriti:

4675


No.NamaPartiJumlah Undi Semasa
1Mohd Salleh ManParti Islam Semalaysia8524
2Rohaizat OthmanUnited Malay National Organisation4063

Total Majoriti:

4461


No.NamaPartiJumlah Undi Semasa
1Mohd Salleh ManParti Islam Semalaysia7222
2Rohaizat OthmanUnited Malay National Organisation3203

Total Majoriti:

4019


No.NamaPartiJumlah Undi Semasa
1Mohd Salleh ManParti Islam Semalaysia7222
2Rohaizat OthmanUnited Malay National Organisation3201

Total Majoriti:

4021


No.NamaPartiJumlah Undi Semasa
1Mohd Salleh ManParti Islam Semalaysia7217
2Rohaizat OthmanUnited Malay National Organisation3204

Total Majoriti:

4013


No.NamaPartiJumlah Undi Semasa
1Mohd Salleh ManParti Islam Semalaysia5646
2Rohaizat OthmanUnited Malay National Organisation2272

Total Majoriti:

3374


Masih lagi meningkat...

apakah kita akan menang besar??

Insyaallah..amin

TAKBIR!!