Hari ini ramai umat manusia sedang sibuk - sibuk dengan masalah ekonomi yang melanda dunia pada hari ini. Ramai yang sudah mula memikirkan takdir mereka. Ada yang memikirkan mereka akan dibuang, gaji akan dipotong, elaun kerja lebih masa akan dipotong, elaun kembara atas nama kerja akan dipotong dan banyak lagi. Tapi kesemuanya hanya melibat kaum pekerja bawahan. Yang harus berkorban atau yang akan dikorbankan adalah kaum pekerja bawahan
Saya merasa meluat dan menyampah. Kenapa setiap kali ekonomi tenat atau prestasi syarikat yang tidak memberangsangkan pekerja bawahan yang pasti kena. Kenapa setiap kali syarikat ada masalah kewangan pekerja bawahan yang sudah pasti akan kena kesannya. Kenapa? Apa salah mereka?
Jijik, meluat dan menyampah dengan pihak pengurusan!!
Semua orang sedia maklum, dalam keadaan ekonomi tenat dan teruk golongan atasan seperti pegawai - pegawai tinggi, pengurus - pengurus, pengurus kanan, pengarah - pengarah, pengarah urusan dan yang sewaktu dengannya adalah GOLONGAN YANG BAKAL TERSELAMAT DARIPADA DIKENAKAN APA - APA TINDAKAN!!!!
Mungkin kejam bunyinya tapi kebanyakkan syarikat - syarikat besar telah mengambil pendekatan sedemikian rupa. Pihak pengurusan setiap kali ada masalah kewangan sudah pasti kita akan kedengaran "kos operasi akan dikurangkan, elaun kerja lebih masa akan dipotong, kos kembara atas nama kerja dipotong". Tapi pernahkah mereka mengacau elaun - elaun yang entah apa - apa yang diberikan oleh syarikat kepada mereka yang berpangkat besar ini. Elaun kos penjagaan kereta, elaun hiburan, elaun minyak petrol, elaun touch n go, elaun bil telefon bimbit semuanya telah diberikan kepada mereka yang berpangkat besar dalam syarikat. Ini bukan soal dengki. Persoalannya kenapa elaun - elaun yang memakan kos jutaan ringgit ini tidak dikacau sedangkan mereka yang menikmati elaun - elaun ini ada yang tidak menggunakannya dengan cara betul.
Saya mengambil contoh ada sebuah syarikat GLC yang agak besar namanya dalam industri pembinaan. Sumber mengatakan, elaun - elaun yang saya senaraikan sebentar tadi memang benar - benar wujud. Apabila kita sudah mencecah pangkat Pengurus Kanan atau Senior Manager, syarikat berkenaan akan memberi peruntukan minyak sebanyak RM 500.00, jika kita mempunyai kenderaan sendiri syarikat akan memberi peruntukan RM 2000.00 setahun untuk kos penyelenggaraan kereta, Touch N Go yang boleh auto - reload, bil telefon bimbit yang dibayar oleh company. Itu baru Senior Manager, macam mana pula dengan General Manager, Director - director.
Kenapa sewaktu kewangan syarikat hampir tenat, orang bawahan yang harus terkorban. Kenapa gaji mereka yang harus dipotong? Kenapa hak - hak mereka untuk kerja lebih masa dihalang kerana hanya semata - mata ingin mencari sesuap nasi?
Sepatutnya golongan seperti ini dipotong elaun mereka. Tak perlu tarik tapi cukup sekadar potong sahaja. Bayangkan peruntukan minyak petrol kepada bos yang tidak pernah pergi keluar dari pejabat juga mampu menikmati peruntukan minyak petrol ini. Jika syarikat - syarikat besar celik dan tidak buta, pasti mereka akan cuba menghadkan penggunaan peruntukan yang tidak tentu hala ini dan bukannya membuang pekerja bawahan. Mereka sepatutnya membuat kajian terperinci dahulu sebelum membuat keputusan yang merampas hak pekerja bawahan.
Saya mengambil kata - kata Dr.Asri ketika isu harga minyak naik dahulu. Beliau ada mengatakan ketika sesebuah organisasi atau negara berada dalam kesempitan, para pemimpin harus berkorban dahulu kemudian barulah orang bawahan dan ini berlaku pada zaman Umar Abdul Aziz.
Tapi dalam keadaan sekarang, orang atasan yang senang - lenang menikmati elaun - elaun yang cukup lumayan tapi kita pekerja bawahan dipaksa bercuti, VSS, dibuang kerja, potong gaji, over time tak boleh...MELUAT!!
Sudah tiba masanya pihak pengurusan menolong pekerja bawahan. Sudah tiba masanya pihak pengurusan menjadi manusia yang hati dan perasaan seperti manusia. Sudah tiba masanya mereka mengambil sikap Umar Abdul Aziz. Sudah tiba masanya mereka membuang sifat pentingkan diri sendiri. Dan apa yang paling penting, pihak pengurusan harus lagi tidak membazir. Tidak membazir dengan menganjurkan program - program yang tidak mendatangkan hasil. Tidak membazir membeli peralatan muzik (jangan saudara pembaca sekalian terkejut, sememangnya ada syarikat yang perangai macam ini walaupun kewangan syarikat sudah nazak).
Buat pihak pengurusan..buatlah keputusan yang baik dan adil..tepuk dada tanya iman.
sekian
Reimagining The Devil Z: A Datsun 240Z Restomod Tribute
Sehari yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
JANGAN JADI BACUL DENGAN TAK MELETAKKAN NAMA SENDIRI ATAU SAMARAN KETIKA HENDAK MENINGGALKAN KOMEN DI BLOG INI..ORANG YANG BERSELINDUNG DENGAN TANPA NAMA ORANG YANG TIDAK BERANI MEREMPUH KEBENARAN. JADI BLOG INI AKAN MENYIARKAN KOMEN - KOMEN ORANG YANG BERDAFTAR SAHAJA.