Isnin, 30 Mac 2009
Suara Rakyat Suara Keramat
Hari ini, bermulalah pesta caci - mencaci di Buki Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai.
Namun apa jua keadaan, rakyat yang bakal memilih siapa yang bakal menjadi calon mereka di ketiga - tiga kawasan tersebut.
Bukit Gantang bakal menjadi ibu segala peperangan. Rakyat Perak yang jika mengikut kajian yang dijalankan oleh Merdeka Center seramai 95 - 98% mahukan DUN Perak dibubarkan. Mereka mahu kerajaan yang baru dipilih. Jika dilihat mood pada masa kini, calon dari Pakatan Rakyat iaitu Ir. Nizar bakal memenangi pilihanraya kecil kali ini. Perak masih dalam keadaan kucar - kacir. Najib juga turut mengakuinya dalam ucapan penggulungan Persidangan Umno semalam. Malah sebentar semasa menonton berita di TV3 tengah hari tadi jelas perpecahan berlaku dalam kem Umno. Pergaduhan sesama sendiri berlaku ketika proses penamaan calon sedang berlangsung. Ini menunjukkan Umno bakal kecundang dan ini jika peluang ini diambil oleh pejuang rakyat dengan merapatkan saf - saf dan terus menyerang habis - habisan Umno dan BN, sudah pasti Bukit Gantang milik Pakatan Rakyat.
Jika isu derhaka dimainkan,
1993 - Umno rampas kuasa mutlak raja - raja
1993 - Umno lantik Tengku Ibrahim untuk jadi Sultan Kelantan yang kedua walaupun Sultan Kelantan masih hidup
2008 - Umno panggil YDP Agong kita NATANG
2008 - Umno bantah perlantikan MB baru di Perlis.
UMNO memang penderhaka besar.
Bukit Selambau merupakan jantung kepada Parti KeADILan Rakyat. Masakan hampir berbelas calon bebas menawarkan diri untuk bertanding. Tujuannya hanya satu, memecahkan undi. Jika KeADILan tewas, Anwar Ibrahim bakal dihina habis - habisan dan Ustaz Azizan akan malu besar. Tapi adakah pejuang rakyat akan mendiamkan diri. Tidak, mereka tidak akan melupakan ugutan oleh pihak Umno terhadap bekas wakil rakyat Pakatan Rakyat. BN akan diserang habis - habisan. Pejuang rakyat akan menyerang mereka habis - habisan. Kehadiran yang mencecah lebih 20,000 rakyat ketika mengiringi calon Pakatan Rakyat jelas menunjukkan dendam kesumat dan amarah rakyat terhadap BN. BN memang wajib dikuburkan jika mereka terus - menerus angkuh.
Batang Ai
Memang kawasan ini kawasan yang baru buat Pakatan Rakyat. Mereka tampil hanya satu tujuan. Jika menang satu bonus kepada pengaruh mereka. BN Sarawak pasti goyah. Jika dapat menurunkan majoriti pun sudah dapat menganggu - gugat pengaruh BN. Jika sambutan rakyat terhadap program - program Pakatan Rakyat cukup menggalakkan, BN pasti risau. Tapi Ketua Menterinya sudah risau dengan kehadiran rakyat yang menyokong calon Pakatan Rakyat. Hampir 2000 orang yang hadir memberi sokongan. Jelas terlihat wajah risau yang ditampilkan olehnya semasa saya menonton secara live di TV3 semalam.
BN sememangnya wajib dihukum. Najib wajib diberitahu rakyat bencikan anda. Najib harus diberitahu, rakyat tidak mahu orang Umno kuasai GLC!! Rakyat mahu Pakatan Rakyat memerintah. Rakyat mahu melihat Melayu, Cina, India, Thai, Iban, Kadazan dan lain - lain dapat hidup harmoni.
Suara Rakyat Suara Keramat,
Suara Najib Suara Keparat,
Suara Rakyat Suara Keramat,
Suara Pemimpin Umno Suara Keparat,
Suara Rakyat Suara Keramat,
Suara Pakatan Rakyat Suara Rakyat!!
HIDUP RAKYAT!! HUMBAN UMNO KE LAUT!!
Jumaat, 27 Mac 2009
Pejuang Rakyat : Penyakit Kurang Kasih Sayang Harus Dibuang
Ini yang berlaku oleh Ezam dan rakan - rakannya. Mereka mahu Anwar datang berjumpa dan membelai wajah mereka dan mengucapkan terima kasih kerana berjuang bersungguh - sungguh untuk membebaskan aku. Mereka mahu Anwar datang ke rumah mereka dan minum teh bersama - sama dengan keluarga mereka. Kelompok seperti inilah yang akan menghancurkan perjuangan rakyat. Mereka lupa, rakyat memandang Anwar Ibrahim sebagai satu simbol perjuangan rakyat dan setelah beliau bebas, beliau utamakan rakyat daripada beberapa orang yang pernah suatu ketika dahulu berada di dalam rumah beliau dan membela beliau ketika beliau di penjara.
Sesungguhnya pejuang rakyat yang tegar tidak boleh ada sedikit pun sikap sedemikian. Perjuangan harus ikhlas. Perjuangan tidak sama dengan pekerjaan. Perjuangan bukannya diminta - minta dibalas jasa. Jasa dan habuan (bagi yang MUSLIM) hanya YANG MAHA ESA. Jika kita meminta - minta daripada manusia untuk dibalas jasa kita waktu berjuang samalah kita dengan Umno. Samalah kita dengan puak jahiliyah. Lihat sahaja sahabat - sahabat Nabi s.a.w mereka semua jika dilihat dalam sejarah tidak pernah meminta jawatan - jawatan dari Nabi s.a.w. Sedangkan pengorbanan mereka teramat tinggi. Dalam seribu yang dijanjikan syurga hanya sedikit sahaja yang diberi kepercayaan untuk memegang jawatan.
Pejuang rakyat yang merajuk dan kecewa dengan Anwar Ibrahim kerana tidak mengiktiraf perjuangan anda, sudahlah, cukuplah. Perjuangan kita bukan untuk Anwar. Perjuangan kita untuk Malaysia. Kita berjuang membebaskan beliau kerana kita mahu dia membebaskan kita dari cengkaman Umno dan Bn. Ternyata Anwar kotakan janji beliau. Umno dan Bn telah hilang dua pertiga kerusi. Umno telah malu.
Sedih dan menyedihkan ada segelintir pejuang rakyat yang bersifat seperti Ezam. Mempertikaikan Anwar berjumpa dengan beberapa tokoh dunia seperti Yusuf Al-Qardhawi. Lantas mereka - mereka ini mengeluarkan gambar - gambar betapa rapatnya mereka ini dengan keluarga Anwar. Atas tujuan apa? Tujuan kerana mereka ini telah terkena penyakit KKS. Apabila KKS telah melanda, mereka menagih simpati dari Anwar supaya belailah wajah mereka, peluklah mereka.
Wahai sahabat - sahabatku,
Orang - orang kampung memerlukan kita, rakyat Malaysia memerlukan kita, orang miskin memerlukan kita, perpaduan kaum yang kuat harus dibina oleh kita, rakyat Malaysia harus dibebaskan oleh Umno dan Bn yang telah sekian lama merompak duit negara.
Kembalilah kepada perjuangan rakyat yang sebenarnya. Kembalilah kepada rakyat. Rakyat Malaysia memerlukan anda. Rawatilah penyakit KKS itu. Jika anda faham makna perjuangan yang ikhlas InsyaAllah penyakit KKS itu pasti akan hilang. Kita harus kembali kepada rakyat. Kita dalam keadaan bahaya sekarang. Najib si gila ini akan mengganas. Kita sudah tiada masa lagi untuk KKS. BANGKITLAH!!
Ayuh pejuang - pejuang rakyat, ayuh singa - singa rakyat. Bangunlah dari tidurmu. Malaysia harus dibebaskan dari Umno dan Bn.
RE-FOR-MA-SI
HIDUP RAKYAT
Khamis, 26 Mac 2009
Anak Ayah, Wak Tempe Penjaga Lembu Kalah
Mukhriz hahahahah..anak Mahadey a/k/a mahafiraun..kau sama je dengan Khairy..tanpa bapak hang, hang pun takdak apa aihh..cuma beza Khairy dan hang nie..Khairy ni pandai main politik pastu popular dari hang..hahaha
meh kita tengok result pemilihan Ketua Penipu Pemuda Umno
Khairy - 304
Khir (wak tempe) - 254
Mukhriz - 232
Banyak tu je ke Mukhriz...kempen siang malam dengan bantuan ayah hang..
Tapi bukan tu aku nak menulis nie..ada benda lain..
As soon as the results were announced at 11:30pm, a crowd of Khir and Mukhriz supporters outside the hall began shouting "KJ rasuah!" and "KJ penipu!", in reference to Khairy, 33, being slapped with a warning on 17 March by the Umno disciplinary board, which found him guilty of money politics.
Angry Mukhriz and Khir supporters continued shouting outside the hall where Khairy was giving his acceptance speech and wrapping up proceedings of the Umno Youth general assembly.
Rival supporters had a minor scuffle and police were called in to form a human chain to separate them.
Sumber : thenutgraph.com
Ya, teruskan bergaduh...aku suka...teruskan..kalau takda berita daripada internet mampuih kita semua nak tau..betol tak??
Anyway Mahadey, hang tak boleh lagi nak perintah dari belakang tabir. Najib ha ha ha..
Umno berpecah masa pilihanraya kecil nanti..
HIDUP RAKYAT!!
Rabu, 25 Mac 2009
Najib Abdul Razak : Terserlah Kebangangannya
Mar 24, 09 9:52pm
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui kesan yang menimpa Umno dalam pilihanraya umum tahun lalu akibat kegagalan memahami kesan pengaruh media baru.
"Contohnya yang paling mudah, jika diimbau pada pilihanraya tahun 1999, pada peringkat awal munculnya pengaruh media baru, kita bersikap tidak acuh pada perkembangan itu.
"Lima tahun kemudian, semasa pilihanraya tahun 2004, kita masih mengambil mudah kebangkitan media alternatif.
"Kita telah alpa dengan mandat besar yang diberikan oleh rakyat hatta tidak bersiap siaga untuk menghadapi peperangan alam siber," tegas beliau ketika merasmikan serentak perhimpunan agung Wanita, Pemuda dan Puteri Umno di PWTC malam ini.
"Natijhnya, semasa pilihanraya Mac tahun 2008, kita telah tersentak dengan lamunan dek kegagalan memahami kesan pengaruh media baru," tegasnya.
Tidak diberi pas media
Dalam perhimpunan Umno mulai esok, enam media internet, termasuk Malaysiakini, gagal mendapat pas media dari Umno untuk membuat liputan perhimpunan agung parti itu yang bermula hari ini.
Perhimpunan kali ini juga akan menyaksi pemilihan sengit bagi jawatan tertinggi parti - dari timbalan presiden, naib presiden, Majlis Tertinggi serta pucuk pimpinan utama Pemuda, Wanita dan Puteri Umno.
Tiada alasan rasmi diberikan mengapa parti itu enggan mengeluarkan kad media kepada pertubuhan berkenaan untuk membuat liputan perhimpunan agung selama lima hari itu.
Selain Malaysiakini, pertubuhan lain yang gagal mendapatkan pas media dari Umno ialah The Nut Graph, Malaysian Insider, Siasah dan Merdeka Review.
----------------------------------------------------------------
Saya sudah menulis beberapa artikel mengenai Najib. Tidak ada yang istimewa kecuali kurang cerdik tahap melampau.
Dalam ucapan cakap lain, tindakan buat lain...
Cakap tak serupa bikin..serupa yahudi mabuk (Dialog Filem P.Ramlee)
Selasa, 24 Mac 2009
UMNO Ketakutan : Polis Dipergunakan
selepas ini apa pula lagi mahu mereka gunakan? Tentera?
Hey juak - juak umno..kalau berani mari kita bertarung tanpa menggunakan bantuan polis dan tentera..
Hanya samseng bacul sahaja yang minta tolong dengan polis!!
Najib Abdul Razak : Para Pejuang Rakyat Menunggu Anda 2
Apa silapnya? Silapnya kerana Najib tidak pernah mahu mendengar suara, rintihan rakyat. Silapnya kerana NAJIB SUKA BERSUMPAH. Silapnya kerana isterinya Rosmah suka membeli - belah di luar negara. Silapnya kerana merampas kerajaan rakyat di Perak tanpa mengikut peruntukan undang - undang dan terlupa undang - undang itu wujud.
Sekarang lihatlah bahananya. Najib lupa, Umno dan Bn hampir hilang kuasa akibat kesombongan Pak Lah yang tidak mahu mendengar suara rakyat. Dahulu pada zaman Tun Dr. Mahathir, blog - blog tidak wujud pada zaman pemerintahan beliau. Kesedaran pada waktu itu baru bermula. Pada zaman Pak Lah, rakyat memberi peluang kepadanya setelah mereka merasakan agak sedikit lega setelah undurnya Tun. Apabila menang besar, Pak Lah menjadi angkuh dan sombong, tidak mahu mendengar jeritan rakyat. Akhirnya blog - blog yang anti beliau telah wujud dengan begitu banyak. Sekarang giliran Najib menerimanya.
Benar, Najib boleh membuat apa sahaja. Tapi Najib kena ingat. Sebarang tindakan yang menekan rakyat dan juga pejuang rakyat akan membawa bahana kepada Najib dan Umno. Umno dalam keadaan yang cukup tertekan. Umno akan menggunakan polis, SAMSENG - SAMSENG BACUL, dan jangan terkejut jika pihak tentera digunakan.
Bagi pendapat saya, gunalah. Gunalah polis, tentera, dan samseng - samseng taik kucing ini. Rakyat sudah tidak gentar. Sila tanya FRU - FRU di Perak dan Kuala Lumpur. Apa perasaan mereka apabila diasak oleh puluhan ribu rakyat. Rakyat sudah tidak gentar untuk menerima pukulan belantan yang datang secara berdepan. Buat samseng - samseng Melayu yang sengal dan tak pakai otak, kerja kamu semua memang suka menyerang dari belakang kerana anda semua penakut dan bacul. Tanya kepada kepala samseng macam yahudi mabuk di Perak baru - baru ini. Apa perasaan dia apabila berdepan dengan ratusan rakyat Perak yang berani sahaja berdepan dengan dia sehinggakan si kepala samseng yang macam yahudi mabuk ini terpekik terlolong meminta tolong.
Jadi Najib, anda telah memulakan gendang perang. Terlalu awal Najib kerana saat ini rakyat telah meluat dengan perangai busuk kamu. Kamu buatlah apa sahaja. Tapi ingat!!
Kamu mulakan...Rakyat Malaysia akan tamatkan!! Kami akan memburu sahaja apa tindakan anda. Kami akan berhimpun di mana saja. Kami tidak gentar dengan kamu Najib!! Kami menunggu umpama Hamas menunggu peluru bacul daripada Zionis dan kamu adalah Zionis Malaysia!!
HIDUP RAKYAT!!
Bangkitlah Rakyat Malaysia
Mahukah kita melihat Malaysia tercinta dalam keadaan teruk dan musnah sama sekali?
Mahukah kita melihat Malaysia yang tercinta ini huru - hara dengan tindakan menindas oleh Najib yang sedang dimakan sumpah atas nama Allah s.w.t.
Kita kembali kezaman yang cukup gelap. Rakyat Malaysia, andalah pelita - pelita yang akan menerangi terowong gelap ini.
Bersatulah anda semua!! Jika ribuan pelita dikumpulkan maka teranglah terowong tersebut!!
Bersedialah anda semua!! Bersedia untuk berjuang!! Bersedia menghadapi kekejaman Najib Zionis ini.
Ayuh bersatu, kita berjuang semahu - mahunya. Anggaplah Najib ini Zionis!!
Isnin, 23 Mac 2009
Singa - Singa Malaysia..Dimana Kalian Bersembunyi??
Tindakan secara langsung menghalang kempen media kedua-dua parti bagi menghadapi tiga pilihanraya kecil pada 7 April ini - kawasan parlimen Bukit Gantang di Perak, DUN Bukit Selambau di Kedah dan DUN Batang Ai di Sarawak.
Sumber : Harakahdaily
-----------------------------------------------------------------
Dimana kamu wahai singa - singa rakyat..kekejaman telah bermula, kezaliman telah bermula. Najib dan Rosmah telah memulakan langkah.
Pejuang - pejuang rakyat yang selama ini bersembunyi dan berdiam - diri. Keluarkan diri kamu semua. Malaysia memerlukan anda semua.
Suara Rakyat harus diperdengarkan semula. Era kekejaman telah bermula. Gendang perang oleh Zionis Malaysia telah bermula.
Ayuh tunggu apa lagi..BERSIAP!! MARA!! BERJUANG!!
HIDUP RAKYAT!!
Najib Abdul Razak : Bersihkan Diri Anda Di Mahkamah
Najib Abdul Razak, nama anda disebut dimana - mana sahaja sebagai insan yang terlibat dengan pembunuhan Altantuya. Ya benar, anda telah bersumpah sana - sini dengan mengguna Yang Maha Agung. Tapi sedarkah anda, apabila berbohong dengan menggunakan namaNya anda pasti suatu hari nanti akan terkena bahananya.
Lihatlah apa yang terjadi pada diri anda. Anda mula diserang di setiap penjuru. Anda mula diberikan ilham untuk tersilap langkah dalam percaturan di negeri Perak. Selepas peristiwa di Perak, anda telah dibenci oleh majoriti rakyat Malaysia. Tidak pernah dalam sejarah Malaysia, TPM yang bakal menjadi menjadi PM tidak disukai rakyat Malaysia.
Najib Abdul Razak jika benar anda tidak bersalah, bersihkan nama anda di mahkamah (walaupun mahkamah itu mahkamah kartun). Mubahalah tidak bererti lepas bersumpah sana - sini bersih sudah nama anda. Proses undang - undang perlu dilaksanakan.
ATAU ANDA TAKUT SEBENARNYA? TAKUT DIBOGELKAN DI DALAM MAHKAMAH NANTI..
Selasa, 17 Mac 2009
Najib Abdul Razak : Para Pejuang Rakyat Menunggu Anda
Ya, kita akan kembali kepada zaman yang lebih gelap daripada zaman Dr. Mahathir. Memang Dr. Mahathir terlibat dengan kes Memali, Jamil Ibrahim, Anwar Ibrahim, pembantaian massa, ISA, kuasa raja - raja ditarik dan pelbagai lagi kezaliman yang pernah beliau lakukan. Tapi beliau menggunakan otak dan akal fikiran. Tapi Najib tidak. Najib terlalu ghairah dalam menangani sesuatu isu tanpa menggunakan akal fikiran. Lihat sahaja kes di Perak. Akibat terlalu seronok Najib terlupa akan kuasa yang ada pada Speaker. Akibat terlalu seronok mengikut rentak Anwar Ibrahim, Najib lupa bahawa Umno dan Barisan Nasional sekarang dalam keadaan yang cukup lemah dimana semua rakyat Malaysia boleh dikatakan menolak Bn. Akibat terlalu seronok mengikut rentak Anwar Ibrahim, Najib lupa untuk mengikut langkah Anwar Ibrahim yang mahu peralihan kuasa dengan cara mengikuti perlembagaan tapi Najib melakukan peralihan kuasa dengan lupa sama sekali undang - undang itu wujud.
Ya, Najib tidak hebat. Apa yang ada pada Najib? Dia tidak pernah hidup susah. Perjuangannya hanya lebih mementingkan kekuasaan. Disaat rakyat menghadapi kesusahan akibat harga minyak naik, Najib menyuruh rakyat ubah cara hidup tapi tidak langsung menyuruh isterinya ubah gaya hidup, tidak menyuruh para pemimpin Umno berhenti mengaut keuntungan daripada wang rakyat, tidak menuyuruh agar para pemimpin Umno ubah gaya hidup. Tetapi rakyat yang disuruhnya. Najib tidak akan bersama rakyat. Percayalah.
Najib digambarkan sebagai pemimpin yang harus kita takuti dan digeruni oleh segelintir individu yang berjuang untuk rakyat. Bagi saya, kenapa harus kita berfikiran sedemikian. Saya menunggu Najib untuk menjadi PM. Kerana apa saya menunggu? Kerana saya berentap dengan kekuasaan yang beliau ada semahu - mahunya. Najib bagi saya umpama buah dalam permainan catur. Tersilap langkah, Umno akan berkubur selama - lamanya. PRU-12 salah contoh dimana Umno yang tidak mahu langsung mendengar suara rakyat terus kehilangan 2/3 majoriti.
Najib jika menangkap Anwar Ibrahim, Umno bersiap - sedialah menerima dari pukulan daripada rakyat ketika pilihanraya kelak. Gunalah sebanyak mana undi hantu, tapi jika rakyat kata TAK NAK BN, maka tumbanglah Bn. Najib jika menangkap blogger - blogger yang menyokong perjuangan rakyat maka bersiap - sedialah menerima gelombang ketiga dalam PRU-13 yang bakal menyaksikan Bn hilang dari tampuk pemerintahan. Jika Najib tidak membuat PRU-13, maka bersiap - sedialah gelombang kebangkitan rakyat untuk memaksa PRU-13 tetap diadakan. Rakyat sudah berani menghadapi kekasaran dan kekejaman pihak polis. ISA, bunuh, tangkap, dakwa, fitnah, media tidak bebas, SPRM kuda baru Bn, samseng semua lagi tidak berguna jika Najib menggunakannya terus - menerus demi untuk mempertahankan kuasanya.
Kita sebagai para pejuang rakyat harus bersiap - sedia dan secara gembira menantikan pemimpin kejam tapi kurang cerdik ini. Anggaplah diri kita sebagai seorang tentera yang gembira menantikan peperangan yang dicetuskan oleh Zionis dan Amerika untuk melanyak negara kita.
Para pejuang...bersiap..kumpulkan kembali semangat juang..singa - singa rakyat dimana kalian semua sembunyi..keluarlah segera.
Malaysia menanti anda semua..Najib..bersiap - sedia menerima terkaman daripada kami..
HIDUP RAKYAT!!
Isnin, 16 Mac 2009
Rosmah : Saman Je La
Datin Seri Rosmah Mansor berkata beliau "terkejut" dengan serangan-serangan musuh politik yang cuba mengaitkan beliau dan suaminya, dengan satu kes pembunuhan sensasi.Tetapi isteri Datuk Seri Najib Tun Razak - yang bakal dilantik sebagai perdana menteri bulan depan itu - menolak tanggapan bahawa tuduhan tersebut boleh menyelubungi pentadbiran suaminya dan berkata pengalaman membuat mereka menjadi lebih tabah."Bila saya mendengar mengenai perkara-perkara yang tidak menyenangkan itu, saya terkejut, saya tidak dapat bayangkan ada orang seperti itu di dunia ini, dan tidak pula merasa bersalah apabila membuat hidup orang ain sengsara," katanya kepada AFP dalam satu wawancara baru-baru ini.
Sumber : Malaysiakini
---------------------------------------------------------------------------------
Cuba saman sapa yang fitnah awak tu Bik Mama oii..kan elok kita selesaikan kat Mahkamah (walaupun pusing kot mana hangpa menang jugak la). Awat? Hangpa semua takut ka? Takut kena soal dengan peguam - peguam yang berjiwa rakyat untuk godam hangpa?
Jangan jerit - jerit ya Bik Mama dan Najib...Rakyat meluat tengok hangpa berdua ni.
Ahad, 15 Mac 2009
Sepang Drag Battle..Pembatalan Saat Akhir
Aku memang sudah menjangkakan perkara - perkara seperti ini pasti akan berlaku. Pihak pengurusan Sepang International Circuit (SIC) sememangnya gemar menyusahkan para peserta dan juga para penonton. Jika dahulu pusingan terakhir pada tahun 2008, arahan terbaru yang dikeluarkan saat - saat akhir perlumbaan telah menyebabkan ramai peserta favourite terkandas. Arahan tersebut menyatakan, tangki minyak petrol harus berada di belakang bukannya di depan kawasan enjin(di luar negara tangki minyak petrol memang berada di kawasan letaknya enjin). Walhal, sebanyak 4 pusingan telah dijalankan, dengan sekonyong - konyong pada pusingan akhir arahan seperti itu dikeluarkan dan pula pada saat perlumbaan tinggal lagi 10 minit hendak dijalankan. Betul - betul kelam - kabut.
Nah, sekarang pihak pengurusan SIC sekali lagi buat hal. Sudahlah pelbagai karenah para peserta terpaksa hadapi dengan syarat - syarat yang tidak masuk akal dan kos penyertaan yang agak tinggi. Jika mengikut sumber yang teramat boleh dipercayai, kos penyertaan sahaja telah hampir mencecah RM 2000.00. Namun para peserta yang datang dari seluruh negara tetap mengikutinya kerana mahu membina dan menyokong dunia perlumbaan di dalam negara kita ini.
Sebentar tadi, SIC telah membatalkan perlumbaan tersebut kerana kecuaian mereka sendiri. Sudahlah jika ikut jadual yang dahulu perlumbaan ini sepatutnya dijalankan selepas perlumbaan F1 namun mereka telah cepatkannya dan menyebabkan agak ramai yang tidak dapat hadiri perlumbaan sebentar tadi. SIC yang menganjurkan SDB, telah gagal menyediakan mesin pencatat masa dan lampu isyarat perlumbaan.
SIC telah meminta para peserta mengambil lesen perlumbaan untuk kelas A dan B. Telah pun dipenuhi oleh mereka. Tangki minyak harus berada di belakang, telah pun dipenuhi oleh mereka. Semuanya atas alasan, SEPANG CIRCUIT merupakan litar antarabangsa jadi semua syarat harus ikut piawaian antarabangsa (ye ke?). Namun pengurusan Sepang International Circuit boleh dikatakan antarabangsat.
Rata - rata para peserta kecewa dengan pengurusan SIC. Pelbagai karenah yang mereka terpaksa hadapi. Namun tetap mereka menyertainya dengan satu semangat bersukan yang berkobar - kobar. Malah ada yang cukup optimis pihak pengurusan SIC akan bertambah baik.
Ratusan ribu telah dibelanjakan demi untuk mengubah - suai kenderaan masing - masing. Kuasa kuda telah dinaikkan dengan begitu dahsyat. Tujuan mereka satu. Untuk membuktikan jentera siapa yang paling pantas catatan masanya. Namun apabila tiba saat perlumbaan, mesin catatan masa tiada, lampu isyarat untuk berlepas tiada. Sudah pasti situasi ini mengundang perasaan tidak puas hati para peserta. Ada yang menjerit ketidakpuasan hati dengan pengurusan SIC. Malah ada satu sumber mengatakan, disebabkan luahan ketidak puasan hati para peserta, pihak SIC dengan selambanya telah membatalkan perlumbaan sebentar tadi.
Pihak SIC tidak langsung memikirkan perasaan para peserta dan peminat - peminat sukan perlumbaan ini. Mereka hanya tahu kutip wang dan buat keuntungan. Mereka tidak memikirkan bagaimana susahnya para peserta yang datang dari Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah, Johor, Negeri Sembilan dan lain - lain untuk hadir pada malam tadi. Setiap perjalanan ke sini semuanya mengeluarkan wang dan begitu juga para peserta. Salahkah mereka untuk berunding dengan para peserta terlebih dahulu sebelum membuat keputusan terburu - buru.
Jika beginilah pengurusan yang diberikan jangan harap lumba haram dapat dihapuskan. Aku setuju syarat - syarat begini bertujuan atas faktor keselamatan. Tapi jika syarat sahaja ketat tapi pengurusan hampeh, berbaloikah?
Pihak SIC harus berubah. Jangan permainkan mereka - mereka semua ini. Ermmm entahlah..mampu ke mereka berubah??
Sabtu, 14 Mac 2009
Seminggu Di Kedah
Seminggu aku berada di Kedah kerana melawat nenek ku yang tak berapa sihat. Aku terlepas DEMO ANTI-PPSMI di ibukota. Aduh aku cukup kecewa.
Aku ingin berkongsi pandangan mengenai Kedah khasnya Alor Setar sempena bercuti (bercuti ke?) seminggu ini. Tak banyak pun. Aku dapat pesanan ringkas dari sahabat baik Khairy Zulkoflee (nasib dia ni tak perangai macam KJ) bahawa dia ini dah jadi ayah. Tahniah! Moga - moga Allah memberi perlindungan kepada anak mu..Ameen.
Aku dapat menukar kotak gear yang ku nanti - nantikan selama ini di Jitra. Puas hati, tersengih - sengih sebab dapat tukar kotak gear yang lama yang tersangat lemau kepada kotak gear yang berprestasi tinggi hehehe..
Keesokkan harinya atau senang cerita malam saya pergi berjumpa sahabat - sahabat di Seriab, Perlis. Dah lama tak jumpa dia ini. Jadi sembang - sembang punya sedar - sedar dah pukul 4.30 pagi.
Pastu aku dapat panggilan dari Black, Arif, Hishamuddin Rais. Semuanya menanyakan pasal Demo Anti - PPSMI di Kuala Lumpur. Aku pun beritahulah tak dapat pergi sebab nenek aku sakit teruk. Tapi aku tersangat kecewa sebab tak dapat pergi. Khabarnya POLIS MENDERHAKA kerana TAK MEMBENARKAN rakyat berjumpa Agong. Derhaka ini!!
Semalam yakni hari Jumaat merupakan hari terakhir aku di bumi Alor Setar (tempat lahir ni). Aku menemani mak aku ke Pekan Rabu untuk membeli beberapa cenderamata (dodol, kuah rojak, rempeyek ermm kategori cenderamata ke).
Sapa mai Kedah tak singgah tempat nie..mai sekali lagi no..
Ok...setakat ini sahaja celoteh aku..aku nak bersiap pergi ke Sunway, singgah bengkel proDRAG, pastu bersiap ke Sepang sebab ada Sepang Drag Battle..mohon maaf, asalnya tarikh 14/4 tapi pengurusan tahap bengong ubah tarikh menjadi lebih cepat..pasti tak ramai peserta..apa pun kita tengok pasti ada aduan yang tak bagus malam ini mengenai pengurusan Sepang GP ni..haiii..
Assalamua'laikum w.b.t
Khamis, 5 Mac 2009
Najib Pernah Jumpa Altantuya?
sumber : Malaysiakini
--------------------------------------------------------------------------------
Saya tidak mahu berbicara panjang. Najib harus berani bersihkan dirinya di mahkamah. Bukannya bersumpah - sumpit garam belacan, berak cirit tengah jalan. Rakyat tidak mahu melihat pemimpin bersumpah atas nama Tuhan tapi tidak berani bersihkan diri di mahkamah.
Adakah dengan bersumpah Najib tidak didapati bersalah. Anwar tidak bersumpah tapi berani bersihkan diri di mahkamah. Itu namanya pahlawan.
Najib kalau anda berani, sila bersihkan nama anda di mahkamah..
KALAU HANG BERANI!!
PDRM dan BN..Jangan Derhaka
Jimadie Shah Othman Mar 4, 09 3:48pm
kemaskini 4.51pm
Istana Negara memberikan reaksi positif bagi menerima memorandum membantah pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), Sabtu ini.Persetujuan istana itu dianggap "kemenangan pertama" aktivis bahasa dan sastera dalam Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang menganjurkan perhimpunan besar ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Yang di-Pertuan Agong.
------------------------------------------------------------------------------
Khas buat PDRM dan juak - juak Umno, ingat jangan derhaka. Kalau betul taat dengan Sultan dan Raja mari turun bersama - sama pejuang bahasa.
JANGAN TERPEKIK TERLOLONG MENGENAI MELAYU tapi bila tiba masa untuk memperjuangkan Melayu anda senyap menikus takut. Takut KONTRAK TAK DAPAT ya.
OK..BUAT UMNO DAN BN SELAMAT MENDERHAKA.
BUAT PDRM SELAMAT MENDERHAKA.
Rabu, 4 Mac 2009
MRSM Diswastakan..MANA PEGI PEJUANG "MELAYU"
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar, berkata, syarat kemasukan untuk belajar di MRSM swasta mungkin akan diberi kelonggaran tetapi perkara itu bagaimanapun masih dalam kajian.
"Untuk mengurangkan beban kerajaan, saya cadangkan supaya Mara cuba dapatkan kerjasama dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Mana perginya pejuang - pejuang "Melayu" yang selama ini marahkan Tan Sri Khalid kerana memberi cadangan kuota 10% kepada pelajar bukan Melayu di UiTM. Mana pergi konon pejuang Melayu semua ini? Pergi bantah hasrat tersebut..jangan tak bantah..jangan tak bantah sebab yang buat BN yang bagi perut kamu semua kenyang..
Jerit jangan sebarang jerit..takut bila salah jerit tercabut anak tekak nanti.
SUDAHLAH TU UMNO DAN JUAK - JUAK UMNO..JANGAN BODOHKAN LAGI ORANG MELAYU!!
Selasa, 3 Mac 2009
Khas Buat Saudara - Saudara Ku Di Gaza
Aku tidak dapat untuk melupakan mereka untuk setiap saat sekali pun. Tangisan rakyat Palestin membuatkan aku senantiasa benci kepada Yahudi Zionis.
Khas buat sahabat ku di Gaza..Moga Allah lindungi kalian semua..Amin Ya Allah..
Terbaru Dari Perak : Selepas Sebulan Rampasan Kuasa
10.57am: Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin juga menggesa rakyat supaya bertenang dan mematuhi undang-undang. Beliau meminta mereka supaya tidak mengikut tindak tanduk golongan yang didakwanya menghalangnya dan wakil rakyat Pakatan yang lain daripada memasuki DUN awal pagi ini.
10.53am: Ngeh juga berkata Speaker Sivakumar akan mengambil tindakan menghina terhadap polis dan setiausaha kerajaan negeri.
10.50am: Pengerusi DAP Perak dan exco kanan, Datuk Ngeh Koo Ham berkata hari ini adalah yang paling sedih dan menuju ke arah sebuah negara polis.
10.49am Nizar berkata beliau akan cuba untuk menghadap Sultan Perak untuk memaklumkan kepada baginda mengenai keputusan sidang tergempar DUN Perak pagi ini. Katanya, sidang tersebut diadakan mengikut aturan dan peraturan.
10.46am Nizar memberitahu sidang akhbar bahawa sidang tergempar diadakan di bawah pokok kerana wujud keperluan berbuat demikian kerana mereka dihalang memasuki DUN dan pihaknya telah memenuhi tanggungjawab mereka berdasarkan notis yang dikeluarkan oleh Speaker.
10.35am Di Mahkamah Tinggi Ipoh, Tommy Thomas, peguam yang mewakil Speaker Sivakumar memberitahu sidang akhbar bahawa hakim telah memutuskan bahawa peguam persendirian tidak boleh mewakili speaker.Berikutan itu, Thomas dan peguam lain telah menarik diri daripada mewakili Sivakumar. Thomas berkata, beliau menunggu arahan daripada Sivakumar mengenai tindakan selanjutnya.
10.30am Sidang tergempar DUN ditangguhkan. Speaker akan mengadakan sidang media di ibu pejabat DAP sebentar lagi.
10.25am Usul kedua - membubarkan DUN - diluluskan dengan sebulat suara.
10.23am Usul pertama yang dibentangkan sebentar tadi - menyatakan undi percaya kepada menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin - diluluskan dengan sebulat suara.
10.18am Speaker DUN memulakan bicara dengan meminta semua yang memerhatikan perjalanan sidang itu diam sebagai tanda hormat.
10.15am Sidang tergempar DUN diadakan di tempat letak kenderaan diadakan juga di depan Bangunan Perak Darul Ridzuan setelah bangunan tersebut - yang menempatkan dewan itu - ditutup. Ia diadakan di bawah sepohon pokok, dan semua 27 wakil rakyat Pakatan termasuk menteri besar mereka hadir dengan dipengerusikan oleh Speaker yang berpakaian rasmi. Tiada kerusi untuk semua 28 ahli DUN tersebut. Sidang bersejarah DUN dibuka dengan bacaan doa, sambil diperhatikan kira-kira 300 penyokong.
10.01am Nizar dan para wakil rakyat Pakatan - yang asalnya berdegil ingin meneruskan sidang tergempar seperti dirancang Jumaat lepas - meninggalkan pintu masuk Bangunan Perak Darul Ridzuan. Mereka bergerak ke tempat letak kereta, kira-kira 50 meter dari pintu masuk tersebut, untuk mesyuarat ringkas. Speaker DUN V Sivakumar turut kelihatan. Kumpulan kira-kira 200 penyokong Pakatan tidak berganjak.
9.45am Ketua polis Ipoh, Azisman Alias enggan berunding dengan kumpulan wakil-wakil rakyat Pakatan, dengan menyatakan tiada sesiapa dibenarkan masuk. Polis mengundurkan wakil-wakil rakyat dari pintu masuk utama Bangunan Perak Darul Ridzuan, yang menempatkan DUN. Suasana kelam-kabut.Lebih kurang 200 orang, kebanyakannya penyokong Pakatan, berkumpul.
9.35am Sekumpulan 30 orang cuba menghalang laluan menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan rombongan wakil rakyatnya ke pintu masuk utama. Tiada campur tangan polis dan Nizar bersama rombongannya melepasi sekatan tersebut.
9.30am menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan wakil-wakil rakyatnya tiba di luar Bangunan Perak Darul Ridzuan.
9.21am Polis dan sebuah trak FRU menutup pintu utama bangunan sekretariat kerajaan negeri. Wakil rakyat Pakatan dijangka cuba masuk ke dalam bangunan untuk ke Dewan Undangan Negeri melalui pintu tersebut.
9.20am Orang ramai pelbagai kaum yang berhimpun di bangunan sekretariat semakin bertambah dan kini mencecah 100 orang.
9.15am Wakil-wakil rakyat Pakatan yang sebelum ini berhimpun di sebuah hotel berhampiran, kini dalam perjalanan ke bangunan sekretariat.
9.10am Peguam kedua belah pihak berada di bangunan mahkamah.
9am Kira-kira 40 anggota FRU ditempatkan di pintu belakang bangunan sekretariat. Ada antara anggota tersebut bersenjatakan rifel dan pelancar gas pemedih mata.
8.50pm: Kira-kira 50 orang berhimpun di pintu belakang bangunan sekretariat kerajaan negeri Perak. "Tiada sebarang tanda akan berlaku apa-apa," kata wartawan Malaysiakini, Andrew Ong.
8.30am: Polis mengadakan sekatan jalanraya sejak semalam di sepanjang jalan utama menuju ke bangunan sekretariat kerajaan negeri Perak. Kenderaan tidak dibenarkan melaluinya.Lebih 100 anggota polis berkawal di bangunan sekretariat kerajaan negeri. Ramai wartawan berkumpul di situ untuk membuat liputan.
8.15am: Pintu Utama bangunan sekretariat kerajaan negeri Perak di Ipoh ditutup, dan tiada sesiapapun di benarkan masuk ke bangunan. Ramai anggota polis diletakkan berkawal di bangunan berkenaan.
---------------------------------------------------------------------------------
Viva Pakatan Rakyat..Sidang DUN boleh dilakukan dimana sahaja..yang penting harus mengikut peraturan dan undang - undang..
Isnin, 2 Mac 2009
Sebulan Selepas Rampas Kuasa - Perjuangan Yang Harus Diteruskan
Sebulan dulu pada 5 February 2009, satu titik hitam yang pekat telah berlaku di negeri Perak. Satu rampasan kuasa yang paling jijik telah dilakukan oleh bakal PM. Satu rampasan kuasa yang akhirnya menyebabkan negeri Perak Darul Ridzuan mempunyai 2 Menteri Besar. Satu rampasan kuasa Umno dan Barisan Nasional yang dahulunya memang terkenal dengan sejarah penderhakaan kepada Sultan - sultan, telah bangkit mempertahankan Sultan kononnya Nizar menderhaka. Satu rampasan kuasa yang tidak dirancang dengan teliti kerana mereka lupa akan kekuasaan Speaker DUN. Satu rampasan kuasa yang tidak menggunakan otak yang bakal menghumbankan mereka ke lubang najis pada PRU ke-13 kelak.
Hari ini sudah sebulan peristiwa ini berlaku. Perjuangan yang hak dan batil masih lagi berterusan di Perak. Satu perjuangan bagi membuktikan siapa yang berada di pihak benar dan salah. Menteri Besar Perak Dato' Seri Nizar sehingga ke saat ini masih menjelajah ke seluruh Perak bagi menerangkan keadaan sebenar buat rakyat Perak. Menteri Besar Umno pula seperti biasa akan menggunakan media perdana untuk menerangkan kepada rakyat. 3 orang bekas wakil rakyat Pakatan Rakyat hilang entah kemana. Bekas wakil rakyat DAP dirayu agar diberikannya peluang untuk berkhidmat kepada masyarakat yang rata - ratanya telah membenci beliau.
Peristiwa atau perjuangan ini tidak akan selesai jika DUN tidak dibubarkan. Kisah tragis ini akan berlanjutan sehinggalah PRU yang ke-13 nanti. Pertempuran besar akan tercetus di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Sudah pasti Pakatan akan dilabelkan sebagai penderhaka. Tapi rakyat tidak pernah lupa :
- Kisah ayahanda Tajol Rosli yang derhaka kepada arahan Sultan Perak.
- Kisah penderhakaan maha besar yang dilakukan oleh Annuar Musa.
- Kisah penderhakaan besar yang dilakukan oleh Mahathir pada tahun 1993.
- Kisah penderhakaan pemuda Umno Terengganu kepada Yang Dipertuan Agong pada tahun 2008.
- Kisah penderhakaan Pak Lah kerana mengatakan Agong tak patut masuk campur is politik.
- Penghinaan besar apabila memanggil Yang Dipertuan Agong sebagai NATANG (Binatang)
Najib akan diburu dimana saja dia berada. Pemuda Mafia Umno akan berkeliaran untuk membelasah para petugas DAP dan KeADILan. Pemuda PAS atau Unit Amal PAS akan melindungi sahabat - sahabat mereka ini.
7 April Najib dah jadi PM yang paling kejam tapi tak menggunakan otak. Perjuangan rakyat Perak khasnya akan jadi lebih rumit kelak. Perjuangan REFORMASI akan menjadi lebih getir dan kekerasan pada tahun 1998 - 2001 akan berulang kembali.
Sebulan peristiwa ini berlaku. Buat para pejuang rakyat kita harus bangga, kita masih mempunyai ikon perjuangan rakyat. Anwar dan Nizar. Sebulan peristiwa ini berlaku. Sudah tiba masanya kita melahirkan lebih ramai para pejuang muda. Sebulan peristiwa ini berlaku. Kita harus bersiap - sedia dengan arus kezaliman yang lebih dahsyat dari zaman 1998. Sebulan peristiwa ini berlaku. Para aktivis yang dahulu diam dan sunyi harus keluar kembali.
Sebulan peristiwa ini berlaku...ya sudah sebulan. Apa nasib rakyat Malaysia? Keadaan politik yang digawatkan oleh mereka yang rakus dengan kekuasaan. Keadaan ekonomi dunia yang semakin tenat dan memenatkan akibat kerakusan sistem KAPITALIS. Rakyat Malaysiaku yang tercinta. Apa yang akan jadi pada kalian? Berubah dan terus berubah. Dari menyokong BN kepada PR. Dari kapitalis kepada sistem yang bukan kapitalis. Dari industri kepada pertanian.
Sebulan sudah peristiwa hitam ini berlaku. Perak dan Malaysia akan terus bergolak apabila Najib menjadi PM.
Ingatlah tarikh ini 5 February 2009 wahai rakyat Perak.
Ingatlah wajah ini wahai rakyat Perak dan Malaysia.