Selasa, 9 Februari 2010

Mana Lagi Hina, Roboh Surau Atau Gerai?

Hari ini aku nak tanya kepada semua pembaca. Antara merobohkan surau dan gerai mana yang lebih hina. Sekarang ini ada surau yang KONONNYA tidak mendapat kelulusan maka dirobohnya. Gerai makanan pun tak dapat lesen maka dirobohnya.

Tapi kenapa syaitan - syaitan kecil ini tidak berdemo apabila surau dirobohkan. Kenapa jin - jin ifrit ini tidak berdemo dan membakar patung bekas MB Selangor waktu itu.

Tak percaya ada surau dirobohkan?





Peristiwa ini berlaku sebelum pilihanraya umum tahun 2008. Kenapa toyol - toyol kecil ini tidak berdemo.

Kenapa baru sekarang atas nama MELAYU baru nak berdemo.

Aku nak tanya juak - juak Umno ni...mana lebih hina. Roboh gerai atau masjid/surau?

Aku sampai menangis memikirkan kenapa masih ada lagi orang Melayu terikut dan menyokong Umno. Kenapa masih tebal Umno mereka?

Tolonglah berfikir dengan waras....tolonglah.

Buat Ibrahim Ali...KAMULAH SYAITAN KECIL YANG AKU MAKSUD!!

Buat kepada semua penyokong Umno...jangan jadi manusia penipu macam Yahudi.

Kepada yang bersekongkol dengan Umno...jangan jadi macam keldai dengan dibodohkan hidup - hidup.

Ahad, 7 Februari 2010

Himpunan Gerakan Reformasi Gelombang Kedua!!

Mari semarakkan api reformasi!!!

Hadir ke Mahkamah Jalan Duta,
Jam 9.00 Pagi
Isnin, 8 Feb 2010

Sila Hadir Beramai - ramai!!

Jumaat, 5 Februari 2010

26hb Kena Liwat 27hb Relax Buat Kopi



Inilah muka anak muda yang paling musibat pernah wujud dalam sejarah Malaysia. Tidakkah dia tahu sumpah yang pernah dilafazkannya itu sedang mula menampakkan kesan. Orang ramai sedang mula mencemuh dan memalukan dia. Mentertawakan dia.

26hb kena liwat dan 27hb buat kopi lagi. Buat muka tak bersalah.

Sekarang pendakwa tak nak bagi senarai nama saksi untuk peguam bela.

Adilkah tu?

Buka mata la makcik - makcik Umno woii..
Buka matalah abang - abang dalam pemuda Umno woii..

LAGI MAU SOKONG UMNO?

Rabu, 3 Februari 2010

Anwar Ibrahim Simbol Kebangkitan Rakyat

Suka atau tidak sememangnya insan yang bernama Anwar Ibrahim merupakan simbol kebangkitan rakyat. Kita harus bersyukur kehadrat Allah kerana mencetuskan isu besar pada tahun 1998 yang menyebabkan gelombang kebangkitan rakyat besar - besaran yang berterusan hingga ke hari ini.

Sekarang isu yang sama telah dicetuskan. Jutaan rakyat Malaysia sedang menantikan kesilapan yang akan dilakukan oleh Saiful dan para pemfitnah tidak takut pada Allah. Semalam kita dapat menyaksikan bagaimana ribuan manusia datang membanjiri mahkamah. Semua pimpinan tertinggi parti politik datang menunjukkan sokongan menyertai perhimpunan membantah fitnah bangsat kedua ini. Perpaduan segera mula dibentuk pada saat keretakan yang dicetuskan oleh anasir - anasir Umno yang gilakan kuasa.

Kebangkitan rakyat atas isu fitnah ini telah menyebabkan secara tidak langsung semangat yang selama agak sudah lena atau tidur secara tiba - tiba bangun dan bangkit. Amarah rakyat yang sudah agak lama tidur telah bangun dan bersedia untuk berjuang semahu - mahunya. Anwar Ibrahim sudah menjadi ikon jatuh bangunnya perjuangan rakyat. Jika Anwar Ibrahim lesu maka lesunya gerakan rakyat. Ini bukan soal mahu membodek inilah hakikat sebenarnya. Umno nampak perkara ini maka untuk melumpuhkan terus sama sekali Pakatan Rakyat yang sedikit sebanyak menyuarakan hak rakyat, maka Anwar Ibrahim harus dihapuskan. Takkan kita yang diberi hidayah untuk menentang Umno tidak nampak?

Anak muda hari ini harus mengambil peluang atas peristiwa ini. Jadikan ianya sejarah dalam hidup kita. Sekurang - kurangnya apabila kita sudah tua, sejarah ini akan menjadi kenangan kita hingga akhir hayat kita. Gerakan Reformasi adalah nadi rakyat. Lagi keras suara kita maka lagi cepatlah kerajaan mahazalim ini tumbang. Jika gerakan reformasi lesu lambat lagilah kerajaan Zionis ini tumbang.

Sekarang ribuan rakyat sudah dan telah berada di mahkamah. Kita patut turut serta dalam sejarah yang tidak ternilai harganya. Pastikan sejarah yang pernah tertulis ratusan ribu rakyat berhimpun menentang Mahathir diulang kembali. Pastikan ianya lebih hebat. Ini bukan soal Anwar Ibrahim. Ini soal bagaimana mahkamah telah dipermainkan. Bayangkan jika ini terjadi pada anak - anak saudara. Dituduh merompak dan dipenjarakan walaupun tidak melakukannya. Walaupun bukti tidak ada. Namun mahkamah milik mereka berkuasa maka anak kita terkorban.

Bangkitlah anak muda...
Bangkitlah rakyat Malaysia..

Malaysia perlu diselamatkan!!

BANGUN!! BANGUN!! KITA LAWAN!!

REFORMASI!!

Ni Baru Pembantu, Tuan Dia Lagi Lah!!


Ini adalah manusia yang mengeluarkan kenyataan paling jijik dan paling bodoh dalam sejarah Malaysia. Sumpah aku katakan inilah manusia yang paling kotor dan mengejikan yang pernah hidup dalam sejarah Malaysia.

Kalau dia ini bodoh dan menjijikkan, bagaimana pula Tuan dia. Tuan yang sanggup mengambil mangkuk ini sebagai PEMBANTU KHAS...ingat...PEMBANTU KHAS!!

Nak tau sapa TUAN DIA?



Bukan yang laki tu...tu yang perempuan tu...ermm dia la PERDANA MENTERI MALAYSIA YANG SEBENAR!!

Selasa, 2 Februari 2010

Perang Kedua Terbesar Negara Sudah Bermula

Dianggarkan lebih 1,000 rakyat pelbagai bangsa dan lapisan usia mula membanjiri mahkamah sehingga polis mula membuat kawalan di pintu masuk kandang perbicaraan.

Mendengar gelombang 'reformasi' tali menali oleh satu kelompok kepada satu kelompok yang lain, mengingatkan Harakahdaily pada peristiwa reformasi sedekad yang lalu.

Sumber : harakah

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Anak muda wajib bangkit.

Ini bukan soal Anwar Ibrahim ini soal bagaimana kita dapat melihat fitnah paling jijik telah dilemparkan.

Laungan reformasi telah kembali bergema. Kita harus sambutnya dan melaungkan dimana saja kita berada.

Penuhi ruang angkasa kawasan kita dengan laungan tersebut.

Penuhi setiap kawasan rumah kita dengan poster - poster membantah fitnah dahsyat ini.

Kita wajib bangkit. Bangkit semahu - mahunya.

Laungan keramat ini sudah mula dikejutkan. Laungan yang asalnya dan aslinya telah kembali muncul dengan perasaan amarah yang berkobar - kobar.

BANGKIT ANAK MUDA....BANGKITLAH!!

RE-FOR-MA-SI!!

Ahad, 31 Januari 2010

Kasihan Rakyat Malaysia

Aku hari ini rasa sungguh kasihan kepada rakyat Malaysia. Kebanyakkan mereka yang satu ketika dahulu benar - benar memperjuangkan nasib rakyat Malaysia disaat kegilaan harga minyak naik, harga barang naik dan segala macam harga naik sekarang sudah diam menikus takut. Ya menikus takut mungkin kerana kuasa yang mereka baru kecapi telah menyebabkan mereka diam. Tidak dinafikan masih ada segelintir yang masih menyuarakan keluh - resah rakyat sekarang ini. Tapi mereka yang lain? Suaranya kurang keras dan senyap terus.

Aku sedih melihat mereka ada masa terperangkap dengan permainan yang dicipta khas oleh Umno dan Barisan Nasional. Sudah banyak kali mereka terperangkap. Isu Allah umpamanya, kita harus melihat kenapa selama ini mahkamah yang dipegang secara total oleh Umno dengan sewenang - wenangnya membenarkan nama Allah digunapakai oleh pihak Kristian. Tujuan Umno hanya satu, untuk dilihat sebagai juara dan mencetuskan rusuhan agama. Namun masih ada bengap susu terus - menerus memperbesarkan isu tersebut. Sepatutnya kita menyerang Umno kerana keputusan mahkamah yang telah pun dirancangkan. INI SEPATUTNYA!!

Umno telah berjaya mengalihkan perhatian pemimpin Pakatan Rakyat dari membicarakan isu hak - hak rakyat Malaysia. Perhatikan secara rapat aktiviti kepimpinan Pakatan Rakyat sekarang. Isu Khalid Samad dan Hassan Ali, Zahrain dengan Lim Guan Eng, dan pelbagai macam lagi akhirnya telah menyebabkan sebahagian besar daripada mereka telah lupa suara rintihan rakyat Malaysia dengan kenaikkan harga barang yang sudah masuk peringkat pertama. Mereka disibukkan dengan isu yang dibangkitkan oleh anasir - anasir Umno. Siapakah anasir - anasir Umno? Dari mereka yang kebulur jawatan MB Selangor hinggalah kepada bekas Ahli Umno Bukit Bintang.

Suka atau tidak insan yang sekarang paling teruk dihalang, dizalimi dan ditindas adalah Anwar Ibrahim. Lihat saja kekekangan pihak berkuasa dari beliau terus berucap amat ketara. Kerana apa? Kerana beliau tidak putus - putus memberi penerangan betapa pentingnya rakyat dibela. Betapa pentingnya kesan kenaikan harga barang kepada rakyat. Hasilnya beliau tidak benar berucap di sesetengah kawasan. Aku mengimpikan semua pimpinan Pakatan Rakyat sebulat suara mempertahankan hak rakyat. Bangun bersama - sama rakyat untuk mempertahankan hak mereka. Namun sekarang? Lihatlah Malaysiakini, TheMalaysianInsider, dan apa sahaja berita online, sudah kurang suara - suara pemimpin bangun membela nasib rakyat.

Rakyat Malaysia sekarang sudah terkontang - kanting. Tiada satu daripada pemimpin yang satu ketika dahulu sibuk memperjuangkan hak rakyat mengeluarkan kenyataan membela rakyat. Ya segelintirnya masih ada. Tidak dinafikan. Namun sekarang mereka yang suatu ketika dahulu lantang terus diam. Mana mereka semua ini? Dalam hal membela rakyat. Aku hormat dan tunduk kepada usaha TG Nik Aziz untuk membela dan mempertahankan hak rakyat negeri Kelantan. Kesungguhan mereka yang berada ditepi TG Nik Aziz untuk menyokong tindakan menuntut royalti minyak amat dikagumi. Hasilnya puluhan ribu rakyat datang berhimpun di stadium. Dengan berbuat sedemikian sudah pasti rakyat Kelantan akan menyayangi dan menyokong penuh kerajaan yang sedia ada. Bagi mereka kerajaan seperti ini yang dilihat benar - benar membela rakyat dan dengan izin Tuhan kerajaan seperti inilah akan didokong oleh rakyat.

Tujuan aku mengaitkan Anwar Ibrahim dan kerajaan Kelantan adalah untuk renungan semua pihak. Kami rakyat!! Rakyat yang mahukan pembelaan. Jika kalian semua yang sekarang sudah empuk di kerusi parlimen dan sudah tidak mahu keras membela rakyat tunggu sahaja hukuman kami. Kalian semua yang sudah semakin sibuk dengan permainan Umno dan dimainkan oleh Umno dan lupa penderitaan rakyat tunggu sahaja jeritan kuasa kami.

Kasihan rakyat Malaysia...memang kasihan.

Siapa yang mahu membela mereka ini? Siapa?

Jumaat, 29 Januari 2010

Ratusan Ribu Rakyat Kelantan Tuntut Royalti Minyak



Gambar ini menunjukkan betapa rakyat Kelantan mendesak kerajaan Pusat harus memberikan mereka royalti minyak.

Kerajaan Pusat yang dipimpin oleh isteri Rosmah iaitu Najib harus akur kepada kehendak rakyat. Jika tidak jangan harap Kelantan dapat ke tangan Umno balik.

Ku Li juga menuntut hak royalti ini diberikan kepada rakyat Kelantan. Ini adalah kerana dia sayangkan Kelantan bukan macam Mustapha pengkhianat besar rakyat Kelantan.

Gelombang kebangkitan rakyat di Kelantan sudah bermula.

Di tempat lain bagaimana?