Tinggal beberapa hari lagi sahaja lagi, pilihanraya kecil Manik Urai akan berlangsung. Debaran buat parti - parti yang bertanding semakin tinggi. Semangat juang yang saban hari menjulang tinggi. PAS sudah pasti akan mempertahankan kerusi ini. Sejak tahun 1986, kerusi ini PAS. Sewaktu PAS diganyang hebat oleh BN pada tahun 2004, kerusi ini juga kekal di tangan PAS. Jangan dibicara tahun 2008, tahun sial buat Bn.
Tahun 2009, PAS sudah semakin kuat dengan bantuan rakan - rakannya dari Pakatan Rakyat. Sudah pastinya Manik Urai akan dipertahankan habis - habisan. Umno akan menggunakan peluang ini mencari balik semangat yang telah hilang oleh mereka. Dari Permatang Pauh ke Penanti, semuanya gagal buat mereka. Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda Umno yang sekarang dalam keadaan bahaya dengan kes rasuahnya, telah memulakan kempennya dengan menggerakkan jentera pemudanya yang baru. Pemuda Umno kali ini saya jamin, tidak akan berani garang dan berlagak samseng bodoh di Manik Urai. Bagi pemuda Pakatan, turunnya Khairy adalah satu rahmat. Setiap kata - katanya, sudah pasti mengundang bahaya buat Bn. Hasilnya, Bn Kalah!!
Jentera Pakatan Rakyat waktu inilah digunakan peluang yang ada untuk mempereratkan perpaduan di kalangan kalian semua. Perpaduan inilah yang harus dihargai. PAS harus menghargai keADILan dan DAP. Begitu juga kedua parti tersebut. Buktikan kepada pengundi atas pagar di sana dan juga di Malaysia, keretakan yang berlaku dahulu akibat isu kerajaan perpaduan dahulu sebenarnya tidak wujud. Tunjukkan kepada pengundi Manik Urai, inilah kerajaan perpaduan yang sebenarnya.
Perpaduan ini juga penting untuk dipereratkan, ketua pembangkang dan wakil presiden - presiden Pakatan Rakyat DSAI, akan dibicarakan tidak lama lagi. Umum diketahui, Najib akan memastikan riwayat politik DSAI tamat. Jika DSAI berjaya ditahan dan ditamatkan riwayat politiknya, usaha untuk menganyang Pakatan Rakyat sudah jadi teramat mudah. Dengan sekali jentik, perpaduan ini akan musnah sama sekali. Peristiwa tahun 2004 akan kembali berulang. Jadi, perpaduan ini harus kita perkemaskan dan perkuatkan. Pakatan Rakyat tidak harus musnah jika ditakdirkan DSAI masuk penjara. Pakatan Rakyat harus dipertahankan. Sudah pasti DSAI tidak mahu keakraban yang dibina selama ini runtuh dengan sekelip mata dan yang paling penting rakyat pasti sedih jika Pakatan Rakyat musnah begitu sahaja. Pakatan Rakyat harus kekal sampai dapat membuang Bn ke LAUT CHINA SELATAN. Jika Pakatan Rakyat retak kerana perpaduan ini tidak dipertahankan, percayalah lagi 50 tahun baru Bn dapat ditumbangkan.
Jadi sebagai anak muda yang senantiasa menyokong arus perubahan, mahu Manik Urai menjadi sekolah untuk mengeratkan kerjasama antara 3 parti utama ini. Manik Urai ini bakal menjadi satu medan dimana jika Pakatan Rakyat berjaya pertahankannya InsyaAllah, hatta tentera pun tidak dapat memusnahkannya....
HIDUP RAKYAT
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
JANGAN JADI BACUL DENGAN TAK MELETAKKAN NAMA SENDIRI ATAU SAMARAN KETIKA HENDAK MENINGGALKAN KOMEN DI BLOG INI..ORANG YANG BERSELINDUNG DENGAN TANPA NAMA ORANG YANG TIDAK BERANI MEREMPUH KEBENARAN. JADI BLOG INI AKAN MENYIARKAN KOMEN - KOMEN ORANG YANG BERDAFTAR SAHAJA.