Rabu, 23 Februari 2011

Tripoli Memali

Ketika tulisan ini sedang ditulis, ratusan anak - anak muda di Libya telah syahid. Mereka telah dibunuh dengan kejam oleh pemimpin yang dahulunya disanjung oleh mereka. Pembunuhan yang paling kejam dalam sejarah moden dunia. Menggunakan jet pejuang, mengupah tentera asing dari negara Afrika dan mengizinkan penyokongnya membunuh mereka yang menentang Muammar Gadafi.

Apa bezanya Gadafi dengan Mahathir. Apa bezanya Tripoli dengan Memali? Mereka dibunuh oleh pemimpin mereka sendiri. Hanya kerana tidak bersetuju dengan pemimpin mereka. Mereka tidak mahu tunduk dengan kemahuan dan kezaliman pemimpin mereka masing - masing. Mereka rela berkorban nyawa asalkan prinsip yang benar dapat ditegakkan.

Wajib kita membantah kekejaman Gadafi. Tapi kita juga jangan lupa dengan kejadian dan tragedi zalim di Memali, Kedah. Memali pernah melalui peristiwa ini. Memali pernah bermandikan darah. Memali pernah bersedih dengan kematian rakan - rakan mereka yang ditembak secara rambang oleh mereka yang berkuasa. Tiada beza antara Gadafi dengan kekejaman Umno.

Apabila hari Jumaat bila kita berarak menuju kedutaan Libya. Wajib juga kita mengingatkan Umno. Jangan terlalu ghairah membantah kekejaman Libya. Anda juga pernah membunuh rakyat Malaysia yang tidak bersalah. Kenapa tidak membantah ketika kekejaman yang berlaku di Memali. Jangan jadi hipokrit wahai penyokong Umno. Anda sama kejam dengan Muammar Gadafi.

Aku merayu kepada mereka yang bakal menyertai perarakan esok. Angkat sepanduk yang menyatakan Malaysia sama saja dengan Libya. Umno sama saja dengan Gadafi. Tripoli sama saja dengan Memali. Biar kerajaan Umno sedar, mereka ini juga tidak suci. Mereka ini zalim. Kezaliman dimana - mana, tapi jangan cuba menutup mata dengan jenayah yang pernah mereka lakukan 20 tahun dahulu.

Selasa, 22 Februari 2011

Awas Rakyat Malaysia

Baru sebentar tadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Ismail Sabri Yaakob membuat kenyataan bahawa harga ron 95 tidak akan naik. Percayakah kita semua? Kalau percaya tak mengapa jangan merungut kalau harga minyak naik.

Awas buat rakyat Malaysia. Harga minyak akan naik selepas pilihanraya kecil atau pilihanraya umum nanti. Najib pasti akan menaikkan harga minyak. Kita harus bijak membuat penilaian ketika tiba masanya mengundi nanti. Jika kita terus membenarkan BN berkuasa ini bermakna harga minyak akan naik sesuka hati.

Awas rakyat Malaysia. Jangan tertipu dengan janji manis si mulut merah ini. Dia suka menjanjikan perkara yang menyebabkan kita leka. Leka dengan janji manis yang tak pernah ditunaikan. Dulu masih ingat dia berjanji tidak akan menaikkan harga minyak RON 95. Dari RM 1.80 kepada RM 1.85 dan sekarang RM 1.90. Nampak tak jahatnya Najib ini.

Oh ya Perkasa dan Pemuda Umno yang bengap. Bagus, teruskan menjerit ketuanan Melayu. Melayu yang sekarang terasa sangat dengan harga barang yang meningkat naik. Tahniah usaha murni anda. Sokongan padu maut telah membuahkan hasil dengan kesan kenaikan harga minyak RON 95. Bagus!!

Buat rakyat Malaysia. Ingat dan waspada. BN sedang menunggu peluang menaikkan harga minyak. Semuanya kerana negara sudah tidak punya wang. Kenapa tidak punya wang. Sebab rasuah berleluasa dikalangan Ahli Parlimen dan ADUN BN. Kita sekarang menanggung derita.

Awas rakyat Malaysia...awas!!

Harga Minyak Nak Naik Lagi!!??

KUALA LUMPUR 21 Feb. - Kerajaan dalam keadaan tertekan untuk mengekalkan subsidi minyak petrol berikutan kenaikan berterusan harga minyak mentah di pasaran dunia ketika ini.
Justeru itu, kata Pensyarah Kanan Kolej Pengurusan Bisnes dan Perakaunan Universiti Teknologi Nasional (Uniten), Dr. Rusinah Siron, rakyat perlu bersedia menerima kemungkinan kenaikan harga petrol di pasaran tempatan meskipun kerajaan memberi jaminan tidak akan sewenang-wenang menaikkan harganya. Sumber : Utusan

-----------------------------------------------------

Dahulu Pak Lah buat silap, bila umum harga minyak naik dia sendiri yang umum. Tapi zaman Najib tak lagi. Dia suruh pensyarah, tauke kedai minyak, presiden persatuan mangkuk hayun mana entah yang akan keluarkan kenyataan

Hari ini, kerajaan Malaysia sekali lagi menggunakan taktik busuk macam itu. Apalah nasib kita. Dulu janji dah tak naikkan harga minyak. Sekarang secara tiba - tiba harga minyak macam dan bakal dinaikkan. Semuanya pasti berlaku selepas pilihanraya kecil DUN Merlimau dan Kerdau.

Oh ya, penyokong tegar Umno undilah Umno lagi. Jangan lupa, bila mengundi anda semua boleh berseronok dengan kenaikan harga minyak.

Buat pengundi atas pagar, sila fikir dengan waras. Bila harga minyak naik saja, secara agresif harga barang akan naik. Jadi silalah buat keputusan yang wajar. Jangan bebankan rakyat Malaysia jika anda mengundi BN. Kami tak sanggup harga minyak dan harga barang naik lagi.

Buat pemuda Pakatan Rakyat. Jangan diam saja. Sudah lama mereka khianat rakyat. TOlonglah, bawa suara kami ke jalanraya sekali lagi!!

Barisan Nasional dan Umno...tunggu!! Masa anda semua akan tiba!

Isnin, 21 Februari 2011

Pertahankan Negeri Kedah

Aku anak kelahiran negeri Kedah Darul Aman. Aku bangga sebagai anak kelahiran negeri Kedah yang punyai sejarah ketamadunan Islam paling tua di Asia Tenggara. Dari sejarah kedatangan Merong Mahawangsa (Sultan Muzaffar Shah 1) hinggalah robohnya sebuah empayar besar disebabkan pengkhianatan mereka yang teringin benar mahu menjadi Sultan.

Hari ini sejarah kegemilangan tamadun negeri ini sedang kembali dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat yakni PAS. Negeri Kedah sedang mengalami perubahan dari corak pemerintahan yang zalim, rasuah dan tidak adil kepada bersih dari rasuah, pengagihan kontrak secara telus, penguatkuasaan undang - undang yang lebih ketat.

Jika selama ini kita sering menganggap Kelantan sebagai benteng terakhir Pakatan Rakyat maka Kedah adalah sebagai tempat lahirnya ramai pejuang. Di bumi itulah terkorbannya para syuhada Memali, di bumi itulah "berehatnya" seorang pemimpin agung yakni Almarhum Ustaz Fadhil Noor, d bumi itulah kebangkitan golongan petani pada tahun 1974, di bumi itulah penentangan pertama terhadap Malayan Union seperti mana yang dikatakan oleh Almarhum Onn Jaafar.

Jika tergadainya Kedah kepada Umno dan Barisan Nasional maka hilanglah tempat lahirnya ramai pejuang hebat. Pakatan Rakyat mahu tidak mahu harus berusaha keras untuk mempertahankan Kedah. Mempertahankan Kedah sama pentingnya bagaimana kita mempertahankan Kelantan. Kedah perlu dipertahankan agar orang Melayu yang tebal semangat ketuanan Melayunya dapat melihat bagaimana kerajaan Kedah ini mempertahankan dan mengangkat martabat orang Melayu ditempat sewajarnya berbanding Umno yang hanya tahu menjerit terpekik terlolong tapi merekalah yang merampas hak - hak orang Melayu. Bukannya mahu bersifat perkauman dengan tidak memberi kredit kepada Lim Guan Eng, tapi walau macam mana beliau berusaha melakukan keadilan terhadap semua kaum dan juga orang Melayu beliau tetap juga dipandang anti - Melayu. Sekarang orang Melayu yang bangga dengan Ketuanan Melayu harus membuat perbandingan diantara Kedah dibawah Umno ataupun Kedah dibawah PAS.

Bumi Kedah harus dipertahankan dari serangan anasir aparat - aparat APCO yang sedang gelisah kerana banyak lagi tanah orang Melayu yang mereka tidak sempat rembat. Tanah sawah yang terbentang luas pasti akan tergadai kepada para cukong - cukong MCA. Orang Melayu Kedah harus dihalang dari dibodohkan oleh Umno yang dibebalkan oleh MCA dengan duit. Mahukah anak - anak Kedah melihat sebuah kerajaan yang jahat kerana suka membodohkan rakyat itu kembali berkuasa.

Pertahankan negeri Kedah daripada dirampas oleh aparat Apco yakni Umno. Pertahankan bumi Kedah umpama mempertahankan bumi Palestin. Jangan sesekali biarkan Umno menguasai kembali Kedah. Jika kita membiarkan Umno menguasainya kembali umpama membiarkan orang Melayu menjadi bodoh.

Bangun dan terus melawan arus serangan dari Umno!!

Sabtu, 19 Februari 2011

Menggempur BN Bermula Sekarang!!!

Jangan tidur lena wahai rakyat Malaysia. Gendang perang untuk menyerang BN telah dibunyikan. Semboyan perang telah ditiupkan. Semangat dan panji perang telah dinaikkan setinggi - tingginya. Apakah kita mahu terus diam dan melihat apa yang bakal terjadi?

Puluhan ribu telah bersiap - sedia untuk berperang di utara Kedah. Mereka bersiap - sedia untuk bertempur habis - habisan dengan Umno dan Barisan Nasional. Semuanya kerana mahu melihat Malaysia bebas dari penguasa yang zalim. Sudah 50 tahun lebih mereka memerintah. Tiba masanya kita menghumban mereka ke Laut China Selatan. Sudah 50 Tahun nasib agama Islam yang dijanjikan dalam perlembagaan telah hanyut begitu sahaja. Sudah 50 tahun lebih nasib orang Melayu di kampung diabaikan, dibodohkan, dibengapkan, dibebalkan dan dimiskin agar mereka terus setia menyokong Umno.

Rakyat Malaysia di bandar, orang Melayu di bandar, tidakkah kita semua terasa tercabar dengan sifat kebinatangan Umno ini. Mereka sengaja mengalih perhatian kita dengan isu Ketuanan Melayu agar kita lupa akan sifat ketamakan mereka merompak wang rakyat. Kita dibebalkan dengan isu Ketuanan Melayu walaupun sekarang ini kita sedang terhimpit dengan harga kenaikkan barang yang melampau. Kita dibengapkan dengan Ketuanan Melayu walaupun yang merampas kuasa raja - raja Melayu pada tahun 1993 adalah Umno!!


Puluhan ribu telah bersiap - sedia. Menyelamatkan Malaysia adalah misi utama mereka. Mahukah kita terus diam? Tidak! Gunakan facebook, twitter, blog dan apa saja ruang untuk menggempur kebiadapan BN. Jangan bagi ruang mereka bernafas. Sudah lama kita berdiam diri. Bangunlah. Seranglah Umno habis - habisan. Masanya sudah tiba!!

SELAMATKAN MALAYSIA!!

Jumaat, 11 Februari 2011

Menanti Laungan Rakyat

Cemburu aku kepada rakyat Tunisia. Cemburu aku kepada rakyat Mesir. Cemburu aku pada rakyat Yaman. Cemburu aku pada rakyat Jordan. Cemburu aku pada rakyat Algeria. Cemburu kerana mereka berani menyuarakan pendapat mereka. Mereka tanpa segan - silu menuntut hak mereka kepada penguasa yang lama berkuasa dan zalim.

Aku cemburu kerana laungan rakyat yang suatu ketika dahulu di Malaysia amat ditakuti. Aku cemburu kerana suara rakyat sudah kurang kedengaran. Kali terakhir aku mendengarnya ketika menyokong kerajaan negeri Selangor mempertahankan air percuma kepada rakyatnya. Bilakah agaknya suara rakyat akan berkumandang sekali lagi.

Ketika artikel ini sedang ditulis jutaan rakyat Mesir sedang bergembira menyambut kemenangan menggulingkan pemimpin yang menjadi pencacai Israel. Pembunuh rakyat Palestin. Mereka sedang berpelukan dan menangis kegembiraan kerana telah berjaya menggulingkan pemimpin yang zalim, jahat dan kejam ini iaitu Hosni Mubarak. Aku cemburukan rakyat Mesir. Kalian semua pejuang rakyat. Kalian semua telah syahid di jalan yang benar. Syurga sedang menunggu kalian. Menjatuhkan pemimpin yang bersubahat dengan Yahudi adalah penting.

Aku rindukan suara rakyat Malaysia. Aku rindukan laungan oleh ratusan ribu rakyat pada tahun 1998, 2000, 2007, 2009 dan terakhir 2010. Aku rindukan bagaimana kita berarak sama. Membentuk rantai manusia dan bergerak menuju kedepan. Dihadapan kita telah bersiap - sedia aparat Umno dan BN. Berwarna merah. Amaran diberi. Kita tetap tidak mundur. Kita maju kedepan, terus maju. Laungan makin kuat kedengaran. Kita akan bertambah semangat kalau ada orang yang kita harapkan ada bersama kita. Pancutan air kimia dilepaskan. Kita tidak berundur. Gas pemedih mata dilepaskan, kita tetap tidak berundur. Kita berkumpul kembali.

Rakyat Malaysia semua, tidakkah kalian semua rindukan detik itu? Kita dalam keadaan semua harga barang naik. Gaji tidak naik. Kita semakin hidup susah. Walaupun kita masih boleh makan, tapi kita tetap mengeluh mengenang nasib kita di masa hadapan. Orang susah seperti kita ini sangat terkesan dengan kenaikan harga barang.

Rakyat Malaysia, jalanraya sedang menunggu kita. Laungan keramat sudah lama tidak keluar dari anak tekak kita. Bangunlah, bangkitlah...Masa depan Malaysia ditangan kita!!

Duit Kita BN Sebat

Sudah puluhan tahun kita bekerja keras untuk memastikan kita mampu menyara diri - sendiri dan keluarga. Jika dahulu RM10.00 boleh tahan hingga ke dua hari. Hari ini RM10.00 setengah hari saja. Jika dahulu RM50.00 kita boleh gunakannya selama 1 minggu, hari ini hanya 3 hari sahaja.

Kenapa jadi begitu? Puncanya senang, harga minyak naik. Bila harga minyak naik, semuanya terpaksa naik. Dalam negara ini, tiada sebarang urusan perniagaan yang tidak melibatkan pengangkutan yang menggunakan diesel dan petrol. Maka sayur - sayur dari Cameron Highlands yang mahu diangkut kesana - sini, harganya pasti dinaikkan. Harga beras dari utara Malaysia yang diangkut menggunakan lori, terpaksa dinaikkan. Harga pemasangan astro satu Malaysia terpaksa dinaikkan sebab menggunakan harga minyak.

Apa punca harga minyak naik? Sebab harga dunia ke? Tidak. Harga minyak naik sebab negara kita sudah tidak punya wang. Kita tidak punya wang kerana keborosan, kerakusan, ketamakkan beberapa pemimpin negara yang laparkan duit. Projek harga ratusan ribu terpaksa dinaikkan puluhan juta harga semata mahu memastikan beberapa peratus dari jumlah tersebut masuk ke poket mereka. Mahu melancong bersama digunakan dana negeri ratusan ribu macam Khir Toyo. Mahu membeli - belah, ratusan juta digunakan dan diambil dari kerajaan macam Rosmah.

Kita rakyat Malaysia terus - menerus dipaksa dan dizalimi. Kita semakin tersepit. Apakah tiada jalan keluar? Mahu mengundi, pilihanraya di Malaysia paling kotor dan tidak adil. Mahu apa lagi? Ke jalanraya? Beranikah kita? Mampukah mendepani kezaliman pihak polis yang menerima arahan dari Najib untuk membantai kita? Kita mampu! Cuba kita hanya menunggu masa yang sesuai. Kita sudah tidak takut dengan herdikan mereka. Kita sudah lali dengan gas pemedih mata. Kita sudah berani berdepan dengan FRU. Semuanya kita sudah berani. Kita lebih berani dari tahun 1998.

Masa untuk kearah itu hanya menunggu masa yang tepat. Najib dan Rosmah jangan terlalu bergembira. Rosmah, rakyat berdendam dengan kau. Ratusan juta kau telah bazirkan. PERMATA projek bodoh telah mendapat RM 111 juta!! Makin lama Rosmah wujud makin teruklah keadaan wang negara. Makin lama BN memerintah makin jahanamlah negara kita. Kita terpaksa membayar harga yang mahal untuk mendapatkan sesuatu. Berbeza negara lain. Negara yang baik adalah negara yang membangun dengan nilai - nilai yang baik. Rakyat tidak merasa susah. Kekayaan negara dikongsi bukannya hak milik orang Umno. Rakyat tidak perlu mengikat perut semata mahu mendapatkan sesuap nasi. Pemimpin yang perlu berkorban bukannya rakyat. Itu contoh negara yang baik.

Regim yang jahat sama seperti Mesir, Tunisia, Yaman, Algeria dan sebagainya. Kerana apa mereka jahat? Kerana mereka yakni pemimpin hidup mewah sedangkan rakyat terpaksa berhempas - pulas demi negara. Duit yang kita kerjakan dapat kepada pemimpin.

Mesir sedang menunggu masa mendapat sinar baru. Bagaimana Malaysia? Haruskah kita terus menunggu?

Isnin, 7 Februari 2011

Pemuda Pakatan Penakut

Ini suara rakyat. Suara yang semakin lama semakin gelisah. Harga barang semakin naik. Gaji tidak naik. Dari harga minyak hinggalah harga bawang, semuanya telah naik mendadak. Namun tiada satu pun berani membawa suara ini dengan lebih keras. Adakah cukup dengan kenyataan di media sahaja?

Hey, pemuda Pakatan Rakyat. Dimana keberanian kalian semua? Kenapa harus diam menikus? Kenapa tidak mahu membawa suara kami ke jalanraya. Malu jika Tan Sri Khalid Ibrahim mampu membawa suara rakyat ke jalanraya untuk isu air. Kenapa isu yang lebih besar kalian semua takut?

Kami rakyat sedia turun ke jalanraya. Sudah bertahun gas pemedih mata, tembakan air kimia dan hentakan belantan FRU kami terima. Semuanya itu tidak pernah mematahkan semangat kami. Kami sedia turun sekali lagi ke jalanraya untuk memberitahu kepada kerajaan yang memerintah pada hari ini, kami sudah bosan dengan janji - janji palsu mereka.

Harga barang semakin menggila naik. Tanyalah pada mereka yang sudah berkeluarga, tanyalah mereka yang bujang. Semuanya mengeluh, kenapa pemuda Pakatan Rakyat diam sahaja. Apakah kalian semuanya hanya mahu membantah pada pilihanraya yang ternyata berat sebelah? Apakah suara kami hanya berguna pada pilihanraya sahaja?

Tolonglah kami. Bawa suara kami ke tempat sewajarnya. Kami sudah bosan dengan kerajaan penipu ini. Kami sudah terhimpit dengan harga barang yang semakin gila ini. Anak - anak muda Malaysia bersedia, apakah kalian semua tidak bersedia?