Isnin, 22 Mac 2010

Kenapa Jangan Sokong Umno (2)

Ketika Zionis Yahudi merobohkan penempatan orang - orang Yahudi di Semenanjung Gaza, penduduk Yahudi ketika itu cukup berang dengan tindakan kerajaan mereka waktu itu. Mereka mengatakan kerajaan takut kepada ancaman Hamas. Namun semua orang di dunia ini tahu, keluarnya Yahudi yang menganut fahaman Zionis ini keluar dari Semenanjung Gaza maka bermulalah operasi membantai Hamas dan rakyat Palestin yang menentang Yahudi Zionis dengan cara kekerasan. Semenanjung Gaza menjadi kubu kuat kepada pejuang Hamas. Maka dengan keluarnya rakyat Yahudi dari kawasan itu, maka dengan senang hatilah Zionis Yahudi melepaskan bom - bom ke serata tempat di Semenanjung Gaza. Semuanya atas nama menjaga keselamatan bangsanya sendiri dan memastikan ancaman berterusan daripada Hamas dapat dimusnahkan dan ditamatkan.

Namun di Malaysia perkara sebaliknya terjadi. Orang Melayu yang memerintah dengan suka hati merobohkan kampung - kampung Melayu di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Ingatkah kita pada peristiwa Kampung Berembang? Apa tujuan mereka menghalau orang Melayu dari tempat yang mereka duduki selama puluhan tahun di situ? Kalau Yahudi Zionis menghalau bangsanya sendiri kerana mahu menbantai bangsa Arab dan Hamas secara ekstrem, namun di Malaysia bangsa Melayu yang diperintah oleh Umno KETUANAN MELAYU menghalau bangsanya sendiri atas nama pembangunan poket sendiri. Bukan kita tidak mahu bangsa Melayu itu maju, namun lihat di mana tempat mereka ditempatkan. Dengan notis yang diberi hanya seminggu semua penduduk Kampung Berembang harus keluar. Dengan notis seminggu mereka harus mencari rumah sendiri. Dengan notis seminggu anak - anak yang sedang belajar dengan tekun untuk menghadapi SPM dirobohkan. Sedangkan sudah bergenerasi mereka duduk disitu, membuka tanah yang dahulunya hutan dan menjadikannya sebuah perumahan akhirnya tumbang dan musnah sama sekali atas desakan PEMAJU. Jadi dimana slogan KETUANAN MELAYU yang mereka laungkan? Umno dan BN begitu kebulurkan duit. Mereka sanggup menjual dan memaksa hatta mencederakan bangsanya sendiri atas nama untung, untung dan terus untung. Buktinya, lihat sahaja isu di Kampung Buah Pala mereka sewenang - wenangnya menjual kawasan tersebut kepada pemaju sebelum kerajaan Pakatan Rakyat memerintah. Kenapa mereka menjualnya, kerana mahu memenuhkan poket mereka sendiri (bukti Umno, MIC dan MCA sama saja jahatnya).

Perjuangan Umno sebenarnya tidak pernah jujur untuk membela orang Melayu. Melayu dibibir mereka hanya untuk kuasa. Jika perbuatan itu datang dari pihak Pakatan Rakyat maka gegak - gempitalah dunia ini. Segera demonstrasi dibuat. Sepanduk - sepanduk yang menunjukkan betapa Melayunya mereka dinaikkan. Perkara itu berlaku di Pulau Pinang. Ketika kerajaan sekarang merobohkan gerai makanan yang menjadi hak milik orang Melayu. Jika para pembaca semua membaca statistik yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang sudah pasti kita tahu siapa sebenarnya yang benar - benar membela Melayu dan semua kaum. Jika benar Umno pejuang Melayu, kenapa zaman pemerintahan Koh Tsu Koon mereka menikus takut diam? Kerana zaman itu mereka yang menjerit pada hari ini, umpama tikus yang jatuh dalam tong beras. Mereka senyum kekenyangan kerana projek - projek yang ada disekitar Pulau Pinang hanya dibolot oleh mereka. Mereka itu yang terdiri daripada ADUN -ADUN Umno Pulau Pinang telah membolot semua projek atas nama KETUANAN MELAYU. Hasilnya mereka iaitu anak Melayu Pulau Pinang yang benar - benar layak untuk mendapat kerja atau projek di sana tidak langsung berpeluang mengecapi kemewahan yang ada di pulau tersebut. Yang dapat hanya mereka yang ada STATUS KRONI!! Kenapa kontraktor Melayu Pulau Pinang sekarang ini untuk tahun 2009 memperolehi 82.4% projek - projek di sekitar Pulau Pinang? Kerana mereka yang sekarang ini dipertanggungjawapkan untuk menjaga dan memerintah negeri itu benar - benar telus dan ikhlas.

Ketuanan Melayu dibibir pemimpin Umno hanyalah hiasan kosmetik. Umpama Rosmah (Umno) memakai gincu (Ketuanan Melayu). Namun sayangnya masih ada yang menyokong Umno. Masih ada yang begitu taat setia kepada Umno. Padahal jika orang - orang Umno terutamanya yang bawahan ini sedar dan cuba membuat hati mereka pasti mereka akan nampak, Ketuanan Melayu hanyalah wayang. Wayang bagi memastikan pemimpin Umno dari Ketua Cawangan hingga ke Presiden kaya dan terus kaya.

Umno lagi teruk dan lagi bangsat dari Zionis Yahudi. Zionis Yahudi menjaga bangsa mereka dan memastikan bangsa mereka terus maju dan selamat dari serangan berterusan dari pejuang Hamas. Namun Melayu Umno yang beragama Islam sanggup menjahanamkan bangsa mereka sendiri hanya kerana wang dan untung. Rakyat sekarang umpama pejuang Hamas. Kita berjuang untuk kepentingan kita dan hak kita, namun dalam masa yang sama kita juga sedang dilanyak dan dihalau secara berterusan daripada Umno. Meletakkan kita di fumah flat - flat buruk yang kemudahannya teramat teruk. Lif rosak, lampu ditangga yang tidak berjaga dan bermacam - macam hal lagi.

Cuba tanya pada diri kita sendiri. Kenapa harus kita secara berterusan dibodohkan secara tersusun oleh Umno. Kenapa kita harus membiarkan diri ini diperbodohkan. Kenapa mereka yang cerdik pandai tidak mahu menjadi seperti penduduk Kampung Berembang dan menghukum terus Umno pada PRU-12. Kenapa?

Sebelum akhiri tulisan kali ini..bacalah luahan seorang ibu ketika rumahnya dirobohkan :

"Tengoklah, anak-anakku, jangan kau lupa peristiwa ini bila engkau dewasa kelak. Jika engkau membesar menjadi orang yang berjaya, ingatlah peristiwa ini. Inilah nasib orang-orang miskin macam kita… Buka matamu, ingat apa yang mereka lakukan kepada kita orang miskin, ingatlah sampai bila-bila."

Seorang ibu di Kg. Berembang kepada anak-anaknya disebalik tangisan

Jangan berhenti membenci Umno dan terperdaya dengan hasutan mereka. Hukum Umno kerana jenayah mereka yang kejam iaitu jenayah membodohkan Melayu dan rakyat Malaysia keseluruhannya termasuk pelbagai kaum

bersambung...........

2 ulasan:

  1. Sokong 100%! masih terngiang- ngiang esakan ibu itu dalam video clip yang dimuat turun dilaman-laman pembangkang sblm PRU12 dulu. Alhamdulillah berkat doa mereka yang ditindas, Selangor jatuh ke tangan PR. Allahhuakbar!!

    BalasPadam
  2. namun kerja Umno tetap mahu membodohkan orang Melayu...menjadi tanggungjawap kita untuk kerja kuat untuk menyedarkan Melayu bahawa Umno penjahat (tak semua melayu percaya penipuan Umno).

    Tulisan seterusnya..Umno sama macam Yahudi.

    BalasPadam

JANGAN JADI BACUL DENGAN TAK MELETAKKAN NAMA SENDIRI ATAU SAMARAN KETIKA HENDAK MENINGGALKAN KOMEN DI BLOG INI..ORANG YANG BERSELINDUNG DENGAN TANPA NAMA ORANG YANG TIDAK BERANI MEREMPUH KEBENARAN. JADI BLOG INI AKAN MENYIARKAN KOMEN - KOMEN ORANG YANG BERDAFTAR SAHAJA.