Isnin, 2 Ogos 2010

Merdekakan Malaysia Kali Ke-2

Sempena bulan kemerdekaan buat Semenanjung Malaysia yang ke-53, aku nak berbicara mengenai betapa pentingnya kita merdekakan Malaysia buat kali ke-2. Siapa penjajah kita sekarang ini. Dahulu kita ada British dan Thailand. Sekarang waris - waris penjajah itu masih ada. Waris tersebut adalah Umno dan Barisan Nasional.

Kita sekarang dijajah dengan begitu teruk sekali oleh Umno dan Barisan Nasional. Kita tidak dibenarkan bersuara untuk menyatakan hak kita. Kita tidak dibenarkan membantah harga barang naik. Kita tidak dibenarkan menyoal akta kejam ISA. Kita tidak dibenarkan menyoal projek yang membazir. Kita tidak dibenarkan menyoal kewangan negara. Kita tidak dibenarkan mendekati parti - parti pembangkang. Kita tidak dibenarkan sumber berita selain daripada Utusan dan TV3. Itu tidak boleh, ini tidak boleh. Semua tak boleh. Apa yang boleh?

Malaysia semakin lama semakin celaru. Orang Melayu dipaksa dibodohkan dengan cerita dongeng ala - ala Munsyi Abdullah bahawa tanah ini akan dirampas oleh orang Cina. Orang Cina dipaksa terima bahawa negara ini jika PAS perintah habis anunya dipotong. Orang India dipaksa terima saja dongeng jika PAS perintah habis kuil Hindu kena roboh. Habis semua kena bodoh. Habis semua kena kelentong. Habis Malaysia.

Apa erti kemerdekaan jika semuanya tidak boleh. Aku Muslim, yakin Islam membawa kepada budaya kebebasan yang tidak melampau. Selagi mana ianya tidak bercanggah dengan hukum yang ada didalam Al-Quran dan As-Sunnah maka bicaralah sesuatu perkara itu hingga kita ketemui jawapannya. Namun Umno cuba menjadi lebih hebat dari Rasulullah s.a.w. Habis semua dihalangnya. Nak bicarakan isu Kalimah Allah pun dijadikan isu besar. Cuba mencetus api pergaduhan oleh pihak tertentu dengan menghantar seorang dua manusia yang tersangatlah bodoh dengan membakar gereja. Jika ianya dibenarkan dibincangkan secara ilmiah dan harmoni sudah pasti kata putus yang terbaik akan diperolehi.

Umno mengajar kita untuk menjadi bodoh dengan tidak membenarkan perbincangan diadakan. Sedangkan perbincangan merupakan salah satu titik penyelesaian yang paling mudah tanpa menumpahkan darah. Tapi Umno darah rakyatlah jawapannya. Hasut rakyat untuk mengamuk. Hasut rakyat bunuh kaum tertentu. Hasut rakyat untuk membakar rumah ibadat tertentu. Inilah Umno. Sedangkan manusia yang paling agung iaitu Rasulullah s.a.w turut berbincang ketika perjanjian Hudaibiyah dibentangkan. Sikap toleransi Rasullah s.a.w teramat tinggi hingga menyebabkan musuhnya akur. Umno? Yahudi Zionis? Sama saja.

Merdekakan Malaysia bererti kita mahu Malaysia maju kedepan. Dengan kebebasan ilmiah ini sahaja kita mampu melihat Malaysia mampu kedepan. Jangan kita risau dengan kebebasan kerana kebebasan mampu membuatkan kita berfikir secara waras. Kita sekarang jadi gila dan cukup takut dengan kebebasan kerana kita telah dipenjara dari awal. Kita jadi takut dengan kebebasan. Padahal kebebasan jika kena pada tempatnya mampu membuatkan kita semua rakyat Malaysia berfikiran waras dan normal. Umno telah menyebabkan segelintir rakyat Malaysia benci kepada kebebasan dan menyebabkan mereka apabila timbul suatu isu, kekerasan digunakan. Kita tidak sepatut bertindak sedemikian.

Sudah ditakdirkan kita hidup dengan berbilang kaum dan agama. Sebagai Muslim dan orang Melayu yang menjadi majoriti di bumi ini kita seharus menjadi contoh yang baik. Jangan kita menjadi samseng dengan membuli mereka yang minoriti ini. Jangan kita seronok jerit Hidup Melayu tapi di Kamunting bangsa yang paling ramai kena tahan di bawah ISA adalah Melayu. Jangan terikut jejak langkah monyet yang menjerit tak tentu haluan. Kita jangan terikut dengan provokasi murahan atau picisan pemuda Umno.

Kita harus merdekakan Malaysia ini. Merdeka dalam erti kata merdekakan minda kita. Dengan membebaskan minda kita, maka Malaysia yang disayangi ini akan kembali hebat dan lebih hebat.

2 ulasan:

  1. Saya sangat setuju denganpandangan penulis.
    Saya pun gitu jugak.
    Sila layari rencana2 Merdekahahaha pt 1,2,3, di...
    http://warongpakyeh.blogspot.com

    BalasPadam
  2. geram sgt pak yeh..dorang ni suka bodohkan rakyat

    BalasPadam

JANGAN JADI BACUL DENGAN TAK MELETAKKAN NAMA SENDIRI ATAU SAMARAN KETIKA HENDAK MENINGGALKAN KOMEN DI BLOG INI..ORANG YANG BERSELINDUNG DENGAN TANPA NAMA ORANG YANG TIDAK BERANI MEREMPUH KEBENARAN. JADI BLOG INI AKAN MENYIARKAN KOMEN - KOMEN ORANG YANG BERDAFTAR SAHAJA.