Rasuah, penyelewengan kuasa, kronisme, nepotisme dan apa sahaja yang negatif dalam kepimpinan Malaysia akan dipandang hina oleh masyarakat. Namun apa sahaja isu sahaja yang dibangkitkan tanpa mengaitkannya dengan ekonomi, rakyat pasti akan memandang sepi isu tersebut. Penindasan yang kena pada batang tubuh sendiri pasti akan menimbulkan penentangan.
Ketika Mahathir mula memerintah negara apa sahaja perkara yang dibuat walaupun kekayaan negara digadai sehabis - habisnya namun rakyat masih lagi hidup selesa, bagilah 1000 Anwar Ibrahim sekali pun belum tentu dapat menggoyangkan kekuasaan yang ada ditangannya. 1998 merupakan kemarahan rakyat kerana Anwar Ibrahim yang dianggap pembela rakyat miskin dizalimi dan difitnah dengan dahsyat oleh Mahathir. Maka penentangan bermula. Manusia yang dianggap payung oleh rakyat Malaysia apabila ditindas sedemikian, maka penentangan terhadap Mahathir mula tercetus. Kerana apa? Kerana manusia hanya bangun apabila kepentingan diri sendiri itu tergugat. Bunyinya macam merendahkan martabat manusia. Tetapi itulah hakikatnya. Lihat saja gerak kerja manusia agung yakni Nabi Muhammad s.a.w, ketika mendapat perintah dari Allah s.w.t untuk memulakan dakwah agama Islam baginda menumpukan hamba abdi yang ditindas umpama haiwan oleh kaum kafir Quraisy ketika itu. Hasilnya gerak - kerja Muhammad s.a.w mendapat sokongan padu. Puncanya kerana Rasulullah s.a.w cukup bijak dalam menyebarkan dakwah kepada golongan mereka yang memerlukan perhatian akibat penindasan kejam oleh puak Jahiliyah.
Penindasan, merupakan kata kunci untuk menundukkan sesuatu rejim. Penindasan boleh datang dalam pelbagai bentuk. Dari sudut penderaan fizikal sampailah poket kita berlubang (maknanya duit dah tak ada). Sekarang kita bakal melalui penindasan ekonomi. Dahulu Pak Lah punca kepada keegoan BN ditundukkan oleh rakyat akibat daripada kegilaan barangan keperluan naik mendadak. Maka dengan kebijaksanaan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat menggunakan isu tersebut untuk mendapat undi daripada rakyat Malaysia yang berada di atas pagar. Hasilnya? Bn yang selama ini terkenal dengan egonya jatuh terduduk.
Sekarang ini Bn dilihat seolah - olah tidak pandai mentadbir ekonomi negara. Kalau kita ini cerdik sudah pasti kita dapat melihat bagaimana mereka memainkan isu perkauman untuk mengelakkan pandangan rakyat daripada melihat mereka ini tidak pandai mentadbir. Lihat sahaja bagaimana mereka cuba membangkitkan kemarahan rakyat dengan isu dana yang tidak cukup untuk rumah ibadat bukan Islam. Siang malam mereka cetuskan dengan harapan orang Melayu dan bangsa lain sibuk dengan isu yang sepatutnya tidak timbul. Puncanya agar rakyat jangan cuba - cuba mengintai kelemahan mereka mentadbir negara khasnya ekonomi.
Pernahkah kita tahu, bahawa tahun depan dijangka kita akan dipaksa membayar cukai tambahan yang dipanggil GST. GST hanyalah satu istilah untuk membodohkan kita. Tujuannya supaya akta baru ini tidak menjadi punca kejatuhan mereka yang lebih teruk pada PRU yang akan datang. Najib tahu jika kita yakni rakyat mula tahu tembelang jahat dia, maka kuasa yang ada di tangan dia akan hilang. Sebab itulah dia cuba mengalihkan perhatian rakyat dengan isu - isu yang remeh kerana dia yakin rakyat akan terikut sama rentak tari sumbang dia.
Jika tanya kepada aku, aku lebih suka biar akta ini berjalan ikut jadual. Orang pasti kata gila, ya memang gila. Idea ini memang gila. Bila akta ini berjalan dan rakyat mula rasa susahnya lagi mudah kita membelasah rejim Najib-Rosmah. Baru mereka sedar dan faham kenapa kita membantah akta ini dilaksanakan dari mula. Jika tidak sampai ke sudah akta ini tidak akan difahami malah ada yang menyokong akta ini dilaksanakan. Jika disorot kembali kenaikkan harga minyak apabila beberapa pemimpin Pakatan Rakyat dan puluhan ribu rakyat yang membantah kenaikkan harga minyak ini, ada juga yang menyokong kenaikkan tersebut. Namun apabila perkara - perkara yang ditakuti iaitu kenaikkan secara mendadak harga barang barulah mereka sedar bahawa mereka sedang ditindas. Maka hampir tumbanglah kerajaan Bn.
Hari ini, poket rakyat bakal kering, bakal koyak, bakal hidup dalam kesempitan akibat kegilaan pimpinan Barisan Nasional yang mahu membangunkan bangunan bukannya mahu membangunkan ekonomi. Akibat kegilaan Mahathir yang boros membelanja duit Petronas nah sekarang selepas dia berhenti kita pula yang menanggung derita. Wang Petronas tidak disalurkan dengan tepat. Tumpuan kepada pembangunan yang tidak seimbang. Rasuah disana - sini. Pembaziran secara mega dilakukan. Sekarang akibat wang Petronas yang semakin mengecil dan kekurangan wang untuk membangunkan negara maka rakyat yang menjadi mangsa. GST dikenalkan. Semua harga barang akan naik. Kita di mana gaji masih rendah terpaksa menanggung derita. Jika yang tidak cukup imannya jalan pintas dipilih iaitu melakukan jenayah.
Soalan kepada rakyat Malaysia yang masih tidak sedar - sedar, kenapa gusar untuk berubah. Fikirlah masa depan anak - anak muda Malaysia. Fikirkan siapa yang mampu mentadbir negara ini dengan baik bukannya melihat siapa juara isu Ketuanan Melayu yang semakin lapuk. Renung dalam - dalam.
Buat anak muda Malaysia, bersiap - sedia. Jika ada semboyan untuk kita bangun membantah akta ini ayuh kita turun seramai mungkin.
Buat Bn...awas...amarah rakyat akan memuncak jika Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan. Tunggu sahaja hukumannya.
HIDUP RAKYAT!!
Patrolling Japan’s Expressways In A Porsche 912 Police Car
20 jam yang lalu
Dasar asal parti Islam untuk Konsep Negara Islam, Hukum Islam, Undang-Undang Hudud dan Kepimpinan berlandaskan Alquran & Assunnah akan lenyap 19hb Disember nanti!...
BalasPadamSemua draf Negara Islam & perancangan Hukum Hudud akan DIBUANG KE DALAM LONGKANG secara rasminya pada Sabtu ini oleh seluruh kepimpinan PAS.
Tiada lagi perjuangan asal PAS. Yang tinggal hanya perjuangan demi Anwar & Lim Kit Siang untuk menuju Putrajaya.