Pulau Pinang, usaha mengadakan rusuhan kaum di sana gagal!! Ketika Lim Guan Eng mengumumkan mahu memansuh DEB yang dilihat korup. Ratusan ahli - ahli Zionis Umno berhimpun. Tapi yang hairannya, apabila Najib menghapuskan DEB, haram mereka tidak berdemo. Memang perangai Yahudi!! Guan Eng dilihat penyatu bangsa Melayu, Cina dan India. Ketika Guan Eng mengumumkan elaun ustaz KAFA dinaikkan, imej beliau naik mendadak. Ketika Guan Eng bersungguh - sungguh mempromosikan produk halal, imej dikalangan peniaga Muslim meningkat naik. Maka Umno berpendapat, Guan Eng harus dimusnahkan. Imej mesra Muslim harus dilumatkan. Maka mereka berdemo dengan mengatakan Guan Eng tidak cekap mentadbir. Isu kampung Buah Pala dimainkan, padahal tanah itu dijual masa zaman kerajaan BN lagi. Namun usaha mereka tetap menemui jalan buntu. Imej Lim Guan Eng tetap segar.Usaha meranapkan kegemilangan Pakatan Rakyat bukan sahaja tertumpu pada negeri - negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat. Ikon - ikon yang dilihat sebagai gam atau penyatu ketiga - tiga parti ini harus dimusnahkan.
Siapa tidak kenal Anwar Ibrahim. Individu yang sinonim dengan perjuangan rakyat. Imej yang garang dalam menegakkan suara rakyat. Kejayaan menghimpunkan ratusan ribu rakyat disamping bantuan rakan - rakannya.
Peristiwa Baling 1974, adalah satu peristiwa yang menyebabkan beliau digeruni waktu itu. Maka Anwar Ibrahim ditahan dibawah ISA. Ekoran daripada peristiwa penahanan tersebut, beliau dan bersama - sama rakan lain yang turut terlibat sama dalam peristiwa tersebut segera diangkat menjadi wira rakyat. Hishamuddin Rais contohnya. Maka imej pejuang rakyat kekal hinggalah saat Anwar dipecat. Imej tersebut begitu sinonim. Maka sokongan yang melimpah ruah terhadap beliau memang tidak dapat dinafikan. Ketika dipecat, hero - hero rakyat yang selama ini senyap muncul kembali. Nama - nama seperti Hishamuddin Rais mula muncul. Gerakan reformasi sudah menjadi satu gerakan wajib yang harus disokong oleh anak muda. Imej beliau berucap dihadapan ratusan ribu rakyat di Masjid menjadi igauan ngeri buat BN.
Imej sedang memberi ucapan di depan Istana Negara ketika himpunan kedua terbesar dalam sejarah Malaysia benar - benar menggerunkan mereka. Mereka tahu, Anwar Ibrahim popular dikalangan anak muda Malaysia. Suka tidak suka, mereka terpaksa mengakuinya. Insan yang telah menyebabkan Pakatan Rakyat itu wujud. Insan yang menyebabkan PAS dan DAP dapat duduk semeja. Insan yang menyebabkan BN hampir tumbang akibat kejutan serangan yang bergaya daripada PAS dan DAP. Maka ikon ini harus ditumbangkan. Tiada cara lain. Anwar Ibrahim harus musnah sama sekali. Dari isu penghapusan DEB hinggalah alat Amerika. Semuanya tidak berjaya. Maka sekali lagi, fitnah maha dahsyat ini dimainkan sekali lagi. Mahu menangkap Anwar dibawah ISA bakal menimbulkan perasaan marah dikalangan rakyat. Maka tiada cara lain lagi. Liwat - meliwat isu basi ini sekali lagi dimainkan. Mereka merancang sebaiknya. Mereka mahu menguburkan paksi kekuatan Pakatan Rakyat ini. Jika Anwar terpenjara, maka senanglah kerja mereka untuk menghancurkan Pakatan Rakyat. Percayalah!! Niat mereka mahu menghancurkan Pakatan Rakyat!! Anwar Ibrahim penghalang gerak kerja Zionis ini.
Peristiwa Baling 1974, adalah satu peristiwa yang menyebabkan beliau digeruni waktu itu. Maka Anwar Ibrahim ditahan dibawah ISA. Ekoran daripada peristiwa penahanan tersebut, beliau dan bersama - sama rakan lain yang turut terlibat sama dalam peristiwa tersebut segera diangkat menjadi wira rakyat. Hishamuddin Rais contohnya. Maka imej pejuang rakyat kekal hinggalah saat Anwar dipecat. Imej tersebut begitu sinonim. Maka sokongan yang melimpah ruah terhadap beliau memang tidak dapat dinafikan. Ketika dipecat, hero - hero rakyat yang selama ini senyap muncul kembali. Nama - nama seperti Hishamuddin Rais mula muncul. Gerakan reformasi sudah menjadi satu gerakan wajib yang harus disokong oleh anak muda. Imej beliau berucap dihadapan ratusan ribu rakyat di Masjid menjadi igauan ngeri buat BN.
Percaya atau tidak, isu liwat Anwar Ibrahim tidak akan mendapat liputan media perdana secara besar - besaran. Media perdana akan memperbesarkan kononnya Pakatan Rakyat sedang berpecah dengan harapan rakyat lupa pada Anwar Ibrahim. Maka ketika rakyat masih mengingati Anwar Ibrahim, maka serangan ditujukan kepada orang yang benar - benar mahu Pakatan Rakyat ini kekal. Tidak lain tidak bukan, TG Nik Aziz. Usaha untuk memalukan beliau dan mendesak beliau meletak jawatan sedang rancak dilakukan. Nik Aziz dilihat sebagai insan yang menghalang rancangan menghancurkan Pakatan Rakyat. Tiada cara lain lagi, memalukan TG Nik Aziz dan desak beliau letak jawatan. Walaupun rancangan ini dilihat mula mendapat sokongan oleh sebilangan mereka yang berbulu dengan Nik Aziz. Namun apakah rancangan mereka berjaya? Allah saja tahu. Zionis Umno cerdik dalam merancang benda jahat ini. Dengan membunuh karektor Nik Aziz, maka Pakatan Rakyat mudah dimusnahkan dalam masa sama, kekuatan terakhir PAS di Kelantan dapat dilenyapkan. Umum ketahui, Kelantan merupakan benteng terakhir kekuatan rakyat. Tumbangnya Kelantan, maka dapatlah BN memerintah dengan lebih lama dan berkuasa.Maka kita dapat melihat gerak kerja jahat mereka ini. Mereka tahu, apa sahaja yang menjadi ikon rakyat Malaysia maka wajar dimusnahkan. Ikon yang menjadi penyatu Pakatan Rakyat wajib dilenyapkan.
Sekarang mari kita berfikir. Apa yang patut kita lakukan?
Saya sebagai anak muda, mendesak agar ratusan ribu rakyat dihimpunkan untuk membuktikan kepada Umno, "HOI, KAMI SOKONG PAKATAN RAKYAT!!"
Biar mereka terkedu melihat rakyat masih lagi membenci mereka!!
HIDUP RAKYAT!!
terbaik! analisis paling mendalam dan dekat dengan hati anak muda yang sebenarnye telah lama sedar dengan dakyah umno/bn, tapi tak tahu macam mana nak ulaskan isu ini dengan lebih lanjut.
BalasPadamrasanya apa yang kamu tuliskan ini ada kebenaran dari setiap segi. memang terdapat satu 'pakatan sembunyi' dari pihak kerajaan pusat yang mahu menjatuhkan kredibiliti PR. cuma caranya saja yang belum dikenalpasti.
selepas ini mungkin ada byk lagi prk yang akan menentu-ukur gerakan bn dalam cuba menjatuhkan pr, tetapi pru-13 akan menjadi kemuncak segala-galanya. anak-anak muda era ini akan memberi kesan penuh terhadap proses pengundian itu nanti. tunggulah! kami akan menghukum kamu ke lembah paling hina, wahai bn!
(maaf kalo berbaur terlebih emosi. byk sgt makan daging korban kot neh)
jangan mohon maaf...
BalasPadamanak muda...tak garang tak muda la..
kalau ada 1000 orang macam bro kat Malaysia nie..
CUKUP!! tumbang la bN