Khamis, 1 Julai 2010

Melayu Mundur Angkara Umno dan Perkasa

Bangsa Cina gemilang dimana - mana kerana mereka tidak perlu ditakutkan dengan momokan hak mereka dirampas. Bangsa Arab berada merata dunia kerana mereka percaya akan usaha sendiri. Bangsa India berada di mana saja kerana mereka kuat dan yakin untuk mencari sesuap nasi.

Orang Melayu Malaysia, terus lemah dan lemah. Inginkan pangkat hingga terpaksa membodek dan memijak rakan sendiri. Orang Melayu di Malaysia sepatutnya sudah maju kedepan namun malangnya terus dipaksa memegang harapan pada tongkat yang sebenarnya palsu semata. KETUANAN MELAYU, HAK BUMIPUTERA, ORANG MELAYU TERTINDAS dan sebagainya.

Cuba kita renung kembali siapa yang mula - mula merampas kuasa hak raja - raja Melayu? Siapa yang menarik kembali bantuan biasiswa kepada anak - anak Melayu? Siapa yang terus - meneruskan melambatkan usaha mencerdikkan orang Melayu di kampung? Siapa yang melambatkan segala macam perkhidmatan untuk perkampungan Melayu yang dinikmati oleh orang bandar?

Umno dan Perkasa sebenarnya menjahanamkan Melayu secara terus - menerus. Mereka hanya menggerakkan Melayu untuk bertindak ganas dengan provokasi perkauman yang melampau. Tapi pernahkah mereka menggerakkan orang Melayu masuk ke kelas - kelas ilmiah? Tanya pada Ibrahim si Firaun yang berwajahkan katak, apa sumbangan dia untuk mencerdikkan orang Melayu agar berdaya saing dalam ekonomi negara. Sumbangan dia hanya menakutkan orang Melayu terus - meneruskan dengan momokan orang Melayu akan hilang kuasa.

Apabila orang Melayu takut dan mula bergantung harap pada Umno dan Perkasa, mudah bagi mereka untuk terus membodohkan orang Melayu supaya setiap kali pilihanraya berlangsung maka secara automatik undi Melayu diberikan kepada mereka. Laungan Ketuanan Melayu menjamin kemenangan mutlak kepada Umno. Apabila kemenangan berpihak kepada mereka segala macam jenayah yang mereka lakukan akan dapat ditutup. KAMPUNG BEREMBANG, KAMPUNG MEMALI, TANAH ORANG ASLI, KAMPUNG BARU YANG AKAN DILACURKAN, dan segala macam jenayah keatas orang Melayu akan didiamkan dan dihalalkan oleh mereka. Itu belum dikira jenayah menyelamatkan syarikat perkapalan anak kandung sendiri dengan menggunakan dana PETRONAS. Siapa mereka itu? Sila tanya kepada Tun Mahathir Mohamad.

Kerana projek membodohkan Melayu ini berjalan lancar sehingga ada terperangkap dengan momokan bodoh mereka ini. Membodohkan dan membangangkan orang Melayu penting buat Umno dan Perkasa kerana jika Melayu sedar maka siap sedialah Umno akan ditalkinkan. Tambahan dalam keadaan sekarang, di mana orang Cina dan India secara mutlak menolak BN maka usaha terus membangangkan orang Melayu dipertingkatkan. Jika Pakatan Rakyat berjaya mencerdikkan orang Melayu maka selamat tinggal Umno dan Perkasa.

Kenyataan Mahathir dengan mengatakan orang Melayu akan jadi minoriti hanyalah satu lagi kenyataan memperbodohkan Melayu. Macam dia tak pernah melacurkan orang Melayu. Macam dia tidak pernah merogol kuasa raja - raja Melayu. Sekarang mahu jadi wira Melayu. Percaya atau tidak ada yang percaya kerana mereka telah dibodohkan dengan berjaya sekali. Mereka cukup percaya perkara itu akan terjadi kerana kebangkitan Pakatan Rakyat walhal yang menjahanamkan orang Melayu adalah Mahathir.

Melayu akan terus mundur jika percaya kepada propaganda jahat Umno, Mahathir, dan Perkasa. Melayu akan tetap terus menjadi satu bangsa yang kebelakang kerana kalian semua terus - menerus percaya kepada penipuan agung daripada Umno dan Perkasa dan terutama sekali Mahathir. Melayu terpinggir kerana Umno bukannya DAP. Melayu jadi minoriti kerana Umno bukannya DAP.

4 ulasan:

  1. pelik bila baca balik sejarah, mahathir yg ilhamkan wawasan 2020, seorang ahli umno.

    macam baca pasai mesir dan cleopatra

    BalasPadam
  2. u r truely right...umno and perkasa are the destroyer of ther malay race.

    BalasPadam
  3. Assallamu'laikum saudara inilah satu-satunya penulisan yang begitu terang dan jelas mengenai kedudukan dan keadaan orang melayu sekarang. Sungguhpun saya seorang 'saudara baru' berbangsa cina namun saya akui bahawa hanya dengan usaha dan ketekunanan sendiri sahaja yang boleh membawa kejayaan. Bila bergantung kepada orang lain atau parti politik maka mulalah kita terhutang budi dan tergadai body. Moga-moga masyarakat Melayu benar-benar bangkit dan sedar akan keupayaan yang boleh dicapai dengan hanya berusaha. Rezeki di tangan Allah Taa'la namun kita harus juga berusaha.

    BalasPadam
  4. terima kasih semua diatas komen - komen yang diberikan..

    BalasPadam

JANGAN JADI BACUL DENGAN TAK MELETAKKAN NAMA SENDIRI ATAU SAMARAN KETIKA HENDAK MENINGGALKAN KOMEN DI BLOG INI..ORANG YANG BERSELINDUNG DENGAN TANPA NAMA ORANG YANG TIDAK BERANI MEREMPUH KEBENARAN. JADI BLOG INI AKAN MENYIARKAN KOMEN - KOMEN ORANG YANG BERDAFTAR SAHAJA.