Sabtu, 16 Januari 2010

Kata Satu Malaysia..Ni Apa Ni?

Selepas beberapa bulan tercetus isu penggunaan perkataan Allah oleh bukan Islam, kerajaan BN nampaknya bersetuju kalimah suci tersebut digunakan di Sabah dan Sarawak.

Penganut Kristian di Malaysia Timur boleh terus menggunakan kalimah tersebut bagi terjemahan 'God' dalam cetakan bahasa Malaysia, kerana mereka telah menggunakannya sejak 300 tahun yang lalu.

Sumber : Malaysiakini

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

1Malaysia hahaha...ok serius balik.

Mana pergi slogan Satu Malaysia ni. Ini dah kategori dua Malaysia. Yang semenanjung TAK boleh yang kepulauan Borneo boleh pula.

Kasihan orang Islam Semenanjung. Macam akidah kalian semuanya tak kuat. Perlu ada pembelaan sedangkan umat Islam di Sabah dan Sarawak kuat akidah mereka dan tidak perlu ada pembelaan terhadap perkara yang tak menjadi masalah kepada agama mulia ini iaitu agama Islam.

Orang Islam semenanjung disibukkan dengan perkara - perkara kecil sedangkan orang Islam di Sabah dan Sarawak sibuk memperkemaskan dan memperkuatkan akidah mereka.

Kenapa orang Islam semenanjung disibukkan dengan perkara - perkara kecil? Sebab senang Umno nak membohong hangpa. Senang nak ciluk duit hangpa. Bila timbul isu besar hangpa pun senang la kena auta. TAPI TAK SEMUA MACAM ITU LAH....YANG PERANGAI MACAM ITU TOTOK UMNO...

Bn terdesak sekarang..

Di semenanjung kena hentam...di Sarawak dan Sabah risau undi jatuh.

Jadi buatlah polisi yang berbeza...

Lepas ini ada 3 Malaysia pulak....hebat kau Rosmah ehhh silap Najib.

Fikir masak - masak...

LAGI MAU SOKONG UMNO?

Khamis, 14 Januari 2010

Lepas Ini Anwar Kena ISA

KUALA LUMPUR 12 Jan. - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menjelaskan dakwaan pertemuannya dengan dua tokoh media tempatan, Datuk Nazri Abdullah dan Datuk Kalimullah Hassan di London baru-baru ini.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, jika dakwaan itu benar, Anwar mungkin mempunyai peranan dalam kejayaan pengendali portal berita Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin meloloskan diri secara haram dari negara ini dan berlindung di London.

Sumber : Utusan Meloyakan Tekakku

______________________________________

PUTRAJAYA 12 Jan. - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengambil tindakan ke atas Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim jika beliau sengaja menggunakan isu agama dan perkauman berhubung insiden serangan ke atas gereja.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, jika terdapat bukti dan laporan bahawa Anwar atau pihak-pihak tertentu sengaja menggunakan isu tersebut, mereka akan dikenakan tindakan tegas.


Sumber : Utusan Meloyakan Tekakku

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ini penting untuk semua orang. Memang benarlah kata - kata Mahfuz Omar. Kemungkinan Operasi Lalang 2 akan dilaksanakan.

Kalau kita lenggok dan gaya tuduhan yang dilemparkan kepada DSAI kita dah boleh agak jika benarlah Operasi Lalang 2 dilaksanakan maka orang pertama yang bakal ditahan adalah DSAI.

Mereka iaitu Zionis Umno sedang tertekan. Sokongan semakin menurun kerana keghairahan Hishamuddin Hussien yang mengapikan agar rakyat turun berdemo. Malangnya yang turun tak sampai 1000. Lalu marahlah si lidah kontot ini. Maka untuk memastikan sokongan terhadap Pakatan Rakyat tidak melonjak naik maka terpaksalah mengalihkan perhatian rakyat dengan mengatakan Anwarlah dalangnya.

WOI MONYET (maaf kasar sikit).....ini dunia IT....dunia IT....dunia BLOG!!

Dengan sekali klik satu dunia tahu. Dengan hanya mengklik PUBLISH POST satu Malaysia tahu kebangsatan Umno.

Tangkaplah DSAI...tangkaplah seberapa ramai kau nak tahan.

Lagi kau tangkap...lagi cepatlah Umno mampus...

Tak percaya buatlah!!

Tolonglah buat!!!!

Bila Masa Media Perdana Jadi Media Pakatan?

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa pihak media supaya berhati-hati ketika berdepan dengan kenyataan parti-parti pembangkang, terutama PAS, ekoran kontroversi berhubung penggunaan kalimah Allah oleh mingguan Katholik, Herald

Sumber : Malaysiakini

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Aku tak nampak keperluan kenapa media perdana yang sememangnya 95% hanya melaporkan mengenai Umno dan BN sahaja perlu dengar perintah isteri Rosmah iaitu Najib untuk tidak melaporkan apa - apa sahaja berita daripada pihak Pakatan Rakyat.

Bukan selalu macam itu ke?

Aku faham kenapa Najib tak bagi media perdana memsensasikan kenyataan konon - konon negatif daripada pihak Pakatan Rakyat. Sebab setiap kali kenyataan yang KONON - KONON negatif itu diambil dan dilaporkan, rakyat pasti menderu - deru membaca blog yang majoritinya menentang Umno dan Bn.

Macam isu kes liwat DSAI. Media perdana senyapkan isu ini. Sebabnya tak bagi blog - blog aktif menulis cerita liwat dan bila mula menerbitkan tulisan mengenai kes fitnah ini maka lagi kuatlah ingatan rakyat kepada DSAI dan lagi cepatlah Umno mampus!!

Sama sahaja dengan kes nama Allah ini. Lagi banyak media perdana mainkan isu ini lagi cepatlah Umno mampus.

Senang saja nak faham permainan Najib dan Umno.

Lagi Mau Sokong Umno?

Rabu, 13 Januari 2010

Lagi Satu Punca Yang Kita Nak Kena Dah....

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 8 Feb ini untuk perbicaraan kes saman syarikat Belgium, Fitraco NV, terhadap Eye
on Malaysia (EOM) Sdn Bhd dan satu lagi syarikat berhubung kegagalan syarikat pengendali roda gergasi itu menjelaskan hutang sebanyak RM17 juta.

Hakim Anantham Kasinather menetapkan tarikh tersebut dalam kamar semasa kes tersebut dipanggil untuk pengurusan hari ini.

Pada 15 Sept, 2009, Fitraco NV, sebagai pemilik asal buaian gergasi itu, memfailkan saman terhadap EOM dan MST Ad Suria Sdn Bhd selepas syarikat terbabit gagal melunaskan tunggakan hutang itu bagi menyewa dan membawa buaian berkenaan ke Malaysia pada 2006.

Sumber : Malaysiakini

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sekarang kita patut tahu kenapa GST (akta cukai tambahan) dikenakan, gula naik, harga minyak naik, khidmat jalur lebar (broadband) nak dinaikkan kadar bayarannya dan bermacam bala lagi kita nak kena.

Sebab kerajaan Malaysia dibawah pemerintahan Umno dan Bn yang pandai berhutang. Tidak pandai mengurus. Bijak bangunkan bangunan tapi tidak pandai membangunkan ekonomi dan menguruskan ekonomi.

Ya siapa aku untuk bicara soal ekonomi. Tapi kalau macam inilah puncanya kita sebagai rakyat tertekan. Budak kecil tadika lagi pandai uruskan wang.

Bagi aku secara peribadi untuk menarik pelancong tak menjadi isu, tapi kita kenalah pandai membayar apa yang kita pakai dan sewa atau mendapat kembali keuntungan.

Punca ianya jadi begini? Sebab kerajaan Malaysia suka pada budaya sub sana - sini.

Akhirnya elok benda tu harga RM 10.00 dah tak pasal - pasal kena RM 40.00.

Mana kerajaan nak cekau duit? Mana? Mana?

KITALAH RAKYAT!! SEDUT DUIT KITA MACAM HARAM!!

Lagi mau sokong Umno?

Selasa, 12 Januari 2010

Tahniah Muslimat PAS, Yang Lain Macam Mana?

KUALA LUMPUR, 12 Jan: Ekoran kenaikan harga gula 1 Januari lalu, Dewan Muslimat PAS Selangor akan menyerahkan memorandum kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNK), Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob di Putrajaya esok.

Memorandum itu akan diserahkan oleh Ketuanya, Wan Hasrina Wan Hassan bersama Ajk Dewan Harian di Putrajaya jam 3 petang esok.

Sumber : Harakah

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Aku sebagai anak muda berterima kasih kepada Muslimat PAS kerana berani menyuarakan apa yang terbuku di dalam hati rakyat.

Kami menunggu parti - parti lain untuk membantah secara keras kenaikkan harga gula ini.

NGO -NGO lain yang mengaku hero rakyat di mana kalian?

Kami rakyat marhaen semakin tersepit.

Segala macam benda akan naik harga.

Minyak, khidmat jalur lebar (broadband) dan macam - macam lagi.

Tolonglah...

Suarakan bantahan kami ini.

HIDUP RAKYAT!!

Rosmah Perempuan Pertama Gangster

Tidak pernah ada mana - mana isteri Perdana Menteri Malaysia yang diberi kuasa untuk menentukan siapa yang patut ditahan dan siapa yang patut diugut.

Kita pernah ada Perdana Menteri yang paling kejam iaitu Mahathir Muhammad, namun tidak pula kita dengar Siti Hasmah mengugut mana - mana manusia yang cuba merosakkan peribadi beliau.

Kita pernah ada Perdana Menteri yang paling lemah dalam sejarah Malaysia iaitu Abdullah Ahmad Badawi, namun tidak pernah pula Allahyarhamad Hendon dan Jeanne Abdullah menentukan wartawan ini atau wartawan itu yang boleh ada didalam sesuatu majlis.

TAPI hari ini kita buat pertama kalinya melihat, manusia yang bernama Rosmah mempunyai sedemikian rupa. Kejam, dikatakan terlibat dengan pembunuhan Altantuya dan sebagainya.

Kita hari ini dikejutkan dengan tuduhan dari adik kandung Rosmah sendiri bahawa Rosmah pernah cuba membunuh dan mencederakan dia. Rosmah pernah cuba menghalang anak kandungnya daripada berkahwin dengan Dr Fazli. Lihat saja di YouTube. Pendedahan yang tidak pernah dinafikan oleh Rosmah.

Terbaru kita dengar pula wartawan Suara Keadilan diugut kerana cuba menemubual saudara - mara Rosmah.

Tidak pernah kita melihat isteri Perdana Menteri mempunyai masalah peribadi yang begitu teruk dan jijik.

Malah tidak pernah pula kita melihat isteri Perdana Menteri menyibuk sebegini teruk macam Rosmah.

Benar kata Hishamuddin Rais. Suami Najib adalah Rosmah dan isteri Rosmah adalah Najib.

Rosmah memang gangster dan penyebab negara kita bakal bankrup sebab kegilaan dia membeli - belah dan mengupah orang untuk mengugut sesiapa sahaja yang dirasakan dapat memalukan dia.

Kasihan rakyat Malaysia.

Isnin, 11 Januari 2010

Umno Parti Pengganas

"Malays will see no reason to dialogue as they see themselves as having given up enough already and suspicions will arise that Tan Sri Dr Koh Tsu Koon is reviving the Interfaith Council idea. This will not stop the violence. In fact, it may make it worse," said Akhramsyah.

Sumber : The Edge

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Maksud ayat di atas adalah berbunyi begini :

" Melayu akan melihat tidak ada alasan untuk dialog ketika mereka melihat diri mereka sebagai orang yang diberikan sudah cukup dan akan timbul kecurigaan bahawa Tan Sri Dr Koh Tsu Koon adalah menghidupkan semula Majlis Interfaith idea. Ini tidak akan menghentikan keganasan. Bahkan, hal itu mungkin membuat lebih buruk"

Ini bukti Umno pendokong keganasan. Kenapa Musa Hassan tak tahan saja manusia perosak seperti ini? Kenapa Hishamuddin Hussein tak menahan mangkuk ini?

Oh Ya...dia Umno...Umno atas pada undang - undang. Berani kerana undang - undang dibawah mereka...

Kepada semua rakyat Malaysia...orang macam ini kita mahu sokongkah? Orang dari parti Umno ini kita mahu sokong.

Tolak Keganasan yang dianjurkan oleh Umno.

Tolak mereka ke Laut China Selatan..

Umno Jahat...

Umno khianat Rakyat...

Umno Pembunuh..

Sekian dan terima kasih

Rakyat Tak Bodoh Yang Bodoh Hishamuddin

Ini kali kedua aku cakap pemimpin Umno bodoh. Pertama kali aku cakap bodoh untuk pemimpin Umno adalah kepada Najib sebab dia macam nak memperbodohkan rakyat tapi rakyat dengan tenang tak percaya.

Ini pula ada lagi satu langau yang cuba nak memperbodohkan rakyat dengan mengatakan Pakatan Rakyat yang nak menghangatkan keadaan. Memperpolitikan isu ini dengan niat untuk menggadaikan kedamaian sesama kaum.

Hishamuddin Hussien memamng bodoh. Bodoh teramat kerana mengganggap rakyat yang cerdik pandai ini terpengarub dengan usaha penipuan ini. Sudahlah pemimpin Umno. Sampai bila mahu membodohkan rakyat. Rakyat masih ingat lagi siapa yang bakar api semangat pemuda - pemuda yang berpersatuan dengan persatuan yang simpati dengan Umno?

Sekarang apabila melihat rakyat melihat dengan tenang aksi kebodohan Umno, kamu mahu pula menunding jari kepada Pakatan Rakyat? Wei, cakap je la Operasi Lalang Ke-2 nak dilaksanakan. Senang. Rakyat memang dah agak kau akan buat macam itu. Penakut. Bacul. Pemimpin Umno penakut. Bacul. Berlindung dibawah undang - undang ciptaan penjajah.

Aku sebenarnya tak nak cerita dah pasal kes Kalimah Allah ini. Tapi bila melihat cubaan Hishamuddin memperbodohkan rakyat. Meluat rasanya.

Percaya atau tidak mesti akan ada kenaikkan harga barang dalam sebulan dua bulan ini. Biar rakyat kalut dengan isu ini. Lepas itu harga barang lain pun dinaikkan.

Hebat Umno...tapi rakyat lagi hebat sebab dah boleh agak kelaku hangpa yang macam haram ni.

HIDUP RAKYAT!!