Kurang kasih sayang (KKS) merupakan istilah yang cukup terkenal yang dikeluarkan oleh Hishamuddin Rais ketika beberapa bekas orang kuat KeADILan isytihar keluar parti. Penyakit ini disebabkan mereka telah samakan perjuangan untuk membela rakyat Malaysia ataupun membela Anwar Ibrahim dengan pekerjaan dimana perjuangan harus dibalas dengan pelukan manja oleh Anwar.
Ini yang berlaku oleh Ezam dan rakan - rakannya. Mereka mahu Anwar datang berjumpa dan membelai wajah mereka dan mengucapkan terima kasih kerana berjuang bersungguh - sungguh untuk membebaskan aku. Mereka mahu Anwar datang ke rumah mereka dan minum teh bersama - sama dengan keluarga mereka. Kelompok seperti inilah yang akan menghancurkan perjuangan rakyat. Mereka lupa, rakyat memandang Anwar Ibrahim sebagai satu simbol perjuangan rakyat dan setelah beliau bebas, beliau utamakan rakyat daripada beberapa orang yang pernah suatu ketika dahulu berada di dalam rumah beliau dan membela beliau ketika beliau di penjara.
Sesungguhnya pejuang rakyat yang tegar tidak boleh ada sedikit pun sikap sedemikian. Perjuangan harus ikhlas. Perjuangan tidak sama dengan pekerjaan. Perjuangan bukannya diminta - minta dibalas jasa. Jasa dan habuan (bagi yang MUSLIM) hanya YANG MAHA ESA. Jika kita meminta - minta daripada manusia untuk dibalas jasa kita waktu berjuang samalah kita dengan Umno. Samalah kita dengan puak jahiliyah. Lihat sahaja sahabat - sahabat Nabi s.a.w mereka semua jika dilihat dalam sejarah tidak pernah meminta jawatan - jawatan dari Nabi s.a.w. Sedangkan pengorbanan mereka teramat tinggi. Dalam seribu yang dijanjikan syurga hanya sedikit sahaja yang diberi kepercayaan untuk memegang jawatan.
Pejuang rakyat yang merajuk dan kecewa dengan Anwar Ibrahim kerana tidak mengiktiraf perjuangan anda, sudahlah, cukuplah. Perjuangan kita bukan untuk Anwar. Perjuangan kita untuk Malaysia. Kita berjuang membebaskan beliau kerana kita mahu dia membebaskan kita dari cengkaman Umno dan Bn. Ternyata Anwar kotakan janji beliau. Umno dan Bn telah hilang dua pertiga kerusi. Umno telah malu.
Sedih dan menyedihkan ada segelintir pejuang rakyat yang bersifat seperti Ezam. Mempertikaikan Anwar berjumpa dengan beberapa tokoh dunia seperti Yusuf Al-Qardhawi. Lantas mereka - mereka ini mengeluarkan gambar - gambar betapa rapatnya mereka ini dengan keluarga Anwar. Atas tujuan apa? Tujuan kerana mereka ini telah terkena penyakit KKS. Apabila KKS telah melanda, mereka menagih simpati dari Anwar supaya belailah wajah mereka, peluklah mereka.
Wahai sahabat - sahabatku,
Orang - orang kampung memerlukan kita, rakyat Malaysia memerlukan kita, orang miskin memerlukan kita, perpaduan kaum yang kuat harus dibina oleh kita, rakyat Malaysia harus dibebaskan oleh Umno dan Bn yang telah sekian lama merompak duit negara.
Kembalilah kepada perjuangan rakyat yang sebenarnya. Kembalilah kepada rakyat. Rakyat Malaysia memerlukan anda. Rawatilah penyakit KKS itu. Jika anda faham makna perjuangan yang ikhlas InsyaAllah penyakit KKS itu pasti akan hilang. Kita harus kembali kepada rakyat. Kita dalam keadaan bahaya sekarang. Najib si gila ini akan mengganas. Kita sudah tiada masa lagi untuk KKS. BANGKITLAH!!
Ayuh pejuang - pejuang rakyat, ayuh singa - singa rakyat. Bangunlah dari tidurmu. Malaysia harus dibebaskan dari Umno dan Bn.
RE-FOR-MA-SI
HIDUP RAKYAT
Lost Amongst The Stars At BMW Welt
15 jam yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
JANGAN JADI BACUL DENGAN TAK MELETAKKAN NAMA SENDIRI ATAU SAMARAN KETIKA HENDAK MENINGGALKAN KOMEN DI BLOG INI..ORANG YANG BERSELINDUNG DENGAN TANPA NAMA ORANG YANG TIDAK BERANI MEREMPUH KEBENARAN. JADI BLOG INI AKAN MENYIARKAN KOMEN - KOMEN ORANG YANG BERDAFTAR SAHAJA.