Khamis, 18 Jun 2009

Salut Pada Anak - anak Muda Gagah Berani Ini


Mahkamah majistret Kuala Lumpur hari ini mendapati lima pelajar universiti bersalah kerana menyertai perhimpunan haram anti-ISA pada Julai 2001.Mereka masing-masing didenda RM3,900 atau tiga bulan penjara. Mahkamah juga menolak permohonan mereka untuk menangguhkan hukuman tersebut.Majistret Hafiza Sauni, bagaimanapun, melepaskan seorang pelajar daripada tuduhan tersebut.Mereka yang didapati bersalah ialah Rafzan Ramli, Khairul Amal Mahmud, Ahmad Kamal Abdul Hamid, Nik Norhafizi Nik Ismail dan Zulkefle Idris - semasa pelajar universiti tempatan ketika itu.
Sumber : Malaysiakini
------------------------------------------------------------------
Salut yang tertinggi pada ISA 7. Mereka ini benar - benar anak muda yang gagah berani. Anak - anak muda yang cool.


Salut pada Rafzan (Ijan...berambut panjang disebelah kanan sekali). Jujur aku katakan, beliau merupakan insan yang paling tenang dan semangat juangnya teramat tinggi yang aku kenal secara peribadi. Boleh dikatakan beliau merupakan mentor dalam perjuangan.


Viva pada budak - budak Universiti Bangsar Utama (U.B.U)...anak - anak muda yang paling berani dalam alaf baru ini. Generasi pejuang pada tahun 2000 dan akan dikenang hingga penghabis tahun 2000 dan dikenang hingga hari kiamat.


STUDENT POWER!!


HIDUP RAKYAT!!


MANSUHKAN ISA!!


REFORMASI!!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

JANGAN JADI BACUL DENGAN TAK MELETAKKAN NAMA SENDIRI ATAU SAMARAN KETIKA HENDAK MENINGGALKAN KOMEN DI BLOG INI..ORANG YANG BERSELINDUNG DENGAN TANPA NAMA ORANG YANG TIDAK BERANI MEREMPUH KEBENARAN. JADI BLOG INI AKAN MENYIARKAN KOMEN - KOMEN ORANG YANG BERDAFTAR SAHAJA.