Sabtu, 31 Januari 2009

Demo Mansuhkan PPSMI

Tepat jam 2.30 petang, aku telah tiba di Bangsar untuk bertemu Black aka Amin. Aku telah berjanji dengan dia untuk pergi bersama - sama ke Sogo untuk menyaksikan pelancaran Gerakan Memansuhkan PPSMI dan buat julung kalinya melihat mereka yang dahulu cukup selesa di pejabat mewah turun ke jalanraya.

2.58 petang aku, Black, Rahmat dan dua orang wartawan Malaysiakini selamat tiba di LRT Putra Masjid Jamek. Rahmat telah menemani Sasterawan Negara kita iaitu A.Samad Said. Kami pun berjalan ke Sogo dengan langkah yang cepat kerana tunjuk perasaan akan mula pada jam 3.00 petang sepertimana yang dijadualkan. Tapi aku cukup terperanjat kerana telah diberitahu oleh seorang sahabat demo telah pun selesai. Selesai? Dalam masa berapa saat mereka berdemo? 2 saat, 3 saat, 1 minit atau 2 minit. Aduh, sudahlah penat berjalan laju untuk ke sana, demo pula dah selesai. Dari sumber yang diberitahu oleh seorang teman, mereka yang bergelar pejuang - pejuang bahasa hanya mengeluarkan kenyataan akhbar itu pun bercetak. Setelah diberikan kenyataan tersebut, demo yang kononnya harus dilakukan di kawasan yang menjadi tumpuan rakyat telah pun selesai.

3.00 petang, aku dan rakan - rakan selamat tiba di Sogo. Sedih, memang menyedihkan. Tunjuk perasaan yang sepatutnya memberi impak agar rakyat sedar betapa penting Bahasa Melayu ini hanya berakhir dengan wajah - wajah para pejuang bahasa ini duduk sebaris di kedai SECRET RECIPE untuk meminum teh dengan harga yang mahal yang tidak mampu untuk dimiliki oleh orang - orang yang tidak mampu tetapi cukup bersemangat hadir untuk memberi sokongan kepada mereka dan mereka pula memperlihatkan wajah sebagai seorang pejuang besar. Memang aku hargai dengan kehadiran mereka di Sogo. Aku hargai mereka buat kerana julung kalinya turun ke jalanraya. Tapi aku cukup sedih, jika beginilah bentuk pelancaran gerakan tersebut. Lancarkan saja di HOTEL - HOTEL, RESTORAN - RESTORAN MEWAH di sekitar ibukota ini. Kami bukannya mahu bertempur dengan polis. Kami datang kerana sayangkan bahasa Melayu ini. Syukur kerana ada seorang rakyat Malaysia yang berani telah melahirkan perasaan tidak puas hati dengan sikap mereka ini. Individu ini dengan lantang mengatakan "Kalau nak lancar macam ni, baik buat kat hotel, kalau takut kena hujan baik buat kat restoran, kalau takut dengan polis, baik takyah berjuang!!!". Setelah diasak bertubi - tubi oleh individu tersebut dan juga disertai oleh beberapa orang lagi, barulah mereka yang lantang bersuara di internet bangun dan mula kehadapan.


Para Pejuang Yang Mulanya Melepak Mula Kehadapan Setelah Ditengking

3.15 petang, barulah kedengaran suara - suara slogan anti PPSMI dan diakhiri dengan laungan Mansuhkan PPSMI. Syabas, walaupun sedikit sahaja, kurang - kurangnya pelancaran ini agak sikit bermakna. Bukannya kehadiran tidak ramai. Lebih kurang 1000 orang telah mula berhimpun. Tapi entah mengapa mereka semua ini tidak berani.

Jadi buat pejuang - pejuang bahasa, jika anda gentar untuk berjuang jangan harap Bahasa Melayu akan dapat dimartabatkan semula. Aku berharap, program 7 Mac 2009 ini berjaya dilaksanakan. Jangan baru mula tak sampai 2 minit dah selesai.

Apa pun, selamat berjuang!!


Salute pada Kopratasa...artis yang sayangkan bahasa. Mana pergi artis - artis lain???

Jumaat, 30 Januari 2009

DEMO SABTU DI SOGO - 3 PETANG - SOGO

PELANCARAN GERAKAN MANSUHKAN PPSMI (GMP) - SABTU 31 JAN 09 / 3PM / SOGO



Bersempena dengan program khas Pelancaran Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) yang akan berlangsung pada hari Sabtu 31 Januari 2009, pada jam 3.00 petang bertempat di Dataran Kompleks Membeli-Belah SOGO, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, semua rakyat digesa hadir menyokong para tokoh bahasa dan pemimpin Pakatan Rakyat agar menyampaikan bantahan kepada kerajaan BN.

Perhimpunan ini bakal menyaksikan penglibatan tokoh-tokoh berwibawa yang mewakili institusi bahasa, akademik, profesional serta parti politik dan badan-badan bukan kerajaan (NGO).

Antara yang dijangka hadir adalah Datuk Dr. Hassan Ahmad, Prof. Dr. Shahrin Md Zain, Prof. Abdullah Hassan, Ainon Mohd., Hasni Abas, Suhaizan Kayat, parti PAS dengan Dr. Nasharuddin Md. Isa, Mohd. Sabu bersama Pemuda PAS diketuai Salehuddin Ayub, manakala PKR dengan peneraju utama Shamsul Iskandar Md. Akin (Ketua AMK Pusat) bersama jentera padu AMK khususnya dari Wilayah Persekutuan dan Selangor dan disokong oleh ahli MPT PKR Tian Chua.

Rabu, 28 Januari 2009

Harga Gula Sah Naik!!

Adoi yai,
Harga gula confirm naik. Sila rujuk di sini. Yang kelakarnya, setiap kali naik pihak kerajaan mesti akan membuat macam - macam tindakan seperti serbuan, tangkapan demi untuk meredakan kemarahan rakyat. Kalau semua orang baca di link yang saya berikan tadi tentu saudara semua akan gelak. Dah lah tu wahai pak - pak menteri. Sudah - sudah lah bodohkan rakyat. Ingat!! Tamparan 8 Mac 2008 masih ada sebelah tangan lagi belum diberikan. Takut - takut esok kalau kena lagi mahu pengsan korang semua.

Dan seperti biasa, sila klik di sini, bila sesuatu barang keperluan mula lah ada kempen kurangkan penggunaan gula. Gula bahaya. Gula penyebab diabetes. Gula boleh menyebabkan kaki kena potong. Dey macha, kalau risau sangat pasal kesihatan rakyat haramkan terus gula ini kan senang...betul gula bahaya. Kami semua tak nafikan. Kalau ambil berlebihan mesti kena penyakit kencing manis. Tapi tolong lah, kalau nak naik tu bagitau je Mr. Robert tauke tunggal gula Malaysia ini dah tak tahan naikkan harga gula. Kan senang tu wahai pak menteri!!!!!

Selasa, 27 Januari 2009

Ya Quds, Kami Datang!!





Sengaja aku pastekan video ini supaya kita khasnya umat Islam di Malaysia tergolong dalam mereka yang bakal memerangi puak jahat Zionis ini. Kita berada di celahan ratusan ribu pejuang pembebasan bumi Al-Quds suatu hari kelak. Pedulikan apa mereka katakan kepada kita. Pengganas? Puak Pelampau? Ahh pedulikan..yang penting bumi ini dibebaskan dari penjajah Zionis!!!




Ya Quds..Kami Datang!!

-------------------------------------------------------------------------------------

Aduh, bila lah nak selesai masalah bumi Palestine nie khasnya di bumi Ghazza (sebutan betul).. Israel menyerang kembali bumi Ghazza..peperangan ini sememangnya tidak akan tamat..buatlah forum - forum mengecam tindakan ganas Zionis, perang tidak akan berakhir, buatlah forum - forum untuk memasang angan - angan mengamankan bumi Palestine..benda itu takkan terjadi..muncung senjata dibalas dengan muncung senjata. Bumi Palestine sememangnya bumi yang bergelora. Buatlah ribuan perjanjian. Keganasan akan tetap wujud. Buatlah genjatan senjata ratusan tahun sekali pun. Letupan bom akan tetap kedengaran, darah mengalir di jalanraya, ibu tangisi pemergiannya anaknya, sang suami meratapi pemergian isterinya, si anak terkapai - kapai mencari perlindungan tatkala ibubapanya terkorban..

Apakah bumi ini akan aman? Siapa yang boleh mengamankannya. PBB? Nato? OIC (Ohh I See)? Tidak siapa yang mampu. Rakyat Palestine akan terus berperang dan berperang sehingga makhluk Tuhan yang paling jahat iaitu Yahudi Zionis ini keluar dari bumi mereka. Namun adakah Yahudi Zionis ini akan hanya berdiam diri? Nahh, mereka juga akan berperang untuk merampas setiap inci tanah milik rakyat Palestine.

Namun apakah bumi akan boleh mengecapi nikmat keamanan pada suatu hari kelak? Boleh dan memang akan terjadi. Tunggulah kedatangan insan yang dinanti - nantikan kemunculannya. Beliau yang akan mengamankan bumi bergolak ini pada suatu hari nanti. Amin.....

Rabu, 21 Januari 2009

Harga Barang Naik Lagi!!!

Adoiiii,
Aku baru je nak sembang fasal dunia perlumbaan drag yang bakal berlangsung bulan 4 tahun ini. Tup - tup dengar cerita fasal harga gula nak naik lepas Tahun Baru Cina. Apa lagi kerajaan Barisan Nasional ini nak daripada kita. Sudahlah produk gula ini dimonopoli oleh tauke Cina Mr. Robert (maaf ini bukan bertujuan racist). Umum diketahui setiap produk yang dimonopoli oleh seseorang individu sudah pasti mengundang bahaya kenaikkan harga.

Apabila harga mahu naik sahaja, taktik yang sering digunakan, gula tidak ada dalam pasaran, peniaga sorokkan barang, barang kena kuota. Masih ingatkah lagi saudara sekalian tahun lepas disaat kegilaan kerajaan Barisan Nasional menaikkan harga minyak dan sebelum mereka diberi "penampar" oleh rakyat. Semua benda terpaksa dinaikkan harganya. Semua memberi alasan terpaksa naikkan harga barang kerana harga minyak naik. TNB pun terpaksa menaikkan tariff elektrik kerana memberi alasan elektrik bergantung juga kepada minyak atau arang batu yang dibeli oleh IPP.

Sekarang harga minyak telah turun. Tapi harga barang kenapa masih tidak turun? Jangan salahkan peniaga. Salah kerajaan Malaysia. Kerana kerajaan Malaysia begitu cerdik dengan mewujudkan badan - badan swasta IPP yang mengurus perjalanan TNB. IPP yang mengawal kenaikan atau penurunan tariff elektrik Malaysia. Jika tariff elektrik tak boleh turun mana mungkin pengusaha kilang boleh menurunkan harga produk mereka. Semua kita tahu kilang - kilang menggunakan mesin untuk menghasilkan produk mereka dan mesin - mesin itu pula menggunakan elektrik. Jadi mana mungkin mereka boleh menurunkan harga barang jika tariff elektrik tidak turun. Puncanya? TNB dan IPP.
Saudara pembaca semua boleh lihat tulisan yang mengutuk keras peranan orang tengah seperti IPP ini. Kerana IPP inilah tariff elektrik kita tidak akan turun sama sekali..percayalah.

Tapi para pembaca jangan silap dengan mengatakan saya ingin membela Mr. Robert (Kapitalis). Saya memberi contoh TNB dan IPP kerana merekalah yang memonopoli urus niaga elektrik. Hasilnya kita sebagai rakyat Malaysia yang terpaksa menanggung. Begitu juga dengan gula. Kerana Robert yang monopoli perniagaan ini maka kita terpaksa menghadapi karenah tauke gula ini. Sudah lama beliau mengidamkan kenaikan harga gulanya itu..Ya dia salah, kerajaan Malaysia yang diperintah oleh Barisan Nasional yang salah kerana mereka yang membuat kerja gila seperti ini!!!

Banyak lagi kepincangan dalam negara kita ini.

Bila lah kesengseraan kita ini berakhir ini.

Dan aku bilalah aku boleh bicara soal perlumbaan drag ini (dalam dunia perlumbaan ini juga banyak kepincangan yang telah berlaku di bawah pengurusan SIC yang bakal aku dedahkan).

Isnin, 19 Januari 2009

PRK - Semuanya Sudah Selesai

Pilihanraya kecil Kuala Terengganu sudah pun selesai. Kemenangan berpihak kepada Pakatan Rakyat yang diwakili oleh PAS. Kerusi Pakatan telah pun meningkat dari 81 kerusi kepada 82 kerusi. Manakala Barisan Nasional mempunyai sebanyak 137 buah kerusi sahaja lagi.

Seperti tulisan sebelum ini, kerusi ini cukup penting buat kedua - dua kumpulan politik ini. Pakatan telah memenangi kerusi penting ini. Menang kerusi ini bermakna Pakatan boleh menggunakan kemenangan ini mempengaruhi sahabat - sahabat kita di Sarawak. Pilihanraya Dewan Undangan Negeri bagi negeri ini akan berlangsung pada tahun depan atau selewat - lewatnya 2011 (lihat, penindasan kepada mereka kenapa tidak disekalikan sahaja mereka ini?) Jika beralihnya kerajaan negeri Sarawak kepada Pakatan Rakyat, saya yakin ahli - ahli Parlimen yang dikatakan bakal melompat dari BN ke Pakatan akan mula mengambil langkah untuk melompat.

Entahlah, politik di Malaysia ku yang tercinta ini semakin menarik. Rakyat mula menjadi tuan. Pemimpin mula gerun dengan kuasa rakyat. Sebagai contoh, kerajaan negeri Selangor yang menghargai sokongan rakyat kepada mereka telah memperkenalkan satu skim ekonomi yang cukup baik malah kerajaan negeri Selangor juga telah mula memulakan program membantu rakyat seperti di sini..

Apa pun suhu politik di Malaysia diharap turun sedikit. Suhu di Palestine haiii sampai kesudah akan terus panas, panas dan panas.

Oh ya Ezam Mohd Noor, kamu dari dulu suka bersumpah. Tahun 1999 hingga tahun 2001 kamu bersumpah tidak akan tinggalkan rakyat. Nah kamu tinggalkan juga. Sekarang kamu bersumpah mengatakan Husam Musa tahu perbuatan DSAI. Ermmm agak - agak rakyat percaya ke??

Doa Untuk Sahabat - sahabat Kita Di Gaza





Dan tambahan bagi memperingati perjuangan Para Pejuang Rakyat Negara Palestin
Hamas

Rabu, 7 Januari 2009

PRK - Kuala Terengganu Antara Kebangkitan Dan Kelangsungan

Semalam telah bermula kempen pilihanraya kecil di Kuala Terengganu. Proses penamaan calon yang berjalan lancar. Di pihak Pakatan Rakyat yang menghantar wakilnya PAS yakni ADUN Wakaf Mempelam, manakala di pihak Barisan Nasional telah menghantar wakilnya Umno yakni Wan Farid.

Pilihanraya kecil kali ini cukup penting bagi kedua - dua belah pihak. Bagi BN menang pilihanraya kecil kali ini bermakna mereka sudah bangkit dari tsunami politik yang berlaku pada 8 Mac 2008. Bagi PR, menang pilihanraya kali ini bermakna untuk mengambil alih Putrajaya semakin hampir dan perpaduan di kalangan mereka semakin mantap.

Walaupun di media perdana, BN mengatakan Pakatan Rakyat terdesak untuk menang tapi jika dilihat dengan serangan bertubi - tubi di media perdana oleh mereka jelas menunjukkan siapa yang terdesak sebenarnya. Umum diketahui media perdana tidak akan memberi ruang untuk pihak Pakatan untuk menjelaskan isu sebenar. Mereka hanya boleh menerangkan isu sebenar melalui ceramah - ceramah, media alternatif termasuk blog. Jika dilihat senario di Kuala Terengganu nyata mood pengundi kali ini khasnya anak muda dan bangsa cina lebih kepada calon Pakatan Rakyat. Suasana kali ini membayangkan situasi yang sama berlaku di Permatang Pauh. DSAI diserang bertubi - tubi namun beliau tetap menang kerana mood penduduk Permatang Pauh memang mahukan beliau menang. Di Kuala Terengganu pihak BN dan Umno gelabah dan memulakan kempen dengan mengatakan Pakatan retak, orang melayu tak dijaga, ladang babi dibuka secara berleluasa (walhal ladang babi yang paling banyak ada di Melaka dan Negeri Sembilan).

Di sini kita boleh siapa yang desperate BN atau PR?

Buat pengundi KT fikirlah masak - masak. Jika ketuanan Melayu yang anda juangkan baik, sila lihat gambar - gambar ini






Renung - renungkan...saya bukan penyokong Pakatan tapi saya anti kepada penipuan yang dilakukan oleh gerombolan BN...

Selasa, 6 Januari 2009

Zionis Menyerang Apa Tanggungjawap Kita?

Hari ini genap 500 orang telah terkorban angkara pengganas Israel Zionis. Apa tanggungjawap kita sebagai insan tidak kira Muslim, Kristian, Buddha, Hindu, Atheis, Free Thinker dan lain - lain.

Ya, ramai pemimpin mengeluarkan kenyataan keras membantah tindakan kejam dan ganas oleh pihak penjajah Zionis Israel. Tetapi kenyataan hanya tinggal kenyataan. Berapa ramai yang berani pergi ke muka pemimpin Israel dna mengatakan "Hey, Penjajah tinggalkan bumi Palestine, biarkan mereka hidup aman dan sejahtera, cukup sakiti mereka, cukup kamu membunuh mereka. Biarkan mereka. Hey Penjajah apa lagi yang kamu mahu kan? Apa lagi yang kamu mahukan? HAMAS wujud kerana kamu sekalian bebas membantai rakyat Palestine, mereka melontarkan roket kearah penempatan kamu kerana kamu yang menakluk tanah air mereka."

Beranikah kita? Dari dunia Arab, Iran, Malaysia, Cuba, Venezuela semua hanya berani mengeluarkan kenyataan. Kenapa ketika di Iraq berani sahaja menghantarkan tentera, kenapa di Afghanistan berani saja menghantarkan tentera tapi di Palestine secara terang -terangan pelanggaran hak asasi manusia dan pengorbanan jiwa yang mencecah ratusan jiwa mungkin ribuan yang akan tiba tiada siapa yang berani menghantar tentera atas nama KEAMANAN

Bak kata seorang sahabat ku dunia ini semakin sakit. Semakin ramai yang sakit dari mereka sihat otak pemikiran.

Tajuk ini sengaja dibuat agar kita berfikir kembali apa tanggungjawap kita sebagai insan yang cintakan keamanan untuk memastikan bumi Palestin terus aman dan aman dan penjajah Zionis pergi jauh dari tampuk pemerintahan orang - orang Palestin.

Isnin, 5 Januari 2009

Pertama Kali Nya

Hari ini buat pertama kalinya aku berblogging. Blog ini akan membicarakan dari semua sudut aspek kehidupan dari permotoran sampai la ke politik. Yang pasti blog ini tidak hanya membicarakan sesuatu aspek saja yaa..

So my 1 entry will talk about what happened to the world today..