Hari ini, ketika ini (ketika tulisan ini sedang dikarang), beberapa pemimpin Pakatan Rakyat dan NGO-NGO telah ditahan oleh pihak polis. Mereka ditahan kerana tidak dibenarkan membantah kenaikan harga minyak, gula, tong gas dan macam - macam barang keperluan yang lain di Kampung Kerinchi.
Beberapa hari yang lepas, pihak polis telah menggempur kawasan persendirian di selatan tanah air iaitu Johor Bahru. Menangkap, memukul sebahagian daripada pendengar ceramah di kawasan tersebut. Tingkah - laku Yahudi Zionis telah berlaku di sana.
Pada 1/8/2010 ketika ratusan rakyat berhimpun di Petaling Jaya, pihak polis telah menggempur sekali lagi ratusan rakyat Malaysia yang membantah akta Yahudi Zionis iaitu ISA. Kanak - kanak telah ditolak dengan kejam. Orang tua dipaksa berundur ketepi dengan perisai yang mereka pakai. Suasana ini tiada bezanya di Baitul Maqdis dan Gaza.
Semuanya tidak boleh. Firaun manusia yang paling dilaknat oleh Allah kerana kezalimannya terhadap rakyat Mesir. Mereka yang bersimpati dengan Nabi Musa a.s akan dihukum dan diseksa semahu - mahunya. Mereka akan dikejar dan ditangkap oleh pihak berkuasa pada waktu itu. Nabi Musa a.s telah dikejar hingga ke laut Merah dan Firaun akhirnya tumpas akibat belahan laut yang ditakdirkan oleh Allah dan Firaun tenggelam.
Dahulu pada tahun 1998-2003, Mahathir digelar Mahafiraun kerana kekejamannya terhadap rakyatnya sendiri. Rakyat yang tidak sependapat dengan dia dipukul, diterajang, disepak, ditumbuk, dan diseksa. Ribuan rakyat Malaysia pernah tercedera akibat kezaliman dan kekejaman Mahathir pada waktu itu. Siapa yang dilihat mengancam kekuasaan dia maka hukuman keras akan dijatuhkan. Tangkapan ISA berleluasa. Namun lihatlah, Bn hampir tumbang. Namun kerana menyedari Bn akan musnah ditangan dia, maka Mahathir meletak jawatan kerana bimbang imej dia akan tercemar dengan begitu teruk.
Sekarang, Najib mula mengikuti jejak langkah Mahathir. Mahafiraun ke-2 sedang mula menunjukkan taringnya. Percayalah tindakan kejam akan berlaku sekali lagi. Kita rakyat Malaysia yang membantah segala keputusan gila dari Najib akan diseksa. Kita akan dipukul oleh pihak polis. Kita tidak dibenarkan bersuara. Kita dipaksa untuk mengiyakan segala keputusan yang merugikan rakyat. Kita dididik oleh Najib untuk menjadi pak turut. Kita dipaksa oleh Najib untuk menjadi rakyat yang paling bodoh dalam sejarah tamadun Malaysia ini.
Apakah tindakan ini akan berjaya? Tidak! Mana mungkin kita dapat berdiam diri. Ketika rakyat sedang mengikat perut untuk mencari sesuap nasi. Ketika rakyat mengeluh dengan kesan kenaikan harga petrol, gula, tong gas dan bermacam lagi, Najib dan Rosmah seronok bercuti di luar negara dengan menggunakan wang rakyat!! Adilkah ini? Salahkah kita bersuara mengenainya? Salahkah kita membantah segala perbuatan zalim Najib ini?
Rakyat dipaksa berkorban wang ringgit, tapi nafsu tamak haloba Rosmah tidak pula dipaksa untuk dikurangkan. Apa punya jenis pemimpin seperti ini? Inikah yang dikatakan rakyat didahulukan? Bohong. Najib pembohong! Rakyat sekarang ini dibantai secara diam - diam. Rakyat dipaksa menerima keputusan gila Najib. Rakyat dipaksa menyokong Barisan Nasional. Bukankah ini diktator namanya?
Najib akan dikenangkan sebagai pemimpin paling tidak berguna dalam sejarah Malaysia. Ketika rakyat sedang bersedih dengan kesan kenaikan harga barang, dia dan Rosmah begitu seronok joli sana - sini, membazir sana - sini, habiskan duit rakyat sesuka hati. Apalah nasib rakyat Malaysia. Jika kita bersuara kita dihentak kiri dan kanan. Jika kita tidak bersuara bermakna kita seronok diBANGANGkan oleh Najib. Elok dihentak dari menjadi bangang. Bangun dan bangkit dan bersuaralah akan hak kita. Jangan biarkan kita diperintah oleh pemimpin yang paling tidak guna dalam sejarah Malaysia.
Kita sedang ditakdirkan untuk berjuang secara lebih agresif dibawah era pemerintah kuku besi Najib. Rebutlah peluang ini. Waktu yang indah ini harus direbut untuk diri kita. Kita berjuang menentang diktator. Jadikan ianya satu pengalaman yang paling berharga. Diktator sudah muncul apa tanggungjawap kita? Hanya satu jawapannya. LAWAN!!
Is This The Perfect BMW E46?
19 jam yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
JANGAN JADI BACUL DENGAN TAK MELETAKKAN NAMA SENDIRI ATAU SAMARAN KETIKA HENDAK MENINGGALKAN KOMEN DI BLOG INI..ORANG YANG BERSELINDUNG DENGAN TANPA NAMA ORANG YANG TIDAK BERANI MEREMPUH KEBENARAN. JADI BLOG INI AKAN MENYIARKAN KOMEN - KOMEN ORANG YANG BERDAFTAR SAHAJA.