Rabu, 17 Mac 2010

Tahniah Dr. Asri

Sekalung tahniah buat bekas Mufti Perlis Dr. Asri kerana telah menjadi kolumnis terbaru kepada Malaysiakini. Moga dengan tugas baru di sebuah media baru ini dapat meluahkan pendapat dan pandangan dengan lebih berani dan tegas. Moga tiada lagi perasaan risau tulisan Dr. Asri tidak akan keluar.

Malaysiakini akan menyiarkan tulisan Dr. Asri sebebas - bebasnya. Umno telah melakukan kesilapan yang cukup besar kerana tidak membenarkan lagi tulisan beliau dikeluarkan. Walaupun tulisan beliau mengkritik Umno akan tetapi sepatutnya Umno patut membiarkan saja kerana ini dapat membuktikan Umno pendokong kebebasan. Namun Umno tetap Umno. Umno tetap mahu memperbodohkan orang Melayu. Tidak mahu orang Melayu menjadi cerdik. Mereka tidak mahu otak orang Melayu berfikir secara kritis. Mereka mahu orang Melayu hanya tahu mengiyakan apa sahaja yang mereka utarakan. Nah...sekarang ruangan tulisan Dr. Asri dengar khabarnya akan diganti dengan Mufti Perak. Mufti yang sekarang ini menjadi pengampu besar. Mufti yang dikatakan bermusuh dengan Dr.Asri. Dr.Asri tidak pernah berdendam dengan Mufti Perak. Ketika Mufti Perak dikritik oleh hebat oleh penyokong Pakatan Rakyat, Dr. Asri tampil membela Mufti Perak dengan mengatakan supaya jangan mengkritik menggunakan kata - kata keji. Namun Mufti Perak tetap memperlekehkan Dr.Asri.

Sekarang terimalah Umno, kerana tidak mahu mendengar kritikan dan tidak mahu melihat Melayu menjadi cerdik maka gelombang baru tulisan Dr.Asri yang lebih bernilai dan kritis akan dapat dibaca oleh semua pihak. Umat Islam akan menjadi lebih berkualiti. Orang bukan Islam akan dapat melihat keindahan Islam yang sebenar. Orang bukan Islam dapat melihat Islam bukanlah agama yang mencetuskan pergaduhan sepertimana yang diwar - warkan oleh Ibrahim Ali dan Najib. Teramat rugilah Umno membiarkan Dr. Asri menulis di Malaysiakini. Sebuah media eletronik yang mempunyai jutaan pembaca. PAS dan KeADILan yang memperkenalkan Islam yang sederhana dan ternyata selari dengan pemikiran Dr.Asri.

Orang Melayu dan Islam selepas ini akan lebih peka. Tulisan yang tiada tapisan akan dikeluarkan. Pemikiran dan pendapat beliau yang ilmiah akan dapat dibaca oleh Melayu, Cina, India, dan lain - lain. Jika tulisan beliau selari dengan ideologi PAS dan KeADILan maka percayalah, riwayat Umno bakal ditamatkan.

Buat Dr. Asri selaku anak murid yang sering mengikuti kelas ustaz di Surau Sri Ukay dahulu, merakamkan setinggi tahniah. Selamat menulis dengan lebih berani dan tegas.

Orang Asal Bangkit

Esok (hari ini sepatutnya) masyarakat penduduk asal negara kita ini, akan berhimpun di Putrajaya. Mereka bangkit kerana mempertahankan hak mereka. Tanah yang mereka terokai beribu tahun dahulu sekarang cuba dirampas secara paksa oleh kerajaan Zionis Umno dan Barisan Nasional.

Saya menyeru kepada semua pimpinan politik agar turun bersama - sama mereka di Putrajaya.

Lagu ini saya tujukan sekali lagi khas buat mereka yang sedang dan akan berjuang untuk masyarakat yang tertindas ini.

Isnin, 15 Mac 2010

Zul Lagi Teruk Dari Yahudi

Ahli parlimen Kulim Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin hari ini mengelak daripada menyahut cabaran debat yang dibuat oleh wakil rakyat PAS Khalid Samad berhubung isu penggunaan kalimah Allah.

Sumber : Malaysiakini

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Yahudi antara sifat yang tercela adalah apabila berbicara mereka suka berbohong. Suka menutup kebenaran.

Apabila berjanji suka melanggar perjanjian.

Dan banyak lagilah sifat tercela Yahudi yang diceritakan oleh Al-Quran dan As-Sunnah.

Zulkifli Noordin adalah salah satu contohnya.

Ketika mula - mula isu kalimah dicetuskan. Dialah yang paling awal meloncat. Habis semua orang dikafirkan dan disesatkan.

Sekarang apabila sudah dibuang ke tong sampah. Khalid Samad mengajak dia berdebat untuk memastikan tiada lagi isu - isu busuk ini dimainkan lagi. Terus diam menikus takut.

Aku tak tau nak kata apa lagi dah kat manusia yang bernama Zulkifli Noordin.

Benarlah kata - kata seorang sahabat. Dia ini manusia penipu. Berlindung di sebalik imej Islamiknya. Kawan aku cakap ini sebelum PRU-12.

Kalian semua masih ingat tak ketika sebelum zaman Renaissance tercetus. Paderi - paderi Kristian menjual dan memperalatkan agama untuk kepentingan mereka sendiri.

Zulkifli Noordin setaraf dengan paderi kerana memperalatkan agama.

Sekian, terima kasih

Jumaat, 12 Mac 2010

Badut Buat Lawak Lagi

Kumpulan NGO pro-ISA akan melancarkan kempen balas terhadap Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) yang mahukan akta tersebut dimansuhkan dan bukan dipinda.

Menggelarkan kempen itu sebagai “GMI, sabar dulu”, Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran) - gabungan lebih 50 NGO yang pro-ISA - akan memulakan kempen mereka Isnin ini, bersempena dengan permulaan sidang parlimen sesi baru.

Sumber : Malaysiakini

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ini betul - betul buat lawak Lawak yang menyebabkan aku ketawa sampai keluar airmata.

Masih wujud lagi kumpulan ini. Ingat dah berkubur dah.

Tapi aku suka ada kumpulan macam itu sebab bila ada orang tak sokong kita nanti pasti akan ada perlawanan hujah. Aku yakin rakyat Malaysia sudah cerdik. Tak bodoh macam sesetengah orang Umno dan kumpulan - kumpulan PRO ISA ini.

Akhir kalam,
Buat mereka yang digelar pro ISA. Baguslah tak mahu turun padang lagi dah. Sebab kami yang anti ISA ini rasa geli tengok hangpa setakat turun 500 orang sahaja.

Kami?

Tak usah tanya la. Bila - bila masa sahaja ratusan ribu rakyat boleh turun ke jalanraya.

MANSUHKAN ISA!!!!

Selasa, 9 Mac 2010

Zul Noordin Adalah SYAITAN KECIL (2)

Hari ini Zul Noordin telah meletakkan dirinya sehina - hinanya di mata rakyat. Manusia yang paling rendah moralnya. Sesuai kita panggil dia sebagai Syaitan Kecil. Syaitan yang memecah-belah kekuatan rakyat.

Mencabar Wan Azizah untuk bertanding di Bandar Baru Kulim.

"Zulkifli also challenged Wan Azizah to a one-on-one fight for the seat of Kulim-Bandar Baharu, if she had the courage." Sumber : TheMalaysianInsider

Baik...silakan letak jawatan. Mari bertempur dengan Wan Azizah di Kulim.

Kita tengok siapa yang bakal tersungkur. Hang yakin menang ka? Awat dengan bantuan Umno hang pikir hang boleh menang.

Hang ada Umno. Wan Azizah ada jutaan rakyat. Mana yang lebih berguna.

Hang kalau betul berani letak la jawatan woi. Rakyat cabar hang pulak.

LETAK JAWATAN. AYUH BERTEMPUR DENGAN RAKYAT.

Ohha ya kalau hang ada teloq!!

Maaf kepada semua pembaca. Tulisan kali ini agak keras. Namun sesuai dengan Syaitan Kecil ini. Zulkifli Noordin Pengkhianat Rakyat.

Zul Noordin adalah SYAITAN KECIL

Abdullah bin Saba' pengasas mazhab Syiah. Pemecah - belah perpaduan Islam hingga sekarang. Menggunakan nama Ahlul Bait demi untuk mendapatkan kuasa dan dendam bangsa Yahudinya terhadap Muslim.

Zulkifli Noordin adalah syaitan kecil atau Abdullah bin Saba' di Malaysia. Syaitan kecil yang menggunakan Islam demi kepentingan dirinya. Membela janggut dan berucap Islam lebih hebat dari orang lain tapi sebenarnya dialah perosak agama Islam yang sebenar.

Zulkifli Noordin hang sebenaqnya SYAITAN KECIL.

DAJAL KECIL yang ada dalam agama Islam.

Dajjal atau syaitan merupakan insan yang lupa pada jasa. Rakyat yang memilih engkau. Anwar Ibrahim rakyat yang pilih dia jadi hang takdak hak nak mintak dia letak jawatan!!

Hang kalau rasa diri itu kuat. Letak jawatan mari bertempur sekali lagi!!!

AYUH PEJUANG ISLAM TULEN.
AYUH HANG MENGAKU DIRI HANG SAIDINA UMAR!!

SAIDINA UMAR ADALAH PEMIMPIN YANG GARANG DAN BERANI MELAWAN MUSUH.

JANGAN PANDAI CAKAP!!!

Isnin, 8 Mac 2010

Yang Kaya Bertambah Kaya, Yang Miskin Papa Kedana

Hari ini apa yang pernah dilaungkan oleh bekas para mahasiswa pada tahun 1970an akhirnya berulang kembali pada tahun 2010. GST yang bakal dilaksanakan akan membebankan rakyat dan sekarang rakyat sudah mulai sedar dengan keburukan akan kesan GST yang bakal dilaksanakan.

Buktinya, setiap kali ada sahaja ceramah besar oleh pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat segera POLIS yang teramat seronok diperkudakan oleh Umno akan datang menggagalkan program penjelasan kepada rakyat mengenai bahayanya GST ini kepada mereka. Umno takut, jika peristiwa Mac 2008 berulang kembali nescaya ianya boleh menyebabkan mereka terus lenyap dari sejarah politik Malaysia. Mereka tidak mahu poket rakyat yang sedang rabak ini akan menyebabkan mereka hilang kuasa.

Siapa kata kuasa rakyat tidak keramat. Siapa kata suara rakyat tidak kuat. Suara kita kuat. Suara kita sebenarnya digeruni oleh Umno. Mereka lagi takut jika kita mula turun ke jalanraya. Mereka sesekali tidak akan mengizinkan kuasa rakyat yang sebenar mula melimpahi jalanraya. Kerana mereka tahu, sekali rakyat bersuara setahun kesannya. Dua kali rakyat bersuara, dua tahun kesannya.

Sekarang, medan jalanraya memanggil kita kembali. 15/3/2010 iaitu pada hari Isnin tepat jam 9.00 pagi, rakyat akan berhimpun di depan bangunan Parlimen. Walaupun kehadiran hanya mencecah 200 orang. Tetapi Umno akan kecut perut. Pondan dari Thailand ini akan ketakutan. Polis akan diarahkan untuk mengawal Parlimen umpama ratusan ribu yang akan datang berarak. Hey.....ini baru permulaan. Akan ada lagi perhimpunan yang lebih yang bakal menyusul.

Kenapa kita harus berhimpun? Inilah jawapannya :

" KUALA LUMPUR 7 Mac - Perdana Menteri hari ini mengumumkan pemansuhan cukai import bagi pembelian baru buggy untuk kegunaan kelab-kelab golf di seluruh negara berkuat kuasa serta-merta.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pemansuhan itu bertujuan membantu pembangunan sukan golf yang semakin diminati pelbagai lapisan masyarakat dengan kelab-kelab golf pada masa sama berupaya meningkatkan lagi kemudahan yang sedia ada." - Utusan Malaysia

Negara kita tercinta, orang kaya akan selalu untung. Manakala orang kampung dan berpendapatan rendah macam kita ini akan ditindas seteruk - teruknya. Mana keadilan yang Umno anjurkan?

Kita rakyat biasa sebaliknya akan dikenakan cukai GST. Cukai dimana semua barang akan dikenakan satu kadar cukai yang tinggi. Gaji kita tidak naik, harga gula sudah naik, harga minyak akan naik, tariff elektrik tunggu masa sahaja untuk dinaikkan, harga tepung dijangka naik, dan semuanya akan naik. Adakah bantuan potongan cukai akan dikenakan kepada kita? TIDAK...KITA INI SAMPAH DI MATA ROSMAH DAN NAJIB.

Apa yang patut kita lakukan? Sumpah pada diri - sendiri. Aku tidak sesekali tidak akan menyokong Umno. Apa sahaja perhimpunan yang membantah GST aku akan turun. Turun umpama singa yang lapar. Bersedia untuk menyatakan rasa kemarahan kita.

Umno sebenarnya pengkhianat rakyat yang sebenarnya. Mulut jerit ketuanan Melayu tapi merekalah yang menindas Melayu. Mereka yang menekan ekonomi Melayu. Mereka yang kenakan cukai itu cukai ini kepada Melayu. Sedangkan Melayu itu sendiri masih hidup susah. Umno pengkhianat dan penipu macam Yahudi!!

Aku menyeru dan merayu pada semua rakyat Malaysia. Turunlah beramai - ramai pada 15/3/2010 nanti.

Laungkan sekuat - kuatnya...YANG KAYA BERTAMBAH KAYA YANG MISKIN PAPA KEDANA

ROSMAH BERTAMBAH TEMBAB KITA BERTAMBAH KURUS

YANG KAYA BERTAMBAH KAYA YANG MISKIN PAPA KEDANA.

BANGKITLAH RAKYAT!!

Bangkitlah!!

Najib Tertekan, Rakyat Yang Ditekan

Semakin hari, orang suruhan Perdana Menteri Malaysia iaitu Najib Tun Razak dalam keadaan tertekan. Suaminya Rosmah sedang dalam kepanasan. Kepanasan akibat mereka sudah salah taktik dalam menyerang Pakatan Rakyat. Mereka fikirkan dengan membeli beberapa Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat maka sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat akan semakin mengecil. TIDAK!! Semakin hari semakin meluat rakyat terhadap mereka.

Maka disebabkan rakyat semakin membenci mereka, maka dengan penuh taat setianya POLIS sekali lagi ingin diperkudakan oleh Umno dan Barisan Nasional. Arahannya, semua majlis khas Pakatan Rakyat yang boleh menyebabkan ribuan atau puluhan atau ratusan ribu yang akan hadir...SERANG DAN GAGALKAN. Bagus...buatlah lagi. Bak kata - kata Mahfuz Omar "Terima kasih kepada pihak polis kerana telah menyebabkan rakyat lagi benci pada Umno." Najib sekarang sudah membuat cara - cara kejam dan zalim persis Mahathir Mohammad. Jangan biarkan rakyat terdedah dengan maklumat dari pihak Pakatan Rakyat. UMNO MEMANG MINAT MAHU MELIHAT RAKYAT JADI BODOH!! MINAT MAHU MELIHAT MELAYU ITU TERUS SUKA BERKHAYAL DAN DIPERMAINKAN!!

Sekarang Najib dalam keadaan tertekan. Ekonomi negara bukannya pulih sepenuhnya lagi. Semua angka yang diberikan kerana kerajaan Umno telah menyuntik duit ke dalam ekonomi kita dengan harapan kadar perkembangan ekonomi mencatatkan sedikit perkembangan positif. Walhal, kadar pemintaan terhadap produksi kita tidak menunjukkan perkembangan. Negara luar sudah tidak mahu mengimport barangan mereka. Contohnya, pembekal ikan daripada Thailand dan Indonesia sudah tidak mahu membekalkan ikan kepada kita. Kenapa jadi begitu? Kerana kerajaan Umno tidak tahu memerintah. Gagal dalam meningkatkan kualiti hidup rakyatnya. Mereka hanya tahu...EKONOMI ADALAH BANGUNKAN BANGUNAN...BUKANNYA NAIKKAN TARAF HIDUP RAKYAT!!

Jadi mereka gusar. Gusar kerana rakyat sudah mula nampak kebobrokan mereka. Kegagalan mereka dalam meningkatkan kualiti hidup rakyat. Kegagalan mereka menangani gelombang berterusan daripada Pakatan Rakyat yang semakin hari mula mempamerkan kekuatannya kerana hasil daripada lompatan dari katak - katak yang keji dan paling HINA dalam sejarah tamadun manusia. Rakyat sudah mula mahu menunjukkan signal kebangkitan. 15 Mac 2010, merupakan tarikh dimana rakyat akan memberikan isyarat pertama kepada kerajaan Umno di bangunan Parlimen pada jam 9.00 pagi. JANGAN LANCARKAN DASAR GST!! Jika kerajaan bersungguh - sungguh mahu melancarkan GST percayalah jika tahun 2008 Semenanjung Malaysia hampir jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, jangan terkejut kalau pada PRU 13 satu semenanjung Malaysia akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dan hampir suku kekuasaan Umno dan Barisan Nasional di Sabah dan Sarawak akan hilang.

Jika tidak dibendong kemarahan rakyat dari awal, maka hilanglah kekuasaan mereka. Tapi mereka lupa, rakyat sudah yakin dan menetapkan bahawa Umno dan Barisan Nasional harus pupus menjelang PRU 13. Anak muda sekarang semuanya sudah nampak. Umno pengkhianat sebenar. Umno bukan pembela Melayu. Sebagai contoh ketika BERPULUH TAHUN MEMERINTAH PULAU PINANG. APA YANG SUDAH JADI PADA MELAYU PULAU PINANG!! Semuanya telah lari keluar dari pulau tersebut.

Umno sudah tertekan. Tugas kita rakyat Malaysia khasnya anak muda jangan berhenti menyerang. Seranglah Umno semahu - mahunya. Hancurkan Umno selumat - lumatnya. Umno pengkhianat Melayu. Mereka yang buang kuasa raja - raja. Mereka yang tarik biasiswa Melayu. Mereka penjual tanah Melayu di Pulau Pinang. Mereka merobohkan surau - surau di sekitar Selangor. Bukannya Pakatan Rakyat!!

UMNO..RIWAYAT KAMU SEDANG DIPERHATIKAN SECARA RAPAT OLEH RAKYAT!
TAPI PERCAYALAH...NYAWA KAMU SEDANG NAZAK dan BAKAL DISEMBELIH OLEH RAKYAT MALAYSIA!!

HIDUP RAKYAT!!