Sejak zaman merdeka, kerja utama BN adalah untuk menipu rakyat. Rakyat disogok dengan mengatakan hanya BN mampu memerintah negara. Hanya BN mampu menaikkan ekonomi negara. Orang Melayu harus taat kepada BN.
Namun jika diperhalusi satu demi satu sogokon mereka, ternyata ianya hanyalah satu omongan kosong. Sewaktu BN memerintah Selangor selama 50 tahun, pernah atau tidak rakyat Selangor dapat merasakan pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu? Sewaktu BN memerintah Pulau Pinang KOMTAR hampir lumpuh namun dinaikkan kembali oleh Pakatan Rakyat. Sewaktu Khir Toyo memerintah usaha untuk mengalihkan kuil di seksyen 19 tidak pernah berjalan namun di bawah Tan Sri Khalid usaha itu telah berjaya digerakkan. Isu kampung Buah Pala sewaktu pemerintahan Koh Tsu Koon, tanah itu sudah awal - awal dijual kepada pemaju. Di bawah pemerintahan BN, Kampung Tanjung Tokong iaitu kampung orang Melayu hampir sama sekali musnah.
Kerja orang - orang BN hanyalah untuk menipu rakyat. Berpuluh tahun kita ditipu. Apakah kita masih mahu tertipu?
Pengundi Bagan Pinang harus berani memberi signal jelas kepada BN, cukup sudah anda menipu kami. Kami tidak mahu menerima lagi pemimpin rasuah. Ya benar penjenayah harus diberi peluang kedua. Kami masih lagi tidak menganggap ISA SAMAD bebas dari kesalahan selagi mana SPRM tidak menghukum beliau.
JANGAN TIPU KAMI...KAMI AKAN HUMBANG BN KE LAUT SELAT MELAKA!!
p/s berikan mesej jelas ini kepada BN
A Porsche 911 Carrera 2 That Does It All
11 jam yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
JANGAN JADI BACUL DENGAN TAK MELETAKKAN NAMA SENDIRI ATAU SAMARAN KETIKA HENDAK MENINGGALKAN KOMEN DI BLOG INI..ORANG YANG BERSELINDUNG DENGAN TANPA NAMA ORANG YANG TIDAK BERANI MEREMPUH KEBENARAN. JADI BLOG INI AKAN MENYIARKAN KOMEN - KOMEN ORANG YANG BERDAFTAR SAHAJA.