7 May 2009,
Suara rakyat Perak yang mahu DUN Perak dibubarkan akan berkumandang pada hari Khamis nanti. Satu Malaysia akan memerhatikan suara tangisan rakyat Perak. Satu Malaysia akan membaca suasana ketidakpuasan hati rakyat Perak pada hari tersebut.
Satu Malaysia akan melihat kekejaman dan kerakusan kuasa yang dilaksanakan oleh Najib. Satu Malaysia akan turun menangisi perasaan sedih rakyat Perak pada hari tersebut. Satu Malaysia akan mengikuti rapat keadaan di sana melalui blog - blog, akhbar - akhbar online dan melalui sms.
Satu Malaysia akan melihat keangkuhan BN yang tidak mahu mendengar suara rakyat Perak yang mahukan DUN Perak dibubarkan walaupun telah diajar didalam PRK Parlimen Bukit Gantang.
Rakyat Perak, bangkitlah! Selamatkan negerimu dari dirampas oleh mereka yang tamakkan kuasa dan rakus. Jika suara rakyat yang mahukan DUN Perak dibubarkan tidak diendahkan, masakan hak - hak rakyat akan diambil tahu. Tidak.
Rakyat Perak, bangkitlah! Persetankan gangster - gangster yang punyai otak dungu. Persetankan arahan polis untuk tidak berhimpun. Pergilah. Cukup, kamu dipermainkan sedemikian rupa! Cukup, suara kamu yang melalui peti undi tidak diendahkan!
Bangunlah, bangkitlah, maju kehadapan....negeri Perak yang pernah melahirkan seorang Yang Dipertuan Negara Islam Ayuthia Sultan Long Jaafar (bukannya menjadi pak turut para penjajah baik British, Thai, ataupun BN) yang sanggup mati mempertahan kedaulatan negara memerlukan anda semua untuk menendang para perampas kuasa rakyat keluar terus dari negeri Perak.
Bangkitlah...suara anda diperlukan. Suara anda bakal menjadi ikutan di seluruh negara jika BN cuba merampas negeri - negeri yang tidak diperintah oleh mereka.
Mereka akan gerun dengan kuasa rakyat. Bangkitlah kamu semua rakyat Perak...bangkitlah..
Satu Malaysia bersama anda...
SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT!!!
An Electric Atmosphere: Rywire’s EV Civic Debut With CSF Race
9 jam yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
JANGAN JADI BACUL DENGAN TAK MELETAKKAN NAMA SENDIRI ATAU SAMARAN KETIKA HENDAK MENINGGALKAN KOMEN DI BLOG INI..ORANG YANG BERSELINDUNG DENGAN TANPA NAMA ORANG YANG TIDAK BERANI MEREMPUH KEBENARAN. JADI BLOG INI AKAN MENYIARKAN KOMEN - KOMEN ORANG YANG BERDAFTAR SAHAJA.