"Ayah..tgk la Abu ayah..dia malukan saya..baik ayah marah dia"
"Mana Abu, ooo kau malukan anak ye...kau tahu anak aku tak mampu lawan kau yang kau malukan dia kenapa?"
Itu adalah dialog anak yang manja dan bacul. Anak yang manja dan bacul selalunya memang akan buat perangai macam itu. Tambah kena ayahnya sayangkan anak yang terlampau maka kehendak anak pun dibuat.
Macam itu jugaklah Pro-ISA. Tapi yang bestnya. Mula kata bela ISA..last - last jadi peniaga jamu, burger hahahaha....wei takde benda lain ke nak jaga. Tu duit kapal selam macam mana.
hahahahhah...HUHUHUHU....heheheheh..HOHOHOHOOH
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kumpulan pro-ISA menggesa polis supaya menahan pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh serta tiga pemimpin pembangkang, termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, ekoran penganjuran demonstrasi besar anti-ISA Sabtu lalu.
Selain Syed Ibrahim dan Anwar, mereka juga menggesa polis menahan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta pemimpin popular DAP, Lim Kit Siang.
Gesaan itu dibuat oleh Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran) - gabungan lebih 50 NGO yang menyokong Akta ISA.
Penasihat Undang-undang Magaran, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata, keempat-empat individu itu patut ditahan di bawah ISA kerana mengamalkan "keganasan terancang" ketika menganjurkan perhimpunan mansuhkan akta itu kelmarin.
"Saya mendesak polis, kenapa polis kena takut (menahan)? Tugas polis menjaga orang awam seperti kami. Kami hendak berniaga, hendak jual jambu, buat burger, bawa teksi.
"Polis kena jaga kami, bukan memberi muka kepada Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya dalam GMI. Tangkap mereka ini! (Ini) hak kami," kata Mohd Khairul Azam dalam sidang media di ibu negara petang ini.
Timbalan Pengerusi II Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Rahimuddin Md Harun dan Timbalan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan & Dakwah Islamiah Semalaysia (Pekida) Selangor, Zainal Hashim hadir sama.
Sumber : Malaysiakini
Reimagining The Devil Z: A Datsun 240Z Restomod Tribute
Sehari yang lalu
Polis 'berlebihan' tembak gas, air
BalasPadamOgos 4, 09 1:57pm
Polis menembak gas pemedih mata dan meriam air "berlebihan sehingga membawa kesan kepada mereka yang berada di kawasan berdekatan" perhimpunan besar membantah akta ISA pada Sabtu lalu, kata Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) hari ini.
Suruhanjaya itu juga mempertikaikan tindakan polis menangkap, menggari dan mereman kanak-kanak bersama penentang dewasa akta kontroversi tersebut kerana ia bercanggah dengan Akta Kanak-kanak 2001 dan Konvensyen Hak Kanak-kanak.
NONESelain menegaskan peri pentingnya hak orang ramai mengadakan perhimpunan, dalam satu kenyataan bersama lima pesuruhjaya Suhakam, badan itu juga menggesa kerajaan memansuhkan ISA seperti syor yang dibuatnya sejak 2003 kerana tahanan tanpa perbicaraan bercanggah dengan hak asasi.
"Suhakam ingin mengulangi pendiriannya bahawa ISA mesti dimansuhkan dan digantikan dengan undang-undang baru yang lengkap yang menyeimbangkan keselamatan negara dan juga hak-hak asasi sebagai Akta Anti-Keganasan bagi menangani kegiatan terorisme dan tindakan ganas terhadap massa," kata naib pengerusinya Tan Sri Simon Sipaun.
Kenyataan itu turut ditandatangani oleh empat lagi pengerusi jawatankuasa kecil Suhakam: Datuk Dr Michael Yeoh, Datuk Choo Siew Kioh, Datuk Khalid Ibrahim dan Datuk Dr Denison Jayasooria.
kesian dia...kesian dia...kesian dia..hahahhahahahahahaha
BalasPadam