Isnin, 8 Mac 2010

Yang Kaya Bertambah Kaya, Yang Miskin Papa Kedana

Hari ini apa yang pernah dilaungkan oleh bekas para mahasiswa pada tahun 1970an akhirnya berulang kembali pada tahun 2010. GST yang bakal dilaksanakan akan membebankan rakyat dan sekarang rakyat sudah mulai sedar dengan keburukan akan kesan GST yang bakal dilaksanakan.

Buktinya, setiap kali ada sahaja ceramah besar oleh pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat segera POLIS yang teramat seronok diperkudakan oleh Umno akan datang menggagalkan program penjelasan kepada rakyat mengenai bahayanya GST ini kepada mereka. Umno takut, jika peristiwa Mac 2008 berulang kembali nescaya ianya boleh menyebabkan mereka terus lenyap dari sejarah politik Malaysia. Mereka tidak mahu poket rakyat yang sedang rabak ini akan menyebabkan mereka hilang kuasa.

Siapa kata kuasa rakyat tidak keramat. Siapa kata suara rakyat tidak kuat. Suara kita kuat. Suara kita sebenarnya digeruni oleh Umno. Mereka lagi takut jika kita mula turun ke jalanraya. Mereka sesekali tidak akan mengizinkan kuasa rakyat yang sebenar mula melimpahi jalanraya. Kerana mereka tahu, sekali rakyat bersuara setahun kesannya. Dua kali rakyat bersuara, dua tahun kesannya.

Sekarang, medan jalanraya memanggil kita kembali. 15/3/2010 iaitu pada hari Isnin tepat jam 9.00 pagi, rakyat akan berhimpun di depan bangunan Parlimen. Walaupun kehadiran hanya mencecah 200 orang. Tetapi Umno akan kecut perut. Pondan dari Thailand ini akan ketakutan. Polis akan diarahkan untuk mengawal Parlimen umpama ratusan ribu yang akan datang berarak. Hey.....ini baru permulaan. Akan ada lagi perhimpunan yang lebih yang bakal menyusul.

Kenapa kita harus berhimpun? Inilah jawapannya :

" KUALA LUMPUR 7 Mac - Perdana Menteri hari ini mengumumkan pemansuhan cukai import bagi pembelian baru buggy untuk kegunaan kelab-kelab golf di seluruh negara berkuat kuasa serta-merta.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pemansuhan itu bertujuan membantu pembangunan sukan golf yang semakin diminati pelbagai lapisan masyarakat dengan kelab-kelab golf pada masa sama berupaya meningkatkan lagi kemudahan yang sedia ada." - Utusan Malaysia

Negara kita tercinta, orang kaya akan selalu untung. Manakala orang kampung dan berpendapatan rendah macam kita ini akan ditindas seteruk - teruknya. Mana keadilan yang Umno anjurkan?

Kita rakyat biasa sebaliknya akan dikenakan cukai GST. Cukai dimana semua barang akan dikenakan satu kadar cukai yang tinggi. Gaji kita tidak naik, harga gula sudah naik, harga minyak akan naik, tariff elektrik tunggu masa sahaja untuk dinaikkan, harga tepung dijangka naik, dan semuanya akan naik. Adakah bantuan potongan cukai akan dikenakan kepada kita? TIDAK...KITA INI SAMPAH DI MATA ROSMAH DAN NAJIB.

Apa yang patut kita lakukan? Sumpah pada diri - sendiri. Aku tidak sesekali tidak akan menyokong Umno. Apa sahaja perhimpunan yang membantah GST aku akan turun. Turun umpama singa yang lapar. Bersedia untuk menyatakan rasa kemarahan kita.

Umno sebenarnya pengkhianat rakyat yang sebenarnya. Mulut jerit ketuanan Melayu tapi merekalah yang menindas Melayu. Mereka yang menekan ekonomi Melayu. Mereka yang kenakan cukai itu cukai ini kepada Melayu. Sedangkan Melayu itu sendiri masih hidup susah. Umno pengkhianat dan penipu macam Yahudi!!

Aku menyeru dan merayu pada semua rakyat Malaysia. Turunlah beramai - ramai pada 15/3/2010 nanti.

Laungkan sekuat - kuatnya...YANG KAYA BERTAMBAH KAYA YANG MISKIN PAPA KEDANA

ROSMAH BERTAMBAH TEMBAB KITA BERTAMBAH KURUS

YANG KAYA BERTAMBAH KAYA YANG MISKIN PAPA KEDANA.

BANGKITLAH RAKYAT!!

Bangkitlah!!

4 ulasan:

  1. Saya faham kemarahan tuan. Sebagai rakyat Malaysia saya juga amat kecewa dengan keadaan sekarang. Saya walau bagaimanapun amat bernasib baik dan sangat-sangat bersyukur kerana saya mencari rezeki di luar negara. Sungguhpun saya bekerja dan mencari rezeki di luar negara namun saya masih anak Malaysia dan menetap di bumi tercinta ini. Rezeki yang saya terima semuanya disalurkan kembali ke Malaysia. Saya bukan pengecut, tiada perancangan pun bagi saya untuk berhijrah ke negara lain. Why should I??? Ini negara saya!!! Ini bumi saya!!! Saya anak Malaysia. I will fight for my country!!! Ingin saya nyatakan di sini saya berketuruanan Cina tetapi beragama Islam. Saya telah memeluk agama Islam bukan semata-mata untuk bernikah tetapi kerana sebab kesucian dan kermurniaan nilai-nilai Islam. Rezeki hanya datang kepada sesiapa yang berusaha. Percayalah saudara Allah melihat segala-galanya. Akan tiba masanya mereka yang menindas akan menerima balasannya. Wassallam

    BalasPadam
  2. Amin...hari itu pasti tiba. Saya yakin.

    BalasPadam
  3. gua nak kopi n paste lu punya tulisan ni,,, gua kan link kan sekali URL lu,,,,,

    BalasPadam
  4. dipersilakan pak oncu...terima kasih byk byk

    BalasPadam

JANGAN JADI BACUL DENGAN TAK MELETAKKAN NAMA SENDIRI ATAU SAMARAN KETIKA HENDAK MENINGGALKAN KOMEN DI BLOG INI..ORANG YANG BERSELINDUNG DENGAN TANPA NAMA ORANG YANG TIDAK BERANI MEREMPUH KEBENARAN. JADI BLOG INI AKAN MENYIARKAN KOMEN - KOMEN ORANG YANG BERDAFTAR SAHAJA.