Rabu, 17 Mac 2010

Tahniah Dr. Asri

Sekalung tahniah buat bekas Mufti Perlis Dr. Asri kerana telah menjadi kolumnis terbaru kepada Malaysiakini. Moga dengan tugas baru di sebuah media baru ini dapat meluahkan pendapat dan pandangan dengan lebih berani dan tegas. Moga tiada lagi perasaan risau tulisan Dr. Asri tidak akan keluar.

Malaysiakini akan menyiarkan tulisan Dr. Asri sebebas - bebasnya. Umno telah melakukan kesilapan yang cukup besar kerana tidak membenarkan lagi tulisan beliau dikeluarkan. Walaupun tulisan beliau mengkritik Umno akan tetapi sepatutnya Umno patut membiarkan saja kerana ini dapat membuktikan Umno pendokong kebebasan. Namun Umno tetap Umno. Umno tetap mahu memperbodohkan orang Melayu. Tidak mahu orang Melayu menjadi cerdik. Mereka tidak mahu otak orang Melayu berfikir secara kritis. Mereka mahu orang Melayu hanya tahu mengiyakan apa sahaja yang mereka utarakan. Nah...sekarang ruangan tulisan Dr. Asri dengar khabarnya akan diganti dengan Mufti Perak. Mufti yang sekarang ini menjadi pengampu besar. Mufti yang dikatakan bermusuh dengan Dr.Asri. Dr.Asri tidak pernah berdendam dengan Mufti Perak. Ketika Mufti Perak dikritik oleh hebat oleh penyokong Pakatan Rakyat, Dr. Asri tampil membela Mufti Perak dengan mengatakan supaya jangan mengkritik menggunakan kata - kata keji. Namun Mufti Perak tetap memperlekehkan Dr.Asri.

Sekarang terimalah Umno, kerana tidak mahu mendengar kritikan dan tidak mahu melihat Melayu menjadi cerdik maka gelombang baru tulisan Dr.Asri yang lebih bernilai dan kritis akan dapat dibaca oleh semua pihak. Umat Islam akan menjadi lebih berkualiti. Orang bukan Islam akan dapat melihat keindahan Islam yang sebenar. Orang bukan Islam dapat melihat Islam bukanlah agama yang mencetuskan pergaduhan sepertimana yang diwar - warkan oleh Ibrahim Ali dan Najib. Teramat rugilah Umno membiarkan Dr. Asri menulis di Malaysiakini. Sebuah media eletronik yang mempunyai jutaan pembaca. PAS dan KeADILan yang memperkenalkan Islam yang sederhana dan ternyata selari dengan pemikiran Dr.Asri.

Orang Melayu dan Islam selepas ini akan lebih peka. Tulisan yang tiada tapisan akan dikeluarkan. Pemikiran dan pendapat beliau yang ilmiah akan dapat dibaca oleh Melayu, Cina, India, dan lain - lain. Jika tulisan beliau selari dengan ideologi PAS dan KeADILan maka percayalah, riwayat Umno bakal ditamatkan.

Buat Dr. Asri selaku anak murid yang sering mengikuti kelas ustaz di Surau Sri Ukay dahulu, merakamkan setinggi tahniah. Selamat menulis dengan lebih berani dan tegas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

JANGAN JADI BACUL DENGAN TAK MELETAKKAN NAMA SENDIRI ATAU SAMARAN KETIKA HENDAK MENINGGALKAN KOMEN DI BLOG INI..ORANG YANG BERSELINDUNG DENGAN TANPA NAMA ORANG YANG TIDAK BERANI MEREMPUH KEBENARAN. JADI BLOG INI AKAN MENYIARKAN KOMEN - KOMEN ORANG YANG BERDAFTAR SAHAJA.