Ahad, 7 Jun 2009

Perhatian : Tentera Rakyat Halakan Senjata Kalian Di Manik Urai

PAS telah pun selesai bermuktamar. Pucuk pimpinan yang baru telah pun dipilih. Kami rakyat Malaysia mengharapkan agar pucuk pimpinan PAS yang baru akan memantapkan lagi Pakatan Rakyat yang semakin lama diminati, disukai dan disokong oleh segenap lapisan masyarakat di Malaysia.

Sekarang, peperangan epik akan berlaku di Manik Urai. Peperangan antara dua gergasi lama didalam alam politik Malaysia akan tercetus sedikit masa lagi. PAS telah berjaya mengalahkan Umno sebanyak dua kali di dalam pilihanraya kecil baru - baru ini. Kuala Terengganu dan Bukit Gantang. Tahun ini merupakan tahun malang buat musuh tradisinya iaitu Umno.

Peperangan epik yang sememangnya di tunggu - tunggu oleh semua orang. Umno yakin akan merampas kerusi ini daripada PAS. PAS yakin kerusi ini akan dikekalkan kerana kerusi ini telah lama dipertahankan hatta ketika PAS dalam keadaan lemah pada tahun 2004. Siapa yang bakal berjaya. PAS sememangnya menunggu saat ini untuk membelasah Umno di Manik Urai. PAS sememangnya bakal menggunakan senjata - senjata yang berat untuk menghapuskan Umno di Manik Urai. Jeneral perang PAS di Perak telah dicederakan dengan begitu teruk. Nizar (MB Perak) telah dicederakan oleh Umno. Askar - askar PAS sememangnya menunggu saat ini. Umno boleh saja menurunkan gangster - gangster keparat yang tidak punya otak untuk tolong membantu jentera mereka. Tapi apalah sangat jika mahu dibandingkan dengan semangat berkobar - kobar oleh askar - askar PAS yang sedang menunggu mereka di Manik Urai.

Ribuan anak muda PAS sedang menunggu mereka di pintu masuk pekan Manik Urai. Mereka menunggu kedatangan Umno umpama menunggu kedatangan tentera Zionis di bumi Palestin. Bendera - bendera PAS berkibaran di pintu masuk pekan Manik Urai. Ribuan anak - anak muda PAS bakal dibantu oleh pemuda keADILan dan DAP. Anak - anak muda Kelantan yang sayangkan Tuan Guru Nik Aziz juga telah bersiap - sedia. Umno dianggap Zionis dari kaca mata mereka. Laungan takbir dan slogan rakyat akan dikemundangkan. Suara rakyat di Manik Urai bakal menggerunkan tentera Zionis Umno.

Ayuh rakyat Kelantan, ayuh Rakyat Malaysia. Manik Urai sedang menunggu kalian semua. Bumi Manik Urai, kami datang!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

JANGAN JADI BACUL DENGAN TAK MELETAKKAN NAMA SENDIRI ATAU SAMARAN KETIKA HENDAK MENINGGALKAN KOMEN DI BLOG INI..ORANG YANG BERSELINDUNG DENGAN TANPA NAMA ORANG YANG TIDAK BERANI MEREMPUH KEBENARAN. JADI BLOG INI AKAN MENYIARKAN KOMEN - KOMEN ORANG YANG BERDAFTAR SAHAJA.