Buat YB Amir, janganlah gelojoh ketika membuat sebarang kenyataan terhadap Dr.Asri. Kenapa perlu gelojoh mengeluarkan kenyataan yang akhirnya menampakkan kelemahan kita. Apakah kerana dendam kesumat akibat teguran mengenai replika Anwar tempohhari. Dr.Asri jika dibaca penulisannya jelas memihak kepada Pakatan Rakyat.
Teguran beliau kepada DSAI kerana mahu DSAI bersih dari elemen - elemen yang bagi beliau tidak Islamik. Salahkah teguran beliau?
Akibat kegelojohan YB, malu menimpa YB. Dr.Asri baru sahaja mahu mengeluarkan kenyataan mengenai replika Najib itu tapi terkejut dengan tindakan YB ini. Saya kenal YB secara peribadi. Kita sama - sama pernah berjuang di Bangsar Utama atas nama Universiti Bangsar Utama. Terkenal dengan ketenangan berhujah. Tapi dalam isu ini saya terkejut. Kenapa Amir yang aku kenal, gelojoh dalam mengeluarkan kenyataan.
Jangan memperkecilkan pengaruh Dr.Asri. Beliau antara ustaz dimana anak muridnya terdiri dari anak muda yang berambut panjang dan berbajukan Iron Maiden. Pergilah ke ceramah beliau. Ratusan anak muda akan memenuhi setiap ruang surau tersebut. Ribuan anak muda akan memenuhi ruang masjid tersebut. Benar Dr.Asri ada buat kesilapan. Beliau bukan Muhammad s.a.w. Tapi menyerang kerana beliau belum sempat mengeluarkan apa - apa kenyataan adalah satu kesilapan besar!!
Siapa dragsuperstar? Sila tanya Black..sila tanya Hisham...sudah pasti YB akan cakap...ooo patutlah satu aliran..ya aliran ini membela Yasmin Ahmad ketika dicemuh oleh masyarakat. Aliran ini yang membantah Sisters In Islam diharamkan. Ketika kita teruk diserang oleh Umno kerana mengkritik Sultan beliau mempertahankan tindakan kita. Ya Aliran inilah yang YB selalu perli hatta ketika demo Mansuhkan ISA mahu bermula. Saya maafkan. Tapi satu saya minta. Jangan ulangi lagi perkara seperti ini.
Mohon maaf jika teguran ini menyebabkan YB terasa.
TEGURAN DARI SAHABAT LAMA DI U.B.U dan juga buat semua ahli politik PR...
Ketika hendak mengeluarkan apa - apa kenyataan. Berfikirlah dengan tenang. Tersalah cakap musuh pasti mengambil peluang. Ambillah pengajaran PRU 2004.
Kita harus kenal yang mana lawan yang mana kawan.
Kita harus menyerang Umno kerana sudah pasti Umno akan diam membisu.
Kita harus menyerang mereka yang sering kali menganggap PR ini jahat.
Itu matlamat kita!!
Throwback: The Sarto Racing x Rocket Bunny CLK
17 jam yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
JANGAN JADI BACUL DENGAN TAK MELETAKKAN NAMA SENDIRI ATAU SAMARAN KETIKA HENDAK MENINGGALKAN KOMEN DI BLOG INI..ORANG YANG BERSELINDUNG DENGAN TANPA NAMA ORANG YANG TIDAK BERANI MEREMPUH KEBENARAN. JADI BLOG INI AKAN MENYIARKAN KOMEN - KOMEN ORANG YANG BERDAFTAR SAHAJA.