Dari Umno hingga ke Zionis, semua bangsat dan suka melakukan kezaliman kepada mereka yang dipaksa menjadi minoriti.
Di Malaysia Umno memaksa Cina dan India supaya ikut kata mereka. Menuduh mereka menutup peluang pekerjaan walhal kita yang Melayu ini dipaksa terus - menerus bergantung kepada "tongkat" yang tidak pernah wujud.
Di Palestin, Zionis memaksa rakyat Palestin menerima mereka sebagai pemerintah yang sah walaupun mereka datang menjajah bumi bertuah yang penuh dengan nilai sejarah.
Di Iraq, rakyat Iraq terpaksa melalui hari - hari duka akibat serangan kejam daripada Amerika Syarikat yang kononnya mencari senjata pemusnah walaupun tidak pernah jumpa.
Di Malaysia, sekali lagi..mat rempit yang terpengaruh dengan filem - filem yang berkisar mengenai perlumbaan dihalang daripada memuaskan nafsu mereka dengan tidak menyediakan tempat sewajarnya maka di seksa oleh mereka yang memakai uniform.
Di Switzerland, penindasan terhadap mereka yang menjadi minoriti juga berlaku. Bumi yang dianggap suci dari penindasan juga sebenarnya berlaku. Mereka sedang merancang untuk mengadakan satu referundum untuk menghalang sebarang pembinaan masjid baru di sana atas alasan itu merupakan kekuatann simbol Islam. aduh...ramai sungguh yang bersifat zalim dan sialan. Itu hanyalah simbol kenapa harus ditakuti dan dihalang.
Kenapa mereka yang menjadi minoriti yang tidak pernah cuba menganggu - gugat keselamatan majoriti sering dibuli.
Dunia ini sememangnya kejam. Kejam kerana dipenuhi oleh mereka yang berfikiran kolot dan bodoh. Sepatutnya hidup harus dipenuhi dengan kasih sayang. Jika tidak Allah tidak akan menjadikan umat manusia ini pelbagai bangsa untuk kita saling kenal - mengenal antara satu sama lain dan hidup secara harmoni. Segala masalah pendapat diselesaikan dengan cara berdialog. TAPI malangnya...malangnya wujud mereka yang suka kepada peperangan dan kekacauan atas nama membela sesuatu pendapat.
Islam tidak dibina atas PEDANG...dibina atas hujah. Perang yang terjadi akibat mereka yang kalah dengan hujah bertindak zalim dan kejam. Seksaan terhadap mereka di zaman jahilliah sudah lama maka atas nama mempertahankan diri terpaksa dilaksanakan.
Oh ya...ISLAM juga tidak dibina dengan ISA!!
Project 964: The RWB Transformation
21 jam yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
JANGAN JADI BACUL DENGAN TAK MELETAKKAN NAMA SENDIRI ATAU SAMARAN KETIKA HENDAK MENINGGALKAN KOMEN DI BLOG INI..ORANG YANG BERSELINDUNG DENGAN TANPA NAMA ORANG YANG TIDAK BERANI MEREMPUH KEBENARAN. JADI BLOG INI AKAN MENYIARKAN KOMEN - KOMEN ORANG YANG BERDAFTAR SAHAJA.