Rabu, 25 Mac 2009

Najib Abdul Razak : Terserlah Kebangangannya

Umno akui pengaruh besar media baru

Mar 24, 09 9:52pm
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui kesan yang menimpa Umno dalam pilihanraya umum tahun lalu akibat kegagalan memahami kesan pengaruh media baru.

"Contohnya yang paling mudah, jika diimbau pada pilihanraya tahun 1999, pada peringkat awal munculnya pengaruh media baru, kita bersikap tidak acuh pada perkembangan itu.

"Lima tahun kemudian, semasa pilihanraya tahun 2004, kita masih mengambil mudah kebangkitan media alternatif.

"Kita telah alpa dengan mandat besar yang diberikan oleh rakyat hatta tidak bersiap siaga untuk menghadapi peperangan alam siber," tegas beliau ketika merasmikan serentak perhimpunan agung Wanita, Pemuda dan Puteri Umno di PWTC malam ini.

"Natijhnya, semasa pilihanraya Mac tahun 2008, kita telah tersentak dengan lamunan dek kegagalan memahami kesan pengaruh media baru," tegasnya.


Tidak diberi pas media

Dalam perhimpunan Umno mulai esok, enam media internet, termasuk Malaysiakini, gagal mendapat pas media dari Umno untuk membuat liputan perhimpunan agung parti itu yang bermula hari ini.

Perhimpunan kali ini juga akan menyaksi pemilihan sengit bagi jawatan tertinggi parti - dari timbalan presiden, naib presiden, Majlis Tertinggi serta pucuk pimpinan utama Pemuda, Wanita dan Puteri Umno.

Tiada alasan rasmi diberikan mengapa parti itu enggan mengeluarkan kad media kepada pertubuhan berkenaan untuk membuat liputan perhimpunan agung selama lima hari itu.

Selain Malaysiakini, pertubuhan lain yang gagal mendapatkan pas media dari Umno ialah The Nut Graph, Malaysian Insider, Siasah dan Merdeka Review.

----------------------------------------------------------------

Saya sudah menulis beberapa artikel mengenai Najib. Tidak ada yang istimewa kecuali kurang cerdik tahap melampau.

Dalam ucapan cakap lain, tindakan buat lain...

Cakap tak serupa bikin..serupa yahudi mabuk (Dialog Filem P.Ramlee)

3 ulasan:

  1. lalalalala....adakah dia akan mengembalikan zaman gelap smula seperti dulu2?? kita tgu...

    BalasPadam
  2. besar kemungkinan ya..dah nampak dah kuku besi KONTOT dia tu

    BalasPadam
  3. mandat rakyat suh mnceburi propaganda siber ke?dey kasi bikin keje la....bukan soh sebar propaganda murahan.....

    BalasPadam

JANGAN JADI BACUL DENGAN TAK MELETAKKAN NAMA SENDIRI ATAU SAMARAN KETIKA HENDAK MENINGGALKAN KOMEN DI BLOG INI..ORANG YANG BERSELINDUNG DENGAN TANPA NAMA ORANG YANG TIDAK BERANI MEREMPUH KEBENARAN. JADI BLOG INI AKAN MENYIARKAN KOMEN - KOMEN ORANG YANG BERDAFTAR SAHAJA.