Bekas TKM 1 telah pun meletakkan jawatan sebagai ADUN untuk kawasan Penanti. Maka sudah pasti pilihanraya kecil akan berlangsung dalam masa 60 hari. Siapa calonnya masih lagi menjadi tanda tanya. Ini merupakan pilihanraya kecil yang ke 3 (yang kedua terdiri daripada kawasan Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai) selepas piliharaya umum yang ke-12.
Kesemua pilihanraya kecil yang disertai oleh Pakatan Rakyat telah pun dimenangi oleh PR kecuali Batang Ai (kerana kawasan itu hanyalah kawasan ujian). Apakah di DUN Penanti Pakatan Rakyat akan berjaya sekali lagi?
Ya, Pakatan mampu dengan hanya satu syarat. Jangan takbur dan riak dengan sokongan yang melimpah ruah yang diberikan oleh rakyat Malaysia. Jika kita mulai angkuh dan seronok yang melampaui batas dengan kemenangan demi kemenangan di Semenanjung ini percayalah kita pasti akan tewas. Kenapa kita akan tewas? Kerana sikap dan perangai kita sudah seperti puak - puak gerombolan.
Tak salah untuk kita merasa bangga dengan kemenangan yang kita kecapi setelah sekian lama menunggunya. PAS telah menunggunya puluhan tahun. DAP telah menunggunya puluhan tahun. KeADILan menunggu selama 10 tahun. Tapi kebanggaan itu haruslah bersederhana sahaja. Jika kita bangga yang terlampau maka kita akan lalai dan mula tidak bekerja keras untuk memenangi kerusi DUN Penanti.
Pejuang - pejuang Pakatan Rakyat. Anggaplah kerusi ini umpama tanah Palestin yang cuba dirampas oleh Israel Zionis. Pertahankan ia dengan penuh semangat. Semangat juang yang berkobar - kobar umpama semangat pejuang Hamas. Pertahankan ia sebagaimana kita berjuang bersungguh - sungguh untuk memastikan Nizar menang di Bukit Gantang, bagi memastikan Manikumar menang di Bukit Selambau dan berjuanglah dengan semangat juang yang tinggi sebagaimana kita memastikan Ketua Pembangkang Dato' Seri Anwar Ibrahim menang di Permatang Pauh.
Benar Umno lemah sekarang ini. Mereka di dalam kedudukan di mana hampir majoriti rakyat Malaysia telah menolak mereka. Anak - anak muda di Malaysia telah pun menolak mereka. Tapi jangan kita terlalu berseronok dengan kelemahan mereka. Umno pasti menunggu peluang untuk melihat kita lalai dan santai untuk merampas kerusi ini daripada kita.
Saya menyeru kepada tentera - tentera Pakatan Rakyat.
Pertahankan kerusi ini semahu - mahunya!!
Halau Umno dan Bn dari kawasan ini!!
Berjuanglah dengan semangat yang cukup tinggi!!
Kibarkan bendera - bendera setinggi - tingginya!!
Kemenangan kerusi itu kemenangan rakyat!!
Kemenangan kerusi itu memperkuatkan lagi Pakatan kita!!
Bersemangatlah wahai pejuang - pejuang rakyat!!
Kita Harus Menang!!!!!!!!!!!
Kita Harus Menang!!!!!!!!!!!
Kita Harus Menang!!!!!!!!!!!
Reimagining The Devil Z: A Datsun 240Z Restomod Tribute
Sehari yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
JANGAN JADI BACUL DENGAN TAK MELETAKKAN NAMA SENDIRI ATAU SAMARAN KETIKA HENDAK MENINGGALKAN KOMEN DI BLOG INI..ORANG YANG BERSELINDUNG DENGAN TANPA NAMA ORANG YANG TIDAK BERANI MEREMPUH KEBENARAN. JADI BLOG INI AKAN MENYIARKAN KOMEN - KOMEN ORANG YANG BERDAFTAR SAHAJA.