Khamis, 18 Mac 2010

Kenapa Jangan Sokong Umno (1)

Baca, Cetak dan Edarkan

Umno adalah sebuah parti lama dalam sejarah politik Malaysia. Sebuah parti yang sudah lama memerintah negara. Teramat lama. Akibat terlalu lama memerintah, maka makin banyaklah kezaliman, penipuan dan kejahatan yang mereka lakukan.

Aku menulis dari sudut kaca mata anak muda yang melihat kejahatan secara serius apabila umur aku meningkat mencecah 15 tahun. Pada tahun 1998 menyebabkan aku daripada seorang remaja yang hanya tahu berseronok akhirnya akibat peristiwa Anwar Ibrahim dipecat makan aku memutuskan untuk membahagikan keseronokan hidup dengan perjuangan memulihkan negara daripada virus Umno.

Kenapa aku benci kepada Umno? Kenapa apabila ada saja berita mengenai Umno membuatkan aku rasa mahu pecahkan televisyen dirumah? Sebab Umno adalah sebuah parti hipokrit, munafik dan apa sahaja bersangkut - paut dengan perkara negatif, itulah Umno. Sebuah parti yang hidup atas nama penipuan. Antara perkara paling mudah mereka menipu adalah nama parti mereka, UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION (UMNO). Jika benar mereka memperjuangkan Ketuanan Melayu dengan keris mencacak ke langit kenapa tidak diubah sahaja kepada Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu. Mereka tidak pernah ikhlas mahu membantu Melayu. Jika nama sudah diInggeriskannya, bagaimana mereka ada semangat mahu membela Melayu. Melayu bagi mereka hanyalah slogan kosong. Melayu bagi mereka hanya sebuah bangsa yang mudah dibodohkan. Melayu bagi mereka hanyalah sebuah kaum untuk mendapat undi. Melayu bagi mereka hanyalah untuk mengekalkan kuasa. ITULAH UMNO!!

Sudah hampir 53 tahun kita merdeka, nasib orang Melayu di kampung masih sama. Lihat sahaja apa yang terjadi pada Melayu Pulau Pinang. Hampir kesemuanya telah lari ke tanah besar. Orang Melayu pada asalnya merupakan penduduk terbesar di pulau tersebut sekarang sudah menjadi minoriti. Jangan disalahkan kaum Cina. Mereka rajin berusaha maka mereka layak mendapat tempat sepatutnya. Tapi apa yang Umno Pulau Pinang lakukan? Kenapa tidak mendesak Ketua Menteri pertama Pulau Pinang agar memastikan kawasan dimana ramainya orang Melayu harus dipelihara. Tapi apa yang jadi sekarang? Kebanyakkan kampung Melayu di Pulau Pinang telah hampir pupus. Lihat sahaja Kampung Tanjung Tokong, sudah hampir musnah. Jika benarlah Umno mahu membela Melayu, dari dulu sepatutnya mereka mempertahankan agar kampung Melayu ini tidak dirobohkan. Tapi mereka jugalah iaitu Umno yang seronok merobohkan kampung Melayu kerana dahaga, kebulur dan tamak haloba apabila memikirkan soal wang. Roboh kampung Melayu maka projek dapat dilaksanakan. Apabila projek dapat dilaksanakan, maka mereka atas nama Ketuanan Melayu menyebat projek di atas tanah orang Melayu.

Inilah Umno. Umno sememangnya mahu memperbodohkan orang Melayu. Bagi mereka biar orang Melayu jadi bodoh kerana ini sahaja yang dapat memenuhkan poket mereka. Jika Melayu sudah tahu hak mereka sudah dipermainkan, maka tamatlah riwayat Umno. Jadi moto politik Umno adalah "Bodohkan Melayu, Kayalah Aku". Jadi mereka mencipta retorik "Ohh, Cina mahu merampas Pulau Pinang", hasilnya orang Melayu cukup terpengaruh dengan slogan itu. Maka orang Melayu pun bergantung harap dengan Umno. Selama 53 tahun, orang Melayu bergantung harap namun secara perlahan - lahan mereka dipinggirkan. Umno memang sengaja mahu orang Melayu bergantung harap dengan mereka. Jika orang Melayu sedar, orang yang menindas mereka selama hampir 53 tahun ini adalah Umno. Bukannya Lim Guan Eng, bukannya Karpal Singh, bukannya Ah Keong, bukannya Ah Siong, bukannya Ah Wa. TAPI UMNO!! Umno yang menindas mereka dengan berjaya. Namun apabila di dalam kaca tv, merekalah juara Melayu. Merekalah pejuang hak orang Melayu.

Aku jijik dengan Umno. Jijik kerana mereka suka menipu. Menipu pemikiran orang Melayu. Perkara inilah menyebabkan aku benci sangat pada Umno. Bencinya aku kepada Umno sebagaimana aku benci kepada Zionis Yahudi. Wajib kita mempunyai perasaan benci sebegitu. Kerana jika kita tidak benci begitu kepada Umno, selama - lamanya kita akan terus terpinggir. Selama - lamanya kita terus ditindas TANPA KITA SEDARI!! Jika kita hanya berserah pada takdir maka jangan marah pada Cina. Marah pada diri sendiri kerana kita yang tidak mahu membuang Umno ke Laut China Selatan.

(bersambung)

8 ulasan:

  1. Betul tue.... saya sokong..
    depa ingat Rakyat mudah diperbodohkan!...

    BalasPadam
  2. What is said is spot on. The malays have been conned by UMNO again and again but I believe that it will continue because the malays have been brainwashed, albeit not all malays.

    Remember the BTN, I believe there are many more ways, UMNO has brainwashed the malay mind.

    I have visited government depts and I can pick up who among the malays are malaysians and who are UMNO malays, the racist type.

    BalasPadam
  3. Mati UMNO...

    Hidup Rakyat!

    PLease sent all UMNO-MCA-MIC/Barisan Najis to HELL on the 13GE!

    BalasPadam
  4. terima kasih byk² diatas komen - komen yang diberi..

    Ya...tu tujuan tulisan kali ini..mereka gemar memperbodohkan rakyat..

    BalasPadam
  5. Don't worry the malays I sopke too are also of the same opiion that umno is destroying them to enrich themselves.

    Lets see what happes at the next GE

    BalasPadam
  6. thank you...u shud be the next our prime minister.. :-P

    BalasPadam
  7. UMNO bukan buruk tapi pemimpin UMNO yang buruk. Lihat saja lah karenah Nazri, Hisammudin, Khairy, rata-rata semuanya memalukan nama mak bapa mereka, bodoh, kurang ajar tak malu sebab dah biasa. Khir Toyo, cakap macam imam tapi penyamun no 1 Selangor, dah tak sedar halal haram. Setiap projek pembangunan yang dilaksanakan oleh taukeh cina dilakukan atas pertolongan orang UMNO dan sebahagian besar keuntungan dikaut hanya orang UMNO tapi dalam perhimpunan besar cakap cina bolot harta lah, Melayu tertindas lah. Lihat saja lah Ibrahim Ali ini, beruk sarkas, nak jadi benteng pertahanan kerajaan dan melindungi perlembagaan negara serta kepentigan orang melayu dan raja-raja melayu. Disebaliknya depa kaya sebab bersetongkol dengan Vincent Tan. Apa jenis manusia ni? Yang pasti depa semua lupa pada tuhan

    BalasPadam
  8. sebab depa lupa tuhan tu la sanggup menipu dan terus menipu..
    tunggu artikel minggu depan...Umno lagi jahanam dari Zionis

    BalasPadam

JANGAN JADI BACUL DENGAN TAK MELETAKKAN NAMA SENDIRI ATAU SAMARAN KETIKA HENDAK MENINGGALKAN KOMEN DI BLOG INI..ORANG YANG BERSELINDUNG DENGAN TANPA NAMA ORANG YANG TIDAK BERANI MEREMPUH KEBENARAN. JADI BLOG INI AKAN MENYIARKAN KOMEN - KOMEN ORANG YANG BERDAFTAR SAHAJA.