Khamis, 28 Mei 2009

Viva Barca


Barcelona beat Man United 2-0 in Champions League final


im so so so happy...


viva to Messi, Samuel Eto’o and the whole team...


Ekonomi Malaysia Dalam Bahaya

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku tahun pertama Malaysia menguncup lagi 6.2 peratus selepas pertumbuhan perlahan 0.1 peratus suku terakhir tahun lepas.Penguncupan itu lebih rendah daripada yang diramalkan sebelumnya, antara -4.5 peratus dan -5.0 peratus.Gabenor Bank Negara berkata penguncupan itu akibat kemerosotan ketara dalam permintaan luar negeri susulan kemelesetan meruncing dalam negara-negara maju, lapor Bernama."Permintaan eksport terus lemah dan keadaan masih mencabar. Walaupun wujud tanda-tanda awal peningkatan, suku kedua dijangka sama dengan suku pertama (2009)," Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dilapor berkata ketika mengumumkan prestasi ekonomi negara hari ini.

Sumber : Malaysiakini

-------------------------------------------------------------------------------

Ekonomi Malaysia dalam keadaan bahaya sekarang ini. Petikan di atas hanyalah sebahagian daripada kata - kata Tan Sri Dr Zeti. Sila baca penuh dan anda semua akan lihat betapa bahayanya dan runcingnya keadaan ekonomi Malaysia waktu ini.

Buat pemimpin negara cukup dan berhentilah membuat kenyataan untuk menafikan kata - kata Tan Sri. Jujurlah kepada rakyat. Beritahu keadaan sebenar supaya rakyat boleh berkerja keras untuk memastikan Malaysia ini selamat. Malaysia ini milik rakyat Malaysia. Bukan Najib.

Intelligence Monkeys

Ni orang panggil spesies yang cerdik kerana sudah berani buat laporan polis kepada MB Selangor.

Ermm berok opsss bro yang muka ketat yang kat tengah - tengah tu yang siap pandang ke bawah tu dan muka macam dalam filem Young And Dangerous tu..
Aku rasa kau dari pewaris kot...ala pewaris yang buat perhimpunan kat depan Bandar Baru Bangi dulu bukan perhimpunan aman ke tu..ala jangan buat - buat lupa lak..siap pakai baju MANSUHKAN GERAKAN BABI (babi pun mau cari gado ka..butoi butoi lumbu)...masa tu kau dan berok - berok jalanan (bukan aku cakap..KJ) datang nak cari gaduh dengan sebuah parti politik dan NGO yang menentang ISA...

Dah la berok oppsss bro....jangan poyo boleh tak..letih aku..hahahha..kelakar aku tengok muka semua ni.

Rabu, 27 Mei 2009

Umno + Zionis = Komunis Versi Baru

Hari ini kita dengar Rais Yatim mula menyerang PKM dan menyerang usaha sesetengah pihak untuk membawa pulang Chin Peng dan rakan - rakannya.

Saya bukanlah penyokong komunis tegar. Saya bantah tindak kerajaan Russia yang menyerang Afghanistan. Tapi bagi saya apabila Rais Yatim tiba - tiba mahu bangkitkan isu lapuk seperti ini jelas menunjukkan usaha untuk menarik undi anak - anak muda Melayu yang menyokong Pakatan Rakyat. Biarkan anak - anak muda Melayu jangan menyokong Pakatan. Percaya atau tidak dalam sehari dua ini, pasti Rais Yatim kata Pakatan Rakyat sokong komunis. Semua dalam poket.

Oh ya, komunis bunuh ribuan insan di Malaysia sebelum kemerdekaan.

Yang Umno bunuh orang Islam Melayu di kampung Memali macam mana pula?

Umno + Zionis = Komunis...sekian

Isnin, 25 Mei 2009

Rasuah Lagi..Haiyaaa

Sebuah konsortium yang diketuai syarikat Jepun hari ini diberikan kontrak besar RM1.3 bilion bagi membina saluran paip air bawah tanah dari Pahang ke Selangor. Kontrak itu ditandatangani di Putrajaya antara kerajaan persekutuan dengan Shimizu Corp sebagai syarikat utama, Nishimatsu Construction Co dan dua syarikat tempatan UEM Builder dan IJM Corp.

Kontrak ini boleh menjadi kontroversi baru apabila Nishimatsu kini sedang disiasat berhubung dakwaan rasuah di Jepun dan beberapa tahun lalu dituduh cuai dalam satu projek pembinaan di Singapura.Menteri Tenaga, Air dan Teknologi Hijau, Datuk Peter Chin Fah Kui bagaimanapun berkata imej negatif syarikat tersebut tidak menjadi masalah selagi ia mampu menyiapkan projeknya seperti ditenderkan.

Chin bercakap demikian dalam satu sidang akhbar majlis tandatangan tersebut. Wakil keempat-empat syarikat tersebut tidak hadir.

Sumber : Malaysiakini
---------------------------------------------------------------------

Aik...apa cerita..ada masalah tapi janji projek siap ikut tender kira ok la...tapi Dato' kalau siap tapi lagi 5 ke 15 tahun pecah paip tu..sapa salah? MD UEM Builders kot....aku tak setuju..ni salah kerajaan juga..lain kali jangan atas nama Jepun je korang nak percaya terus..

Sabtu, 23 Mei 2009

Kezaliman Pihak Berkuasa Agama

Dr MAZA: Email dan aduan seperti ini sudah banyak kali saya terima dari berbagai pihak. Ini adalah tindakan yang zalim ke atas pasangan yang sudah berkahwin secara halal. Jika pun pihak berkuasa agama tidak puas hati, mereka boleh didenda dengan wang atau minta mereka hadir kursus mudah. Kursus itu bukan rukun nikah. Jika pun ia boleh memberi manfaat, banyak kursus yang tidak berfungsi dengan baik dan lebih berbentuk bisnes. Seseorang boleh dikecualikan dari kursus berkenaan jika ada keperluan.

— On Fri, 5/22/09, xxxx xxxxxx (xxxxxxxxxxxxxxxx@yahoo.com) wrote:

From: xxxx xxxxxx (xxxxxxxxxxxxxxxxx@yahoo.com)
Subject: Ingin bertanya
To: moasriza@yahoo.com
Date: Friday, May 22, 2009, 8:44 AM

Assalamualaikum Dr,

dulu Dr Asri adalah mufti negeri perlis. di sini saya ingin bertanya tentang perkahwinan.

saya mempunyai seorang sepupu yang telah berkahwin. sebelum ini dia adalah seorang janda. Di hari perkahwinan dia semasa akad nikah dia tidak mempunyai sijil kursus perkahwinan dan terus di nikahi oleh imam. kebetulan imam itu adalah bapanya sendiri.

Masalahnya sekarang selepas berkahwin dia mendapat cahaya mata. Sekarang ni anaknya dah dua orang. tapi dia tidak boleh mendaftar anak sebabnya mereka tidak di beri sijil nikah. alasannya ialah kerana mereka berdua tidak mempunyai sijil kursus sebelum berkahwin.
anak sulungnya hanya di beri surat sementara dan anak kedua belum dapat lagi di daftarkan.
Persoalannya sekarang ni apa yang wajib di dalam perkahwinan? Kursus ataupun akad nikah dan adanya wali. bukannya kawin lari.
Apa yang pentingnya kursus perkahwinan? adakah ia boleh membawa kebahagian sehingga akhir hayat. apa yang telah saya ketahui kursus ini hanyalah menguntungkan setengah pihak sahaja. ada setengah yang pergi kursus hanya sempat berkahwin hanya seminggu sahaja. apa yang di pelajari di dalam kursus.
Saya harap dato’ dr asri dapat memberi pendapat dan pandangan.xxxxxx

-------------------------------------------------------------------------

Artikel ini saya perolehi dari laman web Dr.MAZA bekas mufti Perlis. Lihatlah...

Macam mana Islam nak berkembang dengan baik di Malaysia kalau instusi agama terlalu leceh.

Terus - terang saya katakan tindakan seperti ini juga boleh mencetuskan perzinaan. Nak kahwin pun susah.

Penanti TAKUT, Manik Urai Boleh Je!!

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) akan meletakkan calon pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai, Kelantan, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini.

Beliau berkata ini kerana kekosongan itu berlaku disebabkan oleh kematian dan bukannya kerana wakil rakyat sengaja meletakkan jawatan.

Sumber : Bernama

---------------------------------------------------------------------------------

Dulu masa kat Penanti kata tamau bazir duit rakyat....kalau betoi la hangpa tamau bazir duit rakyat..kat Manik Urai pun toksah la bertanding la...banyak pakai duit weii

sat sat..aku nak gelak sat hahahahahahahaha...berair mata woi

hangpa ni betoi KUDA la..kalau betoi ambik berat pasai rakyat toksah la bertanding..kata tamau bazir duit...bagi ja kerusi tu kat PAS...senang!!

awat?? kat penanti rasa tak boleh menang ka? kat manik urai boleh ka?? manik urai PAS menang 1000++ majoriti ja ingat hangpa boleh menang la..

Ni...hangpa lupa kot..Nizar tu orang PAS..hangpa buli dia...hangpa pekena dia cukup - cukup..apa orang PAS kat Kelantan tu nak dok diam - diam ja ka??

Hang Lawan...PAKATAN RAKYAT pasti melawan balik...

Jumaat, 22 Mei 2009

Rabu, 20 Mei 2009

Mat Rempit Tak Sama Dengan Samseng Jalanan

Helo kepada mereka yang suka melabel - label individu.

Aku tentang lumba haram (walaupun punca kepada lumba haram sebab tempat nak lepaskan gian berlumba sudah tiada) tapi adalah amat tidak adil kepada untuk mengatakan mereka ini samseng jalanan kerana yang membuat hal di jalanraya bukan dari kelompok mereka.

Tapi dari merempit dekat jalanraya dengan rompak duit rakyat, pemilihan agong parti di PWTC yang penuh dengan politik wang (weiii...rasuah la tu)...mana lebih jahat??

Pilih pemimpin dengan rasuah...nak dapat AP kereta kena ada kabel dan rasuah menteri..nak ada AP ayam esok pun kena ada kabel dan rasuah menteri..

Bagi aku..baik rempit dari orang - orang mangkuk macam nie..

WEI..SEDIAKAN TEMPAT LA WEI...BARU MASALAH REMPIT NIE KHALASS..

NI KENAL KAN VALENTINO ROSSI..TAPI TEMPAT TAKDE NAK BUAT APA GILEEEEEE(KHAS BUAT YANG SEDAP DOK BANTAI MAT - MAT REMPIT)!!!

p/s Mat Rempit pun ada pakai baju Nik Aziz..tak percaya pergi Kedah dan Penang..hangpa tengok la..ni la Mat Rempit yang cool..hahaha

Jumaat, 15 Mei 2009

Samy Vellu Mengarut Lagi


MIC tidak akan tergugat walaupun pemimpin Hindraf yang baru dibebaskan dari tahanan di bawah ISA mahu menubuhkan parti politik, kata Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu.

Menurutnya, dalam tempoh beberapa dekad yang lalu, banyak parti politik kaum India muncul tetapi kemudiannya berkubur begitu sahaja, tetapi MIC terus kekal bertahan."Selama 64 tahun kewujudan MIC, begitu banyak parti politik kaum India ditubuhkan, tetapi tidak lama selepas itu, ianya berkubur... Ia bukan satu ancaman kepada kita," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur.

Menyentuh tentang populariti Hindraf, Samy Vellu berkata, terdapat satu soalan yang masih belum terjawab."Berapa besarkah penyokong pemimpin Hindraf, beberapa peratuskah sokongan yang mereka ada, kita tidak boleh menilainya berdasarkan kepada apa yang kita lihat pada 25 November 2007 (sewaktu protes jalanan).

Sumber : Malaysiakini

----------------------------------------------------------------------------

Nak tengok pengaruh diorang sangat ke? ERRRR...LU DULU AHLI PARLIMEN SG. SIPUT..APA CERITA SUDAH HILANG ITU KERUSI..DEYYYYYYYYYYYYYY HAHAHAHAH

LETIH AKU NGAN MACHA SORANG NIE...gelak sekali lagi


HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA...berair mata aku..

Selasa, 12 Mei 2009

Najib : Bapa Kelentong Malaysia

Semalam saya pernah menulis mengenai kemenangan rakyat Perak bagi pusingan pertama dan telah meramalkan kemenangan ini bakal dirampas kembali. Nah, sekarang semuanya telah terjadi.

Saya dapat menjangkakan kejadian yang menjijikkan seperti ini pasti akan terjadi kerana Najib telah melaungkan amaran kepada rakyat Perak .

Mahkamah Malaysia ku tercinta memang cukup efisyen. Cukup pantas melaksanakan tugas. Hebat..memang hebat.

Tapi, ketika mata dan telinga rakyat Malaysia cukup tekun mengikuti peristiwa krisis di Perak, Najib telah menaikkan harga minyak. Ya, memang telah digantikan dengan petrol RON 95. Kualiti yang agak baik dari RON 92 tapi lebih rendah dari RON 97. Ya, pencacai BN akan katakan, hey tak sanggup bayar pakailah RON 95. Wahai warga totok BN, sekarang harga minyak turun. Rendah dan teramat rendah. Apahal nak naikkan harga minyak. Turunkan harga RON 95. Tu saja. Ini RON 95 sama mahal harga dahulu RON 97, manakala RON 97 naik lagi.

Najib ohh Najib. Engkau memang handal membohong. Engkau memang suka ugut rakyat, bodohkan orang Melayu (kalau dapat), engkau memang dengki dengan rakyat Perak dan Penanti (sebab tak bagi diadakan pilihanraya negeri Perak dan takut nak hadapi Penanti). Hebat kau Najib. Tak sampai dua bulan kau telah dibenci oleh rakyat Malaysia. Mahathir ambil masa 10 tahun. Pak Lah 2 tahun. Tapi kau? 2 bulan sahaja

Rakyat Perak, teruskan perjuangan. BN telah mencabar kuasa anda. Tunggu apa lagi. Jalanraya terbentang luas. Keputusan di tangan anda.

Najib...sumpah rakyat Malaysia..




Saat ini pasti akan terjadi!!!

------------------------------------------------

Suhakam juga mendesak agar DUN Perak dibubarkan.

Perak : Kemenangan Rakyat Pusingan Pertama


Alhamdulillah,
Doa dan pengorbanan rakyat Perak selama 3 bulan telah membuahkan hasil. Kemenangan pusingan pertama telah dapat dirasai oleh mereka. Kemenangan pusingan pertama yang terpaksa mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan. Namun para pejuang rakyat Perak telah berjaya harunginya. Nah, hasilnya MB Perak yang disayangi telah diakui sebagai MB sah oleh mahkamah.

Namun begitu, musuh utama rakyat Perak dan Malaysia, ketua pergerakan Zionis Malaysia Najib telah memberi amaran kepada rakyat Perak :

"dikemaskini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menasihatkan rakyat Perak supaya bertenang dan tidak terlalu teruja dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar yang sah." sumber : Malaysiakini

Lihatlah, keangkuhan Najib. Seolah - olah negeri dan negara ini Tun Razak yang punya. Kemenangan pusingan kedua pasti akan lebih rumit untuk kita kecapi. Najib sudah pun memberi amaran kepada rakyat Perak. Jadi, buat pemimpin PR dan pejuang - pejuang rakyat di negeri Perak dan Malaysia. Bersiap - sedia. Saya menjangkakan kemenangan kita di pusingan pertama ini bakal dirampas kembali.

Undang - undang Malaysia adalah hak milik kekal pertubuhan Yahudi yang bertopengkan Melayu. Ingat rakyat Perak dan Malaysia. Pertahankan kemenangan ini. Najib ini jahat. Bom C4 pernah meletup.

Orang - orang Melayu di Perak. Ingat, anda telah diperbodohkan oleh BN. Dahulu mereka kata kita tidak patut lantik orang bukan Melayu jadi speaker. Ganesan siapa? Adik kepada Zambry? Anak buah Najib? Saudara Zahid Hamidi? Pakatan Rakyat memperjuangkan rakyat. Umno memperjuangkan kebohongan.

NAJIB....kau memang angkuh...kau memang jahat..kau ingat rakyat Perak bacul!!!

Tengok gambar ini, suatu hari nanti muka kau bakal jadi macam ini!!! Ingat!!

Sabtu, 9 Mei 2009

Penanti : Simbol Penolakan Kepada BN

Pada 23 Mei 2009, pilihanraya kecil DUN Penanti akan berlangsung. Pada hari tersebut juga kita dapat menyaksikan undang - undang Yahudi SPR yang akan menghadkan jumlah penyokong yang datang berarak hanya 5000 orang (tapi macam mana nak kira). Pada hari tersebut kita akan dapat menyaksikan Pakatan Rakyat akan berperang dengan BN (kalau berani letak calon).

Rayuan kepada penyokong - penyokong PR, pada hari tersebut datang secara beramai - ramai. Penuhi setiap ruang inci di kawasan tersebut. Buat penduduk Pulau Pinang turunlah beramai - ramai. Tunjukkan kepada Zionis BN, rakyat Pulau Pinang menolak BN. Tunjukkan kepada BN, jangan sesekali merampas Pulau Pinang dengan cara bangsat seperti itu lagi.

Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan kebenaran, saya merayu kepada pengundi - pengundi DUN Penanti. Hancurkan BN habis - habisan. Kalahkan mereka seteruk - teruknya. Hentak mereka selunyai - lunyainya. Tunjukkan kepada rakyat Perak, rakyat Pulau Pinang bersama mereka. Tunjukkan kepada Najib bahawa setelah apa yang kamu lakukan di Perak, DUN Penanti BN kalah teruk.

Walaupun saya adalah insan yang memilih pilihanjalanraya (kerana yakin setiap undian anda walaupun menang, tetapi BN keparat tetap tidak akan menghormati anda), tetapi saya juga menghormati saluran jenis ini. Laksanakan tanggungjawap anda untuk menyelamat Pulau Pinang dan menyelamatkan Malaysia. Undian anda, akan membawa makna dan harapan kepada rakyat Malaysia yang telah tertindas dengan rejim Zionis Malaysia dibawah pimpinan Najib, bahawa masih ada yang mahukan keadilan.

Najib, cabaran telah dibuat. Pakatan telah memperkenalkan budaya baru. Wakil Rakyat yang tidak bagus berkhidmat akan digesa meletakkan jawatan supaya setiap undian yang telah rakyat berikan akan lebih bermakna. Mana yang lebih bertanggungjawap, membiarkan wakil rakyat yang tidak bekerja terus menjadi wakil rakyat sehinggalah DUN dibubarkan atau berhentikan wakil rakyat yang tidak bekerja itu dan pilih semula wakil rakyat yang boleh bekerja. BN dan Najib, PR telah membawa budaya baru. Mereka mahu rakyat berpuas hati, mereka mahu rakyat dihargai(khas buat PAS Permatang Pauh juga).

Pengundi di DUN Penanti. Undian anda akan membawa harapan kepada rakyat Malaysia dan menunjukkan kepada pengundi - pengundi di negeri Perak..Anda bersama mereka.

NAJIB...INGAT!! RAKYAT MENANTI ANDA DI PENANTI..UMUMKAN SEGERA CALON BN!!

Khamis, 7 Mei 2009

Perak : Dendam Yang Akan Terus Menyala

Hari ini kita telah melihat demokrasi telah dicemari dengan begitu teruk. Hari ini kita telah melihat drama hindustan dimana pegarah Najib pelakonnya Zambry.

Dendam akan terus menyala. Api kemarahan rakyat terhadap BN akan terus menyala. Najib akan menjadi PM yang paling awal dibenci oleh rakyat Malaysia yang mahukan keadilan dan kebenaran. Benar, BN telah berjaya merampas BN dengan cara yang paling keji. MB yang sah ada dua orang (Si Pembelit Mahathir juga kata Sultan tidak ada hak untuk pecat MB). Semalam BN mainkan isu Speaker bukan Melayu dan ini mencabar ketuanan Melayu. Hari ini Speaker mereka pun bukan dari orang Melayu. Cakap macam Yahudi Mabuk!!

Rakyat Perak...sekarang terpulang kepada anda. Suara anda telah dihina sehabis - habisnya oleh Najib. Anda telah dipermainkan dengan slogan HIDUP MELAYU!! Akal pemikiran anda semua telah diperbodohkan oleh BN dan Najib.

Bangunlah...

Jangan biarkan Zambry dapat tidur lena. Teruskan mendesak agar DUN dibubarkan. Jangan berhenti melawan. YB - YB (Yang Berkhidmat) Pakatan teruskan aksi perlawanan anda. Jangan takut. Jangan gusar. Teruskan melawan.

Rakyat Perak...bangkitlah..bangunlah. Esok masih ada. Aksi penentangan akan harus kita teruska. Biarkan polis sibuk dengan aksi kita. Biarkan Zambry tidak boleh memerintah dengan aman. Orang haram harus diajar.

Buat pengundi di Penanti. Jika Umno letakkan calonnya. Hentak mereka habis - habisan.

Buat BN. Api dendam semakin hangat menyala. Seluruh rakyat Malaysia akan menghukum kamu.

Ingat peristiwa ini BN. Ingat peristiwa ini Najib.

Wajah kamu akan dipijak bila tiba saatnya kelak!!!



HIDUP RAKYAT

Selasa, 5 Mei 2009

7 Mei 2009 : Suara Rakyat Suara Keramat (2)

Tinggal satu hari sahaja lagi sebelum tarikh 7 Mei 2009 tiba. Semua warganegara Malaysia akan menunggu dengan penuh debar pada hari tersebut. Tarikh yang bakal menyaksikan kerakusan BN untuk terus - menerus merampas suara rakyat. Suara rakyat yang mahukan DUN Perak dibubarkan.

Semua rakyat Malaysia menunggu dengan perasan sedih kerana sekali lagi suara rakyat yang telah pun mengikut saluran peti undi untuk menyatakan rasa protes dan bantahan terhadap rampasan kuasa ini tidak diendahkan.

Rakyat Kedah menunggu kebangkitan rakyat Perak untuk menentang usaha jahat dan sialan ini daripada MB Haram Zambry. Rakyat Kedah menunggu kebangkitan rakyat Perak dalam menghadapi serangan ganas dari gangster - gangster keparat Umno. Rakyat Kedah menaruh harapan yang cukup tinggi kepada rakyat Perak agar dapat menghalang persidangan haram yang dilaksanakan oleh perampas kuasa BN. Jika berjaya, rakyat Perak akan menjadi sumber inspirasi rakyat Kedah jika peristiwa rampasan kuasa ini berlaku di Kedah kelak. Rakyat Perak...bangkitlah...kebangkitan anda semua akan menjadi pemangkin semangat rakyat negeri Kedah dan akan menggerunkan BN.

Rakyat Selangor menantikan kebangkitan anda. Rakyat Selangor juga berada dalam keadaan bahaya. Si Jelmaan Zionis Al-Najib Altantuya telah pun menjadi Ketua Angkatan Zionis di Selangor. Kebangkitan rakyat Perak akan menggerunkan Najib. Rakyat Selangor akan mengikuti jejak langkah anda. Jika peristiwa sial ini berlaku sekali lagi..rakyat Selangor pasti akan ajar Najib dan gerombolan Zionisnya.

Rakyat Perak...rakyat Malaysia menaruh harapan tinggi kepada anda. Andalah tentera rakyat yang bakal menggagalkan rancangan Zionis BN. Jika anda berjaya maka BN pasti tidak berani lagi merampas kuasa dengan cara yang buruk seperti ini lagi.

Bangkitlah harimau - harimau rakyat Perak sekalian. Keluarlah...berjuanglah..bangkitlah..

Rakyat Malaysia yang cintakan keadilan, kebebasan, dan kebenaran menantikan kejayaan anda.

Bangkitlah wahai rakyat Perak. Sultan Nai Long Jaafar sanggup mati dipijak gajah demi mempertahankan negara. Ayuh...tunjukkan kepada Sultan Perak sekarang...jika rakyat Perak sanggup berbuat apa sahaja untuk mempertahankan maruah rakyat kenapa Sultan Perak tidak mampu berbuat demikian.

Rakyat Perak...kejayaan anda bermakna anda telah menyelamatkan Malaysia. Kejayaan anda menghalang persidangan haram ini kejayaan untuk para pejuang rakyat...

BANGUNLAH..BANGKITLAH...

LAUNGKAN SEKUAT - KUAT HATI ANDA...

SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT..

BUKTIKAN KEPADA BN...INI RAKYAT..BUKAN HAMBA KEPADA BN...

KETUANAN RAKYAT BUKANNYA KETUANAN MELAYU UMNO..

Rakyat Malaysia menantikan berita baik dari anda semua...tolonglah kami yang berada luar dari Perak ini......





Rakyat Perak Ulangilah 10/11/2007

Isnin, 4 Mei 2009

7 May 2009 : Suara Rakyat Suara Keramat

7 May 2009,
Suara rakyat Perak yang mahu DUN Perak dibubarkan akan berkumandang pada hari Khamis nanti. Satu Malaysia akan memerhatikan suara tangisan rakyat Perak. Satu Malaysia akan membaca suasana ketidakpuasan hati rakyat Perak pada hari tersebut.

Satu Malaysia akan melihat kekejaman dan kerakusan kuasa yang dilaksanakan oleh Najib. Satu Malaysia akan turun menangisi perasaan sedih rakyat Perak pada hari tersebut. Satu Malaysia akan mengikuti rapat keadaan di sana melalui blog - blog, akhbar - akhbar online dan melalui sms.

Satu Malaysia akan melihat keangkuhan BN yang tidak mahu mendengar suara rakyat Perak yang mahukan DUN Perak dibubarkan walaupun telah diajar didalam PRK Parlimen Bukit Gantang.

Rakyat Perak, bangkitlah! Selamatkan negerimu dari dirampas oleh mereka yang tamakkan kuasa dan rakus. Jika suara rakyat yang mahukan DUN Perak dibubarkan tidak diendahkan, masakan hak - hak rakyat akan diambil tahu. Tidak.

Rakyat Perak, bangkitlah! Persetankan gangster - gangster yang punyai otak dungu. Persetankan arahan polis untuk tidak berhimpun. Pergilah. Cukup, kamu dipermainkan sedemikian rupa! Cukup, suara kamu yang melalui peti undi tidak diendahkan!

Bangunlah, bangkitlah, maju kehadapan....negeri Perak yang pernah melahirkan seorang Yang Dipertuan Negara Islam Ayuthia Sultan Long Jaafar (bukannya menjadi pak turut para penjajah baik British, Thai, ataupun BN) yang sanggup mati mempertahan kedaulatan negara memerlukan anda semua untuk menendang para perampas kuasa rakyat keluar terus dari negeri Perak.

Bangkitlah...suara anda diperlukan. Suara anda bakal menjadi ikutan di seluruh negara jika BN cuba merampas negeri - negeri yang tidak diperintah oleh mereka.

Mereka akan gerun dengan kuasa rakyat. Bangkitlah kamu semua rakyat Perak...bangkitlah..

Satu Malaysia bersama anda...

SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT!!!

Sabtu, 2 Mei 2009

5 May 2009 : 3 Bulan Selepas Rampasan Kuasa Di Perak

Hari Selasa nanti, cukup 3 bulan kejadian rampasan kuasa di Perak berlaku. Hari Selasa nanti cukup 3 bulan tangisan rakyat Perak yang sedih lihat demokrasi dicemari oleh Najib. Hari Selasa nanti cukup 3 bulan rakyat Perak masih menunggu Sultan Perak membubarkan DUN.

Cukup sudah 3 bulan. Rakyat sudah pun memberi isyarat yang cukup jelas. PRK Parlimen Bukit Gantang telah membuktikan rakyat Perak menolak rampasan kuasa yang diusahakan oleh Najib. Undi anak muda Melayu tidak berubah (walaupun untuk saluran 1 dan 2 menunjukkan sokongan ketara kepada BN). Kaum Cina dan India telah menolak sama sekali BN.

Cukup 3 bulan, namun BN masih degil dengan suara rakyat. Mereka masih terus - menerus mencabar kuasa rakyat. Gangster digunakan. Rakyat semakin ditindas. 7 May 2009 saya menyeru seluruh rakyat Perak agar membantah persidangan secara paksa ini secara beramai - ramai. Jika BN boleh halang wakil - wakil Pakatan Rakyat bersidang, kenapa rakyat tidak boleh halang?

Buktikan kepada BN, anda hanya bernafas kerana ada gangster - gangster BODOH dan polis dibelakang kamu. Tapi ini rakyat. Tiada siapa dibelakang kami kecuali kebenaran, keadilan dan Tuhan Yang Maha Esa.

Ayuh rakyat Perak...buktikan pada BN!! Rakyat Perak mahukan pilihanraya kecil yang baru!!

SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT!!!!!!!

Jumaat, 1 Mei 2009

Selamat Hari Buruh

SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA..

SUARA PEKERJA SUARA KERAMAT


Tangan yang membuat
Tangan yang membina
Tangan yang merombak
Tangan yang membidak

Kaum buruh bersatulah!

Tenaga kamu melintasi sempadan
Dari nepal
Dari madura
Dari mukah
Dari kalimantan
Dari jawa
Dari medan
Dari kuala perlis
Dari kerala
Dari dacca
Dari lahore
Dari gombak
Dari kg gajah
Dari seberang takir
Dari rompin
Dari vietnam
Dari muar
Tangan kamu mendirikan bumi ini

Sekali kamu bertempek
Dunia bergegar
Sekali kamu letakkan pungkeh
Satu bangunan gagal
Sekali kamu enggan memasang keluli
Sebuah pabrik runtuh bergegar

Kamu buruh - kamulah pembuat dunia

Esok kita mengingati kawan kawan yang gugur di chicago
Esok kita mengingati kawan kawan yang gugur di paris
Esok kita mengingati kawan kawan yang gugur di dubai
Esok kita mengingati kawan kawan yang gugur membuat klcc
Esok kita mengingati kawan kawan yang gugur membuat klia

Kaum buruh lihatlah dunia hari ini
Semua adalah hasil tangan mu
Kaum buruh lihat bagunan itu
Adalah tanda tangan tenaga mu

Kaum buruh satu mei adalah hari mu
Kaum buruh acungkan tangan mu tinggi
Kembang dadamu luas
Segala setan
Segala puaka
Kaum pemodal antarabangsa
Akan mengelupur kecut melihat gengaman tangan mu !(TT)