Khamis, 7 Mei 2009

Perak : Dendam Yang Akan Terus Menyala

Hari ini kita telah melihat demokrasi telah dicemari dengan begitu teruk. Hari ini kita telah melihat drama hindustan dimana pegarah Najib pelakonnya Zambry.

Dendam akan terus menyala. Api kemarahan rakyat terhadap BN akan terus menyala. Najib akan menjadi PM yang paling awal dibenci oleh rakyat Malaysia yang mahukan keadilan dan kebenaran. Benar, BN telah berjaya merampas BN dengan cara yang paling keji. MB yang sah ada dua orang (Si Pembelit Mahathir juga kata Sultan tidak ada hak untuk pecat MB). Semalam BN mainkan isu Speaker bukan Melayu dan ini mencabar ketuanan Melayu. Hari ini Speaker mereka pun bukan dari orang Melayu. Cakap macam Yahudi Mabuk!!

Rakyat Perak...sekarang terpulang kepada anda. Suara anda telah dihina sehabis - habisnya oleh Najib. Anda telah dipermainkan dengan slogan HIDUP MELAYU!! Akal pemikiran anda semua telah diperbodohkan oleh BN dan Najib.

Bangunlah...

Jangan biarkan Zambry dapat tidur lena. Teruskan mendesak agar DUN dibubarkan. Jangan berhenti melawan. YB - YB (Yang Berkhidmat) Pakatan teruskan aksi perlawanan anda. Jangan takut. Jangan gusar. Teruskan melawan.

Rakyat Perak...bangkitlah..bangunlah. Esok masih ada. Aksi penentangan akan harus kita teruska. Biarkan polis sibuk dengan aksi kita. Biarkan Zambry tidak boleh memerintah dengan aman. Orang haram harus diajar.

Buat pengundi di Penanti. Jika Umno letakkan calonnya. Hentak mereka habis - habisan.

Buat BN. Api dendam semakin hangat menyala. Seluruh rakyat Malaysia akan menghukum kamu.

Ingat peristiwa ini BN. Ingat peristiwa ini Najib.

Wajah kamu akan dipijak bila tiba saatnya kelak!!!



HIDUP RAKYAT

4 ulasan:

JANGAN JADI BACUL DENGAN TAK MELETAKKAN NAMA SENDIRI ATAU SAMARAN KETIKA HENDAK MENINGGALKAN KOMEN DI BLOG INI..ORANG YANG BERSELINDUNG DENGAN TANPA NAMA ORANG YANG TIDAK BERANI MEREMPUH KEBENARAN. JADI BLOG INI AKAN MENYIARKAN KOMEN - KOMEN ORANG YANG BERDAFTAR SAHAJA.