Kung kung kung, tin kosong kalau diketuk sememangnya menghasilkan bunyi yang kuat. Kecoh hingga satu rumah kedengaran. Kalau diketuknya tin yang lebih besar maka lagi kuatlah bunyi yang dihasilkan. 1Malaysia, belanjawan berbillion - billion, rancangan demi rancangan, program demi program, tapi apa yang berjaya dihasilkan?
Ketika mula - mula Pak Lah memerintah Malaysia, tahap popularitinya naik hingga ke 91%. Paling tinggi dalam sejarah moden Malaysia. BN hampir berjaya menyapu bersih kerusi - kerusi di Parlimen. Namun setelah 2-3 Pak Lah memerintah, setelah janji demi janji ditaburkan, rancangan demi rancangan diwar - warkan, koridor demi koridor dijanjikan namun tiada satu berjaya dilaksanakan. Malah yang menyakitkan hati apabila harga minyak dinaikkan. Harga barang mendadak naik. Semuanya atas nama pembangunan. "KERAJAAN PERLUKAN WANG UNTUK PEMBANGUNAN NEGARA". Hasilnya popularitinya jatuh dan BN KALAH BESAR!!
Hari ini BN masih belum lagi boleh menarik nafas lega. Kemenangan di Hulu Selangor tidak bermakna kerana mereka hanya berjaya meraih undi majoriti 1000 lebih sahaja. Malah BN dikejutkan dengan kemenangan Pakatan Rakyat di Sarawak. Kubu kuat BN. Apa signifikan yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia dalam kes ini. Hulu Selangor pengundi di sana memberikan kemenangan yang tipis buat BN kerana mereka mahu melihat apakah BN benar - benar menunaikan janji mereka. Manakala di Sibu, isyarat jelas ditunjukkan kepada BN bahawa mereka tidak terpedaya dengan janji - janji manis BN.
Jika disimpulkan situasi ini jelas menunjukkan bahawa BN sekarang dalam keadaan bahaya. Bahaya kerana mempunyai ketua seperti Najib. BN akan punah jika terus menyimpan Najib sebagai ketua. Pelbagai rancangan tidak berjaya kerana Najib sekarang sudah terkena penyakit FLIP FLOP Pak Lah. Sudah diberikan lesen judi dikatakan pula tidak diberi. Rancangan demi rancangan ditaburkan namun tiada satu dilaksanakan.
Sudahlah pelbagai rancangan dibuat namun tidak berjaya, harga barang pula bakal dinaikkan. Dahulu harga minyak, harga tepung dinaikkan. Sekarang GST bakal dikenakan. Potongan subsidi akan dilaksanakan. Mereka semuanya akan mengatakan semuanya itu atas nama pembangunan. Bagi mereka pembangunan jika mahu dilaksanakan maka rakyat yang harus ditekan. Rakyat yang harus berlapar. Namun untuk mereka yang merasai kelaparan tersebut jauh sama sekali. Mereka tidak pernah akan mencuba merasa keperitan hidup rakyat jika subsidi makanan dan GST dilaksanakan. Mereka semuanya dari mekap ROSMAH hingga ke makanan semuanya percuma. Jika benar mereka mahu menolong rakyat, potong dulu semua subsidi yang diberikan kepada mereka ini. Ini duit rakyat yang diberikan melalui cukai.
Sekarang Najib sudah menjadi Pak Lah. Cakap berpusing - pusing. Kata - kata yang dihamburkan tiada satu pun yang boleh kita percaya. Sekejap buat sekejap tak. Keputusan belum muktamad. Najib tahu jika dilaksanakan semua perkara yang membebankan rakyat maka tamatlah riwayat BN. Jadi dia mahu menunggu mandat baru. Jika diberikan mandat yang lebih besar maka bermulalah episod gelap rakyat Malaysia. Terpulang pada anda semua.
Saya menulis atas nama sayangkan negara dan rakyat Malaysia. Tidak berniat mahu mencerca mana - mana individu, kumpulan ataupun pertubuhan. Saya menulis mahu menyedarkan rakyat betapa pentingnya kita mempertahankan hak kita daripada dirampas oleh kroni - kroni mereka yang jahat ini. Jangan menghukum cepat sangat kerana apa ditulis adalah untuk menyedarkan anda semua sebelum terlambat. Jangan sesudah menghukum maka apabila duit didalam poket tidak cukup baru kita mahu mengeluh. Sedarlah semua itu sudah terlambat.
Is This The Perfect BMW E46?
19 jam yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
JANGAN JADI BACUL DENGAN TAK MELETAKKAN NAMA SENDIRI ATAU SAMARAN KETIKA HENDAK MENINGGALKAN KOMEN DI BLOG INI..ORANG YANG BERSELINDUNG DENGAN TANPA NAMA ORANG YANG TIDAK BERANI MEREMPUH KEBENARAN. JADI BLOG INI AKAN MENYIARKAN KOMEN - KOMEN ORANG YANG BERDAFTAR SAHAJA.