Sabtu, 24 Oktober 2009

Umno Hijack Melayu

Melayu itu melayu. Siapa kata Melayu itu Umno dan Umno itu Melayu. Saya masih ingat ketika masih kanak - kanak, teringat kata - kata orang dulu - dulu Islam itu Melayu dan Melayu itu Islam. Jika masuk Islam maknanya masuk Melayu. Cina jika masuk Islam umpama masuk Melayu, India jika masuk Islam dianggap masuk Melayu.

Semuanya di Melayukan. Walhal, jika di Xinjiang berpuluh juta umat Islam disana namun satu pun tiada yang menjadi Melayu. Begitu juga dengan Umno. Kelakar dan lawak apabila ada sebilangan blogger yang pro-Umno mengatakan Melayu itu Umno. Maknanya jika tak Umno maka dia bukan Melayu. Ermmm KIMMA kenapa tak dimasukkan dalam Umno sedangkan Reezal Marican, Azeez ketua putera Umno boleh dimelayukan.

Semua ini hanya untuk membodohkan orang Melayu di luar bandar. Umno perangainya serupa dengan Thailand. Bumi Thailand dahulu digelar Siam. Sehinggalah kedatangan Sukothai datang menjajah bumi Siam yang meliputi dari Ayuthia hingga kepulauan Borneo yang kebanyakkan makam - makam diraja mereka berada di bumi Malaysia khasnya di Kedah. Apabila penjajahan terancang ini dengan bantuan British dan pengkhianat kerajaan negara Kedah ini maka dengan tenangnya bumi Siam yang menyimpan pelbagai khazanah negara kita telah ditukar namanya kepada Thailand. Puak Sukothai mengatakan Siam itu Thai dan Thai itu Siam. Sebab itulah kenapa pergolakkan di selatan Thai tidak akan selesai kerana bagi mereka Siam adalah sebuah entiti yang berbeza dengan Thai. Tak percaya pergilah tanya mereka yang tinggal di Nakhon Si Tammarat. Jika kita kata mereka ini Thai nescaya dapatlah pelempang.

Maka Umno sama saja dengan perangai puak Sukothai. Merampas makna Melayu. Umno sememangnya perangai serupa penjajah. Tidak pernah mahu membenarkan orang Melayu mengetahui siapakah mereka yang sebenarnya. Disogok dengan sejarah tahyul kancil tendang anjing di bawah pokok Melaka, raja - raja ada kuasa Daulat supaya umat Islam yang berbangsa Melayu suka berkhayal, Hang Tuah hilang entah kemana padahal kuburnya ada di Acheh, Hang Jebat pengkhianat padahal terbunuh ketika menentang penjajahan Belanda di Kota Lukut dan masakan pengkhianat diberi kawasan makam yang besar.

Ini semua hanya untuk menjahanamkan minda orang Melayu. Membiarkan orang Melayu leka dengan khayalan yang tidak pernah wujud. Maka secara perlahan - lahan minda orang Melayu ditanamkan Umno itu Melayu. Akhirnya wujudlah sekelompok manusia yang mengatakan hanya Umno boleh membela Melayu. Walhal, Melayu yang menyokong Umno diakar - umbi tiada daya saing maka apabila gagal mula menyalahkan bangsa Cina.

Orang Melayu harus celik dan buka mata seluas - luasnya. Orang Melayu (dahulunya digelar Siam, Acheh, Minang, Jawa tapi malangnya bahasa dijadikan sebagai sebuah bangsa) merupakan satu kaum yang kuat. Kekuasaannya dari Ayuthia hingga ke kepulauan borneo. Tidak perlu Umno, tidak perlu DEB. Semuanya atas usaha mereka terdahulu.

Orang Melayu sengaja dibodohkan kononnya dijajah 400 tahun lamanya walhal penjajahan secara total bermula pada tahun 1821. Apabila ditipu sedemikian maka ditambahkannya lagi Melayu tak reti buat jarum oleh penulis upahan Thai dan British iaitu Munsyi Abdullah. Lalu Umno meneruskan langkah keji Thai dan British dengan sengaja membiarkan sejarah realiti ditenggelamkan dan sejarah fantasi ini diteruskan dengan harapan orang Melayu terus bergantung harap dengan Umno.

Terima kasih kepada mereka yang tidak pernah putus harapan untuk membuka mata orang Melayu. Membuka minda mereka bahawa mitos Umno itu Melayu hanyalah penipuan semata - mata. Dari blog pembongkaran sejarah sebenar Malaysia sehinggalah mereka yang mahu melihat bangsa Melayu itu benar - benar bangkit tanpa mitos - mitos tahyul ini.

Wajib setiap umat manusia mengenal sejarah mereka yang sebenar. Bangsa Arab kuat dan digeruni oleh Zionis kerana mereka kenal sejarah mereka. Bangsa Cina mampu kedepan kerana mereka tahu sedikit sebanyak sejarah realiti mereka. Orang Melayu yang selama ini tunduk kepada harus angkat kepalanya kembali jika faham sejarah realiti mereka.

Umno tidak pernah mahu membenarkan orang Melayu faham sejarah mereka yang sebenar kerana khuatir orang Melayu dapat berdikari sepenuhnya dari mereka. Sokongan yang mereka dapat selama ini akan hilang kerana khuatir orang Melayu sudah tahu temberang mereka. Mereka tidak rela melihat orang Melayu cerdik memikirkan siapa yang patut dinobatkan pemimpin mereka yang sebenarnya.

Jadi, jika Umno masih meniupkan slogan Umno itu Melayu dan Melayu itu Umno segera kita menolaknya. Kita harus angkat kepala dan terangkan kepada mereka "Hey, Melayu boleh berdikari dengan sendiri tanpa Umno!!".

Dan orang Melayu harus dan harus mengetahui sejarah sebenar supaya kita dapat menjadi sebuah kaum yang cukup toleransi dengan kaum yang lain sebagaimana sejarah realiti dahulu menerangkan betapa harmoninya hubungan antara kaum dahulu sehinggalah datangnya Thai dan British dan juga Belanda dan tak lupa gelombang kedua kedatangan Portugis memporak - perandakan hubungan dengan melagakan semua kaum dan perang saudara di bumi walaupun perang saudara ini tidak pernah diceritakan.

Jangan berhenti mencari kebenaran dan jangan takut bercakap benar. Bak kata pepatah orang Siam di Kedah

"QULIL HAQ WALAU KANA MURRON"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

JANGAN JADI BACUL DENGAN TAK MELETAKKAN NAMA SENDIRI ATAU SAMARAN KETIKA HENDAK MENINGGALKAN KOMEN DI BLOG INI..ORANG YANG BERSELINDUNG DENGAN TANPA NAMA ORANG YANG TIDAK BERANI MEREMPUH KEBENARAN. JADI BLOG INI AKAN MENYIARKAN KOMEN - KOMEN ORANG YANG BERDAFTAR SAHAJA.