Selasa, 10 Ogos 2010

Salam Ramadhan

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada semua ratusan ribu pembaca blog ini. Terima kasih.

Saya dengan merendah diri memohon kemaafan sempena bulan mulia ini agar segala ibadah yang bakal dilakukan diterima olehNya.

Sempena bulan Ramadhan ini kita harus menguatkan semangat kita untuk terus berjuang. Jadikan perang Badar sebagai satu contoh terbaik. Peperangan menentang Barisan Nasional khasnya Umno tidak harus diperlahankan rentaknya. Serang mereka habis - habisan.

Akhir kata...Selamat Menyambut Ramadhan.

Isnin, 9 Ogos 2010

Diktator Sudah Muncul

Hari ini, ketika ini (ketika tulisan ini sedang dikarang), beberapa pemimpin Pakatan Rakyat dan NGO-NGO telah ditahan oleh pihak polis. Mereka ditahan kerana tidak dibenarkan membantah kenaikan harga minyak, gula, tong gas dan macam - macam barang keperluan yang lain di Kampung Kerinchi.

Beberapa hari yang lepas, pihak polis telah menggempur kawasan persendirian di selatan tanah air iaitu Johor Bahru. Menangkap, memukul sebahagian daripada pendengar ceramah di kawasan tersebut. Tingkah - laku Yahudi Zionis telah berlaku di sana.

Pada 1/8/2010 ketika ratusan rakyat berhimpun di Petaling Jaya, pihak polis telah menggempur sekali lagi ratusan rakyat Malaysia yang membantah akta Yahudi Zionis iaitu ISA. Kanak - kanak telah ditolak dengan kejam. Orang tua dipaksa berundur ketepi dengan perisai yang mereka pakai. Suasana ini tiada bezanya di Baitul Maqdis dan Gaza.

Semuanya tidak boleh. Firaun manusia yang paling dilaknat oleh Allah kerana kezalimannya terhadap rakyat Mesir. Mereka yang bersimpati dengan Nabi Musa a.s akan dihukum dan diseksa semahu - mahunya. Mereka akan dikejar dan ditangkap oleh pihak berkuasa pada waktu itu. Nabi Musa a.s telah dikejar hingga ke laut Merah dan Firaun akhirnya tumpas akibat belahan laut yang ditakdirkan oleh Allah dan Firaun tenggelam.

Dahulu pada tahun 1998-2003, Mahathir digelar Mahafiraun kerana kekejamannya terhadap rakyatnya sendiri. Rakyat yang tidak sependapat dengan dia dipukul, diterajang, disepak, ditumbuk, dan diseksa. Ribuan rakyat Malaysia pernah tercedera akibat kezaliman dan kekejaman Mahathir pada waktu itu. Siapa yang dilihat mengancam kekuasaan dia maka hukuman keras akan dijatuhkan. Tangkapan ISA berleluasa. Namun lihatlah, Bn hampir tumbang. Namun kerana menyedari Bn akan musnah ditangan dia, maka Mahathir meletak jawatan kerana bimbang imej dia akan tercemar dengan begitu teruk.

Sekarang, Najib mula mengikuti jejak langkah Mahathir. Mahafiraun ke-2 sedang mula menunjukkan taringnya. Percayalah tindakan kejam akan berlaku sekali lagi. Kita rakyat Malaysia yang membantah segala keputusan gila dari Najib akan diseksa. Kita akan dipukul oleh pihak polis. Kita tidak dibenarkan bersuara. Kita dipaksa untuk mengiyakan segala keputusan yang merugikan rakyat. Kita dididik oleh Najib untuk menjadi pak turut. Kita dipaksa oleh Najib untuk menjadi rakyat yang paling bodoh dalam sejarah tamadun Malaysia ini.

Apakah tindakan ini akan berjaya? Tidak! Mana mungkin kita dapat berdiam diri. Ketika rakyat sedang mengikat perut untuk mencari sesuap nasi. Ketika rakyat mengeluh dengan kesan kenaikan harga petrol, gula, tong gas dan bermacam lagi, Najib dan Rosmah seronok bercuti di luar negara dengan menggunakan wang rakyat!! Adilkah ini? Salahkah kita bersuara mengenainya? Salahkah kita membantah segala perbuatan zalim Najib ini?

Rakyat dipaksa berkorban wang ringgit, tapi nafsu tamak haloba Rosmah tidak pula dipaksa untuk dikurangkan. Apa punya jenis pemimpin seperti ini? Inikah yang dikatakan rakyat didahulukan? Bohong. Najib pembohong! Rakyat sekarang ini dibantai secara diam - diam. Rakyat dipaksa menerima keputusan gila Najib. Rakyat dipaksa menyokong Barisan Nasional. Bukankah ini diktator namanya?

Najib akan dikenangkan sebagai pemimpin paling tidak berguna dalam sejarah Malaysia. Ketika rakyat sedang bersedih dengan kesan kenaikan harga barang, dia dan Rosmah begitu seronok joli sana - sini, membazir sana - sini, habiskan duit rakyat sesuka hati. Apalah nasib rakyat Malaysia. Jika kita bersuara kita dihentak kiri dan kanan. Jika kita tidak bersuara bermakna kita seronok diBANGANGkan oleh Najib. Elok dihentak dari menjadi bangang. Bangun dan bangkit dan bersuaralah akan hak kita. Jangan biarkan kita diperintah oleh pemimpin yang paling tidak guna dalam sejarah Malaysia.

Kita sedang ditakdirkan untuk berjuang secara lebih agresif dibawah era pemerintah kuku besi Najib. Rebutlah peluang ini. Waktu yang indah ini harus direbut untuk diri kita. Kita berjuang menentang diktator. Jadikan ianya satu pengalaman yang paling berharga. Diktator sudah muncul apa tanggungjawap kita? Hanya satu jawapannya. LAWAN!!

Selasa, 3 Ogos 2010

Melayu Bakal Dibodohkan

Pembangunan di kawasan Kampung Baru di Kuala Lumpur di kawasan seluas 90 hektar, berkemungkinan dibangunkan mengikut model perniagaan di Mekah, Arab Saudi.Malaysiakini


Melayu selagi cuba dibangangkan oleh Umno. Slogan - slogan indah sedang dimainkan. Kampung Baru sedang cuba dirogol bergilir - gilir oleh Umno. Dahulu tanah bersejarah ini dikatakan harus diberi peluang untuk bangsa lain beli tanah tersebut. Namun ditentang hebat oleh penduduk kampung tersebut. Maka usul tersebut dibatalkan sementara waktu.

Sekarang cubaan tersebut dilancarkan sekali lagi. Namun kali ini dengan nada yang lebih lunak. Bunyi Arab sedang dimainkan. Nama kota suci sedang cuba dilacurkan oleh Umno. Kota Mekah sedang cuba dilacurkan namanya untuk menarik nafsu para penghuni Kampung Baru. Kota Mekah bumi paling suci sedang dimainkan namanya oleh Umno. Niat mereka hanya satu, rompak tanah ini, bangunkan tanah ini, beri kepada cukong - cukong Cina, berikan kontraktor Melayu kroni Umno dan sebagainya. Ini tujuan mereka. Mereka tidak pernah ikhlas membantu Melayu. Jika benar mereka ikhlas sila tanya pada penduduk Kampung Berembang. Apa telah jadi kepada mereka?

Orang Melayu di Kampung Baru jangan akhiri hidup anda di apartment kos rendah. Jangan akhiri hayat anda dengan ditipu hidup - hidup. Tanah anda bernilai di mata Umno. Rompakan besar - besaran akan dilaksanakan dengan cara mencandukan anda semua dengan nama - nama Arab.Biar anda semua khayal dengan impian yang membohong. Kota Mekah dilacurkan kepada anda. Jangan percaya wahai penduduk kampung Baru. Teruskan tuntutan yang menguntung kepada anda semua. Jangan biarkan anda semua ditipu hidup - hidup.

Kampung Baru digadaikan para cukong MCA dan kroni Umno. Mereka kebulur duit.

Isnin, 2 Ogos 2010

Merdekakan Malaysia Kali Ke-2

Sempena bulan kemerdekaan buat Semenanjung Malaysia yang ke-53, aku nak berbicara mengenai betapa pentingnya kita merdekakan Malaysia buat kali ke-2. Siapa penjajah kita sekarang ini. Dahulu kita ada British dan Thailand. Sekarang waris - waris penjajah itu masih ada. Waris tersebut adalah Umno dan Barisan Nasional.

Kita sekarang dijajah dengan begitu teruk sekali oleh Umno dan Barisan Nasional. Kita tidak dibenarkan bersuara untuk menyatakan hak kita. Kita tidak dibenarkan membantah harga barang naik. Kita tidak dibenarkan menyoal akta kejam ISA. Kita tidak dibenarkan menyoal projek yang membazir. Kita tidak dibenarkan menyoal kewangan negara. Kita tidak dibenarkan mendekati parti - parti pembangkang. Kita tidak dibenarkan sumber berita selain daripada Utusan dan TV3. Itu tidak boleh, ini tidak boleh. Semua tak boleh. Apa yang boleh?

Malaysia semakin lama semakin celaru. Orang Melayu dipaksa dibodohkan dengan cerita dongeng ala - ala Munsyi Abdullah bahawa tanah ini akan dirampas oleh orang Cina. Orang Cina dipaksa terima bahawa negara ini jika PAS perintah habis anunya dipotong. Orang India dipaksa terima saja dongeng jika PAS perintah habis kuil Hindu kena roboh. Habis semua kena bodoh. Habis semua kena kelentong. Habis Malaysia.

Apa erti kemerdekaan jika semuanya tidak boleh. Aku Muslim, yakin Islam membawa kepada budaya kebebasan yang tidak melampau. Selagi mana ianya tidak bercanggah dengan hukum yang ada didalam Al-Quran dan As-Sunnah maka bicaralah sesuatu perkara itu hingga kita ketemui jawapannya. Namun Umno cuba menjadi lebih hebat dari Rasulullah s.a.w. Habis semua dihalangnya. Nak bicarakan isu Kalimah Allah pun dijadikan isu besar. Cuba mencetus api pergaduhan oleh pihak tertentu dengan menghantar seorang dua manusia yang tersangatlah bodoh dengan membakar gereja. Jika ianya dibenarkan dibincangkan secara ilmiah dan harmoni sudah pasti kata putus yang terbaik akan diperolehi.

Umno mengajar kita untuk menjadi bodoh dengan tidak membenarkan perbincangan diadakan. Sedangkan perbincangan merupakan salah satu titik penyelesaian yang paling mudah tanpa menumpahkan darah. Tapi Umno darah rakyatlah jawapannya. Hasut rakyat untuk mengamuk. Hasut rakyat bunuh kaum tertentu. Hasut rakyat untuk membakar rumah ibadat tertentu. Inilah Umno. Sedangkan manusia yang paling agung iaitu Rasulullah s.a.w turut berbincang ketika perjanjian Hudaibiyah dibentangkan. Sikap toleransi Rasullah s.a.w teramat tinggi hingga menyebabkan musuhnya akur. Umno? Yahudi Zionis? Sama saja.

Merdekakan Malaysia bererti kita mahu Malaysia maju kedepan. Dengan kebebasan ilmiah ini sahaja kita mampu melihat Malaysia mampu kedepan. Jangan kita risau dengan kebebasan kerana kebebasan mampu membuatkan kita berfikir secara waras. Kita sekarang jadi gila dan cukup takut dengan kebebasan kerana kita telah dipenjara dari awal. Kita jadi takut dengan kebebasan. Padahal kebebasan jika kena pada tempatnya mampu membuatkan kita semua rakyat Malaysia berfikiran waras dan normal. Umno telah menyebabkan segelintir rakyat Malaysia benci kepada kebebasan dan menyebabkan mereka apabila timbul suatu isu, kekerasan digunakan. Kita tidak sepatut bertindak sedemikian.

Sudah ditakdirkan kita hidup dengan berbilang kaum dan agama. Sebagai Muslim dan orang Melayu yang menjadi majoriti di bumi ini kita seharus menjadi contoh yang baik. Jangan kita menjadi samseng dengan membuli mereka yang minoriti ini. Jangan kita seronok jerit Hidup Melayu tapi di Kamunting bangsa yang paling ramai kena tahan di bawah ISA adalah Melayu. Jangan terikut jejak langkah monyet yang menjerit tak tentu haluan. Kita jangan terikut dengan provokasi murahan atau picisan pemuda Umno.

Kita harus merdekakan Malaysia ini. Merdeka dalam erti kata merdekakan minda kita. Dengan membebaskan minda kita, maka Malaysia yang disayangi ini akan kembali hebat dan lebih hebat.

Jumaat, 30 Julai 2010

Aku Melayu (3)

Aku seorang Muslim dan Melayu. Aku cuba menjadi Muslim yang baik walaupun tidak sebegitu sempurna. Idola aku Nabi Muhammad s.a.w merupakan contoh terbaik aku. Dari kehidupan peribadinya hinggalah kepada cara Baginda s.a.w mentadbir negara. Apabila aku melihat wujud kumpulan - kumpulan melampau yang cuba mencemarkan nama baik agama ini maka aku harus bangkit lawan.

Perkasa cuba menjadi hero untuk orang Melayu. Tapi dalam masa yang sama, telah mencemarkan maruah orang Melayu kerana telah menyebabkan bangsa - bangsa lain menyampah dengan bangsa ini. Mereka telah menganggap orang Melayu sama saja kurang ajarnya dengan Perkasa dan Umno. Kadang - kala tindakan mereka yang menggunakan nama agama suci ini juga telah menyebabkan penganut agama lain menjadi bertambah jauh daripada Islam.

Dari isu kalimah Allah hingga masuk dalam masjid. Semuanya diMelayukan oleh Perkasa dan Umno. Sedangkan zaman Nabi Muhammad s.a.w tidak pernah jadi begitu. Islam tidak diArabkan hatta Islam itu sendiri bercanggah dengan naluri asal orang Arab. Aku begitu geli dengan mereka ini. Geli sifat munafik yang mereka tonjolkan. Mulut kata perjuangkan untuk bangsa dan agama tapi dalam masa mereka rela bersama - sama orang yang melakukan rasuah, terang - terang menindas rakyat dengan menaikkan harga minyak dan harga barang.

Ketika zaman Nabi Muhammad s.a.w Abdullah bin Ubay merupakan ketua munafik pada zaman tersebut. Selepas kewafatan baginda s.a.w, lahir seorang lagi iaitu Abdullah bin Saba'. Masuk Islam namun dalam masa yang sama berniat menghancurkan agama ini dengan mencetuskan persengketaan sesama Islam. Di Malaysia, wujud seorang individu yang perangai sama macam dua insan yang dilaknat ini. Permainan menempel muka dengan muka pengemis yang menimpa simpati. Aku masih ingat wajah Ibrahim Ali ketika sambutan hari Raya di rumah Anwar Ibrahim. Muka sedih dan tidak berdaya datang memohon simpati. Datang ke rumah Tuan Guru Nik Aziz meminta pertolongan agar diberi kerusi Pasir Mas. Bila sudah menang. Memang melepaskan anjing. Sekarang dicubanya menggigit Anwar Ibrahim dan TG Nik Aziz. Menyalak tak tentu hala. Cuba memecah-belahkan undi orang Melayu. Dahulu sanggup turun ke jalanraya menentang kenaikan harga minyak di KLCC. Sekarang, diam takut menikus. Bacul dan jantan yang tiada telur apabila kuasa dan duit sudah diberikan. Lagi bangsat daripada Yahudi Zionis.

Aku Melayu, melihat gelagat Perkasa yang sememangnya menipu dan cubaan membodohkan orang Melayu menyebabkan aku merasa cukup jijik. Melayu bodoh maka senanglah mereka menjilat tangan Najib kerana jika Melayu jadi bodoh maka Umno akan terus berkuasa. Operasi membodohkan Melayu harus dilaksanakan secepat mungkin. Lagi tebal kebodohan Melayu lagi berkuasalah Umno. Apabila berkuasanya Umno maka lagi senanglah mereka merompak harta rakyat. Apabila harta rakyat dirompak maka Perkasa mengharapkan sedikit sebanyak harta itu diberikan kepada mereka.

Aku Melayu dan aku faham sejarah. Suruh ahli - ahli kumpulan Perkasa baca balik buku teks sejarah tingkatan tiga (walaupun tak sampai 10% betul). Melayu berasal dari mana. Wilayah Yunan, Xinjiang. Dimana Xinjiang? China. Jadi apa perlu kita bergaduh. Sedangkan kita serumpun. Itu belum dikira manusia berasal dari Nabi Adam. Perkasa jangan jadi keldai. Cukup kamu seorang keldai tapi jangan diseret sama orang - orang Melayu menjadi keldai juga. Cukup kamu semua yang bodoh tapi dibodohkan minda orang - orang Melayu.

Aku Melayu. Malu aku apabila dicalitkan najis kebebalan Perkasa dan Umno atas nama Ketuanan Melayu. Malu aku apabila orang sebangsa aku sanggup jadi pak turut Perkasa dalam isu yang sengaja khas direka oleh Perkasa dan Umno. Sudahlah kita dibebalkan dengan sejarah rekaan Munsyi Abdullah, British dan Thailand sekarang kita sekali lagi dibengapkan oleh Perkasa dan Umno.

Melayu jangan jadi layu. Melayu harus tunjukkan kepada bangsa - bangsa lain bahawa kita sebenarnya cerdik. Kita mampu berubah. Kita mampu berfikir secara waras. Kita boleh bertolak - ansur dalam sesuatu perkara. Kita tidak gila macam Perkasa dan Umno. Kita tidak bodoh seperti Umno dan Perkasa.

Aku Melayu dan Islam. Aku memilih untuk menolak Umno dan Perkasa. Kalian semua bagaimana?

tamat

Selasa, 27 Julai 2010

Aku Melayu (2)

Aku Melayu. Aku juga Muslim. Tapi aku benci kepada Perkasa. Apakah tindakan aku membenci Perkasa seperti mana aku membenci Yahudi Zionis ini bererti aku pengkhianat Melayu?

Aku membenci Perkasa bukan kerana hebatnya Ibrahim Ali bermain drama. Aku membenci Perkasa kerana aku tidak suka bagaimana mereka cuba memperbodohkan orang Melayu. Pertubuhan yang dianggotai oleh manusia - manusia yang cerdik cuba menyeret orang Melayu turut sama menjadi bodoh seperti mereka. Inilah perkara utama kenapa aku benci kepada Perkasa.

Mereka menjerit kepada ketuanan Melayu. Mereka menjerit jangan undi DAP. Jika undi DAP maka hilanglah kuasa orang Melayu. Undi DAP lihat apa yang terjadi kepada orang Melayu di Pulau Pinang. Satu perkataan yang khas buat mereka. BODOH!

Jangan cuba tutup sejarah. Jangan cuba gelapkan sejarah. Jangan jadi perangai Munsyi Abdullah yang menutup sejarah sebenar Malaysia dengan karya dongeng yang membodohkan rakyat Malaysia. Orang Melayu di kampung Berembang merupakan pengundi tetap Umno. Kubu kuat Umno yang sukar ditembusi oleh PAS ataupun PKR. Namun lihat apa yang terjadi kepada mereka. Rumah mereka dirobohkan disaat anak - anak penduduk kampung Berembang menanti untuk peperiksaan. Pasangan uda dan dara yang akan melangsungkan perkahwinan. Surau di kampung Berembang dirobohkan. MANA PERGI PEJUANG - PEJUANG MELAYU yang menjerit ketuanan Melayu.

Jangan jadi bangsat wahai Perkasa. Aku dan ribuan anak muda Melayu menangis melihat suara, tangisan dan jeritan anak - anak kecil Melayu melihat rumah mereka dirobohkan. Mana kalian semua ketika mereka menagih simpati? Mana kalian semua ketika surau di kampung tersebut dirobohkan? Mana keris - keris yang bersedia dihunuskan ketika mereka menangis? DI MANA SEMUA ITU?

Sudah pasti kita semua mendengar hujah mereka "Oh, rumah itu rumah haram." Oh alangkah pembohongnya mereka. Alangkah bangsatnya perangai mereka. Jika yang dirobohkan rumah itu hasil kerja-tangan Pakatan Rakyat, maka bersiap - sedialah gendang perang ditiupkan. Walaupun Pakatan Rakyat menggunakan hujah yang sama, namun itu salah bagi mereka. Jadi jadi manusia munafik atau perangai seperti Yahudi Zionis kepada pemimpin Perkasa. Jijik aku melihat sifat dan akhlak kalian semua.

Aku Melayu, tapi aku menentang Perkasa. Adakah ini bererti aku mengkhianati Melayu. Tidak sama sekali. Aku menentang Perkasa kerana mereka suka menutup sejarah. Perkasa mewarisi ilmu menipu daripada Munsyi Abdullah dan sebagainya. Apabila sejarah ditutup maka secara tidak langsung ia boleh menyebabkan sesuatu kaum atau agama musnah sama sekali. Menentang Perkasa bererti aku mahu melihat bangsa Melayu hebat di mata dunia. Bangsa Melayu dianggap bangsa penyayang oleh bangsa Cina, India dan lain - lain. Bukannya lagi sebagai sebuah bangsa yang mengharapkan Umno atau Perkasa dan bukannya hanya tahu marah tapi tidak mahu berubah.

Jika benar Malaysia ini milik orang Melayu, maka buktikan dahulu dengan mencampak Umno dan Perkasa. Hanya dengan mencampak mereka sejauh - jauhnya barulah Melayu boleh kembali gemilang dan hidup bersama - sama dengan bangsa yang lain. Jauhkan anasir penghasut dalam Malaysia.

Ahad, 25 Julai 2010

Aku Melayu

Aku juga Melayu. Aku juga beragama Islam. Tapi kenapa aku membenci tindakan sesetengah tindak - tanduk pemimpin Umno yang mengaku diri mereka memperjuangkan Melayu. Adakah dengan langkah aku membenci Umno maka aku mengkhianati Melayu.

Aku benci kepada Umno kerana mereka sering kali memperbodohkan Melayu. Lihat sahaja laungan Ketuanan Melayu tapi yang merampas tanah - tanah orang Melayu adalah mereka. Yang merobohkan Kampung Berembang adalah mereka. Yang menutup mata untuk penduduk Kampung Tanjung Tokong Pulau Pinang adalah mereka. Yang merampas biasiswa untuk Bumiputera adalah mereka.

Tapi dalam masa yang sama mereka juga menjerit "HIDUP MELAYU!", "INI TANAH MELAYU!", "JANGAN RAMPAS HAK MELAYU!", dan sebagainya. Kenapa masih ada yang mempercayai Umno memperjuangkan Melayu. Kenapa masih ada yang terus - menerus memberi undi kepada Umno?

Aku Melayu, tapi aku tidak pernah sesekali memberikan undi aku kepada Umno kerana aku yakin Umno tidak pernah mempertahankan Melayu. Mereka hanya menggunakan nama Melayu untuk merompak harta negara. Mereka mencandukan orang Melayu dengan slogan - slogan yang cukup enak untuk didengar. Buktinya? Lihat sahaja rumah Khir Toyo. Hartanya puluhan juta. Hasilnya kerana terus menerus memperbodohkan Melayu. Apabila Melayu khayal dan terus seronok menyokong Umno, maka lahirlah Istana Kaya Raya Khir Toyo.

Apakah itu tidak cukup untuk membuka mata orang Melayu? Tidak! Orang Melayu disajikan dengan orang Cina nak rampas tanah Melayu. Orang Cina akan buang hak - hak Melayu. Tanah orang Melayu akan dirampas oleh Cina. Sokong parti pembangkang orang Melayu akan musnah.

Maka orang Melayu sekali lagi terpedaya dengan dakyah dan tipu muslihat bangsat Umno ini. Sedangkan yang berusaha untuk menghalau orang Melayu di tanah mereka sendiri adalah orang Umno. Lihat sahaja apa yang berlaku di Kampung Berembang. Orang Melayu dihalau bagaikan anjing. Apakah itu tidak cukup memperlihatkan betapa bangsatnya Umno?

Aku Melayu, apabila melihat betapa bangsatnya penipuan Umno terus aku membenci Umno. Aku yakin Umno tidak pernah ikhlas mahu membantu orang Melayu. Umno hanya mempergunakan sensitif orang Melayu untuk mengekalkan kuasa mereka dan terus - menerus mengKAYAkan sanak - saudara mereka. Atas sebab itu aku yakin, Umno harus dimusnahkan jika tidak, orang Melayu terus akan mundur di kampung. Orang Melayu tergadai tanah mereka. Orang Melayu terus - menerus nasib mereka tidak dibela.

Namun sayangnya, hanya segelintir sahaja yang berfikiran seperti aku. Masih ramai lagi disana yang terpedaya dengan tipu muslihat Umno. Kenapa mereka masih tidak berubah? Kerana maklumat tidak sampai. Menjadi tanggungjawap kita menyampaikan maklumat untuk mereka.

Aku Melayu apakah dengan penulisan ini aku dianggap mengkhianati Melayu? Silakan. Aku mahu melihat Melayu bebas dari pengaruh Umno yang bangsat ini. Sedangkan Nabi Muhammad s.a.w pun digelar pengkhianat oleh puak Jahiliyyah Quraisy. Jadi aku akan terus - meneruskan mengatakan Umno pengkhianat Melayu. Buang Umno maka Melayu selamat. Percayalah

Khamis, 15 Julai 2010

Terima Kasih Ketuanan Melayu

Harga petrol dan diesel akan dinaikkan 5 sen berkuatkuasa tengah malam ini.

Sumber : Malaysiakini

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Terima kasih kepada PERKASA (yang bodoh), terima kasih pemuda Umno yang memperjuangkan pasir, terima kasih Najib dan terima kasih kepada pengundi Melayu yang menyokong Umno atas nama Ketuanan Melayu.

Saya berasa cukup bangga kerana dipaksa menerima keputusan gila ini hasil daripada perjuangan dan undi kalian semua. Saya sekarang ini sedang menangis gembira kerana hasil kenaikkan semua harga barang akan turut naik. Saya sedang seronok dengan berita ini kerana gaji saya masih ditakut sama. Tapi harga barang akan naik mendadak. Lepas ini harga sekeping roti canai dari RM0.80 jadi RM 1.00. Saya punya gaji tak cukup besar untuk menampung kegilaan harga barang ini. Tak mengapa saya suka.

Lepas ini harga tambang teksi akan naik. Harga kos pengangkutan pasti akan naik. Tak mengapa gaji saya kecil. Sayakan orang Melayu yang dipaksa menerima keputusan kalian semua yang menyokong Umno. Lepas ini tariff elektrik akan naik. Jika dahulu saya membayar bil elektrik sebulan RM 40.00 maka sudah pasti lepas ini saya terpaksa membayarnya sebanyak RM 80.00. Tak mengapa, saya ucapkan terima kasih kepada kalian semua yang mengundi Umno.

Saya berharap sangat, kalian semua yang terpengaruh dengan ketuanan Melayu agar terus termakan dengan slogan tersebut. Ya, slogan ketuanan Melayu inilah yang telah menaikkan harga minyak, tepung, gula dan segala macam lagi. Sokong sampai kalian semua tak dapat makan.

Saya Melayu, tapi kenapa saya merasakan diri saya ditipu oleh Umno? Kenapa saya yang Melayu ini berasa tertipu dengan Umno dengan dikenakan harga minyak yang naik mendadak? Apakah perlu saya tak menyokong Ketuanan Melayu lagi yang nyata menyusahkan saya?