Tirai 2009 akan dilabuhkan dalam masa beberapa hari sahaja lagi. Setahun sudah kita melalui tahun 2009 dengan perasaan suka dan duka. Sebagai insan sudah pasti kita merasai perasaan itu. Sang kekasih dengan pasangannya. Sang suami dengan isterinya. Seorang ibu berserta ayah dengan sikap anak - anaknya. Majikan dengan pekerjanya. Sikap pemimpin dengan rakyatnya.
Aku, melalui 2009 dengan satu perasaan dan sikap yang lebih suka memantau. Memantau kerana mahu menjadi seorang anak muda yang tahu menilai dan membuat keputusan dengan lebih tepat. Aku tidak mahu menjadi seorang manusia yang gopoh dalam membuat keputusan, tidak mahu menjadi yang insan yang hanya tahu mengikut arus tapi tidak menggunakan akal fikiran. Aku sentiasa menguatkan semangat agar tidak terikut dengan rentak tari sahabat - sahabat aku dalam kehidupan ini.
Pemerhatian aku daripada kehidupan sebagai seorang lelaki biasa hinggalah kepada isu - isu negara. Daripada masalah sosial anak muda hinggalah masalah SO(sangat)-sial perangai pemimpin negara. Aku suka memerhati dan berharap juga semua anak muda Malaysia dari mat rempit hinggalah ke mat - mat musik jalanan punyai visi yang sama macam aku. Bukan nak kata aku ini patut jadi idola mereka (tolonglah hahaha) tapi jika anak muda Malaysia mempunyai sifat demikian. Hantarlah 1000 wartawan Utusan Meloya sekalipun namun untuk goyah pendapat kami jangan harap. Kau hantarlah 100 makcik joyah yang kuat mengumpat dari kampung mana entah jangan harap kami percaya setiap cerita umpatan yang kamu semua cuba sajikan.
Tahun 2009, aku menyaksikan kebangkitan secara agresif anak muda Malaysia. Agresif yang benar - benar membuka mata aku. Agresif yang menyebabkan semangat lawan aku satu ketika dahulu hampir padam kembali membuak - buak. Siapa sangka tindakan berani beberapa anak muda menyebabkan pihak yang berkenaan terkedu melihat kesungguhan mereka untuk berkumpul kembali walaupun diasak berkali - kali. Aku antara puluhan ribu yang menyertai demo besar Anti ISA. Sumpah sepanjang 11 tahun berjuang dalam gerakan reformasi secara luar (tidak secara rapat pimpinan parti Pakatan)inilah kali pertama aku melihat aksi penentangan yang dahsyat. Berdepan dengan ratusan das tembakan gas pemedih mata dan puluhan kali disembur air kimia FRU, anak muda tetap kembali berhimpun. Seolah - olah tiada satu pun dapat menghalang mereka. Ya, jika dilihat kembali wajah - wajah gagah yang membaling kembali gas pemedih mata kearah FRU, rata - ratanya anak muda yang melepak di jalanan. Anak muda yang ada masanya dicaci dengan kata - kata nista. Anak muda yang dikatakan tidak mahu mengambil tahu masa depan negara. Nah...ketika semboyan perang ditiupkan...BANGKIT ANAK MUDA!!
Tahun 2009 juga membuatkan aku membuka mata dengan lebih luas. Jika dahulu sering kita menganggap Iran sebagai satu contoh negara yang kononnya membela rakyat. Namun setelah didedahkan oleh beberapa teman bahawa mereka sebenarnya sama sahaja dengan Shah Iran, menyebabkan aku mula mencari maklumat kejahatan mereka. Benar, ketika Shah Iran ditumbangkan ratusan masjid Sunni dirobohkan, puluhan aktivis Sunni yang pernah bersama Khomeini dibunuh, aktivis kiri Iran ditangkap dan diseksa. Namun berita ini tidak pernah sampai ke tangan kita kerana ditutup dengan licik namun yang BENAR TETAP BENAR, waris yang menjadi mangsa kekejaman kerajaan Iran yang baru masih hidup dan merekalah yang mendedahkan perkara ini. Perkara ini menjadi lebih sahih apabila melihat kejahatan pemimpin Iran yang membunuh rakyatnya sendiri yang menuntut agar reformasi dilaksanakan. Terbaru ketika 300 rakyat Iran berdemo menuntut reformasi dilaksanakan, 5 orang mati ditembak!!
Kenapa aku beria sangat tulis mengenai Iran? Tujuannya supaya kita jangan seronok sangat melihat kehebatan mereka menentang Amerika. Jangan mudah mengagungkan mereka. Padahal mereka ini penzalim yang menghalalkan tindakan mereka atas nama agama dan Anti-Amerika. Itu belum tuduhan sebenarnya mereka ini juga talibarut Amerika yang membunuh ratusan pejuang Sunni dan kiri ketika Shah Iran ditumbangkan padahal mereka ini sebenarnya yang lebih awal menentang Shah Iran. Bukannya Khomeini. Menahan kakitangan Duta Amerika selama 400 hari hanyalah wayang sahaja untuk mengalih perhatian masyarakat dunia dengan aktiviti membantai aktivisi sunni dan kiri di Iran. Aku berharap, anak muda Malaysia jangan perangai macam sesetengah sahabat aku yang begitu taksub dengan Iran. Sekarang tak tau lah, masih taksub ke tak dengan perangai Ayatullah - ayatullah jahat ini. Guna otak, jangan ikut orang. Ini ciri - ciri anak muda yang COOL.
Tahun 2009 juga menyaksikan budaya sokong secara membabi - buta masih ada di kalangan seorang dua anak muda Malaysia yang perasan cool. Contohnya? Isu ini baru sangat. Isu blogger Kickdefella dengan TG Nik Aziz dan menantunya. Ya benar, TG Nik Aziz ada buat silap. Tidak dinafikan. Namun ketika ada jawatan TG Nik Azizlah tuhan dia, TG Nik Aziz pemimpin agung. Namun apabila dipecat aikkk TG Nik Aziz kena tuduhan kuat wayang. Waktu Kickdefella mula - mula kena siasat dengan SPRM dan dipecat dari jawatan kesayangan dia waktu itu, adalah seorang dua menyatakan sok0ngan. "Salute pada Kickdefella" hahaha nak tergelak aku membacanya. Rata - rata anak muda Malaysia hanya memerhatikan sahaja tindak - tanduk Kickdefella kerana ciri - ciri anak muda Malaysia yang cool tak mudah melompat dan menyatakan sokongan. Kami memerhatikan terlebih dahulu dan jika benar baru aksi penentangan dijelmakan bukannya atas dasar semangat melawan membabi - buta habis semua aksi penentangan disokongnya walhal apa yang dilawan belum tentu benar. Anak muda Malaysia yang baru dan cool tidak punya sikap macam itu. Budaya sokong membabi - buta dan taksub tak kena gaya sudah tidak ada lagi dalam diri mereka!!
Bersambung....
Patrolling Japan’s Expressways In A Porsche 912 Police Car
20 jam yang lalu
aku, belum layak lagi dikatakan cool.
BalasPadammasih terikut2 dengan arus.
menyesal tak belajar berenang masa kekecik dulu.
cool la tu bro..
BalasPadamnak cool mcm mane lagi..