Khamis, 26 Februari 2009

TOL Naik Lagi (TAK JADI NAIK PULOK)

Kadar tol naik lagi bermula 1 Mac 2009. Dalam keadaan ekonomi negara yang kurang stabil, 100,000 rakyat Malaysia yang akan kehilangan pekerjaan, harga barang yang tidak turun - turun, gaji dalam keadaan yang masih tidak mencukupi untuk membeli barang - barang keperluan apa lagi yang kita boleh harapkan kepada kerajaan yang ada pada hari ini.

Kadar kenaikan tol terbabit adalah seperti berikut:
  1. Lebuhraya Utara-Selatan (Plus): Kadar kenaikan tol untuk sistem kutipan tol tertutup Plus (Lebuhraya E1 & E2) dinaikkan 0.68 sen sekilometer (tidak sampai satu sen) bagi kereta. Bagaimanapun, kenaikan ini tidak membabitkan tol di Plaza Tol Bukit Kayu Hitam, Tambak Johor dan Bangunan Sultan Iskandar.
  2. Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint). Plaza tol Pantai: naik 50 sen dari RM1.50 kepada RM2 (naik 33) dan Plaza tol Damansara: naik 30 sen dari RM1 kepada RM1.30 (naik 30%).
  3. Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh)(Lebuhraya E12): Kadar tol dinaikkan sebanyak 50 sen bagi kereta - dari RM1.50 hingga RM2 (naik 33%).
  4. Kadar tol Lebuhraya Sungai Besi (Besraya)(Lebuhraya E9): Kadar tol dinaikkan sebanyak 10 sen bagi kereta - dari RM1.30 kepada RM1.40 (naik 7.7%). Bayaran hanya dibuat di Plaza Tol Mines kerana Tol Salak Selatan Jaya telah ditutup mulai semalam.
  5. Lebuhraya Baru Pantai (NPE)(Lebuhraya E10): Kadar tol dinaikkan sebanyak 40 sen bagi kereta - dari RM1.60 kepada RM2 (naik 25%).

Sumber : Malaysiakini

----------------------------------------------------------------------------------

Lepas ini kita akan kedengaran di televisyen dan di dada - dada akhbar kenaikkan ini teramat kecil berbanding dengan negara - negara lain.

Akhir kalam..UNDILAH BARISAN NASIONAL

----------------------------------------------------------------------------------

TOL TAK JADI NAIK..SEBAB BN TAKUT UNTUK MENGHADAPI DUA PILIHANRAYA KECIL NANTI KERANA BN SUDAH JANGKAKAN MEREKA PASTI AKAN KALAH KELAK..

Selasa, 24 Februari 2009

Api Perkauman Mula DiTiup

Apa lagi yang mereka mahukan? Pergaduhan sesama rakyat Malaysia? Pembunuhan sesama rakyat Malaysia?

Ya, saya yakin orang Islam khasnya yang berbangsa Melayu tidak lagi terpengaruh dengan dakyah kotor oleh Umno dan Barisan Nasional. Terbaru dari Utusan Melayu, mereka cuba mengapikan api persengketaan agama namun telah dibantah oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah menafikan laporan akbar Utusan Malaysia hari ini bahawa kerajaan negeri tersebut telah menubuhkan majlis perundingan antara agama tahun lalu."Semua itu satu pembohongan... kita tidak ada majlis seumpama itu," katanya kepada pemberita di Parlimen hari ini.Katanya, beliau telah mengarahkan peguamnya supaya memfailkan saman fitnah terhadap akhbar tersebut kerana menyiarkan berita yang tidak benar."Dan jika mereka mempunyai sebarang bukti yang kita menubukan majlis seumpama itu, maka bawalah ke mahkamah," katanya. Utusan Malaysia menyiarkan di muka depannya laporan bahawa kerajaan Pulau Pinang telah menghina Islam dengan penubuhan majlis perundingan antara agama.Akhbar tersebut memetik Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Shabudin Yahaya sebagai berkata, cubaan menyamakan Islam dengan fahaman agama lain ternyata menghina Islam dan tindakan seperti itu mesti dihentikan.

sumber : Malaysiakini

Apa lagi yang Umno dan Barisan Nasional mahukan?

p/s Tunggu entry seterusnya..orang melayu dan cina sebenarnya bersaudara.

Cerdiknya Najib Ni

KUALA LUMPUR 23 Feb. - Kemerosotan nilai portfolio Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) sebanyak 20.18 peratus atau RM18 bilion bukan satu kerugian sebenar, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.Timbalan Perdana Menteri berkata, ia sebenarnya kemerosotan nilai saham syarikat milik (GLC) yang tersenarai di bawah Khazanah secara keseluruhan berpunca daripada kemerosotan pasaran saham global.Beliau yang Menteri Kewangan berkata, secara dasarnya, kedudukan kewangan GLC yang dikuasai Khazanah kekal kukuh dengan nilai aset boleh direalisasikan (RAV) berbanding liabiliti sebanyak 1.9 kali ganda.

Sumber : Utusan Malaysia
----------------------------------------------------------------------------------

Cerdiknya dia nie..RM 18 Bilion dia kata tak rugi..hai apa la nasib kita dapat leader yang teramat "cerdik" macam ni.

Sepang Drag Battle

Sepang Drag Battle telah kembali!!

Buat semua para pelumba dan mekanik..siapkan enjin anda sekuat - kuatnya. Tahun ini tahun mencabar. Dengar khabar cerita Mitot dengan keretanya telah siap dengan VTEC Turbo 1000hp, Dixon dari GT Auto pasti bangkit untuk menyahkan Ah Lai R-Engineering dan sudah pasti Ah Lai akan memastikan kejuaraan selama 3 tahun berturut - turut kekal di tangannya. Apakah proDRAG suatu ketika dahulu terkenal dengan julukan King Of Drag pada zaman Nilai 3 akan kembali merampas kejuaraan ini?

Untuk kategori VTEC siapa pula akan menggantikan tempat Wan Congo yang telah menjual kereta - keretanya? Untuk kelas F mampukah MIVEC memberi saingan kepada VTEC?

Apa pun kita tunggu sahaja apabila kejohanan itu bermula

Ladies n Gentlemen get ready your machine!!!


SEPANG DRAG BATTLE 2009

  1. 14th April
  2. 2nd May
  3. 18th July
  4. 31st October
  5. 8th November

p/s sorry gua nk rest dari citer politik jap hehe..kejap je

Isnin, 23 Februari 2009

Perhimpunan Anti SPRM Dikudakan

Himpunan Anak Muda Malaysia
Protes SPRM - seronok jadi kuda kelompok politik
25 Febuari 2009, Rabu
11.00 pagi
Depan Pejabat SPRM Putrajaya.

Perhimpunan ini adalah untuk membantah dwi-standard yang dilaksanakan oleh SPRM terhadap kes - kes rasuah. Longgokan kes - kes rasuah khasnya melibatkan Khir Toyo tidak pernah ada satu kenyataan daripada Pengerusi SPRM Ahmad Said (dimana anaknya ditangkap di Melbourne kerana menyeludup bahan porno). Tapi kes rasuah yang dilaporkan oleh pihak yang menyokong Khir Toyo dengan segera siasatan dijalankan dan kenyataan dikeluarkan.

Mari anak - anak muda sekalian. Pergi ke Putrajaya.!!

Jumaat, 20 Februari 2009

Siapa Yang Ajar Kami Derhaka? Part 4

Saya sebenarnya sudah muak nak bicarakan soal siapa yang menderhaka. Sekarang ini panas isu derhaka. Pakatan Rakyat dikatakan menderhaka angkara isu perampasan kuasa di Perak. 10,000 rakyat Perak berhimpun membantah majlis angkat sumpah MB "HARAM" Perak yang baru dikatakan menderhaka.

Media membuat fitnah Anwarlah dalangnya (so what). Media terus - menerus memainkan isu ini. Khir Toyo, Hishamuddin Hussien, Pemuda Umno, persatuan - persatuan terpekik terlolong menjerit isu ini sila klik di sini.

Tapi kita jangan lupa baru hari ini pembangkang atau Pakatan Rakyat menderhaka. Kalau ikutkan sejarah Umno dan BN yang paling banyak menderhaka.

Sila tanya Annuar Musa.
Sila tanya Mahathir Mohamad.
Sila tanya Khir Toyo atas isu Allahyarham Zakaria Md Deros.
Sila tanya Idris Jusoh.
Sila tanya pemuda Umno Terengganu.
Sila tanya Pak Lah apabila meminta Agong jangan sibuk isu di Terengganu.

Ingat, mereka inilah yang paling banyak menderhaka. Kenapa mereka ini tidak dihukum.

Lihatlah gambar ini..gambar ini menjawap segala - galanya. Buat penyokong Pakatan sebarkan gambar ini biar orang di kampung sedar kejahatan Zionis mereka ini





Umno jangan hipokrit!!

Rabu, 18 Februari 2009

Perak Bergolak Kembali..Hahaha

MB dan semua exco Perak digantung hadiri sidang DUN
Feb 18, 09 6:50pm

Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini menggantung Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir daripada menghadiri sidang dewan selama 18 bulan, manakala kesemua enam exconya digantung selama 12 bulan.

Keputusan itu diumumkan oleh Speaker DUN Perak V Sivakumar selepas selesai bersidang hari ini.

Perkembangan terbaru ini akan melontarkan Perak ke dalam satu lagi krisis, selepas Barisan Nasional (BN) mengambil alih kerajaan negeri awal bulan ini.

sumber : Malaysiakini

---------------------------------------------------------------------------------

Sekali lagi Negeri Perak bergolak. Speaker DUN Perak V.Sivakumar telah menggantung mereka. Jika BN mahu memecat Speaker DUN Perak tersebut hanya dengan satu cara. BUBARKAN DUN PERAK!! HANYA ITU SAHAJA CARANYA UNTUK MELANTIK SPEAKER BARU.

Mampukah BN menghadapi pilihanraya sekali lagi?? Dengan pungutan suara sebanyak 74 % rakyat negeri Perak yang mahukan sekali lagi pilihanraya mampukah BN menahan gelombang kebangkitan rakyat negeri Perak.

p/s Umno pasti akan menggunakan taktik sama ketika merampas tampuk pemerintahan dari PAKATAN RAKYAT..Apa pun kita nantikan saja gerak langkah Najib dan para PANGLIMA daripada PAKATAN RAKYAT..


Isnin, 16 Februari 2009

Khir Toyo Yang Kaki Rasuah




Jadual ini menunjukkan betapa rakusnya YB-YB yang berada dalam kerajaan negeri pimpinan Khir Toyo.

Jadi buat rakyat negeri Selangor tekadkan hati anda..Jangan sokong Khir Toyo lagi dan BN.

Khir Toyo Kemaluan!!

By Shannon Teoh

KUALA LUMPUR, Feb 16 — Barisan Nasional (BN) leaders today expressed sympathy towards Selangor state executive council member Elizabeth Wong who is embroiled in a nude picture scandal.

Wong had last night lodged a police report after it surfaced that nude photos of her, apparently lifted off a video taken without her knowledge, had been distributed to several news organisations.

This comes despite Pakatan Rakyat (PR) believing that a witchhunt is being perpetrated by Barisan Nasional (BN) in a bid to topple its Selangor government.

On the back of the takeover of the Perak state government, speculation is rife that BN will also make a move to get Selangor assemblymen to cross over.

De facto Parliament Minister Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz appeared to distance BN from any involvement in the circulation of the photos, saying he hoped the Bukit Lanjan assemblyman would “find the strength to endure this and ignore it.”

“This should not happen because she is an elected representative and is doing her job as one. To bring her down through such method is not good,” he said.

sumber : The Malaysian Insider

---------------------------------------------------------------------------------

Si jowo yang buat plastic surgery untuk memancungkan hidungnya (bermoral ke). Orang - orang BN sendiri pun tak gemar cara nak menjatuhkan orang dengan cara mendedahkan aib orang..Lagi satu Khir Toyo Yang Berkhidmat Eli tu cina kristian lantak pi kat dia la dia nk buat apa..Jangan samakan dia dengan Chua Soi Lek..Chua Soi Lek terang - terang lakukan hubungan seks..Ada kau nampak Eli lakukan hubungan seks? Ada kau nampak dia mengerang kesedapan? Gambar itu dia tidur..macam - macam spekulasi yang boleh kita keluarkan..

So Khir Toyol opss Toyo jangan la nak main isu bogel - bogel nie..malu aihh..ermm kalau anak Najib peluk minah orang putih kau suruh tau Najib letak jawatan..sebab anak sendiri tak bermoral ni kan pulak nak jaga negara..lagi haru bro..



p/s perkara yang tersirat tidak sesuai dan tidak elok untuk didedahkan malah dalam agama Islam melarang perbuatan terkutuk seperti ini...sila rujuk fatwa bekas Mufti Perlis Dr.MAZA ketika beliau mula - mula jadi mufti..

Siapa Yang Ajar Kami Derhaka? Part 3

Lagi bukti kukuh siapa yang mulakan penderhakaan kepada Sultan. Adakah PAS, KeADILan, Anwar Ibrahim, Nizar, rakyat Perak atau Umno sendiri?

Anda lihat sahaja keratan akhbar pada tahun 1990an ketika krisis Umno dan Istana tengah hangat..





Siapa yang lebih derhaka dan mencabut kekebalan raja - raja? SIAPA?

Ahad, 15 Februari 2009

Belasungkawa buat Pak Yahya Nasim

Tokoh kemerdekaan negara Pak Yahya Nasim yang aktif bersama Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) menghembuskan nafasnya yang terkahir pagi tadi.

Jika and pernah menonton filem dokumentari “Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka”, ada akan dapat mendengar pengalaman-pengalaman yang dikongsikan oleh Pak Yahya Nasim.

Beliau akan dikebumikan selepas Zohor di Tanah Perkuburan Sungai Kantan, Kajang.

Al-Fatihah buat arwah. Takziah kepada keluarga.

Malaysia kehilangan seorang lagi tokoh kemerdekaan negara sebelum sempat untuk meletakkan mereka ditempat yang sepatutnya!!!


sumber : Amin Iskandar a/k/a Black

Jumaat, 13 Februari 2009

Sokongan Kepada Sultan??

BN Youth to rally for royals Feb 19

KUALA LUMPUR, Feb 12 - The Barisan Nasional Youth is planning a massive rally for the Malay Rulers at the Putra World Trade Centre on Feb 19 to pledge undivided loyaty and support for the country's constitutional monarchy in the wake of the Perak political and constitutional crisis.

Halo Hisham, kau sedar tak apa kau cakap ni...aku tak pergi jauh sampai ke tahun 1990an, aku pergi tahun 2008 je...jap aku letak gambar ek..


MASA INI PEHAL KAU TAK DEMO JE!!!

BINCHEK LU!!

Najib Bicara Soal Kembalikan Semangat Juang

KUCHING 12 Feb. – Datuk Seri Najib Tun Razak menggariskan empat faktor yang perlu dijadikan panduan untuk umat Islam di negara ini dalam menghadapi cabaran-cabaran semasa dan hari mendatang.

Empat faktor tersebut ialah:

-Memantapkan modal umat Islam melalui pendidikan dan ilmu pengetahuan (cara-cara nak kahwin dengan bini orang, cara-cara nak beli kapal selam dan sukhoi dengan dapat komisyen, cara-cara nak tutupkan kesalahan dengan cara bomkan si mangsa dengan pakai C4. Kemudian bodohkan rakyat kata kami derhaka sebab kami betul, mereka derhaka sememangnya jahat)

-Menyuburkan kembali semangat juang dalam kalangan masyarakat Islam terutamanya generasi baru. (Generasi baru harus ada semangat juang yang tinggi dan hanya perlu sahaja, sebagai contoh kalau aku derhaka panggil sultan NATANG kita diam, tapi kalau rakyat lawan sultan kita pula bising dan berjuang...ermm korang paham kot)

-Menguasai ekonomi. (setiap jual beli barang untuk negara ini harus ada komisen untuk aku)

-Memperbaiki budaya kerja dan amalan hidup. (ya budaya kerja kalau salah aku, orang lain yang patut kena dan amalan hidup kalau salah aku dah bertambah buruk maka bomkan saja dengan C4)

As-Syeikh Al-Ustaz Najib Al-Antuya (Mufti Kerajaan Mongolia)

Khamis, 12 Februari 2009

Siapa Yang Ajar Kami Derhaka? Part 2



Ingat lagi gambar ini..Patrick Lim aka Patrick Badawi terima sembah hormat dari tauke Ferrari..ya orang Umno akan cakap Patrick ajar si tauke tu cara nak sembah Sultan ketika itu..apa orang dalam istana tak reti nak buat ke? Bayangkan kalau ini Nizar, Anwar, Hishamuddin Rais yang ajar?? Pehhh meletup dalam media perdana yang dah jadi penjilat Umno

Sapa lagi besar derhakanya??

Tanah : Antara Rakyat Malaysia Dengan Rakyat Luar

Tanah selalu digunakan untuk pelbagai tujuan. Antaranya untuk pertanian, kawasan perumahan, kawasan industri dan lain - lain. Sememangnya Allah telah menciptakan bumi ini untuk makhluknya khasnya manusia untuk berbakti dan menduduki bumi yang sangat indah ini. Tuhan telah menjadikan manusia ini terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama untuk menduduki bumi ciptaanNya dengan aman dan untuk saling kenal - mengenali antara satu sama lain dan bagi umat Islam harus disebarkan agama ini kemerata pelusuk dunia dan ini yang saya pelajari ketika di tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, kolej, surau, masjid, dan di kedutaan Arab Saudi. Malah ketika mengikuti kelas - kelas falsafah oleh Hishamuddin Rais di Bangsar Utama juga menekankan bahawa pentingnya untuk kita berbaik sangka antara satu sama lain supaya dunia ini lebih aman.

Namun, semua itu macam tidak terpakai apabila melihat situasi yang berlaku di bumi Malaysia tercinta ini. Kasih sayang sesama rakyat yang berbilang kaum dan agama ini hanya dapat dirasai ketika menjelang suasana perayaan sahaja namun apabila tiba soal tanah dan pendudukan, permusuhan yang sengaja direkacipta dapat dirasai. Apabila tanah ini mula diberikan kepada yang bukan Melayu mula kita kedengaran soal Ketuanan Melayu. Demonstari yang mengancam keamanan mula dicetuskan oleh mereka yang kononnya memperjuangkan Ketuanan Melayu. Dengan segera kita akan kedengaran slogan - slogan yang mencetuskan api permusuhan perkauman. Kenapa ini harus terjadi?

Saya ingin menanyakan beberapa persoalan kepada mereka yang terlalu memperjuangkan Ketuanan Melayu. Antara Cina Malaysia dan Cina Singapura yang mana lebih layak untuk diberikan tanah. Antara India Malaysia dan India yang tinggal di India yang mana lebih layak untuk diberikan tanah. Antara Cina Malaysia dengan mat - mat saleh yang mana lebih layak untuk diberikan tanah. Antara India Malaysia dengan mat - mat saleh yang mana lebih layak diberikan tanah.

Ya, saya merujuk semua pernyataan tersebut kepada apa yang berlaku di Malaysia. Di Pulau Pinang lihat sahaja berapa ramai orang Singapura, Hong Kong, Taiwan dan beberapa tempat lagi diberi peluang untuk menduduki tanah di pulau tersebut. Bagaimana mereka dapat menduduki tanah tersebut? Ini semua dasar perumahan yang dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin oleh Gerakan dan disokong oleh UMNO. Lihat berapa banyak tanah orang Melayu tergadai di Balik Pulau. Lihat bagaimana orang Melayu yang pada asalnya merupakan penduduk asal di Pulau Pinang terpaksa meninggalkan pulau tersebut dan berpindah ke tanah besar kerana tidak mampu lagi membeli rumah yang terlampau mahalnya. Sengaja kerajaan negeri menaikkan harga rumah kerana semata - mata mahu mengaut keuntungan yang tinggi tanpa menghiraukan nasib rakyat yang menduduki kawasan tersebut dan yang menjadi mangsa orang Melayu kerana bangsa ini sebenarnya tidak pernah dibantu oleh UMNO. UMNO hanya menggunakan nama bangsa ini untuk membeli saham berjuta - juta ringgit (Lihat KJ yang membeli saham ECM Libra), menggunakan nama bangsa ini kerana ingin membelasah kontrak - kontrak yang dikeluarkan oleh kerajaan. UMNO menggunakan nama bangsa ini hanya kepentingan ahli mereka sahaja yang kebanyakkan tidak layak untuk mendapat bantuan keistimewaan ini. Tapi cuba bayangkan kalau tanah ini diberikan kepada kaum lain yang bukan menjadi penyokong mereka sudah pasti laungan keramat keparat Ketuanan Melayu akan kembali berkumandang. Wayang yang dilakukan oleh UMNO Pulau Pinang hanyalah lebih kepada projek - projek yang tidak dimiliki oleh kroni - kroni mereka kerana kebanyakkan projek di Pulau Pinang telah disebat oleh GERAKAN. Tapi kalau sesuatu projek itu dapat kepada kroni - kroni mereka hatta tanah itu diberikan kepada orang luar lupa segala laungan Ketuanan Melayu dan itulah yang berlaku di Pulau Pinang.

Nun jauh di selatan tanah air kita, bakal terdirinya Wilayah Pembangunan Iskandar. Umum diketahui, tanah - tanah di sana boleh dibeli oleh orang luar untuk tujuan pembangunan ekonomi dan pembangunan. Namun tiada satu pun suara yang membantah. Suara yang membantah ketika kerajaan Pakatan Rakyat Perak memberikan tanah hak milik kekal selama 999 tahun kepada orang Cina tidak pula membantah ketika kerajaan BN membuat benda yang sama kepada tanah di Johor malah telah membenarkan orang asing membeli tanah - tanah Wilayah Pembangunan Iskandar. Namun boleh dikatakan tiada langsung suara yang membantah. Mereka semua bersetuju dengan dasar itu dengan atas nama pembangunan. Kerana apa mereka bersetuju kerana projek maha mega ini turut dapat dikaut oleh kroni - kroni gerombolan UMNO. Mereka lebih rela melihat tanah Malaysia ini dijual oleh kepada orang asing daripada diberikan kepada rakyat Malaysia sendiri yang terdiri daripada bukan Melayu. Inilah penipuan yang dilakukan oleh UMNO dan Barisan Nasional. Mereka hanya berjuang apabila mereka melihat peluang membuat duit sudah tiada. Laungan Ketuanan Melayu hanya dipakai untuk menaikkan imej politik mereka sahaja. Mereka akan lupakan seketika laungan Ketuanan Melayu apabila peluang membuat duit berjuta - juta ada didepan mata. Mereka senyap dan diam hatta tanah Malaysia yang tercinta ini mula diambil oleh orang asing.

Kalau di Perak mereka menyalak sekuat - kuatnya. Kononnya MB Nizar menjual tanah Perak kepada orang Cina. Mana yang lebih mulia, tanah diberikan kepada orang Cina MALAYSIA atau kepada bangsa asing seperti mana di Pulau Pinang dan WPI? Saya pasti mereka iaitu juak - juak UMNO akan membantah penulisan ini dengan mengatakan WPI itu tujuannya atas nama pembangunan. Ya pembangunan sampai tanah sendiri tergadai kepada bangsa asing. Ya perjuangan melayu apabila projek tak dapat. Ya perjuangan lebih rela melihat rakyat Malaysia yang hendak diberikan tanah dibantah sekeras - kerasnya.

Ini belum lagi dilihat program menjadikan Malaysia rumah kedua kepada warga asing. Sila klik di sini. Walaupun atas nama pembangunan dan atas nama ingin memacu ekonomi namun kerajaan Malaysia lebih rela melihat rakyat Malaysia tidak mampu memiliki kenderaan dan rumah. Mana pergi suara kononnya pejuang Melayu untuk membantah dasar ini.

Sedih dan sememangnya sedih dengan situasi ini. Melayu, Cina, India dan lain - lain semuanya rakyat Malaysia. Kenapa harus mereka ini ditindas. Kenapa warga asing tidak ditindas sebagaimana mereka yang bukan Melayu? Kenapa? Saudara - saudari sekalian boleh menjawap persoalan ini...

HIDUP RAKYAT!!

Najib Bicara Soal Pemimpin Muda Harus Berkualiti

PUTRAJAYA 11 Feb. - Barisan pemimpin muda perlu memiliki kualiti kepimpinan sebenar ke arah memperkasakan lagi sektor perkhidmatan awam pada masa depan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.Timbalan Perdana Menteri berkata, kemampuan golongan tersebut bukan setakat mengenal pasti objektif utama organisasi, tetapi juga berupaya memastikan setiap kakitangannya bekerja ke arah yang ditetapkan.''Bila membuat sebarang cadangan penyelesaian kepada masalah yang timbul, fokus kepada perkara yang jelas dan mudah difahami oleh kakitangan.''Keduanya, mereka perlu berupaya memberi rangsangan kepada kakitangan untuk mencapai sasaran dan memberi fokus untuk mereka menyelesaikan masalah yang utama," katanya. (Sumber Utusan Melayu)

Siapa kamu untuk bicarakan soal kualiti? Bagaimana orang muda mahu jadi pemimpin kalau pemimpin (bagi aku kau bukan pemimpin aku) yang sedia ada telah memberi contoh yang tidak baik. Dari zaman mudanya hinggalah sekarang senantiasa diselubungi kontroversi. Dari ambil isteri orang hinggalah ke C4. Dari jawatan Menteri Besar hinggalah merampas jawatan Menteri Besar Perak dengan cara yang cukup jijik.

Orang muda yang taksub dan bengong pasti akan mengatakan tindakan anda betul dan benar. Jika ramai yang beranggapan begitu adakah itu corak kepimpinan berkualiti yang anda inginkan wahai Najib. Tiada lagi bekerja mengikut peraturan, sanggup membunuh untuk menutup kesalahan diri sendiri, sanggup membelakangkan undang - undang, sanggup tipu untuk mengaut keuntungan berbilion ringgit, dan yang penting takutkan isteri.

Najib, kamu tidak layak bicara soal kualiti kerana kamu tiada apa pun yang berkualiti. Buat juak - juak Umno, Perwaris tolong beritahu apa baiknya Najib ini.

Sudahlah Najib, dua pilihanraya kecil pun tak mampu nak pimpin inikan nak tadbir soal negara...

Porraahhhh!!!

Rabu, 11 Februari 2009

K'jaan Pakatan Perak berjaya selesai isu-isu tertunggak

Sepanjang 10 bulan mentadbir Perak, kerajaan negeri telah dapat menyelesaikan dalam masa yang singkat, isu-isu yang sudah lama tertunggak, kata Presiden Majlis Peguam, Datuk S Ambiga.

Katanya, antara isu-isu yang dapat diselesaikan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat Perak ialah ialah:

  1. Sebagai menteri besar, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin membatalkan kesemua aktiviti membalak dan perladangan di kawasan Orang Asli di sekitar Gopeng yang menjejaskan lebih 2,000 penduduk Orang Asli.
  2. YB Sivanesan mengumumkan pemulangan kira-kira 400 ekar tanah nenek moyang Orang Asli kepada masyarakat tersebut, yang telah diperuntukan untuk aktiviti pembalakan oleh kerajaan sebelumnya di Mukim Teja dekat Gopeng.
  3. Kerajaan negeri telah mengumumkan pemulangan kira-kira 500 ekar tanah nenek moyang Orang Asli kepada masyarakat Orang Asli Kampung Chang Sungai Gepai di Bidor, yang telah diperuntukkan sebagai tapak Taman Botani, oleh kerajaan sebelumnya.
  4. Sebuah pasukan khas mengenai hak tanah Orang Asli ditubuhkan untuk mengiktiraf secara rasmi semua tanah adat Orang Asli di Perak. Pasukan itu mempunyai dua peringkat. Peringkat kedua dikendalikan secara eksklusif oleh masyarakat Orang Asli sendiri dan dewan mesyuarat di bangunan SUK disediakan untuk kegunaan Orang Asli.
  5. Kerajaan negeri telah melantik seorang pegawai khas Orang Asli bagi negeri Perak yang ditugas untuk menyelesaikan semua masalah yang dihadapi Orang Asli di negeri tersebut.
  6. Mengadakan siri perbincangan dengan rakyat dan NGO mengenai aktiviti pembangunan di Ipoh. Sebagai contohnya, pandangan awam diminta berhubung cadangan pembangunan Pasar Yau Tet Shin.
  7. Penduduk Melayu dan Cina di kampung baru dan kampung tersusun diberi hakmilik kekal secara berperingkat.

Umno dan Barisan Nasional??? Boleh ke?? Orang Asli pun tak mampu tak jaga...ini nak jaga negeri...

p/s jangan lepas ini kata Orang Asli bukan bumiputera pula....

sumber : Malaysiakini

Selasa, 10 Februari 2009

Demo Bukan Budaya Kami!!



aik sekarang budaya sapa plak?? Korang ingat kan sapa yang pernah kata macam tu kan..sapo plak yang jadi beghok nie? Poning palo den...

sumber : hanief.blogspot.com

Kata - Kata Hang Jebat

Kata-Kata Hang Jebat

"Jangan! Jangan sembah aku. Aku bukan gila disembah. Aku bukan sebagai Sultan
Melaka yang mengagung-agungkan pangkat dan kebesarannya. Aku Jebat, rakyat
biasa. Pangkat aku untuk kepentingan rakyat. Bergerak aku untuk membuat jasa
kepada rakyat, dan aku rela mati untuk rakyat.. kerana aku mahu keadilan,
keadilan. Keadilan..."


walaupun cerita Hang Jebat derhaka ini tidak pernah wujud dalam realiti sejarah negara kita. Sila klik di sini dan cari perkataan Hang Jebat dan anda dapat saksikan bagaimana Hang Jebat itu wafat...tapi sengaja aku post kan kata - kata ini..Sejarah Hang Jebat telah diputar belit oleh Sultan pada tahun 1876 yang kemudiannya telah mengarahkan penulis upahan untuk mereka cipta sejarah fantasi agar rakyat ketika itu jangan menderhaka kepada Sultan.

Namun kita pada hari ini dan terpengaruh dengan sejarah tersebut mula sedar apa yang Hang Jebat buat itu ada baiknya..keadilan harus ditegakkan tak kira apa pangkat kamu sekali pun..

p/s ada baiknya juga..kata - kata Hang Jebat ini boleh menaikkan semangat rakyat

2 Perang Besar Bakal Tercetus

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham YB Roslan. Berdoalan kalian agar suami dan ayah kalian ditempatkan dikalangan orang - orang yang beriman..Ameen Ya Allah.

Kedua, salute pada YB Arumugam kerana tidak mahu mengikuti perangai dua ekor pengkhianat yang tidak tahan dengan tekanan dari pihak BN khasnya Najib lantas sanggup melompat masuk BN. YB Arumugam meletakkan jawatan agar pilihanraya kecil dapat diadakan dan seterusnya dapat mengajar aparat BN dan Najib.

Peperangan di Bukit Gantang dan Bukit Selambau merupakan peperangan rakyat. Rakyat telah memilih calon dari Pakatan Rakyat. Sudah pasti apabila kawasan - kawasan ini dikosongkan, rakyat akan membuat pilihannya sekali lagi. Harapan sudah pasti agar kerusi ini dikekalkan kepada Pakatan Rakyat. Kerana apa kerusi - kerusi ini harus dikekalkan? Kerana umum diketahui, Bukit Gantang berada didalam kawasan negeri Perak yang baru sahaja kita saksi satu perbuatan keji rampasan kuasa secara jijik oleh Najib. Bukit Selambau, bekas YBnya meletakkan jawatan kerana risaukan keselamatan keluarganya yang sering diganggu oleh pencacai Najib, beliau pernah diancam untuk diculik, keretanya pernah disimbah cat. Wajib rakyat Malaysia mencampakkan orang yang jahat seperti Najib ini ke Laut China Selatan dan benamkannya ke dasar laut.

Bukit Gantang dan Bukit Selambau bakal menyaksikan pertempuran rakyat melawan Zionis Malaysia iaitu BN. Bukit Gantang bakal menjadi medan di mana rakyat akan membuktikan kepada Sultan Perak sememangnya rakyat mahukan Pakatan Rakyat bukannya Barisan Zionis. Bukit Selambau bakal menyaksikan rakyat akan mengajar BN jangan sesekali membuat onar di dalam negeri jelapang padi tersebut.

Sudah pasti isu yang bakal dimainkan oleh pencacai BN adalah Pakatan Rakyat penderhaka. Kita balas kembali siapa yang ajar kami untuk derhaka dan membolehkan penderhakaan ini. Jangan lupa siapakah yang telah menarik kuasa imuniti raja - raja dan memburukkan mereka ketika isu itu panas diperkatakan, jangan lupa kerja sapa yang telah menabal sultan baru di Kelantan, jangan lupa siapa yang telah memanggil Yang Dipertuan Agong Sultan Mizan sebagai binatang (natang). SIAPA? Perwaris siapa yang mulakan..sila jawap? Umno..siapa yang mulakan dahulu..sila jawap?

BN dalam kepanasan sekarang ini. Najib bakal disembelih oleh rakyat di dua kawasan ini. Dia akan dihina di mana saja beliau berada ketika pilihanraya ini dilaksanakan. Rakyat Perak sememangnya sangat menunggu dia. Rakyat Kedah sesungguhnya panas hati kerana ugutan yang dia lakukan sudah melampaui batas.

Apakah Najib akan diburu di mana sahaja beliau? Wahai Rakyat Perak dan Kedah. Gempurlah Barisan Nasional (Zionis) dan Najib habis - habisan.

Isnin, 9 Februari 2009

Siapa Yang Ajar Kami Menderhaka??

Ya,
Siapa yang ajar kami derhaka?



Buat juak - juak perwaris, Umno...ingat kembali peristiwa ini..ingat ya!!!
Jangan buat - buat lupa pula!!

Sabtu, 7 Februari 2009

Si Pengecut!!!

IPOH, Feb 7 — The tense atmosphere in Perak has prompted Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Razak to skip Chinese New Year festivities in the Perak state capital.

Najib was scheduled to attend a new year dinner at SRJK (C) Yuk Choi in Ipoh but will now remain in Kuala Lumpur.

No official reason was given but The Malaysian Insider understands that it was to avoid aggravating an already tense situation.(The Malaysian Insider)

--------------------------------------------------------------------------------

Hoi Pengecut!! Masa nak buat kerja gila kau tak fikir panjang pula..ingat Tarikh 5/2/2009 Najib..Tarikh ini kau akan kenangkan kerana kau dibenci sebelum jadi PM dan kebencian ini akan membuak-buak...

Sila Klik di sini. Kenapa Sultan sekarang tak pernah tolong rakyat. Ini khas untuk Perak.

Pahlawan - Pahlawan Muda Yang Berani

Semalam rakyat bangkit di Kuala Kangsar. Polis menahan sembilan dari mereka. Sememangnya setiap krisis akan melahirkan lebih ramai pejuang.

Sembilan orang yang ditahan ialah:

Yusuf Jaafar,

Muhammad Faiz Muhammad Arshad,

Muhammad Ismail SM A. Kadir,

Pat Latif Mansur,

Isha Riduan Ishak,

Idris Muhammad Amin,

Adi Helmy Muhammad Nasir,

Meor Safizal Meor Muhammad Amin dan

Zulhaizam Zulkifli.

Kepada pejuang-pejuang yang ditahan, diharapkan agar terus tabah. Mereka tidak bersendirian. Perjuangan masih lagi panjang.

Salute kepada mereka-mereka yang berani!!!

sumber : Amin Iskandar

Bersalahkah Anwar Bin Ibrahim?

Ketika keputusan pilihanraya pada 8 Mac 2008 diumumkan, semua rakyat bersorak kegembiraan. BN hilang 2/3 majoriti, BN hilang 5 negeri, Samy Vellu kalah, Sharizat kalah, KJ pada kiraan awal kalah lepas itu menang dengan penurunan majoriti dengan begitu mendadak. Semuanya disambut dengan penuh rasa kegembiraan, tangisan, dan sambutan terhadap kemenangan tersebut diraikan dengan penuh rasa syukur.

Namun apabila kerajaan Pakatan Rakyat di Perak goyah dan telah dirampas kekuasaannya dengan tidak mengikut undang - undang. Mula kedengaran suara - suara busuk mengeji Anwar Bin Ibrahim. Ada yang mengatakan beliau tidak pandai memilih calon. Ada yang mengatakan sebab beliau yang sibuk - sibuk cakap fasal 16 September maka inilah hasilnya. Perak hilang.

Bezanya Anwar dan Najib adalah Anwar mahu peralihan kuasa itu dilakukan dengan cara mengikuti undang - undang. Anwar telah meminta agar Pak Lah memanggil satu sidang khas parlimen dijalankan. Adakah Pak Lah akur dengan tuntutan beliau, sudah pasti tidak. Kenapa tidak akur kerana Pak Lah tahu pasti ada beberapa Ahli Parlimen BN yang akan memberi undi tidak percaya kepada beliau. Speaker Dewan Rakyat juga telah beberapa kali menolak usul undi tidak percaya yang diusulkan oleh Pakatan Rakyat. Anwar tidak gopoh seperti mana Najib. Anwar tidak menculik dua Adun KeADILan dan membawanya ke Pekan. Anwar tidak terus memaksa Agong memecat Pak Lah. Anwar tetap mahu melakukannya dengan mengikut perlembagaan negara. Kerana apa? Kerana beliau tidak mahu peralihan kuasa itu berlaku dengan kekacauan. Lihat di Perak. Apabila kekuasaan itu dilakukan tidak mengikut perlembagaan Sultan sendiri terasa bahananya. Itulah yang membezakan upacara LOMPAT ANWAR dengan NAJIB.

Apabila terjadinya pembelotan oleh dua Exco KeADILan, segera tampil beberapa insan yang mengutuk Anwar Bin Ibrahim kerana tidak pandai mengenal calonnya itu. Baik, biar saya berikan beberapa contoh. Contoh yang pertama, ibubapa mana yang tidak mahu anaknya menjadi insan yang berguna. Anak - anak diberi didikan supaya mereka tidak menjadi gangster, amanah, tidak rasuah, tidak bunuh orang dengan C4, tidak bunuh orang di penjara dan bermacam lagi perkara buruk yang tidak terjadi kepada mereka. Tapi apabila anak - anak itu tetap juga menjadi jahat adakah ianya salah ibubapa. Nabi Nuh a.s juga gagal mendakwah anak dan isterinya. Adakah Nabi Nuh a.s gagal? Tidak, ini semuanya berlaku diluar jangkaan kita. Contoh kedua, apabila si suami berkahwin dengan isterinya sudah pasti mereka mahu perkahwinan mereka kekal dan bahagia senantiasa. Segala kasih sayang dan pengorbanan dilakukan dengan ikhlas dan dengan rela hati semahunya. Tapi jika si suami mempunyai perempuan simpanan adakah si isteri mengetahuinya. Bila si suami membawa perempuan simpanannya pergi ke mana - mana untuk melepaskan nafsunya adakah si isterinya tahu dan begitu juga sebaliknya. Semuanya ini berlaku diluar jangkaan kita. Kita bukannya Tuhan. Hanya Tuhan sahaja yang mampu mengenal makhluk ciptaanNya. Walaupun tarbiyah, usrah, sekolah, kelas - kelas diberikan kalau sudah ditakdirkan mereka menjadi jahat maka jahatlah mereka. PAS pernah hilang Allahyarham Asri Muda, Nakhaie. PRM pernah hilang Kassim Ahmad. DAP pernah hilang Lee Lam Thye. Adakah ini semua salah pucuk pimpinan. Tidak dapat dinafikan mungkin ada beberapa perkara yang menyebabkan mereka khianat. Tapi adakah mereka boleh menjangkakan. TIDAK!!

Saya merasa jijik dan sedih kerana beberapa insan yang telah mengutuk Anwar dan Pakatan Rakyat. Semua orang mahu melakukan terbaik. Tapi jika sudah begini suratan takdir apa yang kita boleh buat. Cukup sekadar kita menjadikannya sebagai iktibar dan pedoman. Jadikan peristiwa ini sebagai satu pemangkin semangat untuk terus berjuang mereka yang zalim ini. Perompak tidak akan berhenti merompak. Perompak tidak akan merompak ikut pintu depan sahaja. Mereka akan merompak dari semua segenap penjuru. Walaupun kita ada pengalaman dari tahun 1961 tapi mereka yakni Zionis Malaysia ini tidak akan berhenti merompak. Mereka akan menggunakan taktik - taktik yang licik sampai ada satu tahap menculik wakil - wakil rakyat kita. Tidak boleh beli RM 50 juta, diculiknya mereka.

Saya bukannya taksub dengan Anwar Bin Ibrahim. Tapi saya simpati dengan beliau kerana beliau bersungguh - sungguh untuk memastikan Malaysia selamat dari cengkaman Zionis Malaysia. Beliau bersungguh - sungguh membawa PAS dan DAP duduk semeja. Beliau bersungguh - sungguh membawa usul tidak percaya dan memanggil sidang khas Parlimen tapi tidak berjaya. Adakah ini salah beliau. Kita merancang wahai sahabatku. Selebihnya Tuhan yang menentukan.

Jadi buat mereka yang mengkritik yang keterlaluan terhadap beliau renung - renungkan. Kuatkan semangat dan teruskan berjuang. Buat mereka yang hanya duduk didalam pejabat yang berhawa dingin, di rumah dan yang tidak pernah berjuang hatta menampak poster di pokok ketika pilihanraya you can shut your mouth!!!!

Jumaat, 6 Februari 2009

Berita Terbaru : Perak 6







3.48 ptg
Oppsss ada lagi .. !!!
Terdapat satu kumpulan kira kira 700 orang berkumpul di dataran Kuala Kangsar. Di Roundabout menuju ke Istana.
jeritan "Hidup hidup ... hidup rakyat !!!" bergema.

3.41 ptg
Cuaca masih mendung dan berangin. Keadaan sudah sedikit reda. Masih kelihatan anggota FRU yang berkeliaran. Mungkin sedang mencari barang barang yang tercicir. MB haram mungkin sedang mahu di tabalkan. Tahniah Rakyat Perak kerana dapat MB mamak.

Terima kaseh laporan dari Angkatan Muda Keadilan dan Unit Amal yang menghubungi. Terima kaseh kepada Ketua AMK Gombak, Kota Raja, Kajang, Shah Alam dan Ketua Penerangan AMK Selangor. Terima kaseh juga kepada Ketua AMK PUsat, En Shamsul Iskandar dan Ketua AMK Selangor, En Jonah yang turut berada di tempat kejadian, meredah asap dan getir serangan dari FRU. Salam kepada semua penyokong Pakatan rakyat dan Unit amal yang turut memberikan laporan dan membantu ramai rakyat ketika kejadian. Takbir !!!

3.34 ptg
Orang ramai sudah tidak dapat bertahan. Mereka beransur bersurai. Ramai murid murid sekolah yang berada di persekitaran pengsan kerana gas pemedih mata. Rombongan para mangkok hayun akan di lepaskan ke arah istana Sultan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan sidang media khas di ibu pejabat PKR, Petaling Jaya jam 4.30 petang ini.

Polis berjaya memecahkan halangan para penyokong Pakatan Rakyat.

Sebuah kenderaan yang bernombor pendaftaran kuning (diraja) dibaling batu oleh penunjuk perasaan.

Sebahagian penyokong Pakatan Rakyat berhimpun di kawasan masjid.

3.29 ptg
Upacara doa berakhir, Laungan TakBIR !!! Bergema .. Allahuakbar !!!!
Kelihatan ada yang cuba menjenguk ke luar kawasan dan ada juga yang masih di dalam masjid sambul berehat. Ramai yang sudah pulih selepas pekena garam.

3.26 ptg
Upacara doa menjadi semakin kuat dengan pertambahan orang ramai yang masuk ke dalam masjid. Anilnetto melaporkan pengalaman ini sungguh berlainan sekali. Dia sedang berada di dalam masjid dan ramai lagi yang bukan Islam turut berteduh di kawasan masjid untuk selamatkan diri.

3.25 ptg
Imam masjid Ubudiyah sedang berdoa. Orang ramai yang berada di dalam masjid sedang mengaminkan beramai ramai. Keadaan di luar masih kedengaran siren polis dan bunyi tembakan gas pemedih mata.

3.23 ptg
Banyak tangkapan telah di buat. Tidak dapat di pastikan berapa ramai kah yang telah di tangkap. Keadaan sekarang berangin dan gas pemedih mata terus di lepaskan. Gas tersebut terbang di persekitaran masjid.

3.22 ptg
Kelihatan sejumlah orang baring di atas jalan menuju istana untuk menghalang sesiapa ke arah istana.
Sekejap tadi polis berjaya menyuraikan kumpulan 300 orang tadi.

3.18 ptg
Orang ramai seperti di sekat di dalam masjid. Mereka di kepung. Mereka yang masuk ke dalam masjid mengucapkan syukur alhamdulillah. MB gelap sudah tiba di depan masjid dan sedang cuba untuk lepas dari sekatan.

3.15 ptg
Raja Nazrin baru dapat melepasi sekatan rakyat yang berada di depan masjid. Kelihatan masih ramai yang berkumpul dan menghalang lalu lintas. Kelihatan kenderaan dif dif kehormat masih lagi di sekat. Keadaan di sana, mendung dan berangin. Gas Pemedih mata sudah merebak di bawa angin sekitar 1 kilometer jauhnya.

Anil netto beransur pulih. seorang wanita sudah memberikan segengam garam untuk di makan bagi menghilangkan kesan gas.

3.10 ptg
Pintu belakang masjid telah di buka. Kelihatan mereka yang cedera akibat gas pemedih mata di bawa masuk. Kelihatan juga Anilnetto turut berada bersama. Anil berada di bahagian tempat wanita sembahyang. Di rehatkan. Kelihatan kira kira 40 wanita sedang bersembahyang di sana.

3.07 ptg
FRU sekarang sedang mengejar orang ramai sehingga masuk ke kawasan masjid. Berpuluh puluh gas pemedih mata telah pun di lepaskan. Anilnetto .. blogger yang membuat lapuran di laporkan turut terkena.

Kelihatan orang ramai sudah mula membaling objek seperti kayu ke arah polis FRU.

3.04 ptg
Di laporakan Raja Nazrin baru sampai di hadapan laluan ke masjid dan laluan masih lagi sesak dengan rakyat yang cuba menghalang mereka terus ke istana. Siren polis kedengaran di sana sini. Laungan rakyat "Allahuakbar !!!" masih lagi kedengaran.

3.01 ptg
Di beritahu Raja Di Hilir telah tiba di tempat kejadian.
Gas pemedih mata terus di lepaskan. Orang ramai kelihatan cedera. Gas di lepaskan di luar dan di dalam masjid.
5 buah truck FRU telah berjaya melepasi bentang orang ramai dan menuju ke istana. Beberapa buah kenderaan yang sepatutnya pergi ke istana telah di sekat.
Di hadapan Masjid terdapat sebuah sekolah dan kanak kanak sekolah turut terkena gas tersebut.

2.56 ptg
Sebelum ini Najib dan Hisammuddin menjangkan beberapa buah negeri lagi akan jatuh ke tangan BN dengan cara yang sama. Melompat parti.
Lapuran di perolehi beberapa orang yang di maksudkan adalah
7 dari kedah, 12 dari penang dan 6 dari Selangor. Waspada !!!

2.53 ptg
Tembakan gas pemedih mata di lepaskan. Orang ramai berlari ke arah dalam masjid. Ketika ini kira kira 8 tembakan gas telah di lepaskan. Sementara itu, sebahagian lagi orang ramai terus berarak ke Istana Sultan.

2.50 ptg
Dilapurkan Lori FRU lebih dari 10 buah. mereka terus menghalang FRU dari melalui jalan tersebut yang menghala ke istana. Mereka terus duduk. Polis memberi amaran melalui pembesar suara tapi penyokong PR menjerit ke arah mereka semula.

2.46 ptg
Kira kira 2000 orang penyokong Pakatan Rakyat duduk di tengah jalan berhadapan dengan FRU. dan mereka menghalang jalan menuju ke istana.

2.15 ptg
6,000 orang berkumpul di luar Masjid Masjid Ubudiah selepas solat Jumaat bersedia untuk berarak ke Istana Sultan. FRU sudah bersedia sejak awal lagi. Selepas waktu Solat, mereka berkumpul diluar dan laungan Allahuakbar !! mula bergema.

Tidak lama kemudian, mereka mula keluar dan berhadapan dengan FRU. Laungan Hancur hancur hancur UMNO !! Hidup, hidup, hidup Rakyat turut berkumandang.

500 orang bergerak berasingan di hadapan bergerak untuk bertemu Sultan.

Gas pemedih mata di lepaskan. Perarakan masih berterusan dan rombongan merempuh benteng FRU. pada jam 2.39 ptg.

Sebahagian dari penyokong menyekat FRU di jalan berhadapan masjid dan sebahagian lagi mengepung jalan.

Kelihatan wanita yang pengsan terkena gas pemedih mata.

Nizar = Anwar

Ya,
Memang Nizar sama dengan Anwar. Jika tahun 1998 Anwar menentang Mahathir Mohamad dan pada ucapan penutupan sebelum beliau ditangkap, beliau pernah mengatakan "Satu Anwar Hilang, Beribu Yang Akan Muncul". Di hadapan ratusan ribu rakyat yang menyokong beliau di Masjid Negara dan juga Dataran Merdeka beliau telah memberikan ucapan berapi dan laungan reformasi, Suara Rakyat Suara Keramat telah menjadi satu laungan legenda sepanjang zaman.

Sekarang obor perjuangan rakyat itu telah diambil oleh Nizar. Beliau dipaksa letak jawatan oleh Sultan Azlan Shah yang dipengaruhi oleh Najib Abdul Razak (Ingat 5/2/2009). Beliau jatuh dan rakyat angkat beliau kembali. Beliau dianggap hero oleh rakyat khasnya rakyat Perak. Puluhan ribu rakyat bersorak dan mengangkat beliau dan beliau dengan begitu semangat mengatakan beliau tidak akan berhenti dari berjuang dan NAJIB akan BERKUBUR DI PERAK!!!

Hari ini beliau akan bersolat di Masjid Ubudiah. Teringat ketika waktu mula - mula Anwar dipecat, Masjid Abu Bakar di Bukit Damansara menjadi tempat beliau mula - mula menggerakkan kuasa rakyat. YB Nizar, gunakan peluang ini untuk menggerakkan rakyat Perak. Menjelajahlah satu negeri Perak dengan ucapan keras, berapi dan bersemangat. Kemudian jelajah satu Malaysia dan kemudian kembali semula ke Ipoh. Di sana pasti ratusan ribu rakyat akan berhimpun menuntut agar pilihanraya negeri diadakan semula

Nizar, pergilah berjuang. Panglima Nizar!! Anak - anak muda Perak dan Malaysia sedang menanti anda. Gelombang REFORMASI ketiga sudah tiba!!!

Khamis, 5 Februari 2009

Najib Abdul Razak : Ingatlah Tarikh Ini

Najib Abdul Razak,
Ya berseronoklah anda pada hari ini. Hari ini anda boleh tersenyum lebar dengan kejayaan anda untuk merampas Perak dari pemerintahan Pakatan Rakyat dengan cara Zionis. Anda berseronok kerana anda berjaya mengambil dua orang wakil rakyat yang bermasalah dan seorang timbalan speaker yang kecewa kerana tidak mendapat portfolio yang lebih besar dari jawatannya itu. Anda boleh mengangkat kepala kembali setelah menghadapi dua kegagalan di dalam pilihanraya kecil baru - baru ini dan anda boleh senyum kerana hilang dua kerusi dapat pula satu kerusi dengan melalui pintu belakang.

Tapi Najib Abdul Razak anda harus ingat. Semua orang mengetahui anda telah menculik dua bekas wakil rakyat Pakatan Rakyat dan membawa mereka ke Pekan dengan kawalan rapi military, polis dan SPRM. Semua orang tahu.

Najib Abdul Razak,
Semua orang tahu, bagaimana anda benar - benar mahu membasuh kembali muka anda yang terpalit penuh dengan tahi akibat kekalahan besar di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu. Semua orang tahu, BN sudah tidak mampu lagi menghadapi mana - mana pilihanraya dan untuk merampas kembali kekuasaan BN maka cara kasar anda gunakan malah sanggup ambil orang yang bermasalah. Semua orang tahu anda akan berjaya mengambil kerajaan rakyat di Perak ini apabila anda mengarahkan agar SPR tidak membuat pilihanraya kecil di kedua - dua kawasan tersebut. Semua orang tahu wahai Najib Abdul Razak.

Najib Abdul Razak,
Anda puas? Anda senang hati? Senyumlah sepuas - puasnya. Ketawalah sepuas - puasnya. Bergembiralah dengan kejayaan busuk dan palsu anda. Mentor anda pun membantah dengan kegiatan merampas kekuasaan sebegini yang ala - ala Zionis.

Najib Abdul Razak,
Kami rakyat Malaysia yang cintakan kebenaran akan mengingati setiap tindakan dan perbuatan anda yang busuk, jahat dan keji itu. Sekali anda fikir kami tumbang, seribu kali kami akan bangkit. Satu negeri hilang, satu negara akan kami tawan. Sekali maruah kami hilang, beribu kali maruah anda akan kami malu dan hilangkan.

Ingatlah Najib Abdul Razak, Ingatlah tarikh ini 5/2/2009. Mulai saat ini, bermulalah serangan dari setiap penjuru yang kami akan lancarkan keatas kamu. Mulai saat ini, kami akan memastikan anda tidak mampu tidur dengan lena.

Ini Sumpah Kami...Najib Abdul Razak anda mulakan..kami akan selesaikan!!!!

------------------------------------------------------------------------

IPOH, Feb 5 — Perak Mentri Besar Datuk Seri Nizar Jamaluddin made a burning pledge tonight “to fight to his last drop of blood” as he addressed more than ten thousand supporters at the compound of his official residence as a crescendo of horns could be heard blaring from motorists outside in support.

“This will be where Najib will be buried,” he told the cheering crowd, referring to deputy Umno president Datuk Seri Najib Razak’s role in today’s power grab.

“I was forced to seek dissolution of the state assembly as the Election Commission would not conduct the by-elections. Then I was asked to resign.

“I will keep fighting,” said the normally impassive Nizar.

KAMI BERSAMAMU..NAJIB AKAN DIKUBURKAN!!!

Remember Remember Remember 5th Of February

Berita Terbaru : Perak 5

(2.25pm): Sultan Azlan Shah does not consent to dissolution of state assembly and asks Nizar to resign as Perak Mentri Besar, reports Bernama. If Nizar fails to do so, the post would be considered as vacant.

Berita Terbaru : Perak 4

Newsflash (1:10pm) MB Nizar, looking cheerful, just left Istana Kinta and said that Anwar will give a press conference at 3pm at his residence

Berita Terbaru : Perak 3

Timbalan Perdana Menteri, memaklumkan sebentar tadi bahawa Tuanku Sultan Perak belum membuat keputusan samada untuk memperkenankan penubuhan kerajaan baru atau DUN akan dibubarkan.

Sultan Perak telah memanggil menghadap kesemua ADUN BN dan bebas menghadap pagi ini selepas Najib dan Zahid dipanggil menghadap terlebih dahulu.Dari riak muka Najib jelas beliau tidak berapa gembira dengan perkembangan terbaru ini.

Mungkin beliau menjangkakan Sultan Perak akan membuat keputusan dengan membenarkan penubuhan kerajaan baru, namun terbukti Sultan Perak akan menelitinya terlebih dahulu.Sultan Perak menurut, Najib akan membuat keputusan secepat mungkin.

Daulat Tuanku.

Umno Dari Dulu Dah Buat Perangai Buruk Camtu

Umno amal agenda beli Adun sejak 1961. Isu yang berlaku di Perak sekarang bukan lagi perkara baru, sebaliknya merupakan kerja jahat yang diwarisi Umno sejak tahun 1961.
Peristiwa itu berlaku di Terengganu, di mana kerajaan PAS yang diketuai Allahyarham Daud Samad tumbang melalui undi tidak percaya dibawa Perikatan.

Sebelum itu PAS menubuh kerajaan di Terengganu melalui pilihan raya umum pertama pada 1959 dengan memenangi 13 dari 24 kerusi Dun, namun Perikatan membeli empat wakil rakyat PAS dengan pelbagai tawaran.

Perikatan pula memenangi tujuh kerusi dan empat kerusi dimenangi Parti Negara.
Dan akhirnya kerajaan negeri di bawah PAS tumbang melalui undi tidak percaya.
Manakala di Kelantan seramai lima wakil rakyat PAS dikurung selama sebulan pada 1968 bertujuan meruntuhkan kerajaan PAS, namun gagal.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu Haji Mohd Abdul Wahid Endut yang kini dikenali Mawe berkata, tindakan Umno 'menculik' dua Adun di Perak daripada Parti Keadilan Rakyat KeADILan merupakan episod lama yang berulang.

Beliau berkata, tindakan mengurung dua Adun Pakatan Rakyat di Pekan, Pahang selama empat baru-baru ini membuktikan realiti jahat yang diwarisi Umno.
Beliau yang juga Adun Wakaf Mempelam berkata, mereka berbuat demkian bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak tanpa melalui demokrasi dengan membeli Adun Pakatan Rakyat.

"PAS mempunyai pengalaman dalam hal pembelian wakil rakyat yang berlaku hampir 50 tahun lalu," katanya pada ceramah di Kampung Padang Luas Dalam dekat sini, malam tadi.
Baru-baru ini Adun Changkat Jering, Mohd Osman Jailu dan Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi menghilangkan diri beberapa hari dan difahamkan dikurung pemimpin Umno di Pahang.
"Semasa saya berceramah di Perak bersama Menteri Besar, Dato' Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin beberapa hari lalu, saya menasihatnya bersabar di atas kejadian yang berlaku di Perak sekarang.

"Ini kerana kerja jahat seperti itu sudah diwarisi Umno sejak hampir 50 tahun lalu," ujarnya.
Anggota parlimen Kuala Terengganu itu yakin PAS dan Pakatan Rakyat akan kembali mentadbir Terengganu memandangkan rakyat sekarang mempunyai kesedaran politik yang tinggi.

Menurutnya PAS akan mengulangi kejayaan memerintah negeri itu seperti berlaku pada pilihan raya umum 1999 apabila memenangi 28 daripada 32 kerusi Dun.

Abdul Wahid juga merakam ucapan terima kasih di atas sokongan semua pihak sehingga memberi kemenangan kepada PAS pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu 17 Januari lalu. Turut hadir pada program itu anggota Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail dan Setiausaha PAS Besut, Ustaz Mohd Zaid Yusoff.

Rabu, 4 Februari 2009

Berita Terbaru : Perak 2

PERHIMPUNAN 100 RIBU RAKYAT

ESOK HARI KHAMIS 5FEB 2009

SEMUA SAF PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT DARI SELURUH NEGARA

AKAN BERKUMPUL DI PERKARANGAN RUMAH MENTERI BESAR PERAK -IPOH

PADA JAM 3.00 PETANG

PADA JAM 7.00 MALAM MUNAJAT 100 RIBU RAKYAT

PADA JAM 8.30 SEMUA AKAN MENYATAKAN SOKONGAN TERHADAP KERAJAAN PAKATAN DI PERAK

SEMUA WARGA DI JEMPUT DATANG


----------------------------------------------------------------------------------

MAKLUMAT UNTUK SEMUA RAKYATSILA NYATAKAN SIKAP KITA KEPADA DYMM SULTAN PERAKDENGAN MELAYARI LAMAN INI DAN TINGALKAN PESANAN DAN TANDA TANGAN:

http://books.dreambook.com/duli/duli.html

Berita Terbaru : Perak

TERKINI !!!

Warga kota Ipoh telah mula berkumpul di perkarangan rumah Menteri Besar.

Sms yang di hantar awal petang ini telah berjaya
menjemput ratusan yang semakin ramai sampai.

Adalah di nasehatkan agar jangan menggangu ketenteraman awam.

Warga Ipoh diharapkan akan turun beramai untuk menunggu berita
selanjutnya dari MB Perak.

sumber : Tukar Tiub

----------------------------------------------------------------------------------




9.00 malam: Pimpinan-pimpinan Pakatan Rakyat menuju ke kediaman rasmi Menteri Besar, Nizar Jamaluddin.

9.10 malam: Rakyat sedang menuju beramai-ramai kerumah MB Perak untuk menyatakan sokongan. Mereka berdiri dibahu jalan yang sedang dikawal ketat oleh polis.

9.15 malam: Semakin ramai rakyat menuju kearah kediaman MB Perak untuk menyatakan sokongan. Jalan mula sesak.

9.30 malam: Ratusan rakyat sedang berkumpul berhampiran rumah MB. Ramai lagi yang sedang berpusu-pusu kerumah MB. Esok dilaporkan akan ada program besar di Perak. Masih lagi menunggu konfirmasi.

9.50 malam: Perhimpunan besar-besaran rakyat Perak akan dianjurkan esok untuk menyokong kepimpinan MB Nizar Jamaluddin. Perhimpunan tersebut akan bermula pada pukul 3 petang di kediaman rasmi Menteri Besar Negeri Perak.

Solat Munajat akan turut dianjurkan bermula pukul 7 petang.


sumber : Amin Iskandar

Pilihanraya Di Perak

DUN Perak dibubarkan hari ini?
Feb 4, 09 12:23pm
kemaskini 12:51pm Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dijangka akan dibubarkan dalam masa terdekat jika Sultan memberikan perkenan kepada kerajaan Pakatan Rakyat itu untuk memanggil pilihanraya negeri secara mengejut.

Difahamkan Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin berusaha menghadap Sultan Azlan Shah untuk memaklumkan keputusan terkini selepas tiga wakil rakyat kerajaan negeri itu berpaling tadah.

Bagaimanapun tiada butiran lengkap tentang status pertemuan dengan baginda.

Difahamkan Mohd Nizar sedang menunggu untuk dipanggil menghadap Sultan Perak.
-malaysiakini-

--------------------------------------------------------------------------------

PEMECAH BERITA !!!!!!!!MENTERI BESAR PERAK BUBAR KERAJAAN


KERAJAAN PERAK TELAH DI BUBAR

SILA LIHAT RTM TV 1 - berita yang melintang bergerak dibawah bingkai.

www.tukartiub.blogspot.com

--------------------------------------------------------------------------------

Kerajaan Negeri Perak dalam bahaya..apa pun Nizar tengah mengadap Sultan Perak.

--------------------------------------------------------------------------------

Tumbang sudah kerajaan PR di Perak. BN memperolehi majoriti kecil..Sekarang kuasa tinggal di kuasa Sultan sama ada mahu membubarkannya atau tidak supaya dapat memilih kerajaan yang baru. Tapi pernah ke Sultan bersama rakyat??

KITA SERANGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG!!!!

Najib Kena Jawap

KUALA LUMPUR 4 Feb. – Koperal Sirul Azhar Umar dalam kenyataan yang dibacakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam sebagai usaha bela diri atas tuduhan membunuh Altantuya Shaariibu, dengan nada sebak sambil menangis mendakwa dirinya menjadi kambing hitam yang harus dikorbankan oleh mereka yang tidak berada di mahkamah.

Selesai membacakan kenyataan bertaip itu, hakim Datuk Mohd. Zaki Md. Yasin menetapkan 16 Februari ini untuk mendengar hujahan di akhir kes pendakwaan.

------------------------------------------------------------------------------------

Dato Silly Najib aa..tolong jawap...

Perak : Pilihanraya Semula

Aku tak boleh kalau tak cakap pasal politik ni..sorry la sapa yang konon cerdik sangat tu..aku memang suka politik..ok??

Perak sekarang sedang melalui satu kemelut politik yang teruk. Sejak dari bulan Mac hingga sekarang. Kemelut yang mereka tempuhi teramatlah dahsyat dan inilah yang harus dibayar oleh rakyat Perak kerana mahukan KEBENARAN.

Bagi aku senang je..MB Perak tolong nasihatkan Sultan agar isytiharkan pilihanraya mengejut (Snap Election) dengan segera.

Ramai juga yang berfikiran sedemikian rupa contoh sahabat aku ini iaitu Amin, dia juga berfikiran sedemikian rupa. Pakatan Rakyat kalau kome semua nak perintah lagi..apa tunggu lagi yeop..

Kereta Dari Pandangan Ku : 1

Ketika saat ini hampir 590 juta kereta telah berada di muka bumi ini. Kereta telah digunakan dengan satu tujuan untuk membolehkan kita pergi ke suatu tempat dengan pantas.

Saat ketika ini, pelbagai jenis kereta telah berada di bumi ini. Dari buatan Jepun hinggalah ke Eropah. Aku sebagai salah seorang yang memiliki kenderaan ingin berkongsi pengalaman bagaimana kereta yang aku naiki ini, telah membawa aku ke serata semenanjung Malaysia dan dengan kereta aku ini lah aku dapat menimba pengalaman baru dalam hidup aku ini. Ya benar, aku memang menyukai kereta sebagai gadis yang minatkan baju dan emas, aku menyukai kereta bagaimana seorang jurugambar begitu taksub dengan kameranya, aku menyukai kereta bagaimana seorang insan yang begitukan komputer, aku menyukai kereta sebagaimana sang pemuisi begitu ghairah ketika mendeklamasikan dan merekacipta sebuah puisi, aku menyukai kereta bagaimana ahli politik yang begitu ghairah mencari kuasa untuk terus berkuasa. Taksub? Ya memang benar aku taksub. Salahkah seseorang untuk mempunyai minat dan minat aku adalah kereta.

Aku senantiasa menganggap kereta ini umpama sahabat aku kerana dengan keretalah aku mengenal erti hidup. Dari Perlis hingga ke Johor aku berjalan. Semuanya dengan kereta. Dengan berkeretalah aku dapat pergi ke suatu program yang agak jauh dari rumah aku dengan selamatnya (syukur ke hadrat Ilahi) dan atas sebab itu kenapa blog aku taglinenya From Vehicles to Life. Ya memang benar, dengan berkereta aku dapat melihat, setelah 50 tahun kita merdeka masih ramai lagi yang hidup merempat susah hidup miskin. Lihat saja di Baling, masih ramai lagi yang hidup susah dan merempat. Derma - derma yang diterima oleh mereka yang baik hati saban bulan diterima. Tetapi dimana pula bantuan dari kerajaan. Sudahlah sekarang kerajaaan negeri diperintah oleh Pakatan Rakyat dan semua orang tahu kerajaan Pusat BN tidak akan menyalurkan bantuan kewangan secara terus kepada kerajaan negeri akan tetapi mereka menyalurkan kepada ketua - ketua bahagian Umno. Persoalan yang sering timbul, adakah duit itu sampai kepada orang - orang kampung atau duit itu masuk ke kocek mereka. Dari mana dan macam mana aku mengetahui perkata tersebut, dari mulut orang - orang kampung dan dengan berkeretalah aku dapat mengetahui kisah tersebut. Aku juga dapat melihat kehidupan yang begitu unik dan menarik di serata semenanjung juga dengan berkereta. Aku menyertai program rakyat juga dengan berkereta. Aku bersama - sama sahabat ku CheguBard untuk menemani dan mengiringi beliau ke pusat penamaan calon di Rembau dan menyaksikan beliau bertempur sendirian di Rembau untuk menentang Khairy Jamaluddin juga dengan berkereta.

Memang ada komen sinis yang perli aku kerana aku memilih tagline sebegini. Aku harap lepas ini kau faham kenapa aku pilih tagline sebegini. Ya benar aku meminati drag racing tapi adakah ianya menjadi satu kesalahan untuk aku berceritakan kepada orang ramai yang aku begitu meminati sukan ini. Setiap individu mempunyai minat masing - masing dan ini telah pun menjadi hak asasi manusia. Jika kau minat kamera dan sanggup menghabiskan ribuan ringgit untuk membeli peralatan kamera pernahkah aku menganggu minat kau itu? Pernahkah aku mengutuk minat kau itu? Tidak, kerana aku menghormati hak engkau sebagai manusia yang mempunyai nafsu dan minat dan selagi mana minat kau itu tidak memudaratkan orang ramai, silakan terus dengan minat mu itu. Jika kau tidak boleh menghormati minat orang dan terus - menerus kau mengutuk minat orang lain bagi aku kau ini sama saja dengan Yahudi Zionis, Umno, SPR, Najib, Amerika, dan sekutu - sekutu mereka kerana mereka - mereka ini jika kamu tidak sokong maka kamu jahat, kamu tidak sebulu dengan mereka maka kamu ini manusia poyo (sorry aku guna bahasa anak muda ya). Akan tetapi bila kamu sokong aku, akan ku berikan kau ganjaran, bantuan, pujian, dan macam - macam lagi lah. Hai manusia - manusia...kenapa sikap kamu sebegini. Yahudi Zionis terus - menerus menghentam Hamas kerana Hamas tidak mahu mengiktiraf kewujudan negara Zionis itu, Umno dan BN terus - menerus menekan kerajaan - kerajaan negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat kerana mereka bukan dari kalangan mereka, Najib akan terus menghilangkan sesiapa sahaja yang dianggap boleh memusnahkan karier politiknya dan banyak lagi.

Jadi kalau aku minat kereta ada sebabnya, aku minat drag racing ada sebabnya. Apa pun bagi aku, ianya satu hiburan dan hiburan aku adalah kereta.



Chow.............

Selasa, 3 Februari 2009

Honda Civic Mugen Advance RR

Ok hari ini aku nak redakan tekanan mental sikit. Politik kalau citer memang takkan abis bro. Ni yang terbaru SPR tolak pula surat perletakkan jawatan kedua - dua exco kerajaan negeri Perak. Ermm SPR kan..badan ini juga lah punca salah satu Bn kalah masa pilihanraya umum baru - baru ini.

Ok, hari ini aku nak cerita pasal salah satu kereta idaman aku. Honda Civic Type-R. Model ini yang ketiga dari keluarga Civic Type-R dengan kod nama FD2R. Tapi tahun 2009, Mugen telah mengeluarkan satu model eksperimen yang dinamakan Mugen Advance RR.

Ini adalah beberapa gambar kereta tersebut







Erm cukup melazatkan..satu body Carbon Fibre..horsepower telah dinaikkan dari 220 kepada 260hp..dengan torque lebih kurang 237Nm..enjin dulu 2.0L je..sekarang dinaikkan kepada 2.2L...lazat..memang lazat..piston 87mm stroke panjang 90mm..ganas memang ganas..

Jangan Bodohkan Orang Melayu Lagi!!

LONDON 2 Feb. - Melayu termasuk penuntut yang memperoleh manfaat daripada dasar yang diterajui UMNO, hendaklah jangan berpaling tadah terhadap parti itu dan sebaliknya mestilah mampu menterjemahkan hasrat UMNO dan terus berjuang bagi hak masyarakat, kata Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek.-BERNAMA

Ermm, anak - anak muda Melayu. Perlukah kita melayan saranan yang paling bodoh yang dikeluarkan oleh Menteri Penerangan Yang Paling Bodoh..ya benar kami mendapat manfaatnya. Tapi sapa yang kuat sebat saham - saham di syarikat - syarikat besar milik kerajaan. Penduduk kampung di Baling atau kroni - kroni? Siapa yang telah merampas tanah orang Melayu di Kampung Berembang, Kampung Chubadak, dan banyak lagi kampung melayu lagi yang telah dirampas atas nama pembangunan yang tidak seimbang...Siapa yang rampas??

Jangan memperbodohkan lagi orang Melayu boleh tak??

p/s bila la aku boleh cite pasal kerete ni wei...

Isnin, 2 Februari 2009

Pilihanraya Kecil Di Perak?

Ada pilihanraya kecil lagi ke? Sila klik di sini

Aiyakkk..bila nak habis pergolakkan politik kat Malaysia ini. Ermm selagi salah satu pasukan ini tak tumbang atau lunyai selagi itu lah pergolakkan ini akan tetap bergelora..Umpama Israel dengan Palestin..ya barangkali..