Tinggal lagi 7 hari sahaja lagi peperangan yang dahsyat ini bakal tercetus. Peperangan yang menjadi penentu hala tuju Pakatan Rakyat. Peperangan yang bakal mengeratkan lagi perpaduan di dalam Pakatan Rakyat.
Pakatan Rakyat calonnya ialah Fauzi Abdullah. Calon yang dikatakan mempunyai sifat dan kelakuan seperti bekas ADUN Manik Urai iaitu Allahyarham Ismail Yaakub. Pakatan Rakyat yang diwakili PAS sudah pasti akan mempertahankan kerusi ini habis - habisan. Kerusi ini telah dipertahankan semenjak tahun 1986. Kerusi penentu buat kerajaan Pakatan Rakyat di Kelantan. Jika tumbang kerusi kepada puak Zionis BN,
maka kerajaan perpaduaan Umno akan ditiup semula. Umno tidak pernah berhenti untuk menghancurkan kerajaan Pakatan Rakyat.
Bagi pihak Zionis BN, Tuan Aziz akan menjadi calon mereka.
Apa tanggungjawap kita yang berparti dan tidak berparti ini. Kita yang mendokong keadilan, kebenaran dan kesejahteraan sesama insan tidak kira Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan lain - lain harus memastikan kerusi ini kekal di tangan Pakatan Rakyat. Kita mahu KETUANAN RAKYAT diutamakan bukannya KETUANAN ROSMAH!!!
Bukan 1Malaysia..kita mahu rakyat yang menjadi TUAN!!
Buat para pejuang sejati Malaysia...gegarkan bumi Manik Urai pada 6 Julai 2009 nanti. Pada penamaan calon, pastikan ratusan ribu rakyat akan berhimpun untuk memberi signal jelas kepada Zionis BN. Ini suara rakyat Malaysia!
Is This The Perfect BMW E46?
19 jam yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
JANGAN JADI BACUL DENGAN TAK MELETAKKAN NAMA SENDIRI ATAU SAMARAN KETIKA HENDAK MENINGGALKAN KOMEN DI BLOG INI..ORANG YANG BERSELINDUNG DENGAN TANPA NAMA ORANG YANG TIDAK BERANI MEREMPUH KEBENARAN. JADI BLOG INI AKAN MENYIARKAN KOMEN - KOMEN ORANG YANG BERDAFTAR SAHAJA.