Rabu, 1 April 2009

Bukit Gantang : Simbol Penolakan Rampasan Kuasa

Bukit Gantang sememangnya penting buat Perak dan Malaysia sebenarnya. Buat rakyat Perak pentingnya mereka menolak rampasan kuasa yang tidak mengikut undang - undang kerana jika kita biarkan Umno dan Bn menang percayalah keputusan anda bakal mengubah landskap politik negara. 4 negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat bakal tumbang jika anda tetap mahu memberikan undi anda kepada perampas kuasa yang kurang cerdik kerana tidak faham undang - undang.



Rakyat Malaysia mengharapkan anda membuat keputusan yang betul. Pengundi Bukit Gantang harus membuat keputusan yang tepat. Jika Umno memainkan isu derhaka, tahun 1993 Umno yang telah menarik kuasa dan kekebalan raja - raja, tahun 1993 Annuar Musa (Umno) telah melantik Tengku Ibrahim sebagai Sultan yang kedua Kelantan walhal Sultan yang sedia ada masih hidup, tahun 2008 pemuda Umno Terengganu telah memanggil YDP Agong kita sebagai NATANG (Binatang), tahun 2008 Umno Perlis membantah perlantikan MB baru di Perlis.



Siapa yang derhaka sebenarnya? Pengundi Bukit Gantang harus humban penderhaka yang sebenarnya iaitu Umno. Mereka sudah banyak kali menipu pengundi Melayu. Mereka selalu mengatakan merekalah pembela Melayu, pembela raja - raja, pembela agama. Lihat sahaja isu - isu yang diberikan, penderhakaan yang paling tinggi dan yang paling bangsat datangnya dari mereka. Bukannya dari kita.

Pengundi Bukit Gantang, jika anda semua mempunyai akal dan fikiran, humbankan saja mereka - mereka yang penipu besar ini. Suara anda mewakili suara rakyat Malaysia. Jika undi diberikan kepada Bn dan Umno maka anda telah membenarkan satu demi satu rampasan kuasa bakal dilaksanakan oleh Bn. Jika anda semua menolak Bn, maka anda menunjukkan kepada rakyat Malaysia, anda menolak rampasan kuasa oleh mereka yang lupa undang - undang itu wujud.

Rakyat Selangor sudah menikmati air percuma, bantuan kepada anak - anak Selangor terlalu banyak (walaupun pada awalnya ada juak - juak Umno buat laporan polis KONONNYA Pakatan Rakyat menipu). Jika anda semua menyokong Bn, maka rakyat Selangor harus bersiap - sedialah untuk hilang segala bantuan yang dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat kerana pengundi Bukit Gantang menyokong perbuatan rampasan kuasa ini. Tapi saya yakin, pengundi Bukit Gantang akan pasti menolak BN.

Rakyat Kedah khasnya orang Melayu telah menerima bantuan kerajaan Pakatan Rakyat. Kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah telah menyuruh agar diskaun 50% harga rumah kepada orang Melayu (umno tak pernah pun buat). Jika pengundi Bukit Gantang yang tebal kemelayuannya, jika anda menyokong Bn, maka orang Melayu di Kedah akan kembali seperti asal, tidak dapat membeli rumah kerana rampasan kuasa yang anda izinkan akan berlaku di Kedah. Tapi saya yakin, pengundi Bukit Gantang akan pasti menolak BN.

Rakyat Pulau Pinang telah mula menerima talian internet Wi-Fi secara percuma, elaun guru KAFA dinaikkan, orang Melayu di Tanjung Tokong akan diselesaikan masalah mereka secepat mungkin. Jika pengundi Bukit Gantang menyokong Bn, maka hilanglah semua kemudahan yang diberikan oleh kerajaan Pakatan Rakyat untuk rakyat Pulau Pinang kerana satu rampasan kuasa bakal berlaku. Tapi saya yakin, pengundi Bukit Gantang akan pasti menolak BN.

Oleh itu, saya merayu agar pengundi Bukit Gantang menolak BN semahu - mahunya. Berikanlah sokongan yang tidak berbelah - bagi kepada Menteri Besar Perak Ir.Nizar (sah kerana Sultan tidak ada kuasa untuk memecat). Undi anda membawa kesejahteraan kepada rakyat Malaysia.

HIDUP RAKYAT!!


gambar terbaik yang pernah ku lihat..
sumber : msomelayu.blogspot.com

1 ulasan:

JANGAN JADI BACUL DENGAN TAK MELETAKKAN NAMA SENDIRI ATAU SAMARAN KETIKA HENDAK MENINGGALKAN KOMEN DI BLOG INI..ORANG YANG BERSELINDUNG DENGAN TANPA NAMA ORANG YANG TIDAK BERANI MEREMPUH KEBENARAN. JADI BLOG INI AKAN MENYIARKAN KOMEN - KOMEN ORANG YANG BERDAFTAR SAHAJA.