Ahad, 22 Ogos 2010

Ketuanan Melayu?

Ketuanan Melayu bererti tanah Malaysia ini milik orang Melayu. Tanah ini bukan milik kaum asal atau orang asli. Tanah Malaysia ini milik orang Melayu bukannya milik Cina dan India.

Tapi dalam ada yang menjerit bersungguh - sungguh dalam mempertahankan slogan Ketuanan Melayu, pernah atau tidak dia mempertahankan tanah Melayu yang dirompak secara terang - terangan. Lihat sahaja Kampung Berembang, tiada langsung pemimpin Umno, Perkasa, MPM, dan sewaktu dengannya bangkit mempertahankan tanah kampung Berembang ini yang rata - rata didiami oleh orang Melayu.

Orang Melayu sering dimomokkan dengan cerita dongeng bahawa Malaysia atau Tanah Melayu akan dirampas oleh orang Cina. Kenapa Cina sahaja? Kenapa tidak Yahudi APCO? Kenapa tidak bangsa - bangsa lain? Sebagai contoh APCO. Terang - terangan satu syarikat pemikir yang dikuasai oleh perisik - perisik tentera Yahudi Zionis. Kenapa PERKASA, Umno tidak bangkit menghalau mereka ini. Kenapa tidak dijeritkan saja INI TANAH MELAYU sila berambus keluar dari bumi ini? Apakah Perkasa dan Umno seronok menjadi talibarut Yahudi?

Kita orang Melayu sering ditipu bulat - bulat dan hidup - hidup oleh Umno dan Perkasa. Kita semua pernah belajar sejarah sewaktu di alam persekolahan. Orang Melayu berhijrah dari Yunan, Xinjiang China. Tidakkah kita bersaudara dengan kawan - kawan kita yang berbangsa Cina ini? Kenapa harus kita bersengketa kerana termakan hasutan syaitan Umno dan Perkasa?

Kita dipaksa untuk menerima slogan Ketuanan Melayu. Sedarkah kita bahawa dengan laungan dan slogan Ketuanan Melayu menyebabkan kita malas. Dengan laungan ini menyebabkan kita merasakan diri kita tuan tanah ini. Kita tidak perlu berusaha untuk memajukan diri. Kita hanya perlu bergantung pada kuota - kuota tertentu. Tapi pernahkah kita merasakan AP yang bernilai berjuta - juta ringgit yang dibolot oleh seorang individu yang rapat dengan Umno sahaja? Kita yang tidak berparti ini jangan harap merasa semua benda yang serba mewah ini. Jika kita bukan ahli Umno barulah kita dapat. Kalau tidak, kita bukan Melayu. Laungan ketuanan Melayu hanya untuk ahli Umno sahaja.

Ketuanan Melayu hari yang kita dengar hanyalah Ketuanan Politik Umno sahaja. Laungan ini hanya dipakai kalau kuasa sudah tiada di tangan mereka. Laungan ini hanya kedengaran kalau ada saham - saham yang dibolot oleh seorang sahaja. Laungan ini hanya kita dengar apabila mereka sudah kebulur undi Melayu. Apabila mereka benar - benar terdesak untuk mempertahankan kuasa mereka yang semakin lama semakin lemah. Wajib untuk orang Melayu membukakan mata luas - luas. Sudah tiba masanya kita sedar dan menolak Umno ke Laut China Selatan.

2 ulasan:

  1. salam ziarah bro, nak tahu kenapa cina? sebab cina kaya blablabla.. mereka yang bagi kekayaan kat cina last2 mereka dengki ngan cina balik.. apadaaa..

    BalasPadam
  2. bukan dengki...dengan bagi kat cina MCA ni dorang pon leh tumpang sekaki..sekarang kat penang tak bleh dah..selangor tak bleh dah...sakit sakit

    BalasPadam

JANGAN JADI BACUL DENGAN TAK MELETAKKAN NAMA SENDIRI ATAU SAMARAN KETIKA HENDAK MENINGGALKAN KOMEN DI BLOG INI..ORANG YANG BERSELINDUNG DENGAN TANPA NAMA ORANG YANG TIDAK BERANI MEREMPUH KEBENARAN. JADI BLOG INI AKAN MENYIARKAN KOMEN - KOMEN ORANG YANG BERDAFTAR SAHAJA.