Sebuah konsortium yang diketuai syarikat Jepun hari ini diberikan kontrak besar RM1.3 bilion bagi membina saluran paip air bawah tanah dari Pahang ke Selangor. Kontrak itu ditandatangani di Putrajaya antara kerajaan persekutuan dengan Shimizu Corp sebagai syarikat utama, Nishimatsu Construction Co dan dua syarikat tempatan UEM Builder dan IJM Corp.
Kontrak ini boleh menjadi kontroversi baru apabila Nishimatsu kini sedang disiasat berhubung dakwaan rasuah di Jepun dan beberapa tahun lalu dituduh cuai dalam satu projek pembinaan di Singapura.Menteri Tenaga, Air dan Teknologi Hijau, Datuk Peter Chin Fah Kui bagaimanapun berkata imej negatif syarikat tersebut tidak menjadi masalah selagi ia mampu menyiapkan projeknya seperti ditenderkan.
Chin bercakap demikian dalam satu sidang akhbar majlis tandatangan tersebut. Wakil keempat-empat syarikat tersebut tidak hadir.
Sumber : Malaysiakini
---------------------------------------------------------------------
Aik...apa cerita..ada masalah tapi janji projek siap ikut tender kira ok la...tapi Dato' kalau siap tapi lagi 5 ke 15 tahun pecah paip tu..sapa salah? MD UEM Builders kot....aku tak setuju..ni salah kerajaan juga..lain kali jangan atas nama Jepun je korang nak percaya terus..
An Electric Atmosphere: Rywire’s EV Civic Debut With CSF Race
9 jam yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
JANGAN JADI BACUL DENGAN TAK MELETAKKAN NAMA SENDIRI ATAU SAMARAN KETIKA HENDAK MENINGGALKAN KOMEN DI BLOG INI..ORANG YANG BERSELINDUNG DENGAN TANPA NAMA ORANG YANG TIDAK BERANI MEREMPUH KEBENARAN. JADI BLOG INI AKAN MENYIARKAN KOMEN - KOMEN ORANG YANG BERDAFTAR SAHAJA.