Orang Asal ... oh-oh Orang Asal, Mengapa nangis, matamu bengkak, Aduh Papa, aduh lah mama, ) Hak Orang Asal, semakin ditindas.).. 2 X
Orang Asal oh-oh ... Orang Asal, Jangan nangis, jangan putus asa, Ayuh semua, wahai Orang Asal ) Mari berjuang, pertahan hak kita.).. 2 X
Orang Asal ... oh-oh ... Orang Asal, Mengapa nangis, matamu bengkak, Aduh aru, aduhlah aki,) Adat kami kini hampir hilang.) 2 X
Orang Asal oh-oh ... Orang Asal, Jangan nangis, jangan putus asa, Ayuh semua, wahai Orang Asal) Mari berjuang, tahan adat kita.).. 2 X
Pada tanggal 17 Mac 2010 bersamaan pada hari Rabu, 2000 orang Asal telah berhimpun untuk menuntut hak mereka. Hak mereka iaitu tanah yang telah duduki selama ribuan tahun. Hari ini juga mereka telah menunjukkan satu isyarat yang cukup jelas kepada kerajaan Zionis Umno dan Barisan Nasional bahawa setelah berpuluh tahun mereka ditindas, hari ini mereka bangkit melawan.
Satu Malaysia terkejut dengan kebangkitan yang cukup hebat daripada orang Asal Malaysia ini. Siapa sangka mereka selama ini dianggap bodoh oleh Umno dan Barisan Nasional telah menunjukkan aksi perlawanan yang cukup mengkagumkan. Benar mereka tidak merasa lagi gas pemedih mata dan air kimia dari pihak polis. Namun ini baru permulaan. Wajib kita sebagai penyokong anti perkauman menyokong gerakan membela orang Asal Malaysia ini.
Kenapa kita harus menyokong gerakan membela orang Asal Malaysia ini. Umno dan Barisan Nasional kebulur kepada wang. Mereka tidak boleh hidup tanpa wang. Jadi cara untuk mendapatkan wang secara pantas adalah menebang pokok balak yang berada di hutan - hutan Malaysia ini. Menghilangkan kawasan hutan dengan mendirikan kawasan perumahan mewah atas nama pembangunan. Bagi mereka menghilangkan kawasan hutan demi mendapatkan untung berbillion - billion adalah lebih penting daripada melihat pokok - pokok besar yang membekalkan oksigen kepada kita, binatang - binatang liar pupus dan yang paling menyedihkan membiarkan anak - anak Malaysia pada masa yang akan datang tidak dapat melihat keindahan hutan ciptaan Tuhan lagi.
Jadi apabila ada orang yang mahu mempertahankan hutan ini hatta atas nama mempertahankan atas nama kawasan kediaman mereka, kita wajib sokong. Sokong kerana hanya cara ini sajalah untuk mempertahankan hutan yang indah ini dari diranapkan oleh Umno dan Barisan Nasional yang kebulur dengan wang ringgit. Orang Asal adalah manusia. Mereka tidak boleh hidup tanpa hutan. Hutan yang mempunyai jutaan pokok yang menjadi sumber kekuatan diri mereka. Jika pokok - pokok ini ditebang atas nama pembangunan mampukah mereka hidup sihat seperti sekarang. Kerajaan Umno dan Barisan Nasional harus mempunyai sedikit perikemanusiaan. Tapi adakah kerajaan Zionis ini ada perasaan? Tidak!! Lihat sahaja isu Kampung Berembang. Mereka yang selama ini menjerit Ketuanan Melayu mereka ini jugalah yang merobohkan rumah - rumah orang Melayu yang bermaustatin di situ.
Orang Asal Malaysia, saya menyeru (jika tulisan ini dapat dibacakan kepada mereka) jangan kamu semua berhenti berjuang. Bantulah kami untuk melihat hutan - hutan di Malaysia ini dikekalkan. Jika orang Asal berhenti berjuang, kediaman anda hilang dan kami orang hidup di bandar tidak dapat melihat lagi hutan semulajadi yang terbentuk sejak jutaan tahun. Orang Asal Malaysia, ini tanah kamu. Tanah yang kamu duduki sejak ribuan tahun dahulu. Pertahankan kediaman anda hingga titisan darah terakhir. Sampaikan pesanan ini kepada mereka yang rakus meranapkan kediaman anda. INI TANAH KAMI...hingga mati kami pertahankan!!
Bangkit orang ASAL!!
Sedikit sedutan video klip dari filem Avatar. Filem yang mengisahkan perjuangan orang Asal di Planet Pandora. Buat orang Asal hayatilah video dan naikkan semangat anda, jika tidak kediaman anda akan musnah!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
JANGAN JADI BACUL DENGAN TAK MELETAKKAN NAMA SENDIRI ATAU SAMARAN KETIKA HENDAK MENINGGALKAN KOMEN DI BLOG INI..ORANG YANG BERSELINDUNG DENGAN TANPA NAMA ORANG YANG TIDAK BERANI MEREMPUH KEBENARAN. JADI BLOG INI AKAN MENYIARKAN KOMEN - KOMEN ORANG YANG BERDAFTAR SAHAJA.
Undang - undang Kedah (Manuskrip Yang Diculik Oleh British)
Undang - undang yang Digunakan Seluruh Negara Sebelum Penjajahan Terancang Thai dan British Di Mana Akhirnya Manuskrip Ini Telah Dipulangkan oleh British Kepada Malaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
JANGAN JADI BACUL DENGAN TAK MELETAKKAN NAMA SENDIRI ATAU SAMARAN KETIKA HENDAK MENINGGALKAN KOMEN DI BLOG INI..ORANG YANG BERSELINDUNG DENGAN TANPA NAMA ORANG YANG TIDAK BERANI MEREMPUH KEBENARAN. JADI BLOG INI AKAN MENYIARKAN KOMEN - KOMEN ORANG YANG BERDAFTAR SAHAJA.