Hari ini, bermulalah perang besar di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai.
Hari ini, bermulalah pesta caci - mencaci di Buki Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai.
Namun apa jua keadaan, rakyat yang bakal memilih siapa yang bakal menjadi calon mereka di ketiga - tiga kawasan tersebut.
Bukit Gantang bakal menjadi ibu segala peperangan. Rakyat Perak yang jika mengikut kajian yang dijalankan oleh Merdeka Center seramai 95 - 98% mahukan DUN Perak dibubarkan. Mereka mahu kerajaan yang baru dipilih. Jika dilihat mood pada masa kini, calon dari Pakatan Rakyat iaitu Ir. Nizar bakal memenangi pilihanraya kecil kali ini. Perak masih dalam keadaan kucar - kacir. Najib juga turut mengakuinya dalam ucapan penggulungan Persidangan Umno semalam. Malah sebentar semasa menonton berita di TV3 tengah hari tadi jelas perpecahan berlaku dalam kem Umno. Pergaduhan sesama sendiri berlaku ketika proses penamaan calon sedang berlangsung. Ini menunjukkan Umno bakal kecundang dan ini jika peluang ini diambil oleh pejuang rakyat dengan merapatkan saf - saf dan terus menyerang habis - habisan Umno dan BN, sudah pasti Bukit Gantang milik Pakatan Rakyat.
Jika isu derhaka dimainkan,
1993 - Umno rampas kuasa mutlak raja - raja
1993 - Umno lantik Tengku Ibrahim untuk jadi Sultan Kelantan yang kedua walaupun Sultan Kelantan masih hidup
2008 - Umno panggil YDP Agong kita NATANG
2008 - Umno bantah perlantikan MB baru di Perlis.
UMNO memang penderhaka besar.
Bukit Selambau merupakan jantung kepada Parti KeADILan Rakyat. Masakan hampir berbelas calon bebas menawarkan diri untuk bertanding. Tujuannya hanya satu, memecahkan undi. Jika KeADILan tewas, Anwar Ibrahim bakal dihina habis - habisan dan Ustaz Azizan akan malu besar. Tapi adakah pejuang rakyat akan mendiamkan diri. Tidak, mereka tidak akan melupakan ugutan oleh pihak Umno terhadap bekas wakil rakyat Pakatan Rakyat. BN akan diserang habis - habisan. Pejuang rakyat akan menyerang mereka habis - habisan. Kehadiran yang mencecah lebih 20,000 rakyat ketika mengiringi calon Pakatan Rakyat jelas menunjukkan dendam kesumat dan amarah rakyat terhadap BN. BN memang wajib dikuburkan jika mereka terus - menerus angkuh.
Batang Ai
Memang kawasan ini kawasan yang baru buat Pakatan Rakyat. Mereka tampil hanya satu tujuan. Jika menang satu bonus kepada pengaruh mereka. BN Sarawak pasti goyah. Jika dapat menurunkan majoriti pun sudah dapat menganggu - gugat pengaruh BN. Jika sambutan rakyat terhadap program - program Pakatan Rakyat cukup menggalakkan, BN pasti risau. Tapi Ketua Menterinya sudah risau dengan kehadiran rakyat yang menyokong calon Pakatan Rakyat. Hampir 2000 orang yang hadir memberi sokongan. Jelas terlihat wajah risau yang ditampilkan olehnya semasa saya menonton secara live di TV3 semalam.
BN sememangnya wajib dihukum. Najib wajib diberitahu rakyat bencikan anda. Najib harus diberitahu, rakyat tidak mahu orang Umno kuasai GLC!! Rakyat mahu Pakatan Rakyat memerintah. Rakyat mahu melihat Melayu, Cina, India, Thai, Iban, Kadazan dan lain - lain dapat hidup harmoni.
Suara Rakyat Suara Keramat,
Suara Najib Suara Keparat,
Suara Rakyat Suara Keramat,
Suara Pemimpin Umno Suara Keparat,
Suara Rakyat Suara Keramat,
Suara Pakatan Rakyat Suara Rakyat!!
HIDUP RAKYAT!! HUMBAN UMNO KE LAUT!!
An Electric Atmosphere: Rywire’s EV Civic Debut With CSF Race
8 jam yang lalu
semoga tuhan menyebelahi orang22 yang mahukan kebenaran
BalasPadamsemoga tuhan menyebelahi orang2 yang mahukan kebenaran. TAKBIR!!!!
BalasPadamaku taw setat esok... cite len haa..
BalasPadamaku start citer lain bila drag racing start 2 May 2009
BalasPadam