Perlukah Melayu sokong Umno disaat masih ramai lagi penduduk kampung yang tidak mempunyai kemudahan internet, disaat masih ramai lagi orang Melayu di kampung susah mendapat gelombang telefon bimbit setelah lebih 50 tahun kita merdeka. Perlukah kita menyokong Umno di saat ramai orang Melayu telah dihalau dari tanah yang mereka terokai sejak zaman - berzaman hanya atas nama pembangunan.
Orang Melayu harus sedar sudah sekian lama kita taat menyokong Umno namun kita tetap tidak maju - maju. Kita tetap tertinggal di belakang daripada bangsa lain. Kita tertinggal atas nama Ketuanan Melayu yang selama ini kita sanjung. Kita dilagukan atau dikhayalkan dengan slogan ini. Namun pada hakikatnya kita sengaja dikhayalkan demi untuk mempertahankan kuasa merompak yang ada ditangan pemimpin Umno. Kuasa merompak kekayaan negara untuk kepentingan perut mereka dan perut sanak - saudara mereka. Cuba tanya pada wakil rakyat kawasan anda khasnya wakil rakyat Umno, berapa kali kita dapat berjumpa dengan mereka. Semuanya menghabiskan masa di Kuala Lumpur. Kenapa mereka di Kuala Lumpur? Kerana di Kuala Lumpur tempat mereka merompak kekayaan negara. Mereka merompak kerana kita telah memberi undi kepada mereka. Kita telah melantik mereka sebagai wakil kita. Tapi kita semuanya telah dibodohkan oleh mereka. Mereka hanya mahu jawatan itu kerana mahu senang membuat bisnes dengan para tauke - tauke Cina (MCA). Wakil rakyat anda semualah yang mendapat hasil 30% kuota Bumiputera dan Melayu, kita orang kampung yang taat menyokong, apa yang kita dapat?
Apabila kita mula memalingkan atau tidak menyokong Umno, nah kita ditakutkan dengan Melayu akan hilang kuasa. Melayu akan jadi bangsa asing, Melayu akan jadi bangsa merempat. Cuba tengok pada diri kita balik, apakah kita sekarang tidak merempat? Dimana sekarang kita tinggal? Rumah kita telah dirobohkan dan diberikan rumah yang kecil. Sedangkan bangsa yang kita dipaksa benci itu hidup lebih senang dan tenteram kerana Umno hanya berani dengan Melayu tapi tidak dengan bangsa lain. Kerana Umno tahu, jika mengapa - apakan bangsa lain maka mereka hilang kuasa. Tapi dengan Melayu, mereka tahu buruk macam mana sekali pun perangai mereka MELAYU TETAP BERSAMA UMNO.
Ketuanan Melayu hanyalah omongan kosong Umno. Ketuanan Melayu hanyalah slogan - slogan candu atau dadah kepada kita. Lagi lama kita layu dan khayal, lagi seronoklah mereka merompak. Apa tujuan mereka melemahkan minda kita? Umno tahu, kunci utama untuk melenyapkan Umno dari tampuk pemerintahan berada di tangan orang Melayu. Sebab itu mereka terus - menerus tanpa penat mencari jalan baru untuk memastikan orang Melayu dapat dibodohkan dan dibebalkan. Maka kita Melayu terus hanyut dengan retorik Ketuanan Melayu. Kita terbuai indah dengan 30% kuota Melayu dari semua sudut padahal yang kita dapat hanyalah masuk ke universiti sahaja, projek dan lain - lain jika kita tidak ahli Umno jangan haraplah kita dapat.Itulah definisi Ketuanan Melayu sebenar kalau orang Melayu mahu tahu.
Wajib orang Melayu menjadi tuan sebenar. Tuan sebenar dalam erti kata yang lain adalah dengan menjadi lebih berani membuat perubahan. Jika Umno mahupun parti politik lain memainkan nasib kita, maka kita akan ubah undi. Jangan dikenang peristiwa 50 tahun dahulu, sekarang kita sudah jauh terkebelakang. Masa sudah tiba kita renungkan kembali apakah benar tindakan kita selama ini yang taat menyokong Umno benar - benar membebaskan orang Melayu dari lembah kemiskinan. Sudah tiba masanya kita mengubah nasib kita dengan memaksa diri kita dari terus - menerus menyokong Umno. Berhenti menyokong Umno bererti kita akan maju kedepan. TOLAK UMNO.
Throwback: The Sarto Racing x Rocket Bunny CLK
17 jam yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
JANGAN JADI BACUL DENGAN TAK MELETAKKAN NAMA SENDIRI ATAU SAMARAN KETIKA HENDAK MENINGGALKAN KOMEN DI BLOG INI..ORANG YANG BERSELINDUNG DENGAN TANPA NAMA ORANG YANG TIDAK BERANI MEREMPUH KEBENARAN. JADI BLOG INI AKAN MENYIARKAN KOMEN - KOMEN ORANG YANG BERDAFTAR SAHAJA.