5 April 2009, genap 2 bulan episod hitam dalam demokrasi negara kita.
Dua bulan dahulu, terjadinya satu rampasan kuasa di Perak yang diketuai oleh Najib dan para gerombolannya.
Dua bulan dahulu rakyat Perak yang telah mengundi Pakatan Rakyat telah kehilangan sebuah kerajaan yang benar - benar mahu menolong rakyat.
Dua bulan dahulu rakyat Perak dipaksa untuk menerima satu lagi MB dan menyebabkan mereka mempunyai 2 MB.
Dua bulan dahulu rakyat Perak dipaksa untuk menerima sebuah kerajaan yang dipaksa tubuh oleh mereka yang mahu menonjol dalam parti mereka.
Dua bulan dahulu rakyat Perak yang cintakan keADILan terpaksa menghadapi puak - puak samseng yang telah diupah oleh Umno dan Bn.
Dua bulan dahulu rakyat Perak yang menentang perlantikan MB baru ini dan menuntut pilihanraya sekali lagi telah dituduh sebagai penderhaka walaupun Umno dan Bn adalah makhluk - makhluk yang paling kuat derhakanya.
Dua bulan dahulu Tun Dr.Mahathir membantah rampasan kuasa ini walaupun sekarang beliau akan berkempen menentang Pakatan Rakyat dan menyokong kembali rampasan kuasa tersebut.
Dua bulan dahulu rakyat Kedah juga hampir terkena tempias Perak. V. Arumugam telah dipaksa untuk keluar Pakatan dan masuk Bn.
Dua bulan dahulu rakyat Kedah dikejutkan dengan berita sememangnya ada percubaan untuk membeli salah seorang Dun negeri tersebut oleh bekas MB Kedah dahulu..
Ya dua bulan dahulu..
Bukit Gantang dan Bukit Selambau,
Anda perlu menolak mereka yang telah membuat kerja kotor ini. Undi anda bakal menyelamatkan Malaysia. Percayalah Perdana Menteri yang baru dilantik ini pasti dan sudah pasti akan menggunakan kekerasan dan kezaliman dalam corak pemerintahan dia. Walaupun tahanan ISA telah dibebaskan, tapi percayalah itu semua sandiwara politik. Waktu mula - mula Pak Lah jadi PM ramai tahanan ISA telah dibebaskan, penghujung pemerintahan beliau ISA sekali lagi digunakan.
Kami yang berada di luar kawasan anda semua, mengharapkan anda menolak BN ke Laut Selat Melaka pada PRK kali ini kerana jika anda menolak mereka, baru mereka sedar perbuatan mereka ini jahat dan salah..
Pengundi Batang Ai, berubahlah. Tanah adat dirampas. Adat anda semua semakin tertindas. Jalan menuju ke kampung anda semua masih bertanah merah. Rumah panjang anda masih tiada elektrik dan air bersih. Keadaan sekolah di kawasan anda masih naif. BN tidak pernah mahu menolong anda semua. Mereka sengaja mencampakkan kamu semua kearah kemiskinan agar anda semua mengharapkan bantuan dari mereka dan mengundi mereka
Katakan cukup kepada mereka!! Kami mahu berubah dan mahu mengundi Pakatan Rakyat!!
Bukit Gantang, Bukit Selambau, dan Batang Ai..kami menunggu berita baik dari kalian
Reimagining The Devil Z: A Datsun 240Z Restomod Tribute
Sehari yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
JANGAN JADI BACUL DENGAN TAK MELETAKKAN NAMA SENDIRI ATAU SAMARAN KETIKA HENDAK MENINGGALKAN KOMEN DI BLOG INI..ORANG YANG BERSELINDUNG DENGAN TANPA NAMA ORANG YANG TIDAK BERANI MEREMPUH KEBENARAN. JADI BLOG INI AKAN MENYIARKAN KOMEN - KOMEN ORANG YANG BERDAFTAR SAHAJA.