Subuh tadi pasukan FRU membentengi sekeliling bas yang ditahan oleh petugas PR. Pegawai polis jadi jurucakap UMNO. Polis dan FRU memaki hamun dan menghalau petugas-petugas PR yang mahu mendapatkan kepastian ke mana arah tujuan rombongan tengah malam itu.Belum pernah berlaku dalam sejarah dunia sejak zaman nabi Adam, bas pelancong masuk ke pekan kecil Kuala Trong pada pukul 3 pagi kononnya nak melancong ke Pulau Pasir Hitam. Pelancong dari Negeri Sembilan itu bercuti beramai-ramai pada hari Selasa! Hari Selasa! Hari Selasa!
6 buah bas dikepung malam dan subuh tadi. 4 di pekan Kuala Trong, 1 di CALTEX Trong (NBY 9977) dan 1 di simpang Plaza Tol Changkat Jering (BHQ 5155). Semua bas itu dilindungi oleh abang botak yang menaiki Toyota Harrier hitam nombor pendaftaran BGN 6600 dan sebuah Proton Perdana hitam NBD 10.
Rombongan itu mengaku datang dari Rembau Negeri Sembilan. Sebahagian hantu memberitahu mereka datang sebagai pelancong manakala sebahagian hantu lagi mengaku sebagai petugas pilihanraya. Beberapa ekor hantu yang lain menyatakan mereka datang sebagai pasukan sorak untuk BN di pusat-pusat pengundian.4 buah bas yang berada di pekan Kuala Trong tidak dapat dihampiri oleh petugas-petugas PR kerana dikawal sepenuhnya oleh pasukan FRU yang datang dengan 5 buah trak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
JANGAN JADI BACUL DENGAN TAK MELETAKKAN NAMA SENDIRI ATAU SAMARAN KETIKA HENDAK MENINGGALKAN KOMEN DI BLOG INI..ORANG YANG BERSELINDUNG DENGAN TANPA NAMA ORANG YANG TIDAK BERANI MEREMPUH KEBENARAN. JADI BLOG INI AKAN MENYIARKAN KOMEN - KOMEN ORANG YANG BERDAFTAR SAHAJA.