Khamis, 28 Mei 2009

Ekonomi Malaysia Dalam Bahaya

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku tahun pertama Malaysia menguncup lagi 6.2 peratus selepas pertumbuhan perlahan 0.1 peratus suku terakhir tahun lepas.Penguncupan itu lebih rendah daripada yang diramalkan sebelumnya, antara -4.5 peratus dan -5.0 peratus.Gabenor Bank Negara berkata penguncupan itu akibat kemerosotan ketara dalam permintaan luar negeri susulan kemelesetan meruncing dalam negara-negara maju, lapor Bernama."Permintaan eksport terus lemah dan keadaan masih mencabar. Walaupun wujud tanda-tanda awal peningkatan, suku kedua dijangka sama dengan suku pertama (2009)," Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dilapor berkata ketika mengumumkan prestasi ekonomi negara hari ini.

Sumber : Malaysiakini

-------------------------------------------------------------------------------

Ekonomi Malaysia dalam keadaan bahaya sekarang ini. Petikan di atas hanyalah sebahagian daripada kata - kata Tan Sri Dr Zeti. Sila baca penuh dan anda semua akan lihat betapa bahayanya dan runcingnya keadaan ekonomi Malaysia waktu ini.

Buat pemimpin negara cukup dan berhentilah membuat kenyataan untuk menafikan kata - kata Tan Sri. Jujurlah kepada rakyat. Beritahu keadaan sebenar supaya rakyat boleh berkerja keras untuk memastikan Malaysia ini selamat. Malaysia ini milik rakyat Malaysia. Bukan Najib.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

JANGAN JADI BACUL DENGAN TAK MELETAKKAN NAMA SENDIRI ATAU SAMARAN KETIKA HENDAK MENINGGALKAN KOMEN DI BLOG INI..ORANG YANG BERSELINDUNG DENGAN TANPA NAMA ORANG YANG TIDAK BERANI MEREMPUH KEBENARAN. JADI BLOG INI AKAN MENYIARKAN KOMEN - KOMEN ORANG YANG BERDAFTAR SAHAJA.