Sebulan dulu pada 5 February 2009, satu titik hitam yang pekat telah berlaku di negeri Perak. Satu rampasan kuasa yang paling jijik telah dilakukan oleh bakal PM. Satu rampasan kuasa yang akhirnya menyebabkan negeri Perak Darul Ridzuan mempunyai 2 Menteri Besar. Satu rampasan kuasa Umno dan Barisan Nasional yang dahulunya memang terkenal dengan sejarah penderhakaan kepada Sultan - sultan, telah bangkit mempertahankan Sultan kononnya Nizar menderhaka. Satu rampasan kuasa yang tidak dirancang dengan teliti kerana mereka lupa akan kekuasaan Speaker DUN. Satu rampasan kuasa yang tidak menggunakan otak yang bakal menghumbankan mereka ke lubang najis pada PRU ke-13 kelak.
Hari ini sudah sebulan peristiwa ini berlaku. Perjuangan yang hak dan batil masih lagi berterusan di Perak. Satu perjuangan bagi membuktikan siapa yang berada di pihak benar dan salah. Menteri Besar Perak Dato' Seri Nizar sehingga ke saat ini masih menjelajah ke seluruh Perak bagi menerangkan keadaan sebenar buat rakyat Perak. Menteri Besar Umno pula seperti biasa akan menggunakan media perdana untuk menerangkan kepada rakyat. 3 orang bekas wakil rakyat Pakatan Rakyat hilang entah kemana. Bekas wakil rakyat DAP dirayu agar diberikannya peluang untuk berkhidmat kepada masyarakat yang rata - ratanya telah membenci beliau.
Peristiwa atau perjuangan ini tidak akan selesai jika DUN tidak dibubarkan. Kisah tragis ini akan berlanjutan sehinggalah PRU yang ke-13 nanti. Pertempuran besar akan tercetus di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Sudah pasti Pakatan akan dilabelkan sebagai penderhaka. Tapi rakyat tidak pernah lupa :
- Kisah ayahanda Tajol Rosli yang derhaka kepada arahan Sultan Perak.
- Kisah penderhakaan maha besar yang dilakukan oleh Annuar Musa.
- Kisah penderhakaan besar yang dilakukan oleh Mahathir pada tahun 1993.
- Kisah penderhakaan pemuda Umno Terengganu kepada Yang Dipertuan Agong pada tahun 2008.
- Kisah penderhakaan Pak Lah kerana mengatakan Agong tak patut masuk campur is politik.
- Penghinaan besar apabila memanggil Yang Dipertuan Agong sebagai NATANG (Binatang)
Najib akan diburu dimana saja dia berada. Pemuda Mafia Umno akan berkeliaran untuk membelasah para petugas DAP dan KeADILan. Pemuda PAS atau Unit Amal PAS akan melindungi sahabat - sahabat mereka ini.
7 April Najib dah jadi PM yang paling kejam tapi tak menggunakan otak. Perjuangan rakyat Perak khasnya akan jadi lebih rumit kelak. Perjuangan REFORMASI akan menjadi lebih getir dan kekerasan pada tahun 1998 - 2001 akan berulang kembali.
Sebulan peristiwa ini berlaku. Buat para pejuang rakyat kita harus bangga, kita masih mempunyai ikon perjuangan rakyat. Anwar dan Nizar. Sebulan peristiwa ini berlaku. Sudah tiba masanya kita melahirkan lebih ramai para pejuang muda. Sebulan peristiwa ini berlaku. Kita harus bersiap - sedia dengan arus kezaliman yang lebih dahsyat dari zaman 1998. Sebulan peristiwa ini berlaku. Para aktivis yang dahulu diam dan sunyi harus keluar kembali.
Sebulan peristiwa ini berlaku...ya sudah sebulan. Apa nasib rakyat Malaysia? Keadaan politik yang digawatkan oleh mereka yang rakus dengan kekuasaan. Keadaan ekonomi dunia yang semakin tenat dan memenatkan akibat kerakusan sistem KAPITALIS. Rakyat Malaysiaku yang tercinta. Apa yang akan jadi pada kalian? Berubah dan terus berubah. Dari menyokong BN kepada PR. Dari kapitalis kepada sistem yang bukan kapitalis. Dari industri kepada pertanian.
Sebulan sudah peristiwa hitam ini berlaku. Perak dan Malaysia akan terus bergolak apabila Najib menjadi PM.
Ingatlah tarikh ini 5 February 2009 wahai rakyat Perak.
Ingatlah wajah ini wahai rakyat Perak dan Malaysia.
UMNO bukan rampas kuasa tetapi UMNO telah menyelamatkan orang Melayu keluar dari "Kandang Babi".
BalasPadamharap harap umno juga keluarkan melayu dari "kandang babi" di Melaka dan Negeri Sembilan
BalasPadamAmboi..istilah "Kandang Babi" tu klu silap diterjemah, bleh jadi racist statement tu..bleh kena ISA..silap2 ada org hantar surat berisi peluru senapang gajah..hehe..manala tau..
BalasPadamKalau setakat tolong keluarkan dari kandang je, tapi bila nak beli gula pun kena harapkan "org dlm kandang" tu..rasanya takde beza pun UMNO ke..PKR ke..SRP ke yg memerintah kan? Camne nak bagi istilah tu ek..Melayu makan hasil dari kandang babi ke..eh, mcm tak sesuai je bunyinya..hehe..
Gua malas nak pikir..(jawap kepada tagline Nabil)