Dr MAZA: Email dan aduan seperti ini sudah banyak kali saya terima dari berbagai pihak. Ini adalah tindakan yang zalim ke atas pasangan yang sudah berkahwin secara halal. Jika pun pihak berkuasa agama tidak puas hati, mereka boleh didenda dengan wang atau minta mereka hadir kursus mudah. Kursus itu bukan rukun nikah. Jika pun ia boleh memberi manfaat, banyak kursus yang tidak berfungsi dengan baik dan lebih berbentuk bisnes. Seseorang boleh dikecualikan dari kursus berkenaan jika ada keperluan.
— On Fri, 5/22/09, xxxx xxxxxx (xxxxxxxxxxxxxxxx@yahoo.com) wrote:
From: xxxx xxxxxx (xxxxxxxxxxxxxxxxx@yahoo.com)
Subject: Ingin bertanya
To: moasriza@yahoo.com
Date: Friday, May 22, 2009, 8:44 AM
Assalamualaikum Dr,
dulu Dr Asri adalah mufti negeri perlis. di sini saya ingin bertanya tentang perkahwinan.
saya mempunyai seorang sepupu yang telah berkahwin. sebelum ini dia adalah seorang janda. Di hari perkahwinan dia semasa akad nikah dia tidak mempunyai sijil kursus perkahwinan dan terus di nikahi oleh imam. kebetulan imam itu adalah bapanya sendiri.
Masalahnya sekarang selepas berkahwin dia mendapat cahaya mata. Sekarang ni anaknya dah dua orang. tapi dia tidak boleh mendaftar anak sebabnya mereka tidak di beri sijil nikah. alasannya ialah kerana mereka berdua tidak mempunyai sijil kursus sebelum berkahwin.
anak sulungnya hanya di beri surat sementara dan anak kedua belum dapat lagi di daftarkan.Persoalannya sekarang ni apa yang wajib di dalam perkahwinan? Kursus ataupun akad nikah dan adanya wali. bukannya kawin lari.
Apa yang pentingnya kursus perkahwinan? adakah ia boleh membawa kebahagian sehingga akhir hayat. apa yang telah saya ketahui kursus ini hanyalah menguntungkan setengah pihak sahaja. ada setengah yang pergi kursus hanya sempat berkahwin hanya seminggu sahaja. apa yang di pelajari di dalam kursus.Saya harap dato’ dr asri dapat memberi pendapat dan pandangan.xxxxxx
-------------------------------------------------------------------------
Artikel ini saya perolehi dari laman web Dr.MAZA bekas mufti Perlis. Lihatlah...
Macam mana Islam nak berkembang dengan baik di Malaysia kalau instusi agama terlalu leceh.
Terus - terang saya katakan tindakan seperti ini juga boleh mencetuskan perzinaan. Nak kahwin pun susah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
JANGAN JADI BACUL DENGAN TAK MELETAKKAN NAMA SENDIRI ATAU SAMARAN KETIKA HENDAK MENINGGALKAN KOMEN DI BLOG INI..ORANG YANG BERSELINDUNG DENGAN TANPA NAMA ORANG YANG TIDAK BERANI MEREMPUH KEBENARAN. JADI BLOG INI AKAN MENYIARKAN KOMEN - KOMEN ORANG YANG BERDAFTAR SAHAJA.